Isnin, 7 Mei 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Banjir Lagi <b>Di Ampang</b>, Cheras, Kajang | ! Terbelog.com

Posted: 02 May 2012 05:40 AM PDT

buaya berenang-renang tengah pekan.
Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter kerana longkang tersumbat dan menjejaskan pekan itu seketika.

Pada Disember tahun lalu, banjir kilat akibat hujan lebat menjejaskan pekan itu dengan pekedai dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air. Sementara itu, laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup sepenuhnya kepada trafik bagi pengaktifan sistem aliran banjir.

Terdapat dua kejadian pokok tumbang di Bulatan Sungai Besi yang menghempap empat kenderaan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Satu lagi kes pokok tumbang berlaku di Flat Seri Johor di Jalan Tun Razak tetapi ia tidak menghempap sebarang kenderaan. – Bernama

P/S: Tempat tinggal lama aku, lama dah tak balik sana. Nasib ada SMART, kalau takda lagi teruk kot.



Bawah Ni Menarik Juga :

THE FLYING KICK: PATUT SAMPAH BERLAMBAK <b>DI AMPANG</b> <b>...</b>

Posted: 02 May 2012 11:35 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 2:35 PM | Filed Under: masalah sampah di selangor |. Semalam, banjir kilat melanda sebahagian daerah Ampang. Dan sebenarnya bukan setakat Ampang sahaja yang banjir kilat, ...

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Kes Bunuh Pensyarah Dan Bapanya <b>Di Puchong</b>, Dah Ada Petunjuk!

Posted: 16 Mar 2012 04:56 AM PDT

SHAH ALAM - Polis menemui beberapa petunjuk termasuk penemuan barang kemas bernilai RM100,000 yang dipercayai dapat menyelesaikan kes pembunuhan dua beranak di Puchong Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata penemuan turut berupa kenderaan milik mangsa, telefon bimbit serta maklumat spesifik yang diperolehi daripada orang ramai.

"Polis sedang mengumpul semua bukti dari segala sudut penyiasatan kes yang dipercayai bermotifkan masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek.

"Sehingga hari ini, polis telah menahan enam suspek di mana seorang daripadanya dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang mangsa iaitu si anak.

"Kesemua mereka ditahan secara berasingan di Ampang dan Cheras. Dua daripada mereka ditahan pada 12 Mac dan empat lagi semalam," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Mohd Bakri berkata kesemua yang ditahan itu berumur antara 19 dan 23 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di tempat mangsa mengajar.

Pembunuhan itu berlaku pada 11 Mac lalu dengan mayat pensyarah tersebut, Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, ditemui mati di rumah mereka di Taman Kinrara.

Zara Eleena ditemui mati di atas lantai di dalam sebuah bilik manakala bapanya ditemui terlentang di atas katil di dalam bilik utama rumah teres setingkat itu.

Semua suspek kini ditahan reman sehingga 22 Mac ini. - BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Takdirku <b>di Bangi</b> | Fuza Marquis

Posted: 02 May 2012 08:41 AM PDT

Suatu hari yang damai, aku tergerak hati untuk lunch dengan Syamin. So, aku sms ajak Syamin lunch di cafe MAG (Muzeum & Art Gallery). Aku pun bergerak dari HQ ke Sasana Kijang sebab department Syamin dekat Sasana. Aku beritahu dia yang minggu tu minggu terakhir aku di sana…

 
 

Syamin terkejut and dia sedih sangat-sangat (According to her la. Berkemungkinan juga dia drama hehe). Aku kenal Syamin sejak aku and team organised interview and alhamdulillah Syamin berjaya terpilih masa interview tu. So, kami pun jadi belangkas dalam hati (rapat dalam hati sahaja sebab department kami ja    uh).

Our afternoon.

Yang aku bubuh bintang tu sebab aku suka gila roti coklat itu. Sungguh yummy! Kalau makan roti coklat tu aku selalu rasa bahagia dan dapat lupakan segala kesengsaraan dunia sementara. Sekarang ni tak tahu dah nak dapat kat mana roti tu selain kat BNM )': Syamin and I had our carbonara cheese spagethi.

 

Tribute to Syamin sebab belanja lunch. Suka gila ada member baik hati begini ehehi.

Kalau lunch dekat cafe MAG akan dapat SmartTowel ni. Benda alah ni Jepun made. Aku punya jakun sampai tak buka-buka SmartTowel ni sampai ke hari ini. Lalalalala. Padahal benda ni lebih kurang macam tisu basah lap vontot baby tu.

On my last day, aku hang out dengan geng-geng ladies ini :D I had so much fun sampai tak rasa sedih langsung hari tu. Surprisingly, they bought me a cake secretly. Aku rapat dengan diorang sebab aku organised interview masa diorang masuk sini. Korang memang terbaik )':

Diorang mula-mula nak pasang lilin. Aku cakap, "jangan wehhhhh, malu wehhhhh. Kita dekat foodcourt ni wehhhh".

Tragedy…

Lepas itu, ada special lunch dengan member-member yang menyempat nak join..

Mine was Iranian dish with kambing bakar.

Lepas makan, Yard and Wan order Sandwich Hero atas ni. Aku pun join melantak sama… Apa aku kesah… Orang ajak makan, jangan malu-malu.

Then Wan order aiskrim.. Sebab aku duduk sebelah Wan, so aku pun join dia makan sekali. Aku suka gila bila Wan cakap," Fuza, Fuza habiskan laa aiskrim ni. Wan dah full sangat." Jadi, aku pun…….. (sambung sendiri hehe).

Inilah dia Yard & Wan. I miss my lunch geng )':

Tribute to Kak Faiz baju biru sebab belanja my Iranian dish. Dah lah mahal nasi tu. Maceh <3

MALAM ITU KITORANG ADA DINNER PULAK

Sebab Manager saya yang baik hati ini insist juga nak ada dinner together with all my team (': Sayang sangat-sangat dekat Kak Pid. My birthday hari itu pun Kak Pid belanja kek. The best Manager one could ever had!

 
Anti klimaks: Sedih masa hari last tak dapat jumpa my senior Kak Jee sebab dia MC )': Lagi sedih SEBENARNYA sebab dia janji nak belanja Chili's……………………
 
 
Sekian, entri tentang makan dan persahabatan.
 
 

Aku tahu Allah Maha Tahu. Apa yang aku tidak tahu adalah dalam pengetahuanNya. Dalam 3 tawaran kerja yang aku terima, Allah dorongkan untuk aku pilih yang terbaik untuk aku pada masa ini. Pelik, antara 3 itu ada yang lebih gah organisasinya. Tetapi pilihan yang ku buat adalah keputusan yang membuat diri ini aman.

 
 

Ya Allah, apa takdirku di Bangi? Semoga kerjayaku gemilang-gemilang aja.. Amin.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Hairy Canopy Services (SA0008807-U): Majlis Perkahwinan <b>di Kapar</b>

Posted: 03 May 2012 02:25 PM PDT

Terima Kasih kerana kesudian Saudara/Saudari meluangkan masa melihat Blog kami. Kami Hairy Canopy Services sentiasa berbesar hati untuk memberikan anda khidmat terbaik kami........

Terima Kasih juga kepada puteri tunggal kami Zathirah Zahid kerana telah membuka ruang Blog ini untuk Hairy Canopy Services......

Ceramah Bongkar <b>di Kapar</b> Kelang malam ni « taipingmali

Posted: 15 Mar 2012 01:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah Bongkar di Kapar Kelang malam ni. 15 Mar 2012 Leave a Comment. by taipingmali in ZON TENGAH. Ceramah Bongkar mlm ni 15/3 jam 9pm diJalan Cempedak Bukit Kerayong 2,Kapar,Sgor. Penceramah: Lokman Adam & Khairul ...

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


HrhZ: <b>Morib</b>

Posted: 25 Apr 2012 09:23 AM PDT

Assalamualaikum.

Jumaat sampai Ahad hari tu kan, cuba teka aku buat apa? Dan di manakah aku berada? Dan apakah yang aku makan? dan,..dan...dan.. apakah yang aku experience?

Aku ingin bercerita lagi ni. Kalau sudah jemu, silakan tekan butang pangkah dan jangan membazirkan masa untuk membaca coretan aku ini. 

Kitorang, jpk kolej mawar yang anggun dan cute telah menyertai kem di Morib!

Waktu memula nak pergi, aku rasa berat sangat. Yelah, orang lain semua dok heret dan angkut beg segedabak besar bersama senyuman berhis bunga-bunga bahagia sebab nak balik kampung cuti mid sem. Sedang aku, mengangkut beg kiri dan kanan sebab nak pergi kem. Sedihnya rasa hatiku waktu tu, dan keinginan untuk membuat perkara nakal sudah mula berlegar2 di kepala. Sebab rasa berat nak pergi. Oh ya, harus diingat ya, rasa berat bukannya sebab berat badan aku bertambah, tetapi sebab aku malas sangat nak pergi. Kem kott.. waktu cuti .. nanti muka burn...!! negative me :(

Tapi aku pergi jugak. Alhamdulillah. Bila dah pergi, rasa malu pulak dengan diri sendiri. Mudah sangat buat assumption negatif awal2. Padahal, best je kem tersebut. Tak macam kem pun, rasa macam pergi honeymu.... eh, bukan.. rasa macam pergi bercuti di pusat peranginann sahaja.

Kitorang pergi naik bas sekolah kaler kuning, dan unfortunately, sepanjang perjalanan aku 'ter'tidur lah pulak. Tersengguk-sengguk macam burung belatuk.Sakit kepala aku terhantuk cermin berkali-kali. Alahai, aku rasa tak best, kenapalah mata aku ni tak boleh bertahan walau untuk sedetik cuma, aku kan sudah berhajat nak melihat panorama sepanjang perjalanan. Iya, walaupun selangor ni banyaknya hutan batu sahaja, tapi aku kan belum pernah jejak ke Morib dan lalu area sana, tapi aku tertidur pula. Sedar2 je, dah sampai pun..T_T

Pertama kali aku mendengar nama Morib, ialah waktu aku sekolah rendah.Bukan dengar, sebetulnya membaca nama Morib. Bagi aku namanya agak unik, dan pelik juga. Mula2 aku ingat Morib ni terletak dekat Indon. Aku ingat lagi, pertama kali aku baca nama Morib dalam buku siri 3 Penyiasat, yang ada Jalen kot kalau tak silap nama dia dan 2 orang kawan dia, sorang cina sorang india. Bukan main lagi serba satu. Satu Malaysia lah katakan..

Waktu sekolah rendah dulu, aku selalu pinjam buku macam tu di perpustakaan. Tapi aku lagi suka Siri Salma. Aku ingat lagi, hampir setiap hari aku pulang dari sekolah waktu tengah hari bukan dengan tangan kosong. Aku mesti bawak balik buku kecil tu untuk dibaca. Sampai je kat rumah, campak beg, tanggal stoking, basuh kaki, tanpa makan tengah hari aku terus baca satu buku tu sampai habis lepas tu tertidur. Heavennyaaa.. Sampai sekarang aku masih simpan lagi buku2 siri penyiasat yang ada aku beli dulu. Dan masih lagi suka baca berkali-kali.Ni kalau aku apply jadi pembantu detektif Conan, pasti permohonan aku diterima tanpa sebarang pertikaian. Hahah,, tak kelakar.Tak kelakar.

Fine, aku dah mula menyimpang dari laluan asal. Dibah, kalau berterusan macam ni, sampai esok pun entri ini tak akan terpublish,tau?

Baiklah, sesampainya kami di sana, kami pun terus check-in, kemas2 barang apa semua, solat asar, makan malam. Oh ya, seperkara lagi, untuk kali ni, aku telah dilantik sebagai Biro Makanan! Wah, 1st time kot jadi biro makanan. Tapi bukannya aku masak, aku check je. Makanan dah ada ke belum? Nanti kesian anak orang kebuluran.

Malam pertama tu, kitorang ada aktiviti ice breaking. Best gak modul dia. Yang paling best, apabila kitorang kena lukis gambar sendiri guna tangan kiri( bagi yang tulis guna tangan kanan) dan amazingly, lukisan aku agak cantik dan berseni. Jangan muntah dahulu, aku pon hampir tak percaya. Ajaib sungguh, nampaknya lepas ni, kalau aku nak lukis dengan cantik, aku kena guna tangan kiri. Jpk lain pun boleh tahan  cantik juga lukisannya. *jaga hati*.

Lepas tu, kertas tu di pass kan kepada setiap orang, dan kami duduk dalam bulatan. Setiap orang kena tuliskan satu perkara positif dan satu perkara negatif  yang mereka lihat pada pemilik lukisan tersebut. Nervousnya rasa. Tak sabar nak tahu apa yang orang  rasa pasal diri kita. At last, sampai jugak kertas tu ke tangan aku. Dan Alhamdulillah, banyak yang boleh aku muhasabah malam tu. Iyalah kan, ramai orang yang senang dan mudah memberikan pujian kepada kita, namun berapa ramai yang sanggup dan berani nak tegur kesalahan dan kelemahan kita untuk kita perbaiki? Even aku sendiri pun sebenarnya masih tak berapa berani lagi nak tegur orang, walaupun aku tahu dan sangat obvious yang dia perlu ditegur. Moga2 kekuatan dan keberanian tersebut akan bercambah dalam diri aku.

Esoknya kitorang ada LDK. Biasalah, buat kertas kerja, rangka program dan present. Bukan main lagi mega projek2 yang dirancang. Ala2 syarikat dah pulak. Ni puan Mona dan Puan Pengetua jadi juri nak evaluate. Memasing kreatif. Ada nak buat program bersama orang tua, program kebudayaan, program sambutan Flora dan fauna, Program sambutan 11 tahun Mawar, dan banyak lagi yang menarik.Tak sangka ya, sebenarnya apabila brainstorm sama2, terlalu banyak buah fikiran yang menarik dan cemerlang dapat dilahirkan. Sungguhlah...Kerja, apabila kita buat secara kolektif dan berjemaah, hasilnya itu memang ada 'lain'nya, ada berkat dan rahmatnya, inshaALLAH.

Lepas tu kitorang buat rakit, berakit, dan high rope n flying fox. Semua tu first experience untuk aku. Sebab tu, aku katakan kem ini mengajar aku banyak perkara baru, banyak impaknya terhadap diri aku. Terlalu banyak. Terutamanya waktu nak high rope. Ada satu perkara yang nak aku kongsi. Lagi sekali, aku rasa sangat kebesaran Allah, dan aku rasa Allah sangat dekat dengan aku. Ini hanya aku dan ayu yang tahu. Dan aku nak share juga, betapa hebat aturan dan rencana Allah. Bagi aku ia perkara yang sangat signifikan pada hidup, walaupun mungkin bagi orang lain, ianya biasa2 sahaja. Sama dengan kisah sewaktu aku sakit kaki hari tu, yang aku tulis aku nak sangat pergi PI dan ALLAH permudahlan jalan tu.

Apa yang berlaku ni lebih kuranglah juga. Aku bersaksi bahawa, ALLAH sangat berkuasa, Maha Hebat, Pengatur yang Terbaik dan Maha Segala-galanya. Waktu nak high rope tu, kan kita kena pakai alat keselamatan yang dipanggil 'abah-abah'. Hairannya nama dia, dahlah aku panggil ayah aku 'abah'. Tak tergamak rasa nak panggil benda tu dengan panggilan abah2, last2 aku panggil tali keselamatan tu sebagai daddy2. Aku rasa segan sangat nak pakai daddy2 tu, memandangkan trainer dia semunya lelaki. Yang akan mengawasi dari bawah. Aku dah mula cuak dah. Aku tak naik lagi awal2, sebab aku sedang berperang dengan perasaan sendiri, sama ada aku nak buat atau tak.

Ruginya kalau tak buat, sebab aku nak sangat experience benda tu, dan kalau aku tak buat high rope tu, secara automatik juga aku tak dapat buat flying fox, yang mana 2 perkara ni memang aku nak sangat buat, dah lama tau aku menyimpan hasrat dan cita2 ni. Seorang demi seorang kawan2 aku buat, ada yang cool, ada yang nervous sikit, ada yang nervous lebih sikit, ada jugak yang nervous banyak, dan aku.. masih lagi termanggu di bawah dengan ayu.

Satu demi satu kawan aku naik, dan aku terus lagi berharap dan berharap, berdoa dan terus berdoa untuk yang terbaik. Aku nak sangat naik, nak sangat merasai pengalaman tu walau cuma untuk sekali dalam hidup aku. Tapi pada masa yang sama, aku nak jaga juga, aku segan gila kot nak sarungkan daddy2 tu, sebab waktu tu ramai lelaki, dan ada sebahagian laluan high rope tu yang aku segan sangat nak buat. Ia terlalu menuntut kita untuk melangkah dengan terlalu panjang.Dan apabila dilihat dari bawah, aku rasa macam tak best pulak. Trainer dia semuanya lelaki. tak suka betullah, tapi iyalah, hal2 macam ni, memang biasa di'handle' oleh lelaki. Tak boleh nak kata apa dah kan..

Akhirnya hari merangkak senja. Disebabkan daddy2 tu tak banyak, kami kena bergilir2 tunggu turn untuk naik. Aku dan ayu terus menunggu. Bagi orang lain naik dahulu. Dan dalam hati aku terus terus berdoa minta Allah bagi yang terbaik untuk aku. And at the same time, sebenarnya aku nak sangat naik, dengan cara yang baik dan terpelihara. And yes, bila sampai turn aku dan ayu sebagai orang last, Alhamdulillah hari dah beransur gelap, dah nak dekat maghrib sangat dah pun. Trainer tu pulak tiba2 suruh aku dan ayu tak payah lalu laluan yang separuh dari mula, sebab masa dah suntuk. Alhamdulillah lagi dan lagi. Kami cuma perlu naik laluan yang dah nak sampai ke penghujung, yang biasa2 sahaja. Akhirnya, dapat juga kami merasai pengalaman buat dua perkara tersebut! Waktu tu hari pun dah gelap, orang ramai pun dah takde sangat, dan azan Maghrib pun mula berkumandang... dan selepas itu, Ayu katakan pada aku, "betullah dibah, semua ada hikmah..." . Sebab sebelum tu kitorang sedih sebab jadi orang last naik. Itulah.. orang lain tunggu turn, kitorang tak pergi, sebab sibuk main perang2 dengan pasukan perasaan sendiri.
Tapi ada hikmah sebenarnya kami jadi couple yang last sekali.

Dia pandang aku, dengan gigi berbracesnya. Tersenyum manis sekali.....dan aku pun turut mengukir senyum. senang, dan takjub... Allahuakbar.

Walaubagaimanapun, sebenarnya aku kagum dengan kawan2 yang berjaya habiskan lalu high rope tu. Memang kentallah uolls. Agaknya, ALLAH memang tahu aku tak mampu nak lalu semua tu, gamaknya kalau aku lalu, mau aku pengsan sebab nervous. Syabas kawan2. Hebat ah korang. Perempuan jiwa kental!

Lepas Maghrib, kami ber'bbq' pulak. Isya' berhenti solat sekejap, dan lepas tu, makan! Sepanjang kem kan, tak ada satu malam pun aku makan shake herbalife, dua malam kat sana aku bantai makan biasa je.hehe..Aku kan, biro makanan. Mestilah aku kena makan. Aku harus memastikan semua makanan itu selamat dimakan. Kononnya lah kan. Sarapan je aku still ambil shake.

Malam tu ada terlalu banyak makanan. Ada ayam, sosej, daging, ikan, nasi goreng, dan macam2 lagi. Berpinar mata aku tengok makanan penuh meja. Macam kenduri doa selamat. Tapi kesian ikan. Takde orang nak makan ikan sangat, ikan bergelimpangan sahaja dalam tray. Poor ikan..T_T. Lesson learnt. Lain kali nak bbq, pastikan dahulu sama ada sang pemakan suka makan ikan atau tidak, kalau tak, tak perlu tambah ikan dalam senarai pilihan. Kasihan ikan tak dimakan. Pelik kan, ramai orang tak suka makan ikan... Termasuklah aku sebenarnya. Kalau kat rumah sahaja, aku akan rasa ikan sedap. Dan ikan itu mestilah ikan yang bersaiz kecil atau sederhana. Kalau ikan besar, aku rasa 'lain macam' sahaja nak makan. Ngerinya...

Esoknya, pada hari terakhir, kami ada c treking, yelah kot tu nama dia. Aku pun tak berapa pasti. Meredah laluan berlumpur, lalu paya bakau. Mencabarnya. Waktu tu aku feeling2 askar lah pulak, padahal baru redah lumpur. Tapi kan, aku ada jatuh juga, habis baju dan tudung aku. Tapi best. Namun, bila dah lama2 berjalan dan banyak kali pula tergelincir, mulalah aku dan yang lain pun dah rasa tak sabar nak sampai. Jalan lagi dan lagi. Jauh juga ya, ataupun mungkin rasa jauh sebab dah penat menarik kaki dalam 'pelukan' lumpur yang berbau harum. Dan akhirnya... setelah penat berjalan dan muka rasa terbakar gila, sampai lah kami ke tepi laut.

Cantiknyaa Morib ni rupanya. Selama ni, aku tak pernah rasa teruja macam ni apabila lihat pantai. Banyak2 pantai yang aku pergi, tak pernah pulak aku rasa best. Aku kan tak suka pantai sangat, walaupun sebelum ini jenuh dah aku pura2 suka kepada pantai dengan harapan agar rasa suka dengan salah satu ciptaan ALLAH itu berkembang, tetap tak berjaya juga buat aku rasa teruja apabila sampai atau berkunjung ke mana2 pantai.

Tapi aneh kan, aku rasa laut di Morib tu macam indah sangat. Dan aku tak perlu paksa2 dan berpura-pura suka lagi pada indahnya laut, sebab aku dah benar2 terpesona dan terpikat dengan panorama dan kecantikannya. Subhanallah.

Lagi sekali, alangkah bagusnya kalau aku boleh pindahkan rakaman indah tu ke atas sekeping gambar yang cantik. Tapi jangan haraplah kan, kamera mahupun handphone pun aku tak bawa, dalam mimpilah nak tangkap gambar. Biarlah...Biarlah lautan yang indah di Morib itu aku rakamkan dalam ingatan sahaja, dan catatan kenangannya aku coretkan di sini. Tsk..

Lepas tu, kami pun balik n ready nak pulang. Aku balik naik kereta dengan Puan Akma, dan lagi sekali, aku mampu bertahan beberapa minit sahaja, sebelum mimpi menemaniku sehinggalah aku terjaga hanya setelah kereta melepasi plaza perabot seksyen 7. Padanlah aku selalu tak ingat jalan ke mana-mana.

Kesimpulannya, kem hari itu mengajar aku terlalu banyak perkara, dan menghadiahkan aku dengan begitu benyak pengalaman dan kemanisan ukhuwah yang tiada ternilai harganya. Aku sedar satu perkara. Aktivitinya mungkin sekadar aktiviti yang biasa, namun kerana aku ditemani oleh sahabat2 yang sangat dekat di hati, dan baik budi pekerti, segalanya jadi terlalu luar biasa. Luar biasa. Alhamdulillah.

Ukhuwah antara kami aku rasakan semakin erat, kasih sayang kian bercambah, dan aku akan berusaha lagi untuk cuba memahami setiap satu daripada kami. Yang membuat hidupku istimewa, bukanlah pada tempat2 yang aku pergi, dan material yang aku miliki, tetapi yang membuatku rasa terlalu istimewanya hidup ini, adalah kerana 'mereka' yang benar2 mengajar aku erti menghargai.. dan dihargai..

Sahabat, terima kasih atas saat2 manis yang kalian hadiahkan. Semoga Allah terus melimpahkan kasih sayang dalam kalangan kita, inshALLAH!

Dan kepada mama dan abah, selepas ini dibah tidak akan bermuram durja lagi kalau kita ingin menyinggah ke pantai, kerana sekarang ini, dibah sudah pandai menghargai, dan sedang belajar menghayati indahnya laut dan pantai... MasyaAllah.. =)

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


In the courtyard of <b>Meru</b> Nyingba monastery. Tibet | Flickr - Photo <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 12:00 AM PDT

Like to see these pictures as LARGE as your screen? Just click on this Slideshow : www.flickr.com/photos/reurinkjan/sets/72157627765541022/s...

A collapsed juniper incense burner but still working within the courtyard of Meru Nyingba monastery, Lhasa, Jokhang, Barkhor.

Muru Ningba or Meru Nyingba (rMe ru snying pa) a Gelukpa sect, is a small Buddhist monastery located between the larger monasteries of Jokhang and Barkhor in the holy city of Lhasa, Tibet. It was the Lhasa seat of the former State Oracle who had his main residence at Nechung Monastery.

It is located immediately behind and east of the Jokhang and may be accessed from the north side of the Barkhor
en.wikipedia.org/wiki/Muru_Nyingba_Monastery

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gubuk Kecil Kembara Jalanan: Jeram <b>Di</b> Kalumpang, <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 06 May 2012 11:04 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kawasan Kalumpang ini di kelilingi oleh kampung-kampung Melayu tradisi. Sepanjang pemandangan dari Ulu Yam ke Daerah Hulu Selangor begitu mengasyikan. Suasana kampung terasa sungguh. Rumah-rumah tradisi di kiri kanan jalan.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


wancikgumuzik: TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN <b>DI SEPANG</b> <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 01:23 PM PST

TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN DI SEPANG SELANGOR | Kanak-kanak mana yang tak kenal dengan karektor upin dan ipin nih kan?? Salah satu animasi terbaik di Malaysia. Kini Satu projek yang bernilai RM700 Juta akan diperuntukkan untuk membina sebuah taman tema Upin & Ipin di Sepang Selangor. Dahsyat kan?? Hanya dengan bermula dengan kartun animasi jer, Upin Ipin menjadi sangat popular sehinggakan pihak Les' Copaque Production sanggup membina sebuah taman tema Upin dan Ipin nih..

Menurut pengarah urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pembinaan taman tema Upin & Ipin ini menelan belanja sebanyak RM700 Juta dan dijangkakan akan siap dalam tempoh tiga tahun. Wahhhhh..!! Tantu besar kan Taman Tema Upin Dan Ipin nih kan?? Sampai ambik masa tiga tahun baru nak siap..


Haaa.. Harap semua bersabar lah yerr.. Nanti taman tema Upin Ipin nih siap, ramai2 kita pegi yerr.. Adoii.. Bungkus lah Sunway Lagoon kan?? Tapi apa2 pun sama2 lah kita nantikan kemunculan Taman Tema Upin Dan Ipin nanti yerr.. Insyaalah memuaskan....

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!

  


TAGS : PEMBINAAN TAMAN TEMA UPIN IPIN, TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN BERHARGA RM700 JUTA, NILAI TAMAN TEMA UPIN IPIN RM700 JUTA, HARGA TIKE TAMAN TEMA UPIN IPIN, HARGA TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN, TARIKH SIAP TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN DI SEPANG, TAMAN TEMA UPIN IPIN DI SEPANG SELANGOR,

ads