Selasa, 19 Jun 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


SEMUT HITAM: AMOI NI JEMPUT KITA KE <b>KUALA SELANGOR</b>!!!

Posted: 01 Jun 2012 10:15 PM PDT

Apa yang menarik di Kuala Selangor ni??? Ada kawasan bersejarah ke? Ada tempat - tempat yang menarik yang boleh dilawati? Meh baca cerita kat bawah ni ye.

PETALING JAYA: Jumlah sebenar premis yang menawarkan khidmat mengurut di Selangor tidak diketahui tetapi ia mudah ditemui seluruh negeri itu terutama di kawasan bandar yang pesat membangun seperti Puchong, Damansara dan Batu Caves.

Secara mudah premis mengurut terbahagi dua – berlesen dan tidak berlesen. Satu lagi perkhidmatan urut yang mungkin kurang diberi perhatian ialah perkhimatan urut bergerak yang menemui pelanggan di tempat tertentu.

Di Kelang, jumlah pusat urut berlesen ialah 41 iaitu lesen lama yang dluluskan semasa pentadbiran kerajaan BN.

"Kerajaan negeri baru selepas pilihan raya umum 2008 telah membekukan pengeluaran lesen premis.

"Kita memperbaharui lesen mereka setiap tahun dengan pemantauan yang ketat," kata seorang pegawai unit perlesenan MPK.

Pegawai itu menambah, MPK masih mengeluarkan lesen premis reflesekogi tetapi setelah berpuas hati dengan syarat permohonan.

10 pusat di Kuala Selangor

Bagaimanpun, lain cerita  di Kuala Selangor.  Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)  mendakwa pihaknya tidak ada kuasa untuk menghadkan bilangan premis rumah urut di kawasan mereka.

Ketika ini ada 10 rumah urut di MDKS, kata setiausahanya, Azahari Sairin.

"Kami akan meluluskan sebarang permohonan membuka pusat urut selagi syarat yang ditetapkan jawatankuasa kawalan perniagaan dan kesihatan daerah Kuala Selangor dipatuhi.

"MDKS tiada alasan menolak sebarang permohonan yang dikemukakan pemilik rumah urut jika mereka benar-benar mengikut peraturan.

"…dan setakat ini PBT hanya meluluskan pusat urut refleksologi sahaja," katanya.

Bagi ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly jumlah pusat urut di Kuala Selangor masih kecil dibandingkan dengan daerah lain.

Polis daerah pula telah mengadakan operasi sebanyak 14 kali  tetapi belum menemui bukti ada kegiatan maksiat.

Hampir semua premis yang diperiksa mempunyai lesen dan pekerjanya mempunyai dokumen sah.

Tiada papan tanda

Seorang pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, berkata, pihaknya kerap melakukan serbuan ke atas rumah urut yang beroperasi secara haram.

Katanya, kebanyakan premis urut beroperasi di kawasan rumah kedai paling sukar dikesan.

"Sesetengahnya tidak ada sebarang papan tanda, jadi kita tidak tahu apa yang berlaku di premis berkenaan," tambahnya.

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Isnin, 18 Jun 2012 - Suara Sri Andalas | BLOG - BLOG PARTI PKR

Posted: 18 Jun 2012 11:08 PM PDT


Meluangkan Masa Bersama Sri Setia Putra Football Club

Posted: 17 Jun 2012 10:45 PM PDT

Bolasepak merupakan sukan yang bukan sahaja popular di DUN Seri Andalas, malah merupakan aktiviti yang dapat menerapkan amalan hidup secara sihat dan memupuk semangat kerjasama berpasukan.

Aktiviti-aktiviti sukan sebegini juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjerumus kepada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

YB Dr Xavier Jayakumar yang menyedari kepentingan tersebut telah meluangkan masa menemui para pemain Sri Setia Football Club di DUN Seri Andalas bagi menunjukkan sokongan. Sedikit perbincangan telah diadakan dan t-shirt Selangorku telah disampaikan kepada para pemain.

YB Dr Xavier berharap masyarakat akan terus menjadikan aktiviti sukan sebagai salah satu cara hidup yang sihat.


Menyampaikan Bantuan Kecemasan RM50,000 Untuk Baiki Bumbung Sekolah

Posted: 17 Jun 2012 10:30 PM PDT

Dana kecemasan sebanyak RM50,000 telah disampaikan Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Dr Xavier Jayakumar bagi tujuan membaiki bumbung Sekolah Tamil di Serdang. Dana tersebut telah disampaikan pada 11 Jun yang lepas.

Menyampaikan Sumbangan RM40,000 Untuk Dana Pembinaan Kuil

Posted: 17 Jun 2012 10:00 PM PDT

Pada 10 Jun 2012 yang lalu, YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri satu majlis Maha Kumbabishegam yang diadakan di Jenjarom, Banting.

Selari dengan nilai-nilai menghormati budaya dan kebebasan beragama, Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan sumbangan RM40,000 untuk dana pembinaan kuil tersebut.

Isu Forum Air Selangor : Umno-BN Yang Tak Sedar Diri

Posted: 17 Jun 2012 02:00 AM PDT

KUALA SELANGOR, 17 JUN : Forum air Selangor yang berlangsung pada 12 Jun lalu berjaya mencari sistem yang terbaik bagi mengurus industri air negeri berbanding dengan cara Umno-BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada forum tersebut berkata penstrukturan melalui model holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan aset air negeri di urus dengan lebih cekap. Model holistik juga akan memastikan harga air tidak naik lebih dari 12 peratus manakala cara pengurusan Umno-BN akan menyaksikan harga air naik sampai 62 peratus.

Fakta-fakta ini menyangkal dakwaan beberapa pemimpin Umno-BN Selangor baru-baru ini bahawa forum tersebut "syok sendiri" dan tidak mencari jalan penyelesaian.  MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, forum itu menyangkal dakwaan Umno-BN yang Selangor tak cukup air di samping menunjukkan usaha penstrukturan semula bukanlah idea baru.


"Selangor mempunyai simpanan air mentah yang mencukupi, manakala kadar rizab air terawat adalah 20 peratus," beliau berkata apabila ditemui di sini semalam. Justeru, beliau meminta Kerajaan Pusat melaksanakan penstrukturan semula air seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

"Kita telah buktikan bahawa forum air itu dibarisi oleh pakar atau yang berpendidikan tinggi terutama dalam pengurusan air.
"Mungkin Kerajaan Pusat tidak faham apa yang cuba kita sampaikan," katanya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengatakan forum air itu tidak menyelesaikan masalah rizab air terawat yang beliau dakwa semakin berkurangan di Selangor. Media pro-Umno-BN turut melaporkan kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa forum air Selangor hanyalah 'forum syok sendiri'.

Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Selangor mampus mengurus air dengan lebih baik seperti negeri lain yang sudah menstrukturkan industri mereka di bawah seperti Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.  Manakala Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata Model Holistik akan memastikan tarif air tidak akan melebihi 12 peratus setiap tiga tahun.

Ini jauh lebih baik berbanding kenaikan 62 peratus jika penstrukturan tidak dilakukan. "Kerajaan Negeri menitikberatkan faktor kepentingan pengguna supaya tidak terbeban dengan kenaikan tarif air yang melampau," kata Xavier yang juga Adun Sri Andalas.

Tambahnya, walaupun permintaan terhadap air di Selangor adalah tinggi, projek gergasi pemindahan air mentah dari Pahang (Langat 2) tidak diperlukan kerana hanya menguntungkan kontraktor.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa terdapat sumber-sumber alternatif seperti air bawah tanah. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan meneruskan usaha untuk menyusun semula industri air seperti yang terkandung dalam WSIA.

"Sekiranya Kerajaan Pusat ingin melaksanakannya atas dasar politik, jadi kita tunggu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
"Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu lagi adalah mahkamah. Kta boleh gunakan kedua-duanya sekali," tegasnya.

Mangsa Banjir Batang Kali Ucap Terima Kasih Kepada MB

Posted: 16 Jun 2012 02:30 AM PDT

HULU SELANGOR, 16 JUN : Seramai 719 orang penduduk di 10 buah kampung kawasan DUN Batang Kali hari ini menerima sumbangan bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri.

Seorang penerima dari Kampung Penjuru, Ng Tong Bit, 82, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut sambil menyatakan ia sedikit sebanyak dapat membantu kos kerugian yang ditanggungnya.

"Saya gembira dapat menerima bantuan ini kerana kita orang miskin dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah," katanya apabila ditermui.

Majlis pemberian sumbangan itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco-exco Selangor iaitu Dr. Xavier Jayakumar dan Rodziah Ismail di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah, Batang Kali di sini.


Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail serta Pegawai Daerah Hulu Selangor, Norhisyam Ahmad Dahlan.

Abdul Khalid di dalam ucapannya turut menyatakan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 3 juta bagi setiap daerah bagi tujuan kecemasan.

"Kita menyediakan peruntukkan untuk diagihkan tanpa sebarang birokrasi di setiap daerah apabila berlaku sesuatu bencana," katanya.

Seorang lagi penerima, Abdul Aziz Lamon, 68, menyifatkan banjir yang berlaku itu adalah yang terburuk sepanjang beliau duduk di situ.

"Kawasan ini pernah banjir namun ianya tidaklah seteruk kali ini dan saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang termasuk barang-barang keperluan sekolah anak-anaknya," katanya sambil mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

MB: Penduduk Klang Mendapat Manfaat Jika Jaga Kebersihan

Posted: 16 Jun 2012 02:00 AM PDT

KLANG, 16 JUN : Sebanyak RM20 juta boleh dipulangkan kepada penduduk Klang jika mereka membantu menjaga kebersihan bandar ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jumlah tersebut merupaka satu pertiga daripada RM60 juta yang diperuntukan untuk pembersihan sampah di Klang dan boleh dijimat sekiranya warga Klang mengamalkan budaya bersih.

"Jika rakyat turut serta membantu Kerajaan Negeri, kos yang dapat dijimatkan adalah sebanyak RM20 juta dan ianya adalah suatu jumlah yang besar untuk pelbagai program untuk rakyat.

"Kerajaan Negeri tidak akan mengambil lebihan penjimatan peruntukkan yang diberikan, sebaliknya diberikan kepada rakyat sebagai tanda terima kasih," katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya di Program Penerangan Geran Selangorku di Dewan Orang Ramai Taman Sri Kerayong Kapar semalam.


Serentak dengan itu, Abdul Khalid turut melancarkan poster Kesedaran Penjagaan Kebersihan dalam Bahasa Asing seperti Nepal, Bangladesh, Indonesia dan Burma.

Turut hadir barisan Exco-exco Selangor iaitu, Dr. Halimah Ali, Dr. Xavier Jayakumar, Dr. Yunus Hairi, Rodziah Ismail, Iskandar Abdul Samad dan Dr. Yaakob Sapari.

Juga hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri dan Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin.

Pada satu program yang lain, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri komited dalam pembangunan Klang kerana ia bandar penting yang menyumbang terhadap kemajuan Selangor.

Beliau berkata jumlah penduduk Klang mewakili 20 peratus daripada 5.2 juta rakyat Selangor, iaitu kira-kira 1.5 juta orang termasuk rakyat asing.

Menurutnya, pembangunan yang dirancang demi kepentingan rakyat dan tidak berdasarkan keutamaan peribadi atau agenda politik.

"Marilah kita bersama-sama membangunkan Klang dan membawa satu perubahan penting dalam pembangunan ini.

"Ini kerana pendapatan dan pembangunan Klang adalah melebihi Negeri Sembilan dan Melaka," katanya dalam ucapan majlis Jamuan Bersama Rakyat di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

Pelajar UNISEL Menangi Anugerah Terbaik Industri

Posted: 16 Jun 2012 01:30 AM PDT

KLANG, 15 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) terbukti melahirkan pelajar-pelajar berkualiti dan diiktiraf seluruh Malaysia selepas dua orang pelajarnya berjaya menerima anugerah dalam bidang industri masing-masing.

Sufi Habibullah Roslan, 24, pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekanikal diberi penghargaan oleh Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), badan profesional bidang itu, di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini.

Beliau mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM.

Sufi ketika ditemui berkata, UNISEL berjaya mewujudkan suasana pembelajaran menarik kerana dibantu oleh barisan pensyarah-pensyarah berkualiti.


"Ini bukan kejayaan saya seorang tetapi seluruh warga UNISEL perlu merasa bangga kerana ini membuktikan universiti ini mampu melahirkan graduan-graduan yang berjaya," katanya.

Sementara itu, Kerajaan Selangor berbesar hati memberikan sumbangan penghargaan di atas usaha yang dipamerkan kedua-dua pelajar terbabit.

Penyampaian sumbangan dilakukan Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di iringi Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr. Anuar Ahmad bersama barisan Exco Selangor di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Kerayong, Kapar hari ini.

Seorang lagi pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama 11 wakil universiti-universiti lain di Malaysia.

Beliau yang berasal dari Sri Aman, Sarawak juga menerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut kerana mendapat PNGK 3.8 sepanjang pembelajarannya di UNISEL.

Katanya, UNISEL merupakan salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia kerana mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.

"Walaupun terdapat banyak universiti lain di Malaysia, saya memilih UNISEL untuk menimba pengalaman berdikari untuk mencapai cita-citanya," katanya.

Penantian 40 Tahun Berakhir Hari Ini

Posted: 15 Jun 2012 02:00 AM PDT

KLANG 15 JUN : Hasrat 125 penduduk di Kampung Keretapi, di sini untuk memiliki geran tanah setelah menunggu lebih 40 tahun kini menjadi kenyataan.

Penderitaan penduduk itu mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setelah sekian lama hak mereka dinafikan Kerajaan Umno-BN dahulu.

Penduduk mendakwa sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno-BN dahulu yang bertukar ganti sering berjanji untuk memberi hak milik menjelang pilihanraya.

Tetapi apabila pilihanraya berlepas, janji itu tidak ditunaikan.


Pengerusi penduduk, Redzuan Dahlan, 63, berkata rata-rata penduduk di kampung terbabit merupakan peneroka asal sejak tahun 1973.

Sebelum ini katanya, kebanyakkan penduduk memberi kepercayaan penuh kepada pentadbiran Umno-BN lalu.

Tetapi kini tidak lagi.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu penduduk. Kami penduduk sangat terharu dan gembira dengan pemberian ini," katanya ketika ditemui.

Walaupun sangat teruja, beliau juga berasa sedih.

Ramai penduduk kampung yang sudah lama mengejarkan tanah itu tidak sempat menikmati keistimewaan hari ini kerana sudah meninggal dunia.

Majlis Penyerahan Geran Hak Milik itu di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama Exco-exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Adun Meru, Dr Rani Osman dan MP Kapar, S Manikavasagam.

Turut disampaikan dalam Majlis Program Terima Kasih Rakyat Daerah Klang itu ialah kelulusan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada penduduk Jalan Kenangan dan Jalan Benteng.

Abdul Khalid juga menyerahkan sijil Skim Pinjaman ASB negeri dan menyampaikan bantuan pendidikan sebanyak RM250,000 kepada Sekolah Menengah Chung Hua.


Penduduk Jalan Kenangan, Hamdan Bakri, 43, berkata seramai 67 orang menerima kelulusan TOL.

Kebanyakkan yang menerima merupakan waris yang tinggal di kawasan tanah milik ibu bapa mereka sebelum ini.

Beliau berkata beliau kesal apabila pimpinan kerajaan terdahulu menabur pelbagai janji kosong untuk membantu pemohon namun janji tinggal janji.

"Setiap kali menjelang pilihan raya umum parti politik tertentu sering kali memainkan isu ini dan berjanji untuk menyelesaikannya.

"Demi meraih undi dan sokongan namun itu, hanyalah omong kosong semata-mata," katanya.

Hamdan berkata beliau bersyukur kerana penantian itu berakhir dan perjuangan untuk generasi ketiga itu tercapai.

"Kita akan usahakan untuk mendapatkan geran hak milik selepas ini.

"Tindakan Kerajaan Negeri ini kita nampak ketulusannya. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dan mentadbir negeri Selangor dengan baik," katanya.

MB: Forum Bagi Pastikan Usaha Beri Air Percuma Di Teruskan

Posted: 15 Jun 2012 01:30 AM PDT

KLANG 15 JUN : Forum air Selangor pada 12 Jun lalu diadakan adalah untuk mencari jalan terbaik mengurus air bagi memastikan bekalan air bersih di Lembah Klang mencukupi untuk rakyat Selangor pada harga yang berpatutan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata forum itu juga turut membincang masalah bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu itu.

"Forum itu bukan untuk membuat keputusan seperti yang didakwa Kerajaan Pusat tetapi ia hanya perbincangan," katanya yang mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa penganjuran forum mengenai isu air oleh Kerajaan Negeri Selangor itu dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah rizab air terawat yang semakin berkurangan di Selangor.


Malah kata Noh, forum sedemikian tidak mampu membawa penyelesaian kepada masalah air terawat di Selangor yang menyebabkan kerajaan pusat dan Syabas enggan turut serta dalam perbincangan tersebut.

Khalid berkata Kerajaan Negeri juga mempunyai sebab tidak memanggil pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

"Saya ada jawapan kenapa mereka tidak dijemput, hal ini kerana Syabas mempunyai kes mahkamah dan kita tidak mahu Syabas menyertai forum itu.

"Yang kedua, forum itu merupakan perbincangan bukan keputusan, perbincangan untuk mencari penyelesaian dengan golongan profesional dan Kementerian tidak mahu menyertainya kerana dikatakan bukan keputusan," katanya.

Beliau berkata selepas ini, Kerajaan Negeri akan membawa hasil perbincangan itu kepada Kementerian dan jika pihaknya tidak bersetuju, Kerajaan Negeri akan membuat satu forum awam.

"Apa yang boleh dikatakan, daripada forum itu kita sudah ada keputusan dan akan dibentangkan kepada Kementerian.

"Jika selepas ini mereka tidak bersetuju kita akan adakan satu forum awam. Forum ini akan melibatkan rakyat dan semua pihak.

"Pihak Syabas juga boleh menghantar wakil untuk menjelaskannya kepada rakyat berkenaan keputusan mereka begitu juga dengan Kerajaan Negeri. Sesiapun boleh bercakap dalam forum itu nanti," katanya.

Jelasnya, Kerajaan Negeri juga tidak gentar dengan Syabas walaupun pihaknya tahu Syabas dan Puncak Niaga 'membayar' pihak itu kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyokong mereka.

"Apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat. Rakyat mahu harga yang berpatutan dan jika Kementerian tetap dengan pendirian mereka, kita bincang serta bagi mereka alternatif," katanya.

Katanya kerajaan negeri akan terus memperjuangkan isu air bagai memastikan usaha pemberian air percuma kepada rakyat dapat di teruskan di masa akan datang.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Dalam Mihrab Cinta: <b>Petaling Jaya di</b> Sebelah Sini

Posted: 08 Jun 2012 09:12 PM PDT

menghurai maksudnya di jiwa

Frasa-frasa ala-ala puitis ini bermain di minda.

Tuhan, betapa sucinya kasihMu; betapa agungnya kebesaranMu.

Aku dan yang lain terutus ke bandaraya Petaling Jaya di wilayah Darul Ehsan, wilayah kedaulatan Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Petaling Jaya.

Mengimbau sirah masa lalu mengenai sebelah sini. Dulunya, inilah berasal tanah sebelah sini di Jalan Universiti. Kampus asal. Di sinilah hajat Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) tercapai.

Hari itu, TV3 yang duduk di Bandar Utama di bandaraya sebelah sini membawa seorang Menteri Negara Gambia mengimbau memori halwanya di sini. Tempoh hari, beliau adalah Hakim Mahkamah Rayuan di watannya yang serba sederhana. Kini, Tuan Yang Terutama Presiden mengangkatnya menjadi Menteri Kehakiman di Gambia.

Mendengarkan falahnya seorang beliau, Yang Berhormat Yang Amat Arif, sesiapa yang menteladaninya pasti akan mahu menjadi sepertinya.

Pengajian Undang-undang masih bertapak di sini. Cuma, tanah ini digazetkan sebagai Pusat Asasi UIAM yang dipimpin oleh Pak Dekan. Aku di sebelah sinilah mengaji Bahasa Arab.

Semua mahasiswa asasi mengaji di sebelah sini, kecuali mahasiswa Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan yang menuntut di kehutanan Gombak, Kuala Lumpur, sana.

Dulunya sebelah sini adalah Kolej Islam Malaya, sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang diamanahkan kepada Raja-raja Melayu. Kolej itu sudah tiada. Namun, kolej itu diadakan balik secara tidak rasmi oleh Majlis Raja-raja dengan nama Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM). Kampus baru sedang diteroka di sekitar Lembah Klang. Menteri dipohon oleh Raja-raja Melayu untuk menarafkan MUIM sama ada sebagai IPT awam atau swasta.

MUIM, Kolej Islam Malaya yang baru, lebih aku sukai kiranya dijadikan IPT awam. Bukan sekadar untuk mengembalikan sinaran lama kolej tersebut yang sudah gelap kehitaman, tetapi untuk menjunjung duli Raja-raja Melayu, ketua-ketua besar dalam negara DiRaja Malaysia sebagai ketua agama Islam.

Semua bangunannya adalah bangunan lama. Yang terkini aku perasan adalah Kolej Zainab al-Jahsyi. Kamsis wanita. Satu lagi, mungkin, Kolej Khadijah, juga kamsis wanita.

Yang melalu Pejabat Yang Mulia Dekan. "Assalamualaikum, Pak Dekan. Tuan apa habaq? Kaif al-hal? How do you do, sir?" Cuma, amat terhad bagi warga sini untuk bertembung dengannya. Maklumlah, beliau itu Profesor Madya. Dekan lagi itu.

Masuk ke tanah sebelah sini. Aku gembira – sujud syukur. Bukan mudah untuk diterima masuk di sini. Aku sedih – famili, guru, sahabat, tanah air sudah kejauhan lebih dari seribu batu. Aku terharu – bertuahnya aku dan mereka di sini.

Begitulah aku. Yang lain jua.

Saat ini, aku bermukim di Kolej Abu Bakar, bangunan kolej kediaman 4 tingkat yang serba lama tetapi masih selesa dan selamat untuk diduduki. Bilik 420. Tingkat yang a'ala.

Bersama aku serumah di sini, aku cuba ceritakan.

Shafiq Hasbollah. Mohd. Shafiq Hasbollah yang pernah aku senaraikan sebagai Orang Yang 15 bagiku. Pada julung kali multaqa' kami dengan yang lain, bila kami berdua ada, kami sama sekolah. Kami sama daerah. Mukim sahaja yang berbeda. Penduanya. Syafiq Daud. Mantan warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Yang bersama berjuangku ada jua di sini. Ada seorang Afif, seorang Aus Hijri dan seorang Syahir. Sama-sama berusaha untuk mendaulatkan bahasa syurga.

Aku gembira untuk bersama mereka dan yang lain yang semanzil denganku – Amir Fauzan, Arash, Arif Jamil, Hafizuddin Sobri, Hanif Jaafar dan Razak Alias.

Aku pun ada pendua di sini. Putera Muhammad Muizz. Duduk dalam jurusan yang sama denganku, bahasa warga Islam.

Bersama denganku sekampus di sini ada beberapa insan. Firman, Awang Mohd. Ashraffarhan, Amirul Ashraf, Abdul Qayyum, Fuad Fauzi, Daniel dan Nurul Zaimah. Setakat ingatanku, ini sahajalah.

Aku bukanlah suka-suka mahu bercerita tentang sang insani sebelah sini. Syukur, Alhamdulillah, kebetulan aku dapat bertemu mereka. Bukan senang mereka dicari kerana ada ribuan manusia berkampung di 6 buah kolej di sini.

Kalaupun berjamaah di Masjid Kolej Islam Malaya milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan diuruskan oleh Pertubuhan Kemajuan Islam Malaysia (PERKIM), bukan mudah orang itu dicari dan ditemui.

Cuma, harapanku, yang aku bai'ahkan bersama yang lain akan cuba terlaksana secara progresif dan efektif. Di sini, aku mahu mewasilkan dan melestari silaturrahim. Juga aku mahu menuntut ilmu.

Biar wisma itu lama asal hati sentiasa berubah baru.

Bagaimana Petaling Jaya menjadi bandaraya, bandar hati hendaklah lebih maju dari bandaraya dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Bilik 420, Mahallah Abu Bakar, UIAM, Petaling Jaya, Selangor.
Rabu, 6 Jun 2012, jam 12.32 tengah malam.

ads