Ahad, 14 Oktober 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Bersantai <b>Di</b> The Pool <b>Ampang</b>

Posted: 05 Sep 2012 06:52 PM PDT

The Pool - Salah satu tempat yang sesuai untuk menghabiskan waktu malam bersama rakan-rakan ataupun orang yang tersayang.

Akak dah pernah pergi The Pool kali pertama dahulu.  Memang teruja bila melihat pemandangan yang ada di sini terutama suasana di tepi kolam yang mendamaikan mata memandang.

Kalau pergi di sini, anda akan mendapat layanan bak seorang VIP tau. Sambil menikmati suasana yang santai di tepi kolam, anda juga boleh menikmati makanan dan minuman yang lazat yang di sediakan di sini.

Antaranya ialah

fuhyooo bentuk love tuuu..feeling lomantik bila berduaan dengan hb

hiasan yang mengoda kalbu

menyelerakan sungguh kannn

 wow..tenguk pun dah tergiur dibuatnya

 Untuk pengetahuan korang The Pool ni diasaskan oleh pemilik restoran dan bar yang terkenal di Damansara Heights iaitu The Hill.

Anda boleh pilih nak lepak kat mana mana tempat yang anda suka.. semua tempat di sini memang sungguh selesa  antaranya ialah


The Pool Deck...kalau akak..akak suka di sini..suasana santai dan open air

Kyoto Lab Lounge

The Pool Deck ...seronoknya bila dapat datang dengan suami kannn

The Pool Inside Seating


Kyoto Lab Dining


Cantikkan dekorasi yang di sediakan memang menarik dan sesuai dengan taraf layanan  bak VIP yang di sediakan di sini.  Apa lagi jangan lepaskan peluang bersantai di sini.

The Pool
347 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook : The Pool, Jalan Ampang

Rabu hingga Sabtu – 5.00 petang hingga 3.00 pagi
Ahad – 4.00 petang hingga 3.00 pagi
Isnin & Selasa – Tutup


p/s wah...kalau candle light dinner dengan hb sempena ulangtahun perkawinan best gak ni..feeling macam baru kawin..ahaksss

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Pembangunan <b>di Bukit Lanjan</b> ~ RhumZi Blogs

Posted: 11 Oct 2012 11:34 PM PDT

Area ni memang pesat dengan pembangunan di sekelilingnya. Kampung pun dah tak macam kampung rupanya

Sempat juga menikmati nasi ayam kelah di sini sementara menunggu rakan-rakan.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Menghadiri 8 Majlis Perkahwinan Dan Majlis Aqiqah Penduduk <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 03:12 AM PDT

Hulu Kelang, 6 & 7 Oktober 2012 – Saari dan Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan perkahwinan dan kenduri aqiqah penduduk di DUN Hulu Kelang.

6/10/12 - Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Hajjah Ramlah Sharif yang telah berlangsung di kediamanya, Jalan AU2C/5, Taman Desa Keramat

6/10/12 - Saari dan Aliza di majlis aqiqah Syed Irfan b Syed Zulfan yang telah berlangsung di Dewan Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang, Keramat Permai

6/10/12 - Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Dr Badrulamin Bahron & Zumrah Husni yang telah berlangsung di kediamanya, Jalan 1, Taman Desa Jaya, Kepong

6/10/12 - Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Zaid Kamaruddin & Suriati Haron yang telah berlangsung di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Keramat

7/10/12 - Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Razali Tambi Chik & Ruhani Abd Karim yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna MPAJ AU2A, Taman Seri Keramat

7/10/12 - Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Maslan b Das & Rohani Ya'akob yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Dato' Keramat

7/10/12 - Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Faizul Alias & Zawiah Mat Hassan yang telah berlangsung di kediamanya Jalan Hijrah 3, Kg Melayu Sg sering

7/10/12 - Saari dan Aliza di majlis perkahwinan Ustaz Muhammad Seman yang telah berlangsung di perkarangan Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Rodziah : RM3.95 Juta Selesai Masalah Trafik <b>Di Padang Jawa</b>

Posted: 12 Oct 2012 04:00 PM PDT

SHAH ALAM, 13 OKT : Kesesakan lalu lintas di Padang Jawa  sejak bertahun lamanya berjaya di atasi Kerajaan Negeri dengan pembinaan laluan baru.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM3.95 juta bagi cadangan pembinaan jalan raya menghubungkan Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa ke Persiaran Jubli Perak Seksyen 17.

Beliau berkata, pihaknya bukan sahaja memandang isu itu dari segi kesesakan tetapi juga keselamatan penduduk di situ serta Kapung Padang Jawa yang selama ini menghadapi masalah keluar masuk dari kawasan tersebut.

"Usaha bagi pembinaan jalan tersebut melalui perbincangan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak lain di mana kita sudah mendapat satu kata putus mengenai pembinaannya.

"Dengan perancangan dan usaha ini yang kita tunggu hampir dua tahun dan Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan bagi membina laluan alternatif ini yang dijangka bermula pada hujung tahun ini," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Rodziah berkata, dengan kepesatan pembangunan di sekitar kawasan di situ pastinya laluan baru itu akan mengatasi masalah kesesakan dihadapi penduduk yang berjumlah kira-kira 40,000 orang.

Selama ini, penduduk di situ menghadapi masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak kerana hanya terdapat satu laluan utama sahaja yang dapat digunakan mereka.

"Kita berharap dengan kewujudan jalan ini akan memberikan banyak faedah dan kelegaan kepada pengguna lalu lintas terutama penduduk di kawasan Padang Jawa kerana ia akan menjimatkan masa perjalanan," katanya.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF <b>DI BANGI</b> GOLF <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 01:37 PM PDT


 Seramai 31 members telah mengikuti permainan kali ni.

Keputusan adalah saperti di pamirkan:
Nampak nya 3 orang kena potong handicap. Tahniah diucapkan.

 
 



 
Gambar Sumbangan Dato Khalid Saad

Salam

Hujan makin lebat <b>Di Bangi</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 10 Oct 2012 05:09 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hujan makin lebat Di Bangi. ... Hujan makin lebat Di Bangi. Comments and faves. Want to format your comment? By Adibi No real name given + Add Contact. This photo was taken 8 hours ago. 9 views 0 favorites 0 comments 0 galleries ...

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


AKTIVITI MASYARAKAT OMAK DAN BAKAL CALON P109 <b>KAPAR</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 12:19 AM PDT


Pergh!!! macam tak percaya pula apa yang Omak dan bakal calon PKR/PR P109, Kapar, Dr Nedunchelian Vengu lakukan dengan memberi perkhidmatan pemeriksaan perubatan percuma kepada penduduk setempat Bukit Raja Ahad lalu mendapat liputan dan penghargaan dari akhbar The Star terbitan hari ini dimuka surat 20 ruangan EVENTS Star Metro.

Sekurang-kurang ada jua akhbar milik dan kawalan MCA/BN yang sudi menyiarkan kegiatan Omak memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

Ini macam baru layak dipanggil media arus perdana.

Jika nak tahu apa yang The Star tulis, sila klik kepada foto dan baca.

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Berita Keselamatan & PDRM: Kilang Tembaga Dirompak <b>di Ulu Yam</b>

Posted: 12 Oct 2012 02:00 PM PDT


GOMBAK: Seorang pengawal keselamatan cedera di tangan ketika bergelut dengan lapan lelaki bersenjata parang yang menceroboh sebuah kilang di Ulu Yam sebelum melarikan 13 kotak berisi tembaga bernilai RM500,000, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pengawal berusia 62 tahun yang cedera di tangan itu berada dalam pondok pengawal bersama rakan sekerjanya berusia 51 sebelum didatangi lapan lelaki bersenjatakan pedang dan parang.

"Bagaimanapun, mangsa bertindak berani dengan melawan suspek hingga berlaku pergelutan menyebabkan dia tercedera di kedua-dua tangan terkena libasan parang.

"Suspek mengikat tangan dan kaki kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan sebelum mengurung mereka dalam stor," katanya.
Menurut sumber, ketika dikurung mangsa sempat melihat sebuah lori masuk ke dalam kawasan kilang dan memunggah barangan samun ke dalam lori. "Mereka berdua dikurung hampir dua jam dalam stor sebelum berjaya melepaskan diri selepas yakin kumpulan itu sudah beredar dan menghubungi majikan memaklumkan kejadian itu," katanya.


Mangsa yang cedera dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan dan majikan mereka membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Orang Muda, P Kamalanathan Calon BN <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 15 Apr 2010 02:18 AM PDT

Kategori Berita Lain

Orang Muda, P Kamalanathan Calon BN Hulu Selangor

BUKIT SENTOSA (Hulu Selangor), 15 April – Orang muda berusia 44 tahun, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, P Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, 25 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan kepada kira-kira 7,000 pemimpin dan penyokong, hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN membuat keputusan itu setelah berbincang dengan semua pihak di dalam BN.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri berpesan PRK Hulu Selangor amat penting kepada negara kerana ia bakal menentukan masa depan bersama, bukan sahaja Hulu Selangor, tetapi seluruh negara.

"Oleh itu, Perdana Menteri berpesan supaya semua peringkat jentera BN mestilah datang berkempen di Hulu Selangor, bekerja keras, tumpukan perhatian hanya untuk memastikan BN menang," katanya.

Muhyiddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama yang amat penting untuk memastikan kestabilan politik demi pembangunan dan masa depan. Sejarah Malaysia selama ini adalah bukti semua hujah itu.

Beliau turut menjelaskan, pemimpin pusat memang sedar dan mendengar suara-suara rakan di dalam UMNO yang mahukan UMNO bertanding mewakili BN dalam PRK Hulu Selangor.

"Tetapi di dalam persahabatan yang telah lama kita amalkan, kita tidak boleh ingkar kepada kesepakatan itu. Di dalam konsep BN tiada masyarakat yang kecil, kita daripada UMNO tidak tamak.

"Terima kasih kepada pimpinan UMNO Bahagian Hulu Selangor kerana bersetuju dan sepakat mengekalkan MIC sebagai wakil BN. Calon dari MIC ini adalah calon BN dan apabila menang nanti, dia bukan sahaja bekerja untuk kaum India, tetapi dia akan berkhidmat kepada semua kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli." tegasnya.

Timbalan Pengerusi BN itu turut merakamkan tahniah kepada DS G Palanivel kerana empat penggal berkhidmat, dia sudah ada jasa. Tetapi kita dah tahu banyak yang mahukan perubahan, muka baru dan atas semangat 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. -Media UMNO

Berita Bertarikh Pada 5:18 PM

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Gadis Tawau Dirogol, Dibunuh <b>Di Balakong</b> | MyNewsHub

Posted: 14 Aug 2012 08:52 PM PDT

KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.

Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.

"Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.

"Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan," kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.

Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.

"Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga," katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Cik Bulat: Open House <b>di Shah Alam</b> XD

Posted: 17 Sep 2012 09:58 AM PDT

Terima kasih buat Yustika dan keluarga atas jemputan open house buat kami.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam yang mengambil masa hampir 40 minit tu akhirnya disajikan dengan hidangan yang kemain lazat sehingga kembung perut. Miahaha. Paling masyuk bila ada Pizza. Itu aku suka..! Thanks Yus, ingat tau.. Next time, PAVLOVA. Miahaha.

Sampai je di perkarangan rumah yus tu boleh dikatakan lambat juga sebab masa tu dah pukul.. em.. pukul berapa entah, tak ingat aku. Sampai-sampai rumah Yus, salam-salam dan gelojoh nak solat asar. Lepas solat pula tak pandang kiri kanan terus gelojoh nak terkam makanan. Amboi !

Macam-macam yang dihidangkan tuan rumah, antaranya yang aku ingat tak ingat .. em em.. Mee Jawa, eh? Mee Jawa ke Mee rebus, entah.. aku pun tak kenal, yang penting mee.. okey, seterusnya.. Pizza, Marshmallow + Buah Anggur (cecah coklat cair) BLERGHHH ! , kek Red Velvet ngan kek coklat tapi sebabkan aku ada jamah kuih tart dia.. aku senaraikan sekali.. hihihihi..

Apa pun, thanks a lot kepada Yustika sebab sudi menjemput kami semua. Tak lupa kepada khairul abdul rahim dan rakannya (sorry tak ingat nama :D) hiks.. Kepada KAK Tfa sebab sudi angkut kita dengan Luqq untuk ke rumah Yus :) hiks..

Aku bebetul kenyang petang tu. kenapa petang? sebab malam, aku dah lapar gila..! Miahahaha~ PERUT TONG. Okbai.

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


BlogList Malaysia: Lanun Mengganas <b>Di Rawang</b>

Posted: 20 Aug 2012 02:18 AM PDT

Beri amaran lepas gagal curi


RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.


Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya.

"Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah.

"Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka.

Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu.

"Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi.

"Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan," katanya.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya.


12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Pernikahan Izar & Linda, <b>Sijangkang</b> | acaii jawe

Posted: 07 Oct 2012 06:09 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim

Sepanjang aku berada dalam banyak majlis nikah beberapa tahun lepas ni, ada satu perkara yang memang selalu pasangan pengantin lakukan secara tidak sengaja:) Sama ada perasan ataupun tidak, hanya selepas majlis nikah lah pasangan pengantin tersebut akan panggil mak dan ayah mertua mereka dengan panggilan 'ayah' dan 'emak' berbanding makcik/pakcik. Majoriti pengantin akan masih panggil makcik dan pakcik selepas bernikah,hehe. Ada kawan aku dia masih tersasul panggil makcik even dah seminggu kahwin:)

Aku nak update majlis pernikahan Izar dan Linda yang diadakan di Kampung Sijangkang. Ramai kawan-kawan lama aku ada kat kampung ni sebab sekolah menengah dulu tak jauh dari kampung ni. Tapi tak jumpa sorangpun member aku masa majlis ni,hehe.

Alhamdulillah, majlis pernikahan ni berjalan lancar. Dengan satu lafaz Linda selamat menjadi suri hidup Izar. Aku sebenarnya suka imam dan jurunikah yang memudahkan urusan pernikahan. Tidak seperti zaman dahulu yang menjadi satu mimpi ngeri bagi orang lelaki yang ingin bernikah dengan gadis pilihannya:)

Semoga ikatan suami isteri yang terjalin berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Pakat baik-baik. Perjalanan masih panjang dan kena kenal hati masing2. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Tunggu aku update majlis perkahwinan mereka nanti. Wallahua'lam.

Nota kaki : Berita malam tadi 75% jemaah haji Malaysia dah berada di tanah suci. Semoga mereka semua mendapat haji mabrur,amin.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Addin: MP <b>Sabak Bernam Di</b> Perintah Jalani Hukuman Penjara Hari <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 01:16 AM PDT

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
    
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
  
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
  
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan  pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
  
Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.
  
"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.
  
Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.
  
"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.
  
"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.
  
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.
  
Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
  
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
  
Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.
  
Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.
  
Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
  
Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu. ~bernama

ads