Sabtu, 15 Februari 2014

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Wakil Shaklee <b>di</b> sekitar Kajang, <b>Semenyih</b> <b>...</b> - Ibu, hebat kan...

Posted: 13 Feb 2014 07:26 PM PST

Salam,
Bagi anda yang berada di sekitar Kajang, Semenyih, Beranang, Saujana Impian, Bandar Seri Putra dan Bangi, bolehlah dapatkan Shaklee daripada wakil saya Hasniza. Boleh call/sms/whatsapp: 012-30 55 841. Dapatkan Shaklee pada harga best beserta konsultasi percuma!

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Jawatan Kosong Segera <b>di</b> Tanjung Malim / <b>Kuala Kubu</b> Bahru <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2014 05:08 AM PST

JAWATAN : SUPERMARKET SAMPLING PROMOTER
Lokasi – TANJUNG MALIM / KUALA KUBU BAHRU
Bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

-Boleh membaca & menulis laporan yang mudah dalam kedua-dua bahasa
- Mininum kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM & ke atas
- Boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan / arahan yang minimum
- Mempunyai kenderaan sendiri untuk perjalanan dari rumah ke pasar raya
- Gaji akan dibayar secara bulanan / mingguan (5 / 7.5hrs: RM7.50 @ jam)
-4 Hari bekerja dalam seminggu (Khamis – Ahad) 5hrs (15:45-9:30PM)
-2 / 3 hari kerja dalam seminggu (Sabtu – Ahad / Jumaat – Ahad) 5 jam (3:45-9:30PM)
-2 hari bekerja dalam seminggu ( Sabtu – Ahad ) 7.5 jam (1:15-9:30PM)
-3 Hari bekerja dalam seminggu (Jumaat – Ahad) 7.5 jam (1:15-9:30PM)
-Elaun Handphone akan disediakan.

# Syarikat kami menawarkan pakej ganjaran yang menarik dan lain-lain
# Calon yang berminat boleh hubungi untuk temujanji:

Kami Terletak Di:
SUNQUICK MALAYSIA
34, Persiaran Rishah 9,
Kawasan Perusahaan Silibin , 30100 , Ipoh, Perak

Hubungi: LOGA – H/P: 016-4285647 / ARTHUR – H/P: 012-4765304

Company Details :
Sunquick Malaysia
Address : 34, Persiaran Rishah 9, Kawasan Perusahaan Silibin , 30100 , Ipoh, Perak

Contact Person : Loga
Phone : 016-4285647
Closing Date : 31/12/2014

Jawatan kosong 2014 : Jawatan Kosong Segera di Tanjung Malim / Kuala Kubu Bahru.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Isu Kebersihan di Hospital Kerajaan <b>di Negeri Selangor</b>

Posted: 03 Jan 2014 12:30 AM PST

Media hari ini melaporkan bahawa kakitangan hospital terpaksa mengambil alih kerja-kerja mencuci tandas dan wad di kebanyakan hospital kecuali di hospital Serdang.

Dilaporkan hanya 13 orang dari 135 orang dihantar oleh Radicare untuk kerja pembersihan di hospital Klang.

Keadaan di beberapa hospital di Selangor sudah di tahap  'huru-hara' bukan sahaja disebabkan kebanjiran begitu ramai pesakit tetapi juga timbulnya masalah kebersihan dan kutipan sampah.

Perkara in telah dibawa kepada pengetahuan saya bahawa syarikat Radicare Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerja-kerja pembersihan di semua hospital sejak 2014 telah mengurangkan tenaga kerjanya. Dari 120 orang, diberitakan ianya hanya tinggal 20 orang sahaja bekerja di setiap hospital. Ini menyebabkan terjejasnya kebersihan tandas dan persekitaran wad-wad di kebanyakan hospital di seluruh negeri Selangor.

Ini jelas menunjukkan bagaimana kontrak penswastaan yang telah diberikan kepada syarikat kroni telah mula menampakkan kesan negatif.


Hospital adalah tempat orang ramai mendapat rawatan perubatan dan bayangkan sekiranya tahap kebersihan tempat tumpuan orang ramai tidak dapat di jaga di sebabkan syarikat swasta tadi memotong tenaga kerjanya maka sudah tiba masanya pemberian kontrak tersebut dikaji semula.

Kesihatan rakyat merupakan keutamaan melebihi  keuntungan wang ringgit. Lantaran itu kita mengesa Kerajaan Persekutuan mengkaji semula semua kontrak yang diberikan kepada syarikat swasta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjimatkan kos dan agar perkhidmatan yang diberikan lebih efektif.


YB Dr. Xavier Jayakumar
Adun Seri Andalas

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Desa Salak Maju Double Storey (2013) - <b>Bandar Baru Salak Tinggi</b>

Posted: 31 Oct 2013 12:00 AM PDT

tkp wrote:Kalau tgk kat site, sebelah depan masih berhutan... sebelah belakang pulak ada kebun getah... tak tahu sama ada akan naik perumahan baru di depan atau di belakang. Agak2 kalau hujan, nanti banjir tak sebab air turun dari Tiara Heights?

Kemungkinan air tiara height turun ke salak maju adalah agak mustahil melainkan semua bukit diantara salak maju dan tiara height diratakan.

Kalau tgk di hujung site salak maju selepas kwsn hijau/lapang sebelah lot 4773, tanah lebih rendah berbanding tapak rumah.. Begitu juga lot hadapan rumah tanah lebih rendah. Current tiara height punya slope pun x menghala ke salak maju.

Lot belakang lebih tinggi namun slope tanah lebih rendah ke arah jalan raya (south) dan north east bukan ke salak maju (east). Kebun getah dah rumah (2 biji) serta tanah sekeliling adalah tanah lot individu.
Aliran longkang salak maju pula adalah dari lot 4773 ke 4796. Level tanah semua rumah hampir sama tinggi.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


BATASAN HANYALAH ILUSI: Servis Kereta <b>di</b> Honda <b>Puchong</b>

Posted: 11 Feb 2014 07:51 PM PST

Suka untuk aku berkongsi pengalaman menghantar servis kereta di Honda Service Centre di Puchong. Lokasi service centre adalah sebaris dengan Tesco Puchong. Bangunannya boleh dilihat jika anda menelusuri LDP.
Jika anda mahu servis kereta disini, ada dua cara yang boleh buat sama ada anda booking terlebih dahulu, ataupun hanya walk in sahaja. Masa awal-awal dulu memang aku akan booking tetapi akhir-akhir nie aku walk-in aje. Dari segi tempoh menunggu, booking lebih baik, sebab anda hanya perlu datang awal 15 minit daripada waktu anda booking. Masa menunggu pun agak singkat, tapi untuk dapatkan waktu booking ikut masa anda sebenanya susah. Untuk satu-satu masa, hanya dibenarkan 4 kereta sahaja untuk booking, Contohnya, 8.30 am - 4 kereta. Kira dalam satu hari jumlah yang dibenarkan untuk booking terhad. Sebab itu, aku ambil pendekatan walk-in sahaja. Tapi setakat ini, walaupun walk-in aku rasa ok je.

Cuma servis kereta honda memang mahal agaknya berbanding dengan kereta lain. Aku takde kes study bagi membuktikan fakta ini, tapi setiap kali servis tak lari, kos yang anda perlu bayar tak kurang dari RM200 ribu. Walaupun setakat servis yang biasa saja.

Ruang menunggu kat honda servis ini luas. Surat khabar dan air kopi pun ada disediakan. Cumanya aircondnya agak panas sikit, mungkin sebab dinding kacanya menyebabkan haba banyak masuk. 





12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


5 Gambar kemalangan maut <b>di</b> Jalan <b>Dengkil</b>-Kota Warisan petang <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2013 05:44 PM PST

http://tengoktvonline.blogspot.co.at/2013/11/5-gambar-kemalangan-maut-jalan-dengkil-kota-warisan.html


Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 51.5 Jalan Dengkil-Kota Warisan, di sini semalam.

Dalam nahas kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nathrah Zulkifli, 38, yang memandu kereta proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang rakan dan dua anaknya cedera parah.

Difahamkan ketika kejadian, Nathrah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Persada Murni Alam Milenia, Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan sebelum dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan.

Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang, Inspektor Farah Hakim Azizan berkata, siasatan awal mendapati Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua penumpang lain hilang kawalan dan terbabas ke laluan bersebelahan.


Katanya, selain dirempuh MPV itu kereta mangsa turut dilanggar sebuah teksi yang mengekorinya di belakang.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya ketika ditemui ditempat kejadian di sini hari ini.

Pemandu teksi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87724222. -Utusan

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di kapar</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2014 11:09 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Orang Azmin Akan Cabar Khalid <b>Di</b> Kuala Selangor | AIDC

Posted: 18 Jan 2014 06:20 AM PST

AIDCNews – 18/01/14- Orang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dijangka akan mencabar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk merebut jawatan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor menjelang pemilihan parti itu pada April ini.

Orang Azmin yang dimaksudkan itu adalah bekas Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam.

"PKR Bahagian Kuala Selangor akan menghadapi perebutan antara penyandangnya Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan bekas Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam.

"Ia adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa MB Selangor dan Manikavasagam tidak boleh melihat mata-ke-mata kerana isu-isu perlombongan pasir yang terdedah di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

"Manikavasagam mengesahkan bahawa beliau akan mencabar Khalid jika MB Selangor itu memilih untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagian di kawasan itu, "lapor The Star.

Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike yang sebelum ini dipindahkan daripada mengekalkan kerusi Parlimen Kapar dan ditewaskan apabila bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati pada Pilihan Raya Umum ke-13 berkata beliau tidak rugi apa-apa jika tewas di tangan Khalid di Kuala Selangor.

"Saya tidak rugi apa-apa. Dan saya akan bersungguh-sungguh menentangnya (Khalid)," katanya.

Mike mendakwa beliau mendapat sokongan penuh daripada pesaing-pesaing Khalid di Kuala Selangor termasuk Ketua Penerangan Pemuda, Mazli Saring dan Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Mazli dan Kamil telah kalah kepada Khalid dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2010.

Tambah Mike, Khalid sepatutnya berasa malu apabila sesetengah isi rumah di kampung kawasannya, contohnya Kampung Pasir Tuntung masih tidak mempunyai bekalan air.

"Dan setakat ini, saya telah membantu menyambung bekalan air ke lapan buah rumah di Kampung Pasir Tuntung," katanya.

Kata penyandang Naib Pengerusi PKR Kapar itu lagi, kampung tersebut terletak di kawasan Bukit Malawati, tempat di mana beliau berkhidmat sebagai penyelaras.

Mike juga menambah bahawa dia telah merekrut 3,000 orang ahli untuk menyertai PKR bahagian Kuala Selangor, menjadikan jumlah kesemuanya kepada 9,000 ahli.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak memindahkan 3,000 ahli dari bahagian Kapar. Orang-orang yang saya ambil semua dari kawasan Kuala Selangor," katanya.

Mike selain itu berkata beliau telah memindahkan keahliannya dari Kapar ke Kuala Selangor, bulan lalu.

Sumber yang rapat dengan Khalid pula mengalu-alukan cabaran Mike dan menyatakan beliau mempunyai hak demokratik untuk bertanding mana-mana jawatan yang disukai.

Sementara itu, Khalid dilihat mempunyai perkara-perkara yang lebih besar untuk dibimbangi apatah lagi dirinya kini diserang dari pelbagai sudut berikutan kebimbangan sesetengah pihak yang menjangkakan ADUN Pelabuhan Klang itu boleh mencabar Timbalan Presiden, Azmin Ali dalam pemilihan parti akan datang.

Pihak yang bersimpati dengan Khalid juga percaya bahawa kemelut PKNS yang melibatkan Azmin telah dirancang dengan bijak untuk menjatuhkan bekas Ahli Lembaga Pengarah perbadanan tersebut.

Azmin telah digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut untuk memasukkannya semula ke jawatan asal.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Pengawal Keselamatan Larikan RM250,000 <b>Di Subang Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 07:40 PM PST

crime

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan melarikan wang tunai berjumlah RM250,000 dari van yang dipandunya semasa dua lagi rakannya sedang memindahkan sejumlah wang ke Maybank di Wisma Consplant, Subang Jaya pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira 9 pagi ketika suspek yang dikenali sebagai Mohd Fahamy Mohammad Ramly, 30, yang sedang menunggu rakan-rakannya melakukan tugas mereka, tiba-tiba melarikan van yang berisi wang tersebut.

"Mereka ditugaskan untuk mengambil wang hasil jualan hujung minggu di beberapa premis perniagaan di sekitar Shah Alam dan di dua buah stesen minyak di Kesas (Lebuhraya Shah Alam) bagi tujuan mendeposit wang tersebut ke dalam bank.

"Wang berkenaan merupakan milik dua buah stesen minyak dan sebuah restoran makanan segera yang ditinggalkan dalam van itu sebelum dideposit ke dalam Maybank di dalam bangunan wisma tersebut," katanya kepada Bernama.

Yahaya berkata, dua rakan pengawal tersebut yang kembali setelah menghantar wang ke bank itu mendapati suspek bersama van itu tidak lagi kelihatan di situ.

Mereka kemudiannya menghubungi rakan mereka dengan alat walkie-talkie tetapi gagal, lalu kedua-duanya membuat laporan polis.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan suspek tidak mempunyai senjata dan baru sahaja berkhidmat di syarikat keselamatan itu pada 1 Oktober lepas.

Syarikat tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2005 menawarkan khidmat penghantaran wang kutipan jualan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pelanggan, katanya.

Yahaya berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

- BERNAMA

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Syabas digesa ambil langkah segera atasi masalah air <b>di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 10:15 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Syabas digesa ambil langkah segera atasi masalah air di Kuala Langat. SHAH ALAM 11 FEB : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) digesa mengambil langkah segera bagi menangani masalah ketiadaan air yang menjejaskan rutin ...

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


GAMBAR KERETA VIVA REMPUH MAYBANK <b>DI SABAK BERNAM</b>

Posted: 25 Nov 2013 02:38 AM PST

5 GAMBAR KERETA VIVA ELITE REMPUH LANGGAR CAWANGAN MAYBANK DI SABAK BERNAM

Viva Elite Rempuh Langgar Maybank Sabak Bernam. Viva yang pada mulanya di parkir berhadapan sebuah cawangan Maybank di Sabak Bernam telah merempuh bank berkenaan selepas pemiliknya gagal untuk mengalihkan gear di kedudukan R.

Difahamkan pemilik viva berkenaan cuba untuk mengundurkan keretanya namun apabila menekan minyak viva tersebut meluncur laju ke hadapan dan terus merempuh pintu kaca bank berkenaan lalu pecah. Insiden ini berlaku pada Isnin 25 November 2013 lebih kurang jam 12 tengah hari.

Gambar Viva Elite Rempuh Langgar Maybank Sabak Bernam

IMAG3528

IMAG3520

IMAG3524

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


BEN ASHAARI: Ke Paradigm Mall , <b>Kelana Jaya</b>.

Posted: 31 Jan 2014 03:09 AM PST

Kali petama nak ke shopping di Paradigm Mall , Kelana Jaya. Saja saja berjalan bawak si Qhaliff keluarkan peluh.. Tapi yang berpeluh , aku la.. Dia tak nak turun .. Huhuh… Demam dah ok tapi badan masih penat ..

Kat rumah , aktif .. Masuk dalam kereta , terus lenaaa … Sedap 'dibuai' dek pergerakkan kereta .. Huhuh… Pasang Waze .. Hehehehe .. Rupanya ada jalan dekat nak ke Petaling Jaya tu haaa.. Dari rumah aku , dalam 40 minit je pon !! Aiyookkkk.. biasanya ikut jalan jauhhhh.. huhuhuh….

Photo

Sampai kat sana , dia masih lena.. Terpaksa kejutkan dia .. Tengok la muka dia tu haaa .. Ngantuk sokmooo.. Sian jee…

Photo: Bersama , Qhaliff  dan Beary  di #ParadigmMall selepas saksikan persembahan  sempena CNY .. Ada lg nanti pada 2 Feb! Go checkout. Follow the official Paradigm accounts .. www.facebook.com/paradigmmall, Instagram @paradigmmallmy and #paradigmmallmy berpeluang utk memenangi  The Journey tickets on the 8th February! #BearyJourney #BearySelfie

Disebabkan dia masih sebegitu rupa dan aku sendiri kepenatan akibat dah mula pecah lemak .. Maka , sempat makan je kat SATAY SATAY .. Hehehehehe ..

Order 3 jenis makanan .. Nasi goreng , char kuay teow dan asam laksa ..

Photo: Sapa suka ?

Photo: Atau sapa minat yg ini ?

Sedap ? Ada kawan tanya di Facebook. Hehhehehe … Ikut tekak aku , serius sedap ! Ikut hati , nak je tapau CKT tu .. tapi udah udah laaa .. hehehehe ..

Harga ? Hehehe .. Rasa rasa korang ?

Photo

Lepas makan , terus balik … Qhaliff dok wat hal .. Adehh .. Nangis tu tak la tapi … hurmm.. Di dukung , nak turun. Diturunkan , nak baring pulak atas lantai .. Aihhhhhh …

Tak sempat nak pusing pusing kat situ. Nampak macam best.. Macam macam ada dan tengah SALE lak tu ..hurmmm .. Tapi memikirkan anak .. tolak tepi semua ..

Banyakkan bersabar bila anak tak sihat .. Huhuh….

ads