Ahad, 4 November 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU 13 : Guan Eng paling yakin <b>di</b> Kelantan <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 03:09 AM PST

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata peluang terbaik Pakatan Rakyat adalah di Kelantan, diikuti oleh Selangor, Pulau Pinang dan akhir sekali Kedah.

Penilaian beliau berdasarkan kepercayaan bahawa retorik perkauman BN akan mempunyai impak yang kurang di Kelantan dan Selangor.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Selangor pagi ini, Lim berkata BN sedang memainkan soal perkauman, tetapi menurutnya adalah lebih sukar untuk bermain isu perkauman di Selangor.
Tambahnya, keadaan adalah sama di Pulau Pinang. Apabila ditanya mengapa BN akan memainkan soal perkauman di negeri yang mempunyai etnik yang bercampur, Lim berkata, ia adalah kerana beliau merupakan satu-satunya ketua menteri bukan Melayu.

"Pokoknya saya adalah satu-satunya ketua menteri keturunan Cina dan bukan Islam di Malaysia, jadi saya sasaran yang mudah. Ia adalah sangat jelas bukan?"
Bagaimanapun, Lim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih memerlukan sokongan pengundi Melayu untuk memastikan "kemenangan yang baik" di Pulau Pinang.

Dalam ucapannya sebelum itu, Lim mendedahkan apa yang didakwa dari dokumen yang bocor mengenai persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya di kawasan bukan Melayu di Selangor adalah pada 53 peratus dan "sangat bersedia" di kawasan Melayu.

 "(Ia adalah) sangat tinggi. Adakah kita di peringkat itu atau tidak? Mari kita membuat penilaian ikhlas selepas ini, "katanya.

Tambahnya, walaupun jika BN adalah lemah, tetapi DAP tidak akan menang jika ia tidak bersedia.

Beliau memberitahu pemberita kemudiannya bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam semua negeri termasuk Selangor.

"Saya akan berbohong jika saya katakan saya berpuas hati (dengan persediaannya)," katanya.

Dalam ucapannya sebelum ucapan pembukaan Lim, pengerusi DAP Selangor Teresa Kok menyenaraikan pencapaian dan cabaran dihadapi parti itu di negeri tersebut.

Ini termasuk mempertahankan kerusi marginal di Sekinchan dan Teluk Datuk, di mana ia menang dengan majoriti tipis masing-masing 190 undi dan 698 undi semasa pilihan raya umum 2008.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa BN juga mempunyai kerusi marginal di mana DAP harus menumpukan usaha dalam harapan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang, atau membantu rakan parti dalam Pakatan berbuat demikian.

Ini termasuk Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek di mana DAP tewas masing-masing dengan 449 undi dan 1572 undi, serta lapan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi parlimen di mana parti-parti dalam Pakatan kalah tipis.

"DAP adalah kuat di kawasan majoriti bukan Melayu. Di lapan kerusi BN tersebut, sekurang-kurangnya 15 peratus adalah pengundi bukan Melayu.

"Jika kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus sokongan mereka, kita boleh memenangi kesemua lapan kerusi ini," katanya ketika menggesa ahli-ahli untuk menyumbang idea bagi membantu menyokong kemenangan.

Lapan termasuk Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam dan Sri Serdah, semuanya telah dimenangi dengan kurang daripada 700 undi.

AGEN DSAI....: YB Guan Eng paling yakin <b>di</b> Kelantan dan Selangor

Posted: 04 Nov 2012 10:13 AM PST


Guan Eng paling yakin di Kelantan dan Selangor
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata peluang terbaik Pakatan Rakyat adalah di Kelantan, diikuti oleh Selangor, Pulau Pinang dan akhir sekali Kedah.

Penilaian beliau berdasarkan kepercayaan bahawa retorik perkauman BN akan mempunyai impak yang kurang di Kelantan dan Selangor.
2012 selangor dap convention 041112 lim guan engBercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan
Konvensyen Tahunan DAP Selangor pagi ini, Lim berkata BN sedang memainkan soal perkauman, tetapi menurutnya adalah lebih sukar untuk bermain isu perkauman di Selangor.
Tambahnya, keadaan adalah sama di Pulau Pinang. Apabila ditanya mengapa BN akan memainkan soal perkauman di negeri yang mempunyai etnik yang bercampur, Lim berkata, ia adalah kerana beliau merupakan satu-satunya ketua menteri bukan Melayu.

"Pokoknya saya adalah satu-satunya ketua menteri keturunan Cina dan bukan Islam di Malaysia, jadi saya sasaran yang mudah. Ia adalah sangat jelas bukan?"
Bagaimanapun, Lim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih memerlukan sokongan pengundi Melayu untuk memastikan "kemenangan yang baik" di Pulau Pinang.

Dalam ucapannya sebelum itu, Lim mendedahkan apa yang didakwa dari dokumen yang bocor mengenai persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya di kawasan bukan Melayu di Selangor adalah pada 53 peratus dan "sangat bersedia" di kawasan Melayu.

 "(Ia adalah) sangat tinggi. Adakah kita di peringkat itu atau tidak? Mari kita membuat penilaian ikhlas selepas ini, "katanya.

Tambahnya, walaupun jika BN adalah lemah, tetapi DAP tidak akan menang jika ia tidak bersedia.

Beliau memberitahu pemberita kemudiannya bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam semua negeri termasuk Selangor.

"Saya akan berbohong jika saya katakan saya berpuas hati (dengan persediaannya)," katanya.

2012 selangor dap convention 041112 teresa kokDalam ucapannya sebelum ucapan perasmian Lim, pengerusi DAP
Selangor Teresa Kok menyenaraikan pencapaian dan cabaran dihadapi parti itu di negeri tersebut.

Ini termasuk mempertahankan kerusi marginal di Sekinchan dan Teluk Datuk, di mana ia menang dengan majoriti tipis masing-masing 190 undi dan 698 undi semasa pilihan raya umum 2008.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa BN juga mempunyai kerusi marginal di mana DAP harus menumpukan usaha dalam harapan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang, atau membantu rakan parti dalam Pakatan berbuat demikian.

Ini termasuk Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek di mana DAP tewas masing-masing dengan 449 undi dan 1572 undi, serta lapan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi parlimen di mana parti-parti dalam Pakatan kalah tipis.

"DAP adalah kuat di kawasan majoriti bukan Melayu. Di lapan kerusi BN tersebut, sekurang-kurangnya 15 peratus adalah pengundi bukan Melayu.

"Jika kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus sokongan mereka, kita boleh memenangi kesemua lapan kerusi ini," katanya ketika menggesa ahli-ahli untuk menyumbang idea bagi membantu menyokong kemenangan.

Lapan termasuk Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam dan Sri Serdah, semuanya telah dimenangi dengan kurang daripada 700 undi.
Kerjasama lebih erat

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata pada keseluruhannya, kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai lapan hingga kerusi marginal.

2012 selangor dap convention 041112 delegates 3Ditanya jika beliau yakin bahawa rakan-rakan dalam Pakatan - PKR
dan PAS - boleh menarik sokongan pengundi Melayu yang diperlukan untuk memenangi kerusi marginal, Kok berkata, ia bergantung kepada tahap kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut.

"Pada 2008, banyak kawasan yang yang saya telah ditunjukkan sebelum ini, tidak ada kerjasama (antara parti komponen Pakatan). Malah jika ada pun, ia adalah sangat minimum.

"Sekarang setelah kita membentuk kerajaan, ia adalah amat penting bagi kita mengeratkan hubungan antara PAS, PKR dan DAP untuk mencapai kejayaan di kerusi-kerusi tersebut," katanya.

Ahli Parlimen Seputeh berkata, kerjasama tersebut kini boleh dapat dilihat dalam program bersama seperti pelbagai ceramah di seluruh negeri./MalaysiaKini

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Infografik Yang Diharamkan <b>Di Negeri Selangor</b>? | Keris 7 Lok

Posted: 11 Oct 2012 05:09 PM PDT


Melalui infografik ini kita dapat lihat apa itu #Bajet2013 yang boleh Keris katakan sebagai Bajet Rakyat. Lebih tertumpu kepada rakyat serta pembangunan di Malaysia yang menyentuh banyak aspek, menjadikan Bajet kali ini amat ditakuti oleh pembangkang.

Dengan bajet pembohong mereka, rakyat kini sedar siapa kaca dan siapa permata. Berikut Keris pernah tulis tentang 6 Dalil berkenaan Bajet Pakatan dan Bajet Kerajaan Persekutuan.

1. Tetap SATU BAJET DEFISIT – walaupun seantero Pakatan Rakyat mendakwa bahawa bajet alternatif 2013 yang diumumkan baru-baru ini menggambarkan polisi kukuh ekonomi mereka, menyokong penghapusan monopoli dan bakal mengimplementasi undang-undang antipakat ("antitrust") yang mampan.

Dari segi angka, bajet alternatif 2013 mensasarkan defisit sebanyak 3.5 peratus berbanding 4.3 peratus, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM234 bilion melebihi pendapatan sebanyak RM197 bilion.

Walaubagaimanapun, BN telah merangka rancangan untuk mengurangkan kadar defisit ini dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 3.5 peratus menjelang 2015. Sasaran kerajaan untuk 2013 adalah sebanyak 4 peratus.

Kita tidak boleh melakukan pengurangan atau melancarkan bajet berjimat cermat secara drastik, untuk terus mengurangkan kadar defisit kepada 3.5 peratus tahun depan, tatkala ekonomi global sedang gawat.Sebaliknya, di dalam kegawatan ekonomi global, setiap negara perlu berbelanja dalam beberapa aspek untuk merangsang ekonomi domestik agar mampu bertahan menghadapi kesan-kesan ekonomi global. Ini kerana ekonomi domestik Malaysia merangkumi lebih 70 peratus daripada KDNK (Jumlah pendapatan negara).

Malahan, Malaysia adalah salah sebuah negara yang baru-baru ini mendapat pujian dari komuniti kewangan antarabangsa kerana strategi serampang dua mata yang merangsang ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 5 peratus.

Pakatan Rakyat juga sebenarnya mengakui dalam bajet alternatif 2013, mereka tidak dapat melancarkan lebihan bajet tahun depan walaupun mereka menghentam kuat kadar hutang negara masakini.

2. Pakatan Rakyat (PR) juga mendakwa mereka akan menyelesaikan isu perumahan mampu milik dengan menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan untuk melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik secara besar-besaran di seluruh negara.Bukan setakat itu sahaja, malahan PR juga berkata mereka akan menghentikan beberapa projek-projek penting serta agensi-agensi yang digerakkan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib seperti pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga agensi pembangunan strategik 1MDB.

PR mencadangkan penggabungan 1MDB dengan Khazanah, di samping mendakwa bahawa pembaziran berlaku apabila kedua-dua agensi ini mempunyai objektif yang sama, selain daripada menetapkan polisi-polisi dividen minimum sebanyak RM2 bilion ke atas Khazanah.

Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat kajian secara mendalam, usaha PR untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan ini sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh kerajaan melalui 1PRIMA, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan perumahan mampu milik lebih baik kepada golongan berpendapatan rendah.

Bajet PR tidak realistik apabila mereka mahu menghentikan pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga 1MDB kerana ini mendatang implikasi kepada ekonomi negara.

Di Lembah Kelang, di mana tanah semakin penuh, salah satu cara untuk kerajaan menyediakan perumahan mampu milik adalah dengan melepaskan lebih banyak tanah kerajaan untuk membina rumah.

Tidak ada lagi tanah kerajaan di Lembah Kelang untuk menampung permintaan perumahan selain daripada tanah milik Institut Penyelidikan Getah tersebut.

Patutkah pembangunan seperti ini dihentikan dan bagaimana pula nasib beribu-ribu buah rumah baru, yakni rumah-rumah dalam anggaran RM500,000 ke bawah. Bukankah ini bakal membawa implikasi buruk kepada ekonomi negara?

Satu lagi kelemahan dalam cadangan mereka adalah persoalan bagaimana persaingan boleh dipupuk sekiranya 1MDB dan Khazanah digabungkan?

Sebab utama kenapa 1MDB ditubuhkan adalah untuk memupuk persaingan antara Khazanah dan 1MDB, kerana persaingan ini mampu merangsang kecekapan dan prestasi untuk membawa pulangan yang lebih mantap kepada kerajaan.

Baca Selanjutnya Di SINI



K7L : Bajet 2013 menjadi igauan buat pembangkang..

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): LAWATAN <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 07:48 AM PDT

Pada 20 dan 21 Oktober yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar untuk peserta Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP) serta murid Pendidikan Khas SK Bukit Lanjan. Rombongan ini juga disertai oleh beberapa orang guru KEDAP dan Pendidikan Khas. Pada tahun ini lawatan tertumpu di Daerah Taiping dan Kuala Kangsar. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Pulau Orang Utan dan Eko Park di Bukit Merah, Night Safari di Zoo Taiping, Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, MCKK dan Dataran Kuala Kangsar. Sesungguhnya lawatan ini telah memberi manafaat yang besar kepada peserta lawatan yang memberi pengetahuan tentang alam sekitar, fauna dan flora serta sejarah negara kita.

Berikut adalah rakaman lawatan tersebut yang diabadikan dalam bentuk foto.





12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Batang Kali</b> <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 09:14 AM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Panorama malam <b>di</b> Pantai Remis, <b>Jeram</b> | fais yusuf bun kassim

Posted: 24 Oct 2012 08:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Panorama malam di Pantai Remis, Jeram. 24 oktober 2012. Posted just now by fais yusuf · fais yusuf bun kassim. Subscribe. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Menyampaikan Sumbangan Asas Makanan Kepada Penduduk Susah

Posted: 17 Oct 2012 03:14 AM PDT

Hulu Kelang, 17 Oktober 2012 – Saari telah menyampaikan sumbangan asas makanan kepada seorang penduduk susah yang menetap di Ulu Kelang, Ampang.

Saari menyampaikan sumbangan asas makanan kepada En Rizal Ramlan bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


GRO Vietnam ditahan kali kedua <b>di Puchong</b>. - UtaraNews - The <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 11:56 PM PDT

Polis menahan 29 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Puchong, malam kelmarin.

 Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Inspektor Mohd. Jais Mohamad berkata, kesemua GRO yang ditahan itu berumur antara 19 hingga 35 tahun. "Empat daripada GRO yang ditahan itu pernah ditangkap Jun lalu atas kesalahan sama di premis sama," kata Mohd. Jais kepada pemberita di sini semalam.

 Katanya, siasatan mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pusat hiburan berkenaan baru tiga minggu beroperasi. Polis turut menahan dua lelaki yang dipercayai bekerja di pusat tersebut

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Gambar Dan Video Banglo Runtuh <b>Di Shah Alam</b> - Hafiz Rahman

Posted: 19 Oct 2012 01:31 AM PDT

SHAH ALAM, 18 Okt — Seorang buruh binaan warga Indonesia maut, empat lagi cedera dan tiga lagi masih terperangkap dalam runtuhan sebuah rumah banglo yang sedang diubahsuai di Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Daripada empat yang cedera seorang daripadanya dikatakan terputus kaki dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk  mendapatkan rawatan kecemasan.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang tinggal berhadapan dengan banglo tersebut, beliau terdengar satu dentuman kuat kira-kira pukul 4.20 petang ketika beliau sedang membaca surat khabar.

"Ketika saya sedang membaca itu, tiba-tiba saya terdengar satu bunyi yang begitu kuat.

"Bila buka tingkap untuk melihat saya ternampak scaffolding goyang, tumbang. Bila saya berlari keluar saya ternampak semua bahagian yang diubahsuai itu runtuh, tiada lagi di situ," kata Abdul Aziz ketika ditemui oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurut seorang pemuda yang melihat usaha-usaha menyelamat di tempat kejadian, seorang lagi mangsa yang terperangkap telah berjaya dikeluarkan lebih kurang pukul 10.30 malam tadi dan telah dikejarkan ke hospital yang sama.

Tinjauan The Malaysian Insider di tempat kejadian mendapati pihak bomba, polis, MBSA dan lain-lain lagi masih menjalankan usaha-usaha untuk menyelamatkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pemimpin Santuni Rakyat Selaras Dengan <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 03 Nov 2012 10:42 AM PDT

4 11 2012

Sungai Sireh, 2 Nov    :    Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong hari telah mengadakan program sarapan pagi bersama rakyat melalui program  Pemimpin Santuni Rakyat yang berlangsung selama sehari dan berjalan di seluruh kampong di DUN Sungai Burong.

Melalui program tersebut beberapa pimpinan masyarakat seperti Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman dan Mohd Faizal Mohd Barja serta pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pengerusi- pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam DUN Sungai Burong telah dilibatkan.

Program sarapan pagi bersama rakyat relah berjalan serentak melibatkan empat buah kampong iaitu Sungai Sireh, Parit 2 Sungai Burong, Parit 3 Sungai Burong dan Kampong Sungai Burong.

Selain bersarapan pagi, Ustaz Mohamad Judi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang dan rombongan turut berkesempatan menziarahi rakyat yang uzur dan tidak berkemampuan untuk diberikan bantuan berupa barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Ustaz Mohamad Judi berkata, program ini bukanlah merupakan program pertama tetapi ianya adalah merupakan kesinambungan daripada program-program yang telah dilakukan sebelum ini dan ianya akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk mendekati rakyat diperingkat bawahan.

Dalam usaha untuk membantu rakyat, pihak PKM dengan bantuan daripada Ketua-ketua Kampong berusaha sedaya upaya yang boleh untuk turun ke bawah bagi melihat sendiri kesusahan rakyat dan berusaha untuk membantu mereka yang ditimpa kesusahan selaras dengan konsep negeri berkebajikan, katanya lagi.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


sk <b>bandar sunway</b>: sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 12:34 AM PDT

SK BANDAR SUNWAY: SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH DI DEWAN HARMONI, SK. BANDAR SUNWAY, PADA 31 OKTOBER 2012

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Hannah Yeoh Berperanan Hancurkan Islam <b>Di Subang Jaya</b>?

Posted: 03 Nov 2012 06:13 PM PDT

Nampak gayanya DAP telah melatah dengan kenyataan dari Abdullah Sa'amah yang merupakan pengasas Pondok Genting bahawa HARAM , BERDOSA UNDI DAP.Umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihanraya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP. Agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam. Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam PAS, UMNO dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihanraya.

Maka DAP melalui Hannah Yeoh telah diberi tugas untuk mengaburi mata umat Islam di Subang Jaya, di Selangor dan di Malaysia bahawa DAP menjaga Islam. Sedangkan Hannah Yeoh inilah senjata mereka untuk menembusi kaum Kristian di Selangor dengan membawa message "RISE UP, ITS TIME TO TAKE SUBANG FOR JESUS!!".

Roketkini – yang mendokong cogankata "Sebangsa SeJiwa" logo Burung Merpati – telah membentangkan pendapat dan wawacara oleh penulis-penulis Melayunya bersabit beberapa isu berkaitan Islam.

Masuk bakul angkat sendiri

Boleh baca di http://roketkini.com/2012/10/29/subang-jaya-cemerlang-di-mata-ketua-audit-negara/

Wartawan Roketkini Iza Suraiya menemubual ahli-ahli majlis MPSJ Rajiv Rishyakaran (Pegawai Pembantu Khas Hannah Yeoh) dan Ken Chia (bekasPegawai Pembantu Khas Hannah Yeoh) beserta dengan Lady Boss mereka itu "untuk mendalami cara kerja MPSJ yang begitu cemerlang".

Menjawab soalan: "Sebagai Adun DAP bagaimana penerimaan orang Melayu terhadap parti?"

Permainan isu agama dan kaum oleh BN:

.
Tu lah, MCA. Lu mahu bagi lu punya paper 'Bintang' tu jadi suara evangelista. Apa boleh buat … dah MCA tidak mempunyai apa-apa platform media yang boleh diharap.

Dalam pada itu, diterbitkan sebuah rencana bertajuk 'Hina Islam? Selamat jalan MCA' (22 Okt 2012) oleh Izmil Amri di Roketkini :

(Sedutan) Izmil menulis:

"Tiada lain yang dapat ku ucapkan kepada Chua Soi Lek selain 'selamat jalan', tatkala seluruh negara melihat betapa gigihnya MCA menggali kubur sendiri sewaktu persidangannya hujung minggu lalu. Sambil mengelap air mata meratapi pemergian parti Cina terbesar di Malaysia, kita turut menitipkan belasungkawa buat United Malays National Organisation yang kian sunyi menyendiri di dalam sebuah barisan politik yang sedang nazak.

"Mari kita bertafakur sejenak dan mengenang kembali fiasco konvensyen MCA yang baru sahaja berlalu. Kita faham keadaan mereka sekarang. Selalunya orang yang menghampiri ajal akan buat dan cakap yang bukan-bukan.

DAP tidak perlu menjawab tuduhan MCA, apatah lagi bermain drama politik MCA. Sebagai sebuah parti yang lama, MCA sepatutnya lebih punya pengalaman dan kebijaksanaan untuk melakukan perkara yang lebih masuk akal, selain menghina Islam secara terang-terangan. Sangkanya permainan begitu akan menjerat DAP, tetapi MCA ternyata silap.

DAP, sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan kaum mahupun mengangkat nama mana-mana agama; hanya sekadar melihat dengan ekspresi tidak percaya pada politik 'lagak ngeri' yang diperlihatkan MCA dua tiga hari lalu. Tidak menyangka parti Cina tersebut mampu memberanikan diri untuk menyerang dan menghina Islam dan hudud secara terang nyata.

Seolah-olah pemimpin MCA ini semua telah salah makan ubat. Mabuknya itu lain macam, hatta menyebabkan kaum Cina lain menepuk kepala dan menggeleng-geleng tidak percaya.

Antara tuduhan paling gila pastilah yang keluar dari mulut Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang mendakwa kononnya PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya wanita tersebut tidak menepati peraturan berpakaian yang disarankan agama Islam. Mengucap panjang saya apabila membaca laporan ini. Bagaimana agaknya beliau boleh membenci Islam sampai ke tahap ini, sehingga sanggup memfitnah PAS sampai begitu sekali." [...]

"Haram Melayu undi MCA"

Agak-agaknya sibodoh bin bahalol mana yang percaya dengan pembohongan DAP ini? Si bodoh dalam PAS dan PKR? Kami menyeru semua umat ISLAM bangkit untuk menguburkan DAP dan parti yang bersekongkol dengan mereka iaitu PAS dan PKR.

ads