Sabtu, 20 Oktober 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


TINTA HIJAU DARI KAKI <b>BUKIT</b>: Kerabat <b>Di Raja</b> Akan Sertai Pas?

Posted: 29 Sep 2012 10:00 AM PDT

Parti Islam se Malaysia (Pas) terus mendapat suntikan semangat apabila seorang kerabat di raja dari negeri pantai timur tanah air akan menyertai Pas tidak lama lagi. Menurut satu sumber di raja, tokoh berkenaan akan menyertai parti itu di dalam masa terdekat.

Kata sumber itu, kerabat di raja berkenaan pernah terlibat dalam politik sebelum ini. "Dia telah memberi tahu saya akan tujuan berkenaan," kata sumber berkenaan sambil menambah kerabat di raja berkenaan telah pun menghubungi pihak Pas.

Tambah sumber itu lagi penyertaan kerabat di raja berkenaan memberi impak besar kepada Pas di negeri berkenaan.

Dari maklumat lain pula memberi tahu kerabat di raja berkenaan akan muncul buat pertama kali di pentas Pas pada minggu pertama Oktober ini di negeri asalnya itu.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Putrajaya menyokong keluarga mangsa tragedi <b>Batang Kali</b> tuntut

Posted: 17 Oct 2012 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Putrajaya menawarkan bantuan kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali pada tahun 1948 dan mahu kerajaan Britain untuk membuat pemohonan maaf secara terbuka ke atas kejadian tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu wartawan di Parlimen hari ini bahawa beliau akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk melihat apa tindakan undang-undang yang dapat dibuat untuk membantu keluarga mangsa yang terlibat.
"Ini kali pertama saya menyertai perkara ini, saya akan merujuk kepada rakan sejawatan saya dan cuba melihat apa yang Wisma Putra dapat lakukan," kata ahli parlimen Padang Rengas itu.
Menteri di jabatan perdana menteri itu telah menandatangani petisyen dibuat oleh keluarga mangsa pada Ahad lalu yang menuntut Parlimen Britain untuk "memohon maaf" bagi pihak kerajaan Britain di atas kejadian yang berlaku pada 12 Disember, 1948 itu.

Nazri juga akan berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat untuk membenarkan petisyen itu dibentangkan di parlimen.
Beliau berkata petisyen itu akan diiringi oleh surat rasmi darinya, dan meminta sokongan dari ahli parlimen tentang isu ini.
"Saya menyokong petisyen ini, dan saya akan meletakkan bersama surat rasmi dari saya kepada ahli parlimen untuk meminta sokongan untuk menyokong keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali," katanya lagi.
Empat orang ahli keluarga dari 24 orang penoreh getah yang mati dibunuh pada Disember 1948 oleh tentera British di Batang Kali, Selangor.
Mereka ialah Chong Nyok Keyu, Loh Ah Choi, Lim Kok dan Wooi Kum Thai, telah menuntut keadilan di mahkamah tinggi di London selepas kerajaan Britain enggan membuat inkuiri terbuka terhadap pembunuhan tersebut.
Perbicaraan itu ialah untuk membicarakan sama ada setiausaha negara untuk pertahanan, setiausaha luar dan Pejabat Komanwel telah bertindak mengikut undang-undang apabila mereka enggan untuk mengadakan inkuiri terbuka pada November 2010 yang lalu.
Keluarga mangsa sudah sekian lama meminta penjelasan, pemohonan maaf dan pampasan terhadap kejadian tersebut.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Pecah Palak Mikir: Kerajaan Selangor Sabotaj Warga Felda Kerana <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 10:55 PM PDT

Apa kejadah dengan Kerajaan Selangor sengaja menunjukan perasaan iri hati kepada warga Felda Selangor. Inilah penyakit Kerajaan Selangor yang tidak habis menyusahkan rakyat sendiri kerana politik.
Udah leee masalah sampah membawa penyakit membunuh! Udah kerana tamak Selangor berlubang sana sini! Udah le janji air hutang sana sini dah macam perompak! Sekarang dah datang penyakit baru menghalang usaha kerajaan membantu rakyat warga Felda pulak?
Sampai bila lah kerajaan Selangor hendak jadi perompak di negeri sendiri. Tak cukup ke merompak kayakan kroni, sudah melarat menyusahkan rakyat pula. 
Ini bukan tokoh pemimpin tetapi tokoh penyagak lagi ada le! Lihat sini Kerajaan Selangor Sabotaj Warga Felda Kerana Iri Hati
Kerajaan Selangor zalimi warga Felda 
SUNGAI TENGGI: Kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang dianggap zalim kerana mahu menyekat usaha Felda membina 268 unit kediaman baru bagi generasi kedua di empat tanah rancangan itu di Hulu Selangor. 
Felda berkenaan adalah Felda Tengi, Felda Tenggi Selatan, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan, berkata tindakan Kerajaan Selangor itu tidak boleh dimaafkan warga Felda di sini kerana ia menganiaya rakyat. 
"Jika mereka tidak memberi kelulusan, bermakna mereka menganiaya rakyat. Pada prinsipnya, tanah rancangan Felda sebenarnya sudah diwartakan untuk digunakan sama ada untuk Felda atau peneroka. 
"Jika mereka tidak luluskan untuk membina 268 perumahan generasi Felda, ini bermakna mereka menzalimi (warga Felda) seperti mereka lakukan tindakan sama menghalang pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Promosi e-pemasaran Homestay di Felda Sungai Tenggi di sini, semalam. Pelancaran dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Sementara itu, katanya, Felda komited memaju dan membantu empat Felda di sini yang terpisah daripada entiti Pusat itu selama 10 tahun sejak 1995 kerana terbabit dalam inisiatif pihak swasta. 
Ahmad berkata, Felda menyedia peruntukan RM36.9 juta bagi memulih dan menebus kembali tanah rancangan Felda yang terbiar serta digadai peneroka ketika terpisah daripada Felda. 
Beliau berkata, keempat-empat Felda ini menyertai semula Felda pada 2005 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu mengambil alih semula urusan pentadbiran Felda. 
"Peruntukan itu digunakan untuk kerja menanam semula, menebang pokok, menabur baja dan menebus tanah yang digadai peneroka. 
"Saya yakin, mereka tidak akan tinggalkan kerajaan Barisan Nasional dan patut bersyukur kerana Felda berusaha menyelesaikan permasalahan mereka," katanya. Sumber Berita Harian

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Masalah Kilang Haram <b>Sungai Buloh</b> Selesai Akhir Tahun

Posted: 19 Oct 2012 11:46 PM PDT

SHAH ALAM, 19 OKT : Pengusaha kilang haram di kawasan Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini diberi sehingga akhir Disember ini bagi mendaftarkan kilang mereka secara sah dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala perbincangan akan diadakan dengan tuan tanah tapak kilang-kilang tersebut bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian ke industri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, proses pemutihan kilang haram boleh menyebabkan perniagaan bertambah maju dan berkembang pesat di situ.

Menurutnya, pertukaran status tanah dari pertanian kepada industri juga menaikkan nilai tanah dan memberi pulangan yang lebih kepada penduduk yang menyewakan tanah mereka kepada pengilang.

"Kita perlu betulkan sistem yang ada supaya perniagaan dijalankan mengikut cara yang betul.

"Kalau kita tidak betulkan banyak akan menjadi masalah. Perniagaan tidak boleh dijalankan secara efisyen begitu juga sistem pengangkutan termasuk segala aktiviti berkaitan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Dialog Bersama Pengusaha Kilang Seksyen U4 dan U19 Kampung Baru Sungai Buloh di Dewan Bankuet MBSA semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dan Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkifli Ahmad.

Abdul Khalid berkata kelonggaran pembayaran cukai akan diberikan kepada penduduk yang premium tanahnya meningkat apabila statusnya ditukar daripada pertanian kepada industri.

Pemutihan kawasan kampung tersebut bermula pada 2006 dan berakhir pada 31 Disember ini.

Mohd Jaafar berkata, MBSA akan mengadakan perbincangan dengan penduduk dan pengusaha kilang bermula November ini bagi penyelesaian perkara itu.

Kebanyakan pengusaha kilang yang menjalankan perniagaan di situ adalah penyewa kepada pemilik tanah iaitu penduduk kampung tersebut di mana status asalnya adalah pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Baru Sungai Buloh, Hoo Sook Wan berkata, penyelesaian masalah kilang haram ini sudah lama ditunggu seramai lebih 5,000 penduduk kampung berkenaan.

"Bayaran secara sewa itu memang betul. Saya rasa sistem sewa untuk mereka itu lebih bagus berbanding sewa di luar bandar iaitu luar dari kampung ini," katanya.

Manakala bagi pengusaha kilang Galaxy Decoland Sdn Bhd, Tee Wan Keong, proses pemutihan akan mengalakkan pembinaan infrastruktur di kawasan tersebut.

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


PAPA GOMO: Banjir <b>Di Klang</b> - Kerajaan Negeri Makan Duit Rakyat

Posted: 20 Oct 2012 02:13 AM PDT


Masalah banjir yang acap kali berlaku di beberapa kawasan sekitar di sini telah menimbulkan kemarahan penduduk terlibat ekoran sikap tidak bertanggungjawab beberapa Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Presiden Persatuan Keadilan dan Kebajikan Masyarakat Selangor (JAWASS) L.P. Selvam berkata, tindakan tersebut lebih mengeruhkan keadaan setelah penduduk menerima maklumat bahawa Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menerima peruntukan RM5 Juta dari pihak Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu bagi menangani masalah yang dibangkitkan sejak sekian lama.

"MB Khalid memperuntukan RM 5 juta kepada MPK dan apa yang MPK buat dengan duit itu? Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri yg bertanggungjawab melantik Ahli Majlis MPK dan bertanggungjawab untuk memberi penjelas kepada penduduk Klang tidak turun padang dan MB juga tidak turun padang,".

Beliau turut menegaskan, beberapa wakil penduduk mengadakan pertemuan bersama Ahli Parl dengan Ahli Parlimen kawasan mereka mewakili Kota Alam Shah M.Mahoharan serta wakil dari pihak MPK sendiri berkaitan isu tersebut yang sekian lama tertangguh. Akan tetapi ianya masih tiada sebarang penyelesaian.

"Kami pernah berdialog dengan YB Mano, YB Charles Santiago dan MPK tentang isu banjir di sekitar Klang pada 4 April 2010 dan 9 Disember 2010," tegasnya lagi.

Tambahnya lagi, penduduk memegang janji wakil MPK temui sebelum ini yang akan menyelesaikan masalah banjir di kawasan mereka yang berlarutan sejak sekian lama.

"Ahli Majlis MPK Lim Lip Suan telah memberi jaminan Masalah Banjir di Kota Alam Shah akan berakhir. Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa sebarang tintakan. Masalah ini sejak tahun 2010 dan belanjutan sehingga sekarang, tegasnya lagi.

Untuk rekod, kali terakhir masalah banjir di kawasan sekitar di sini berlaku pada 30 Mac 2012 yang merupakan insiden paling teruk dalam rekod insiden di kawasan tersebut. Antara kawasan yang seringkali berdepan dengan bencana alam itu termasuklah kawasan perumahan di Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Bayu Perdana and Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa and Taman Chi Liung.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Arak Dijual Secara Terbuka <b>Di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> | AIDC

Posted: 15 Oct 2012 01:03 AM PDT

AIDCNews – 15/10/11 – Menurut Shariman Mohd Nor, Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang, arak boleh dijual secara terbuka seperti di 99 SpeedMart dan 7 Eleven dengan syarat kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus.

"Minuman keras yang melebihi 10 peratus alkohol, kelulusannya di bawah pejabat daerah, tetapi kurang dari 10 peratus alkohol..macam Carlsberg..ini kurang 10 peratus alkohol..ia tidak ada masalah, boleh jual di tempat-tempat terbuka," katanya kepada media Isma.

Beliau dihubungi media Isma untuk diminta mengulas mengenai penjualan arak secara terbuka yang dilihat di Bandar Baru Bangi.

Tentang kes penjualan arak secara terbuka di premis-premis tertentu sekitar Bandar Baru Bangi, Shariman berkata pihaknya boleh bekerjasama untuk menyiasat perkara tersebut, namun tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya premis berkenaan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

"Benda yang nak dijual kalau benda itu bersalahan dengan undang-undang, kita boleh ambil tindakan, tapi kalau tidak menyalahi undang-undang, kita hanya boleh nasihat sahaja," katanya lagi.

Menurut wikipedia, Bandar Baru Bangi terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN), Bangi, di mana lebih 80 peratus penduduknya terdiri daripada kaum Melayu, 11 peratus kaum Cina, 7 peratus kaum India dan lain-lain, 2 peratus.

Wakil Rakyat DUN Bangi adalah Y.B Dr. Shafie Abu Bakar dari PAS dan terletak di bawah Parlimen Serdang, diwakili YB Teo Nie Ching dari DAP.

Ronnie Liu

Pada tahun 2009, Ronnie Liu didakwa telah campur tangan apabila bertindak memulangkan rampasan arak di kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurutnya, serbuan dan rampasan penjualan arak di premis terbuka itu adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

Ronie Liu merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, iaitu Exco dari DAP yang menjaga Hal Ehwal Kerajaan Tempatan tersebut.

Menurutnya, undang-undang kecil kerajaan tempatan menyebut penjualan minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus bukan merupakan satu kesalahan.

"Dalam bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak.

"(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu kepada portal Mkini dotcom.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


zaldeco: ZALDECO Makeover <b>di Selayang</b>

Posted: 18 Oct 2012 07:38 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sentuhan selebriti pereka dalaman Faizal Zain (ZALDECO) sering tampil dengan tema-tema unik. Terbaru buat kamar beradu seorang pelanggan, Faizal mengetengahkan rekaan peribadinya yang diberi tema Maskulin Mistik bersesuaian ...

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air <b>Di Balakong</b> Kini <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 09:06 AM PDT


Cukup-cukup hebat manusia yang ini. Anda sudah mengenalinya. Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor.

Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom!

Gambar tersebut di disiarkan oleh akhbar tempatan dan kita amat cam dengan topi yang digunakan. Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu.

Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor.

Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa "Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto)."

Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang.

Seperkara lagi, seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen.

Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort!

Jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: NTBL (No time bo layan)....terhadap bayar tunggakan air percuma adalah tepat.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


My Kerjaya Online: Kerjaya <b>di</b> MD <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 15 Oct 2012 01:34 AM PDT

Kekosongan di Majlis Daerah Hulu Selangor
1. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa J29

2. Pembantu Kesihatan Awam U17

3. Pembantu Penguatkuasa N17

4. Pekerja Awam R1

Tarikh Tutup: 30 Oktober 2012

Klik Untuk Maklumat Lanjut

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


BlogList Malaysia: Lanun Mengganas <b>Di Rawang</b>

Posted: 20 Aug 2012 02:18 AM PDT

Beri amaran lepas gagal curi


RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.


Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya.

"Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah.

"Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka.

Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu.

"Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi.

"Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan," katanya.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya.


12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> Klang, <b>Kuala Langat</b> dijangka - myMetro

Posted: 16 Oct 2012 03:56 AM PDT

thumbnail

SEJAJAR usaha memartabatkan bidang pendidikan tinggi negara, pensyarah di institusi pengajian tinggi disyaratkan mempunyai kelayakan doktor falsafah (PhD).

»

LAGI . BESTARI
  • Cintai alam sekitar

    KOMITMEN tinggi melaksanakan tanggungjawab sosial kepada generasi muda menghargai alam sekitar mendorong Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) menganjurkan Pertandingan Diari Bergambar Eco Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

  • Pena Kampus: Tanggungjawab YB kampus

    "TERIMA kasih kerana memilih pro-Aspirasi". Begitulah antara petikan ayat yang dilontarkan ikhlas Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2013, baru-baru ini.

  • Menang hadiah menarik

    KUALA Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) memperkenalkan peraduan 'Sehari Dalam Hidup Pelajar KLMUC' bagi membolehkan pelajar lepasan sekolah merasai kehidupan kampus dan membimbing mereka membuat pilihan terbaik dalam kursus kerjaya.

thumbnail

RAMAI mengetahui dan mengikuti animasi atau komik bersiri Jepun, Initial-D mengenai seorang anak ...

»

LAGI . VROOM
  • Dua karakter berbeza

    PEMINAT jentera dua roda berkuasa tinggi pastinya tersenyum apabila Boon Siew Honda menawarkan model terbarunya, Honda CBR1000RR.

  • BHPetrol beri kuasa tambahan

    BAHAN tambahan berprestasi tinggi terbaru dari Jerman yang digunakan dalam Infiniti Advanced 2X RON95 dan RON97 mampu memberi jarak dan kuasa tambahan kepada kenderaan.

  • Pamer kelainan jentera

    JIKA menonton ranca­ngan TV, 'Pimp My Ride' anda pasti terkejut melihat kenderaan uzur berubah bentuk menjadi kereta baru.

thumbnail

MANFAAT teknologi yang semakin digunakan manusia bukan saja boleh memudahkan kehidupan, namun kalau ...

»

LAGI . it@METRO
  • Produk Baru: Note 2 mula kelihatan

    SAMSUNG memperhebatkan jenama telefon pintarnya dengan memperbaharui Galaxy Note menerusi versi kedua yang bakal dijual bermula 19 Oktober ini menerusi tiga syarikat telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom dan DiGi.

  • Produk Baru: Telefon pintar harga patut

    TERBARU, HTC bakal tampil dengan HTC Desire X menggunakan platform Android 4.0 Froyo yang turut mengabadikan CPU Dual Core Qualcomm Snapdragon S4, 1GHz. Pasti bertenaga!

  • Produk Baru: GPS paparan luas

    SESETANGAH individu memang sukar untuk memberi tumpuan ketika memandu dan pada masa sama memandang skrin peranti sistem kedudukan global (GPS).

thumbnail

BRUNEI Darussalam agak tertinggal dalam industri pelancong di rantau Asia Tenggara berbanding ...

»

LAGI . SANTAI
  • Rasai cabaran sukan air

    PUAS memusing stereng kereta, namun tempat yang dicari masih belum ditemui. Sambil melihat jam di tangan, hampir sejam setengah penulis mengelilingi kawasan yang sama.

  • Lokasi strategik

    Jika mengunjungi Johor Bahru, Suria City Hotel sentiasa menjadi pilihan dan tumpuan kerana kedudukannya di kawasan bandar.

  • Pakaian sesuai untuk aktiviti lasak, santai

    JENAMA pakaian Jeep antara pilihan lelaki masa kini yang gemar melakukan aktiviti lasak dan santai.

thumbnail

MELAKSANAKAN dakwah adalah tanggungjawab semua. Umat Islam perlu membabitkan diri dalam usaha ...

»

thumbnail

SUKAR menggambarkan keindahan lengkap dengan landskap semula jadi jika ia benar-benar berada di ...

»

LAGI . DEKOTAMAN
  • Keunikan mutiara

    TIRAM adalah spesies hidupan laut di bawah kategori moluska iaitu haiwan tanpa tulang dan mempunyai dwicengkerang yang hidup di dasar laut.

  • Hiasan ada nilai estetika

    HIASAN diperbuat berasaskan damar atau resin semakin mendapat tempat dan mampu dijadikan hiasan yang menarik dan juga cenderahati untuk mereka yang gemar menghias kediaman.

  • Jadikan dapur bersih, selesa

    RUANG dapur antara yang perlu diberi perhatian kerana ia secara tidak langsung melambangkan keperibadian pemiliknya.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


PERHIJAM | Pejabat Urusan <b>Di Subang Jaya</b> | cakapniaga

Posted: 19 Oct 2012 09:27 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia. Alamat: 2-2, Jalan USJ 9/5Q, Taipan USJ Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor D.E., MALAYSIA. | TEL.: +603-8027 4309 | GPS Info (lat,lon) = 3.045736°N ...

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Whats Up Braders..: GEMPAR : ENAM Cawangan DAP <b>Sepang Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 10:23 AM PDT

 alt
SEPANG 7 Okt. - Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat hari ini mengumumkan pembubaran 6 cawangan DAP di sekitar kawasan Sepang.

Pembubaran yang turut disahkan Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, R. Bellasamy adalah disebabkan masalah dalaman DAP yang tidak bersatu sesama anggotanya sendiri.

"Enam cawangan DAP di sekitar Sepang yang dibubarkan adalah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu, Taman Sri Sungai Pelek (B). Tan Kok Wai sering kali memecat dan memfitnah anggotanya DAP tanpa ada sebab yang munasabah "katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Turut hadir memberi sokongan termasuklah Bekas Pemimpin PKR kawasan Sepang, Mahful Wahid.

Tan juga menegaskan,  penjelasan bahawa parti DAP hanya mementingkan kroni,kontrak dan rasuah yang tidak ada batasnya dari dahulu.

"Sebenarnya ada segolongan pemimpin besar DAP memang suka memfitnah dan sesiapa (anggota DAP) yang tidak masuk ke dalam kem akan diletakkan jawatan oleh Tan Kok Wai. Kita sebenarnya mahu membantu untuk menguatkan parti DAP tetapi mereka tidak tahu menilai apa yang kita buat untuk DAP tetapi hanya mementingkan kroni, kontrak dan rasuah.

"Apa  yang Lim Guan Eng cakap mahu hapuskan rasuah tetapi sedangkan di Selangor sendiri dia banyak rasuah. Kenapa dia tak hapuskan?," soal beliau.


Beliau turut menambah, pembubaran itu bukan bermakna dirinya 'dibeli' oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional sebaliknya sedar akan pilihan parti yang mampu membela hak rakyat Malaysia.

"Sesiapa pemimpin yang membantu rakyat itulah yang saya akan undi dan saya harap hari ini kita fikirlah secara tenang. Jangan nak tunggu sampai lima tahun dan kesal seperti yang terjadi di negeri Selangor"jelasnya.

Sebelum ini, beberapa pimpinan tertinggi DAP Peringkat Cawangan telah mendedahkan budaya samseng yang didominasi kaum Cina dalam kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Setiausaha DAP Pantai Sepang Putra menjelaskan, budaya tersebut merujuk kepada insiden kekecohan dan pergelutan yang berlaku pada Sidang Mesyuarat cawangannya bersama Setiausaha Agung DAP  Lim Guan Eng pada 1 Oktober lepas.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Sabak Bernam</b> (MDSB) |Kerja <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 04:56 PM PDT

mdsb

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran.

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.

1. PEMBANTU PENILAIAN, GRED W17

Klik sini untuk maklumat perjawatan dan iklan permohonan jawatan kosong.

Tarik tutup permohonan : 12 Sept 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


PAS Kuala Selangor: Dataran Anak Muda <b>Ijok</b> dan Puncak Alam <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 08:45 PM PDT

Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melancarkan dua buah Dataran Anak Muda di Bestari Jaya di Dun Ijok dan di Puncak Alam di Dun Jeram yang berada dalam Parlimen Kuala Selangor pada 6 dan 7 Oktober 2012.  Perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Dataran ini memuatkan gelanggang bola keranjang, futsal serta pentas untuk-untuk program anak muda. Dataran ini dibina dengan kos RM200,000 setiap dataran dibiayai daripada peruntukkan RM 20 juta Geran Selangorku untuk kemudahan generasi muda. Selain daripada itu kemudahan seperti tandas dan tempat persalinan pakaian juga dibina bagi memudahkan urusan persalinan sebelum dan selepas beriadah.

Dalam ucapan Tan Sr Khalid, beliau menekankan akan melaksanakan aktiviti pembangunan generasi muda yang lebih bermanfaat seperti kiosk untuk aktiviti keusahawanan generasi muda dan menyediakan kemudahan internet wifi percuma di masa hadapan. Beliau juga berharap agar pihak berkuasa tempatan agar dapat memberikan peluang kepada semua anak muda dari pelbagai latarbelakang untuk menikmati kemudahan ini serta menyediakan peruntukkan untuk penjagaan dan penyelenggaraan dataran ini.


Kebanyakkan anak muda menunjukkan rasa gembira mereka dengan kemudahan yang disediakan. Amin, salah seorang daripada anak muda yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan nerajaan negeri atas pembangunan fizikal dan kerohanian anak-anak muda ini.

Sementara itu, Exco Belia dan Sukan, YB Dr Yunus Hairi, Exco Negeri Selangor, berharap Penggerak Belia Tempatan (Pebt) akan mengadakan aktiviti sukan bagi memanfaatkan gelanggang tersebut serta sama-sama menjaganya dengan baik dan tiada vendalism yang akan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Turut hadir dalam majlis itu, MP PAS Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.
Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana menyediakan kemudahan anak muda ini dan memberikan tumpuan kepada 'value for money' dalam melaksanakan projek serta membuat pemantauan teliti bagi mengelakkan ketirisan dalam pengurusan kewangan.

LAGI GAMBAR DI

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.398912443507366.90920.100001658414390&type=1

ads