Sabtu, 8 Disember 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


[Video] Rumah Pelacur Bersepah <b>Di Kuala Selangor</b> - @DrDzul <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2012 06:01 AM PDT

Mak aih! Banyak gila pelacur dalam satu rumah di Kuala Selangor. Anehnya, MP yang diberi amanah oleh pengundi di situ berasal daripada PAS. Kata perjuangkan Islam kenapa kawasan Kuala Selangor penuh dengan tempat pelacuran.
Setelah diselidik, MP tersebut hanya sibuk cari salah kerajaan Barisan Nasional. Jadi timbul sedikit keganjilan, adakah dia diundi untuk mencari kesalahan kerajaan atau menjaga kawasan Kuala Selangor?
K7L : Gagal melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat?..lebih kepada wakil individu mungkin...

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


nukilanummiabi: Mandi kolam <b>di Ampang</b>

Posted: 28 Nov 2012 07:18 PM PST

Hi dear..
Barakallhu lakum.
Kalau sebelum ni kitorang suka pergi mandi kolam kat Putrajaya, So memandangkan anak-anak suka mandi kolam ummi ade beli kolam untuk diorang main.. Lepasni x payah pergi jauh-jauh. Pam & mandi je. Ummi beli online di facebook...Beli kat sini. Dia complete set dengan slide & pam letrik..So, x lenguh kaki/tangan nak pam berbanding guna manual..
Kat bawah ni kolam yang ummi beli:)

Best kan?
Nampak besar, rupanya xlah besar sangat..Standard size..Cuma ummiabi xleh joinlah..hehe,ada hati mau join...

So, yang testimonialnya di bawah:
Ada lagi beberapa benda yang abi x pam.. Contoh pelampung kecil Warna-warni & gegelung atas gelongsor tu. Abi cakap pam dah panas.hehe..
So, budak-budak ni main kolam je.. Itupun dah seronok..hehe

Masa ni perasmian/1st time buka kolam ni di rumah maklong kat Ampang..Lagipun depan umah maklong luas..
Pas mandi, semua pakat nak makan. Dah sejuk, mesti lapar kan..? Nasib baik rumah Maklong banyak makanan..hehe.
K,pasni bila ada masa free lagi kita main kolam lagi ye..:)

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Perumahan Baru <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 12:00 AM PDT

admin wrote:Projek kawasan sekitar :

Tmn Seroja (sedang ratakan tanah)
Tmn Mawar 2 & 2 setengah tingkat..launcing 16 & 17 (info dr salah sorang forumer)

Latest info:

Tmn Mawar (dah launch)
- Teres 2 Tingkat 22x65 = 360k
- Teres 2 Setengah Tingkat 22x65 = 390k

Tmn Seroja (belum final)
- Teres 2 Tingkat 22x80 (buildup 2200kps)= 344k

Admin akan upload gambo nanti..(belum ada masa nk transfer dr camera huhu..)

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


rombongan dsai jelajah merdeka rakyat <b>ditanjung karang</b>, selangor

Posted: 29 Oct 2012 06:59 AM PDT


BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI!!!

Rombongan JELAJAH MERDEKA RAKYAT yang diketuai oleh Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai sama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Iok, merangkap  Menteri Besar Negeri Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim... serta Adun Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali merankap Timbalan Presiden PKR... serta Penyelaras DUN Permatang Hj Yahya Sahri dan Penyelaras DUN Sungai Burung, di Tanjung Karang semalam, telah disambut dengan demo TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim ) anjuran pengkagum UMNO totok yang tak sampai 12 orang!!!.

Mana pergi ahli-ahli UMNO Tg Karang yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap bakal MB Selangor yang dikenal pasti, itu pun kalau UMNO menang, Noh Omar!!!!!

Takkanlah begini punya ciput mampu kumpulkan para "pendekar" dan "pahlawan" untuk sekat rombongan DSAI beb!!!!.. Jangan nampak sangat sengkek dan cikainya kamu ni wahai Noh Omar!!!!

Tak cukup duit atau sokongan UMNO dah semakin kurus, mengucup dan merudum?

Kalau dengar dari kata berdegar-degar cakap besar, Noh Omar bukan main lagi. Cakap rakyat Selangor dah serik menyokong PR tapi nampaknya sudah terbalik. Ahli-ahli UMNO dibahagian Tanjung Karang sendiri dah bosan dan menyampah nak buat kerja-kerja bodoh demi survival politik Noh Omar.

CUBA PERHATIKAN BETUL-BETUL GAMBAR-GAMBAR YANG DIMUAT NAIK...ADA PARA PENDEMO ITU BUKANNYA ORANG MELAYU PUN!!!!!!

TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG...NANTI JAWAB NAJIB....UMNO NAK TUMBANGGGGGGGG..


BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI!!!

Rombongan JELAJAH MERDEKA RAKYAT yang diketuai oleh Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai sama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Iok, merangkap  Menteri Besar Negeri Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim... serta Adun Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali merankap Timbalan Presiden PKR... serta Penyelaras DUN Permatang Hj Yahya Sahri dan Penyelaras DUN Sungai Burung, di Tanjung Karang semalam, telah disambut dengan demo TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim ) anjuran pengkagum UMNO totok yang tak sampai 12 orang!!!.

Mana pergi ahli-ahli UMNO Tg Karang yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap bakal MB Selangor yang dikenal pasti, itu pun kalau UMNO menang, Noh Omar!!!!!

Takkanlah begini punya ciput mampu kumpulkan para "pendekar" dan "pahlawan" untuk sekat rombongan DSAI beb!!!!.. Jangan nampak sangat sengkek dan cikainya kamu ni wahai Noh Omar!!!!

Tak cukup duit atau sokongan UMNO dah semakin kurus, mengucup dan merudum?

Kalau dengar dari kata berdegar-degar cakap besar, Noh Omar bukan main lagi. Cakap rakyat Selangor dah serik menyokong PR tapi nampaknya sudah terbalik. Ahli-ahli UMNO dibahagian Tanjung Karang sendiri dah bosan dan menyampah nak buat kerja-kerja bodoh demi survival politik Noh Omar.

CUBA PERHATIKAN BETUL-BETUL GAMBAR-GAMBAR YANG DIMUAT NAIK...ADA PARA PENDEMO ITU BUKANNYA ORANG MELAYU PUN!!!!!!

TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG...NANTI JAWAB NAJIB....UMNO NAK TUMBANGGGGGGGG..

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Dosa PAS: Khatib Doa Hancur UMNO <b>Di Batang Kali</b> Cetus <b>...</b>

Posted: 24 Nov 2012 09:02 PM PST

November 25, 2012   ·   69 Comments

er.jpg-746693

Masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga suara-suara sumbang sekelompok umat yang mengaku Islam sedang mendoakan kehancuran sekumpulan lagi jemaah Islam hanya kerana mereka berbeda fahaman politik.

Meskipun dikritik oleh pelbagai pihak, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mufti-Mufti di seluruh negara, kumpulan yang bergelar PAS itu tetap mempertahankan isi kandungan doa mereka itu melalui fatwa Mursyidul Am mereka yang bernama Nik Aziz Nik Mat.

Sehingga kini, pengguna laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang beragama Islam semakin nyaring bersuara menempelak tindakan PAS yang tidak bertamadun itu.

Namun seperti biasa, juak-juak pejuang siber PAS tetap juga "menghalalkan" tindakan mazmumah tersebut meskipun berdepan dengan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW yang jelas bertentangan dengan tindakan PAS pada Muktamar parti itu yang ke-58 baru-baru ini.

Saya tidak pasti apa mahu PAS melalui doa tersebut. Namun apa yang saya pasti ialah tindakan PAS itu telah mengundang kesan buruk yang amat sangat kepada rakyat negara ini, khususnya di kalangan umat Islam.

Pada Jumaat lalu misalnya majoriti jemaah di sebuah masjid di Batang Kali telah menurunkan tangan dari menadah doa ketika khatib masjid itu menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran UMNO dan BN selepas mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Selangor.

Malah ada yang marah dan tersinggung dengan kebiadapan khatib di masjid itu, ada di kalangan jemaah yang keluar dari masjid dan kemudiaannya membuat laporan polis bersama jemaah lain selepas kejadian tersebut.

Yang menyedihkan, apabila salah seorang anak qariah tersebut bertanya kepada khatib itu tentang rasional dia berdoa sedemikian, khatib itu menengking dan melemparkan caci maki kepadanya, serta cuba mencari sesuatu untuk memukul anak qariah tersebut.

Nah! Inilah salah satu kesan buruk hasil dari tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan PAS yang berakhlak "syaitan" dan berlaku seolah-olah mereka sajalah yang beragama Islam di negara ini dan memurtadkan saudara seagama yang lain hanya kerana tidak menyokong pergerakan politik mereka.

Sikap mereka bagaikan pengganas komunis di negara kita dulu yang akan menembak sesiapa saja yang tidak menyokong perjuangan mereka. Sinonim sungguh PAS dan Komunis!

Antara hikmah tuntutan solat Jumaat adalah untuk menyatukan umat Islam di suatu qariah seminggu sekali dan merapatkan ukhuwwah di antara mereka setelah terpisah dengan urusan masing-masing di sepanjang minggu.

Namun hanya kerana doa jijik dan jelek itu, umat Islam  yang menjadi anak qariah di Masjid Al Falah, Hulu Yam Bharu, terpaksa makan hati, kecewa, marah, dicaci maki dan diambang pepecahan apabila timbul insiden tidak bertanggungjawab seperti itu.

Bila orang menyatakan supaya tidak membawa fahaman politik ke dalam masjid, mereka "bijak" memberi alasan bahawa "politik itu sebahagian dari Islam".

Padahal, politik yang menjadi sebahagian dari Islam itu bersifat menyatu padukan di antara sesama Islam dan bertegas serta berlaku adil kepada golongan bukan Islam yang tinggal di dalam sebuah negara Islam.

Malangnya, politik PAS sangat bertentangan dengan semangat Islam apabila parti itu menganjurkan pepecahan, sakit hati, dendam dengki dan pergaduhan di kalangan umat Islam di negara ini.

Saya amat malu melihat perkara ini berlaku di kalangan umat Islam di mana ia memberikan imej buruk kepada Islam di mana golongan bukan Islam akan mencebik melihat percakaran sesama kita begini.

Persoalannya, apakah PAS sedar tentang kesilapan dan kesalahannya? Kononnya mereka sedia untuk ditegur sekiranya mereka bersalah. Namun bila ditegur begini, ramai pula pak-pak lebai itu yang marah-marah dan nak baling kita dengan batu! Patut ke?

By


12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Banjir <b>Di Klang</b> : Sikap Ronnie Liu Salahkan Orang Lain Dikritik | AIDC

Posted: 03 Dec 2012 08:42 PM PST

AIDCNews – 04/12/12 – Bekas aktivis DAP Tan Tuan Tat menyelar sikap Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu yang menyalahkan orang ramai membuang sampah merata-rata sebagai punca banjir di Klang.

Menurutnya, jika faktor sampah sarap, maka kesalahan itu harus dipersalahkan Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) yang gagal mengutip sampah-sarap tersebut.

Ronnie Liu yang bertanggungjawab menjaga kerajaan tempatan sebaliknya menepis dengan mendakwa tugas MP Klang mencabar kerana di Klang terdapat ramai buruh asing.

"Tetapi ia adalah tugas yang sangat mencabar, kerana terdapat banyak buruh asing di Klang, itulah sebab mengapa notis kami kini semua ditulis dalam bahasa Bangladesh atau Burma," katanya.

Selain itu, Ronnie Liu turut menuduh kritikan yang berpanjangn terhadap isu banjir di Klang bermotif politik yang didakwanya mendapat dana dari Kerajan Persekutuan.

Ahli Jawatankuasa Tindakan Banjir Klang, Teh Teong Guan berkata alasan terbaru Ronnie Liu berbeza dengan alasan awal yng menyalahkan pemaju sebagai punca banjir.

Ronnie Liu Salahkan Sikap Buruk Orang Ramai Faktor Banjir Di Klang

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Anis Finesse Touch: Qistina Amani.. majlis bertandang <b>di Kapar</b> Klang.

Posted: 25 Nov 2012 04:50 PM PST

[unable to retrieve full-text content]JOM KITA BELAJAR SAMBIL BERKONGSI ILMU DAN TIP-TIP MERIAS.. HUBUNGI SAYA DI TALIAN 012-2456873. ... Qistina Amani.. majlis bertandang di Kapar Klang. Posted by Anis Finessetouch at 4:50 PM ...

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Subang Jaya</b> (MPSJ)

Posted: 02 Dec 2012 09:59 PM PST

Jawatan kosong 2012 di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Jawatan kosong 2012: Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling. Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

Jawatan Taraf Jawatan Kekosongan
1. JURUTERA Tetap 1
 2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN Kontrak 1
 3. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA Tetap/Kontrak 1-Jan
 4. PENOLONG JURUUKUR BAHAN Tetap/Kontrak 1-Jan
 5. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Kontrak 1
 6. PEMBANTU PENILAIAN Kontrak 1
 7. PEMBANTU TADBIR (P/O) Kontrak 3
 8. PEMBANTU AM PEJABAT Kontrak 1

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Kaunter Informasi Aras 1 Majlis Perbandaran Subang Jaya atau boleh didapati melalui internet: www.mpsj.gov.my.
b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-
i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.
PENTING :
i) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
ii) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iv) Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri
d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Tarikh tutup permohonan pada 10 DISEMBER 2012

Sila klik sini untuk  sumber iklan jawatan kosong 2012 ini dan untuk muat turun borang permohonan.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Kata Hatiku Berbicara~: Hari terakhir <b>di Sabak Bernam</b>~

Posted: 06 Dec 2012 04:41 PM PST

Setelah 4 hari berkampung di Sabak Bernam... kini..tibalah masanya untuk aku kembali pulang ke Kuala Lumpur... 
Back to normal life~ 

Tapi sebelum pulang ke Kuala Lumpur...

sempat laa jugak keluar makan dengan kawan aku (Kak Ana)

Al maklum lerr... sepanjang hari kenduri... orangnya sangat sibuk... xsempat nak layan tetamu 2 orang nie...

dan kami pon mmg memahami situasi Kak Ana.. ye laa..dengan anaknya Adam lagi.. budak kecik kan..ada angin kus-kus.. mood kejap ok..kejap x ok... 

Kami makan kat KFC Sungai Besar... dan sudah tentu..... Ah Chin yang belanja kami makan.. ngeee~

TQ Ah Chin!
















@Kata Hatiku Berbicara@

Masa balik tu.. kami mencari jalan LATAR.. tapi... ntah kenapa.. kami boleh x jumpa jalan... dan akhirnya.. balik KL ikut PLUS... 

sampai je kat Perhentian Rehat Rawang... aku plak yg drive.. sebab Ah Chin x tau jalan dalam KL

dan seterusnya.... menuju ke destinasi seterusnya iaitu Semenyih....

ads