Khamis, 16 Jun 2011

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Perpustakaan Dr Abdul Latiff: PDAL Menandaaras <b>di Semenyih</b>

Posted: 06 Jun 2011 08:12 PM PDT

Pada 2 Jun 2011, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Universiti Nottingham Malaysia, Semenyih. Seramai 11 orang kakitangan PDAL menyertai lawatan ini.

Matlamat utama lawatan penandaarasan adalah untuk meninjau perkembangan teknologi yang digunapakai dan prasarana yang disediakan oleh Perpustakaan Universiti Nottingham bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi terkini yang menarik perhatian kami sepanjang sesi lawatan tersebut adalah "Learning Hub" yang dilengkapi Smart Board iaitu TV LCD yang digunakan untuk aktiviti secara berkumpulan oleh para pelajar. Selain itu, perkhidmatan pinjaman komputer riba secara percuma selama 3 jam juga disediakan bagi kegunaan pelanggan perpustakaan dan bayaran denda akan dikenakan sebanyak RM10 selepas jam berikutnya serta pinjaman tersebut boleh dibuat melalui Sistem Aleph. Sistem Aleph juga digunakan untuk memperoleh dan memproses bahan manakala sistem UNMLOC (Universiti Nottingham Malaysia Library Online Catalogue) pula digunakan oleh para pelanggan untuk mencari bahan yang telah dikatalog.

Lawatan ini telah memberi pendedahan terbuka yang komprehensif dan terkini mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan. Kakitangan juga dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan rakan sejawat serta mengeratkan hubungan silaturahim.





Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Otak Seorang Otaku: Entri Pemarah : Melancar Peperangan <b>di</b> TGV <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2011 01:23 AM PDT

aku : Kungfu Panda 2 3D, pukol 2 petang. 2 orang.

TGV : Kungfu Panda 2 3D, pukol 2 petang. 2 orang. RM 38.

aku : *bayar, ambek tiket*

tengok 20 minit, satu kompleks blackout.

dengan perasaan bengang dan tensen, terus buat refund. buat refund dalam suasanan gelap.

 

hampir sejam selepas tu lampu nyala balek. kembali ke tiket kaunter. keinginan untuk tengok Kungfu Panda 2 masih meluap-luap. rasa tensen dan tak puas hati pun masih tersimpan lam ati.

aku : Kungfu Panda 2?

TGV : jam berapa ya?

aku : jam yang tak blackout.

TGV:

fin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Pangsapuri Untuk Disewa <b>Di Cheras</b> RM500.00 Cari rumah sewa dan <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2011 12:04 AM PDT

Pangsapuri Waja Taman Tun Perak Cheras...850 kps, Auto Gate, 24 jam Kawalan Keselamatan, 3 bilik, 2 Bilik air, 7 Eleven, Mini Market..Taman Permainan

Berdekatan dengan Carrefour Bandar Tun Hussin Onn ..1 minit

Jusco Cheras selatan 5 minit...

Econsave, Balakong...

Kemasukan segera

Hubungi: 0193442389 zaidi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


..:Kamaluddin&#39;s Photo Blog:..: Qik - Senja <b>di</b> Asrama SMK <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 28 May 2011 08:52 AM PDT

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we've strayed from him and his way
My brothers, my sisters, in Islam
Let's struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way
CHORUS:
Ya Allah ya rabbal �€˜alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord
Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again
Let's become whole again
Proud again
'Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past
My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way
Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he'd want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Pelbagai Program Agama Telah Dilaksanakan <b>Di Negeri Selangor</b> « PKM <b>...</b>

Posted: 30 May 2011 09:09 PM PDT

Sungai Sireh, 30 Mei    :    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, berkata, sejak Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang untuk pentadbir negeri Selangor, banyak program-program keagamaan banyak dijalankan dengan baik berbanding dengan pentadbiran yang lama.

Antara program besar yang telah dilaksanakan di negeri Selangor dan yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini bahkan di negeri-negeri lain ialah seperti program sahur perdana, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di Stadium Malawati Shah Alam pada bulan ramadhan yang lepas, katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk "Indahnya Islam" yang diadakan di Masjid At-Tuqa Sungai Sireh.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah menghidupkan semula maahad thahfiz yang terletak di Jugra Banting, jika sebelum ini semasa di dalam pemerintahan yang lalu maahad thahfiz tersebut hanya mempunyai kira-kira 50 orang pelajar, tetapi kini pelajar di maahad thahfiz tersebut telah meningkat seramai lebih 500 orang, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Selain itu menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor sedang berusaha untuk melahirkan Imam-imam muda yang boleh membimbing program-program qiamullail yang akan menjadi pembimbing kepada seluruh masyarakat di negeri Selangor.

Forum yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato' Dr Abd Halim Tamuri, turut membariskan Pensyarah Universiti Malaya, Ustaz Dr Roslan Mohamad dan Perunding Motivasi, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Umno Terdesak Untuk Rampas Kuasa <b>Di Negeri Selangor</b> « PKM Sungai <b>...</b>

Posted: 12 May 2011 10:13 AM PDT

13 05 2011

Jalan Jepun, 12 Mei    :    Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, mengigatkan seluruh jentera PAS supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Umno akan melakukan apa sahaja bagi merampas semula negeri Selangor dari Pakatan Rakyat (PR), bagi Umno, menguasai Selangor adalah penting kerana negeri ini mempunyai pelbagai hasil negeri.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam pelancaran jentera PRU peringkat Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong  di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Dalam program tersebut, setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dalam DUN Sungai Burong telah diberikan Bendera PAS sebagai gimik pelancaran jentera pilihan raya peringkat DUN.

Beliau juga berkata, tindakan terdesak Umno bagi merampas kuasa di negeri Selangor juga jelas kelihatan dengan tindakan mereka mendaftarkan secara beramai-ramai pengundi yang berasal daripada Sabah untuk mengundi di Shah Alam. Selain itu mereka turut mendaftarkan rakyat asing sebagai pemilih dengan memberi kad pengenalan.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Drs Mohd Rashdi Deraman, yang juga Pengarah JPrD Sungai Burong, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Pengarah JPrK Tanjong Karang, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Pengarah JPrD Permatang, Haji Miskon Misani dan lain-lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Status 4 Projek Perumahan Terbengkalai <b>di Ampang</b> - Parlimen Ampang

Posted: 14 Jun 2011 01:26 AM PDT

Pertanyaan Jawab Lisan : 14 Jun 2011 (Selasa)

SOALAN:

YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin (AMPANG) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan, dengan merujuk kepada jawapan bertulis yang diberi kepada soalan Ampang bertarikh 29 Jun 2010, apakah status terkini 4 projek perumahan terbengkalai di Ampang, iaitu Taman Sri Angsana Hilir, Taman Kencana (Fasa 3), Taman Estana Court dan Ukay Bistari.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat,

i) Taman Sri Angsana Hilir

Sehingga kini Sinesinga Sdn Bhd masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak pemaju penyelamat bagi mendapatkan persetujuan nilai penebusan. Satu perbincangan dengan pihak pembeli asal projek ini akan diadakan pada Julai 2011.

ii) Taman Kencana (Fasa 3)

Sehingga kini pemaju penyelamat, Garden Meridien telah membayar 10% (RM330,000) kepada Sinesinga Sdn Bhd pada 31 Disember 2010. Baki sebanyak 2.9 juta akan dijelaskan sebelum akhir Jun 2011.

iii) Taman Estana Court

Buat masa ini, pihak pemaju penyelamat iaitu Kisma Jaya Sdn Bhd sedang berurusan dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan bagi mendapatkan kelulusan jalan masuk ke tapak projek.

iv) Projek Perumahan Ukay Bistari

a) Servis apartment dan kedai (1,027 unit)

  • Pihak pemaju (Damai Bistari Sdn Bhd) telah melantik Syarikat Jati Pemborong Am sebagai Turn-key Contractor bagi menyiapkan keseluruhan projek.
  • Blok A, D dan E dijangka siap secara fizikal pada Julai 2011. Sementara blok B, C dan F dijangka siap secara fizikal pada Disember 2011.

b) Apartment kos rendah (256 unit)

  • Progres pembinaan pada peringkat kerja-kerja akhir. Pembangunan fizikal dijangka siap pada bulan Julai 2011.

c) Apartment kos sederhana (60 unit)

  • Di dalam proses refund kepada pembeli

d) Apartment kos sederhana rendah (120 unit)

  • Di dalam proses refund kepada pembeli

Sekian. Terima kasih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


HapaCrita?™: Sepetang <b>Di Puchong</b>

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Aku pandu PS dari rumah dengan penuh bergaya.Niatnya,nak ke bandar Puchong.Ke bank kejap.Sambil memandu,muka aku penuh ceria.Maunya tak ceria.Hari memang cerah.Sesuai betul untuk memandu.

Setelah memandu 20 minit,aku tiba di bandar Puchong.Jalan boleh tahan sesak.Bank yang ingin dituju sudah berada di hadapan mata.Masalahnya,parking penuh.Jadi aku pusing perlahan-lahan.Malangnya,parking yang kosong susah betul nak jumpa.Nak jadi cerita,pada masa tersebut air-cond kereta aku masih lagi rosak.Tidak berfungsi.Berpeluh jugak la.

Walaupun cuaca cerah,langit cantik,namun boleh tahan jugak dia punya panas.Aku tak berputus asa.Aku pusing sekali lagi blok bangunan tadi.Masih sama.Parking penuh.Asa aku nampaknya dah nak putus,tapi aku ikat balik asa aku tadi.Maka...hasilnya,aku masih belum berputus asa.

Aku buat keputusan untuk pusing sekali lagi.Mana lah nak tahu,kalau-kalau ada nasib.

Nasib aku baik.Setelah pusing satu pusingan,ada kereta yang sedang mengundur keluar.Lokasinya betul-betul depan pintu bank.Terbaik punya parking.Rasa syukur mula menyelinap dalam hati.Aku tunggu pemandu tadi keluarkan keretanya dengan tabah.Badan berpeluh.

Dah setel kereta tadi keluar,aku masukkan kereta aku cepat-cepat.Risau jugak ada pemandu kereta mini buat aksi parking laju-laju macam dalam youtube tu.Melepas parking karang.

Selesai parking,aku keluar dari kereta dengan riang.Kaki melangkah laju menuju ke depan mesin ATM.Sampai di depan mesin ATM,aku buka wallet laju-laju.

Kad ATM tertinggal di rumah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


nur_eimi :): makan-makan- <b>padang jawa</b>..

Posted: 12 Jun 2011 09:48 PM PDT

minggu lepas punye crite ni..tapi baru nak update..nur, esq n sya g makan kat padang jawa..dulu2 mase kursus kat shah alam..selalu la gak g makan kat cni..sejak duk jauh ni..tak la pegi lagi..kebetulan minggu lepas hantar sya ke stesen bus shah alam..sementara nak tunggu bus mai kul 11.30pm..kitorg pun dinner kat kedai seafood n tom yam di padang jawa..berdekatan dengan masjid..

ikan 3 rase memang best la kat cni..ikan di goreng garing..memang sedap la..cume malam tu..tomyam die agak cair dan terlebih masam..kailan ikan masin die ok la..sedap gak la..otak-otak pun best..sedap..susah nak jumpe otak-otak yang sedap kay KL ni..

cume sekarang ni harge nyer dah mahal ckit..dulu if makan macam ni tak sampai rm50 pun..sekarang dah rm50 lbh..biase la..semua bende pun dah naik harga...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor <b>di</b> Pantai <b>Morib</b>, 18 Jun <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 05:32 AM PDT

Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Siri 8 kini menemui anda di Daerah Kuala Langat pada hari Sabtu, 18 Jun 2011 bertempat di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung yang hadir antaranya Majis Dialog dan Forum GeMS, pameran agensi kerajaan dan swasta, sesi
"Walk-In Interview" Jom Kerja, pertandingan bola sepak pantai dan bola jaring, konvoi dan pertandingan motosikal berkuasa tinggi dan klasik tercantik.

Selain itu, penganjur mengundang anak muda untuk menyertai acara OPKIM Mahasiswa Kolej INPENS seperti khidmat servis motosikal percuma, pertandingan bercerita untuk pelajar sekolah, khidmat spa untuk wanita dan pelbagai lagi.

Acara Sembang Santai dan Konsert GeMS menampilkan ahli panel iaitu Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi bersama pemuzik terkenal tanahair, Sham Kamikaze. Tidak lupa juga persembahan artis iaitu Shahir AF8.

Dijangkakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.

Program dijadualkan bermula jam 9 pagi. Sebarang maklumat lanjut digalakkan untuk menghubungi sekretariat porgram di talian 03-55212305. Untuk mengetahui program terkini GeMS boleh melayari laman web mereka di alamat http://gemselangor.blogspot.com.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15307

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Umno Terdesak Untuk Rampas Kuasa <b>Di</b> Negeri <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 12 May 2011 10:13 AM PDT

13 05 2011

Jalan Jepun, 12 Mei    :    Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, mengigatkan seluruh jentera PAS supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Umno akan melakukan apa sahaja bagi merampas semula negeri Selangor dari Pakatan Rakyat (PR), bagi Umno, menguasai Selangor adalah penting kerana negeri ini mempunyai pelbagai hasil negeri.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam pelancaran jentera PRU peringkat Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong  di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Dalam program tersebut, setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dalam DUN Sungai Burong telah diberikan Bendera PAS sebagai gimik pelancaran jentera pilihan raya peringkat DUN.

Beliau juga berkata, tindakan terdesak Umno bagi merampas kuasa di negeri Selangor juga jelas kelihatan dengan tindakan mereka mendaftarkan secara beramai-ramai pengundi yang berasal daripada Sabah untuk mengundi di Shah Alam. Selain itu mereka turut mendaftarkan rakyat asing sebagai pemilih dengan memberi kad pengenalan.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Drs Mohd Rashdi Deraman, yang juga Pengarah JPrD Sungai Burong, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Pengarah JPrK Tanjong Karang, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Pengarah JPrD Permatang, Haji Miskon Misani dan lain-lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


SINGGAH SEJENAK NUN JAUH DI DAMAK: RESTORAN AYAM PENYET <b>DI MERU</b>

Posted: 07 Jun 2011 09:57 AM PDT

Petang tadi si dia call, on the way balik dari Muar... ajak keluar makan malam nie... dalam hati tak penat ke... tengah hari tadi gerak ke Muar... lepas tu, baru je sampai nak keluar lagi. Tak pe lah, si dia yang ajak... mesti si dia rasa larat tu... kalau ikut kan aku memang tak ajak... sebab tahu mesti penat... Bukan dekat Muar tu... kata je ada driver, duduk sebelah sebenarnya lagi penat... tambah pulak hari nie si dia puasa.

Pukul 8.30 tadi si dia dah sampai di Mc Donald, Meru... selalunya memang kat situ lah tempat kami jumpa... dalam perjalanan lagi aku memang tak nak makan burger... sebab tadi berbuka dengan laksa je... so malam ingat nak makan nasi... ternampak lah pulak nasi ayam penyet di seberang jalan. Kami parking je kereta di Mc Donald dan berjalan kaki je ke seberang.

Sudahnya kami oder sepinggan je... si dia, katanya dah kenyang tadi berbuka dengan kuey teow goreng... semalam pun kuey teow goreng. Tapi biasalah aku, makan mana pernah habis... si dia jugak yang tolong habiskan... bukan nak jimat ok... aku nie memang makan sikit je... tangki kecil. Bagi aku lah... nasi ayam penyet kat Meru nie sedap jugak... tapi biasa lah si dia... kalau aku cakap sedap... si dia akan cakap tempat lain lagi sedap... nak tahu kat mana yang dikatakan sedap tu... nun di Tanjung Balai, Indonesia. Mak ai... bukan dekat tu... aku pun tak pernah sampai.

Tengah makan... member aku call, katanya dia nak tumpang bermalam di rumah... dah pun sampai di Saujana... so si dia pergi bayar... dah tu kami terus balik. Kesian pulak, takut member menunggu lama.

Memang selalu pun kami jumpa sekejap je... Bukan senang nak dapat jumpa si dia nie... hujung minggu jangan mimpi lah... minggu depan nak ke Labuan... tak tahu lah lepas nie bila lagi dapat jumpa.

Apa pun terima kasih kerana meluangkan masa dan belanja makan tadi... ikutkan dah lama aku nak belanja... tapi sampai sekarang tak dapat lagi nak belanja si dia... asyik ditolaknya time aku nak belanja. Naik segan jugak aku... asyik orang je belanja.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Alhamdulillah selamat sampai <b>di Shah Alam</b> - penawar rindu <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 02:33 PM PDT

 

Assalamualaikum dan selamat pagi…

Alhamdulillah DeQdEq dah selamat sampai di Shah Alam selepas 5 jam perjalanan….sampai di rumah dalam pukul 5 tadi….

Jadi, sementara nak tunggu solat Subuh, apa lagi…buka laptop dan update blog sementara ada masa…bila dah sibuk nanti takut tak sempat nak update blog.

 

Alhamdulillah perjalanan lancar dan pemandu bas SANI pun sangat berhemah….DeQdEq rasa selamat dan boleh tidur nyenyak je dalam bas…

Sangat teruja juga sebenarnya sebab baru pertama kali naik BAS EKSPRES SANI ni….bila dah naik dan duduk di kerusi, siap ada majalah yang bertajuk DIMENSI yang mana dalam majalah tu menunjukkan kecanggihan bas SANI juga kecekapan pengurusan SANI EXPRESS.

 

Memang nampak kelainan BAS SANI bila mereka menggunakan pendekatan sebegini….Tahniah dan Syabas untuk SANI EXPRESS…

Tapi berkenaan bas SANI yang baru kemalangan semalam, kalau tak silap DeQdEq la bila baca kat blog Ben Ashaari boleh tengok SINI…moga diperiksa apa puncanya….

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Cetusan Rasa: Gambar ziarah kawan <b>di Sungai Pelek</b> bersama hasan

Posted: 07 Jun 2011 07:24 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Gambar ziarah kawan di Sungai Pelek bersama hasa... Sek Men Tinggi Kajang. ► May (3). Pesan Cikgu.... Lawatan Sekolah Kebangsaan Sg Koyan Kuala Lipis Pa... Kasih Sayang.... ► February (2) ...

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AGEN DSAI....: Ceramah Terkini!! DSAI <b>Di Sepang</b> (video)

Posted: 14 Jun 2011 05:00 AM PDT

ads