Isnin, 27 Februari 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Permohonan Pinjaman Pelajaran Anak <b>Negeri Selangor</b> 2012 <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2012 08:18 PM PST


Permohonan pinjaman pelajaran bagi anak negeri selangor tahun 2012 telah pun dibuka. Permohonan ini bagi calon yang akan menyambung pelajaran di Institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) dan juga swasta (IPTS).

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman setahun bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan adalah seperti berikut;
  • Ijazah (Perubatan) – RM 7,000
  • Ijazah (Lain-lain) – RM 6.500
  • Diploma – RM 4.900
  • Sijil – RM 4,000

Syarat Kelayakan Memohon

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, ATAU
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Selangor.
  • Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dicetak untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.
  • Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti yang diperlukan.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :-
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini ialah 29 Februari 2012.
  • Keputusan permohonan dijangka boleh disemak di laman web Kerajaan Negeri Selangor atau Pinjaman Pelajaran Selangor selepas 14 hari dari tarikh tutup permohonan.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Titian Perjalanan: Percutian <b>di Kuala Selangor</b> : Menyelami Dunia <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 01:16 AM PST

Cuti 4 hari sempena Maulidur Rasul & Thaipusam. Sepatutnya kena datang kerja pada Sabtu & Isnin untuk mengerjakan kerja yang bertimbun, tapi aku datang hari Sabtu je sebab dah tak sanggup dikerjakan. Kebetulan ada bajet lebih sikit, ada lagi bagus aku bawa anak bini pergi bercuti. Ini kisah percutian kami di Kuala Selangor.
- Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam, Parit 9 Sekinchan, lebih kurang 30 km dari Kuala Selangor. Selepas Pekan Sekinchan cari Jalan Parit 9 sebelah kanan... merentasi kawasan sawah terus sampai hujung jumpa Jalan Terusan Utama. Kemudian belok kiri jumpa la restoran ni. Teringin nak menikmati makanan eksotik seperti landak, rusa, kijang, napuh, pelanduk atau kancil dll, kat sinilah tempatnya selain satu lagi iaitu Restoran Selera Rimba yang agak jauh ke dalam. Namun hari tu cuma ada stok daging landak dan pelanduk shj. berharga RM120 sekilo. Dah namanya pun makanan eksotik memanglah  mahal sebab bukan senang nak dapat. Tapi tak kisahlah sekali sekala berhabis sikit sekadar nak merasa.
Menu kami hari tu, daging landak (300 gram) masak rendang dan daging pelanduk (200 gram) masak kicap dimakan bersama nasi putih dan macam2 jenis ulam. Alhamdulillah memang sedap hingga menjilat jari walaupun bilnya bernilai RM80 tak begitu sedap untuk membayarnya. Hidangan lain yang ada (nasib le bergantung kepada stok) adalah seperti ayam kampung, ayam hutan, burung wak-wak, burung puyuh, ikan puyu, sepat, baung, belut dan udang galah. Kalau nak pastikan stok apa yang ada, sebelum datang call dulu 019-6108355 / 019-3934521.
- Kemudian kami berpatah balik ke Kuala Selangor lalu check in hotel bajet di pusat bandar Kuala Selangor, berharga RM 70 semalam, betul2 berhadapan pintu masuk naik ke Bukit Melawati. Chehh macam pelancong dari jauh je...padahal jarak dari rumah ke Kuala Selangor ni lebih kurang 40 km je...kui3.
- Lepak sekejap di hotel. Lepas Asar pergi pasar Pasir Penambang. Sebelah pasar tu ada satu lorong kecik ke jeti untuk aktiviti 'eagle feeding'. Tak payah pergi Langkawi, kat Kuala Selangor ni pun ada. Harga boleh tahan... RM 25 satu kepala (dewasa) & RM 15 (kanak-kanak 3 tahun ke atas). Jangan risau jaket keselamatan disediakan termasuk saiz budak2.
Sampai di tempat yg dituju (tak berapa jauh pun dari jeti), pemandu bot akan mematikan enjin bot lalu mencampakkan sikit lemak & kulit ayam. Maka berterbanganlah helang2 menyambar di permukaan air, tapi agak takut2 untuk mendekati bot kerana jarak paling hampir pun lebih kurang 50 meter kot dari bot kami. Ada 3 jenis helang kat sini iaitu helang besar berwarna hitam putih, helang warna coklat dan helang warna coklat berkepala putih (helang winston)...ntahapa ke nama spesis yg sebenar aku pun tak pasti. Apahal pun anak-anaklah yg paling seronok dapat naik bot terutamanya si Along sebab dapat menyaksikan haiwan yang paling diminatinya...katanya la! Kalau berminat contact Johnson, 019-2639123 atau pergi je terus ke jeti, masa nak tengok helang adalah dari 4.00 pm -6.30 pm shj.
- Dah pukul 6.00 pm lebih. Daging landak & pelanduk tengahari tadi mungkin telah selamat dihadamkan, sebab tiba2 kami terasa lapar. Masa untuk jalan-jalan cari makan. Cadang nak pergi Pantai Remis tapi dalam perjalanan ke sana ternampak satu tempat makan yg nampak macam best je kat Taman Merpati (tak berapa jauh dari simpang nak ke Bukit Rotan/KL).
Suasana kat kedai makan beratap nipah ZackTwoTen Corner ni agak mendamaikan sebab dipagari barisan pokok kelapa gading. Meja makan pun betul2 bawah pokok kelapa. Jadi kami pun pesan air kelapa 2 biji segar dari ladang, mee udang banjir (yg banjir cuma kuahnya, udangnya cuma 2 ekor), mee kari ketam (ketam kecik je), udang kertak goreng, nasi goreng pattaya & lempeng kelapa dicicah dengan sambal tumis ikan bilis. Berselera pulak Angah pekena lempeng  sampai kena order satu lagi sebab berebut dengan Aina. Semua yg dipesan rasa boleh tahan sedap la...bil semua sekali RM33.
- Lepas solat maghrib, apa lagi aktiviti nak dibuat ni? Alang-alang dah tidur sini, moh kita tengok kelip-kelip kat Kg Kuantan. Baru tau rupanya keajaiban kelip-kelip Kg. Kuantan ni dah terkenal seantero dunia sebab setibanya kami kat sana, berduyun-duyun pelancong mat saleh dan cuma beberapa kerat pelancong tempatan sedang beratur panjang menunggu giliran naik sampan. Sewa sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang dewasa) harganya RM40. Masa mulai senja hingga 11.00 malam. 
 Agak2 setengah jam jugalah kami beratur, nasib baik agak banyak sampan yg disediakan takde la lama sangat kena menunggu. Menarik juga dapat pengalaman baru menyusuri tebing sungai dalam gelap sambil menikmati cahaya kelip-kelip yg banyak hinggap kat pokok berembang, terutama buat anak-anak yg tak pernah tengok kelip-kelip. Cuma nak ambik gambar kelip-kelip payah sikitlah sebab kalau pakai flash nampak terang sangat sampai tak nampak cahaya kelip-kelip, lagipun memang tak dibenarkan pakai flash sebab kelip-kelip akan merajuk tak nak berkelip selama 5 minit. Itu kata brader pendayung sampan tu kalau dia tipu aku pun tipulah. Kalau tak pakai flash langsung tak nampak apa2 pulak. Mungkin kalau pakai kamera mahal bolehlah kot. Setakat kamera handphone macam kami ni rentikanlah. Cerita banyak pun tak guna, datanglah sini dan alamilah sendiri.
- Bermalas-malasan di hotel. 10.00 am baru keluar dari hotel mencari sarapan. Pergi jauh sikit ke Tanjung Karang semata-mata nak mengecas bateri handphone dlm kereta. Pekena nasik lemak kat ntahapa ke nama restoran tu aku tak ingat. 
- Lepas sarapan, patah balik ke Kuala Selangor dan destinasi seterusnya yg kira wajib pergi kalau sampai Kuala Selangor ni iaitu Bukit Melawati. Pada hari biasa boleh bawa kereta sampai atas puncak bukit tapi pada hujung minggu dan cuti umum, pelawat kena naik trem yg disediakan kat kaki bukit. Tarikan utama ke sini pastilah kehadiran puluhan lotong jinak kat puncak bukit tu, menunggu pelawat beri makanan. Ehh rasa macam dah pernah cerita dulu kat SINI
Tapi pastikan ada pakaian bersih untuk ditukar sebab bila-bila masa lotong ni akan memanjat badan kita macam dah kenal lama je. Almaklumlah lotong-lotong ni tak reti beristinjak jadi ada sisa-sisa najis kat punggung dan kaki mereka, kalau terkena baju dah tak boleh bawa solat.
- Dari Bukit Melawati, kami bertolak ke Pantai Remis nak jalan-jalan cari makan. Ohh tidak... tersangkut pulak dalam kesesakan jalan sebab ada perarakan Thaipusam kat sini. Ingatkan kat Batu Caves je ada perarakan. Sampai Pantai Remis dah pukul 2.00 pm lebih, lepak sekejap ambil angin sambil menunggu Aina bangun tidur. Pantai ni tak berapa sesuai untuk mandi manda sebab berlumpur, setakat nak ambil angin, main layang2 dan memancing oklah.. Kat pantai ni jugak banyak gerai menjual segala jenis kerang, siput sedut, mentarang, lala, remis dan ntahapa jenis haiwan bercengkerang lagi.
Lepas tu lepak kat satu warung sambil pekena kerang bakar, sotong bakar dan udang bakar. Senang cerita semua menu kat sini yg bakar-bakar je... bakar sampai hampir rentung pun ada. Rasa biasa2 je, lain kali tak nak makan sini dah. Lepas makan hari hujan pulak, anak2 agak kecewa tak dapat main layang2. Lepas tapau 2 kg kerang bulu, kami pun balik ke rumah. Malam tak makan nasi dah... melantak kerang bulu rebus je. Itu je kisah percutian kami kali ni.  Sekian terima kasih.
- Sesuai dengan tajuk entri ni; Menyelami Dunia Haiwan, mari aku copy paste balik berapa banyak jenis haiwan yg disebut dalam entri ni:   landak, rusa, kijang, napuh, pelanduk, kancil, ayam kampung, ayam hutan, burung wak-wak, burung puyuh, ikan puyu, sepat, baung, belut, udang galah, helang, remis, merpati, kelip-kelip, udang, udang kertak, ikan bilis, ketam, lotong, kerang, sotong, siput sedut, mentarang, lala... dan akhir sekali yg kami tapau iaitu kerang bulu.

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kuala Selangor</b> (MDKS) Terkini <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 12:00 AM PST

Tarikh Tutup Permohonan: 21 February 2012

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 dan kini berusia 33 tahun. Terdiri dari gabungan 5 majlis tempatan iaitu Majlis Tempatan Kuala Selangor, Majlis Tempatan Tanjong Karang, Majlis Tempatan Bestari Jaya, Majlis Tempatan Ijok dan Majlis Tempatan Jeram.

Permohonan adalah dipelawa daripada anak kelahiran Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Wilayah

2. Penolong Pegawai Tadbir

3. Pembantu Kesihatan Awam

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Incoming search terms:

  • jawatan kosong mdks 2012
  • mdks jawatan kosong 2012
  • jawatan kosong majilis daerah k selangor
  • mdks
  • majlis daerah kuala selangor logo
  • kerja kosong mdks 2012
  • kerja kosong kat pejabat daerah k selangor
  • kerja kosong 2012 di tanjong karang
  • Jawatan kosong mdks
  • jawatan kosong majlis perbandaran rawang

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Penyebar gambar separuh bogel ADUN <b>Bukit Lanjan</b> ditahan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 11:23 AM PST

[Image: eli-hilmi.png]
Kerajaan negeri Selangor memandang serius berita penahanan seorang lelaki negara ini oleh pihak berkuasa Indonesia yang didakwa bekas teman lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Malah pihak kerajaan negeri juga akan meneliti tindakan susulan sekiranya lelaki berkenaan ada hubung kait dengan individu yang menjadi buruan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth yang juga Exco kerajaan negeri Selangor itu di Internet pada 2009.

"Kerajaan negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," kata Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan di sini, Isnin.

Portal berita detiknews.com dari Indonesia menyiarkan laporan penahanan seorang lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai Azmin Heli oleh Jabatan Imigresen negara itu pada Jumaat lalu di Batam kerana memiliki pasport palsu.

Hasil pemeriksaan pihak imigresen, Azmin mengaku berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975 dan beralamat di Jalan 4H, Ampang Selangor.

Berita itu juga menyebut bahawa Azmin yang memasuki Indonesia sejak 15 Februari 2009 menggunakan pasport Malaysia ini mengaku dibiayai keluarganya di negara ini dan PKR sepanjang berada di negara itu.

Pada 2009, negara digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth oleh bekas teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Hilmi Malek.

Bagaimanapun Hilmi gagal dikesan pihak berkuasa walaupun waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pihak polis.

Gambar separuh bogel itu dikata dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di sofa kediamannya.

Bagaimanapun selepas terbongkar kontroversi itu, Hilmi dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Ampang, dekat sini.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Ribuan Hadir <b>di</b> Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat DUN <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 07:12 AM PST

0

Hulu Kelang, 11 Febuari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, JKKK Kuala Ampang dan JKP Zon 1,2,3 & 4 telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Ulu Kelang Recreation Club (UKRC).

Kehadiran Saari dan Aliza disambut dengan persembahan Tarian Singa

Saari bersalam mesra bersama hadirin yang hadir

Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying menyampaikan ucapan aluan sambil memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa JKKK Kuala Ampang

Presiden UKRC, En Andrew Gopal menyampaikan ucapan menceritakan status tanah UKRC yang hampir digadai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mahu mengaut keuntungan

Hadirin dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa

Saari menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk di DUN Hulu Kelang yang hadir

Kehadiran masyarakat Tiong Hua yang ramai memeriahkan lagi majlis sambutan

Persembahan daripada kanak-kanak Kuala Ampang

Saari bersama YDP PAS Gombak, Ust Salahuddin Nasir melihat persembahan bunga api di akhir majlis

Persembahan bunga api yang mengasyikkan

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pemuda melecur 80 peratus akibat dibakar

Posted: 27 Feb 2012 03:11 PM PST

PETALING JAYA 27 Feb. – Seorang pemuda terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri apabila dibakar hidup-hidup selepas dirompak sekumpulan lelaki di ladang kelapa sawit di Kampung Sepakat, Sungai Tenggi, Bukit Tagar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, cedera hampir 80 peratus dari paras paha ke atas selepas dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak petrol.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Selvakodi, lingkungan 50-an, dia sempat membantu pemuda itu yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.

Katanya, mangsa juga sempat menceritakan kejadian yang berlaku sebelum dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Remaja lelaki itu datang dalam keadaan terbakar dan berseluar dalam. Saya segera membawanya masuk dan menyelimutinya dengan kain sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

"Sementara menunggu ambulans datang, dia sempat bercerita tiga lelaki merompaknya sebelum dia dibakar dengan minyak petrol.

"Mangsa turut memberitahu, dia sempat terjun ke dalam longkang untuk memadamkan api yang membakar tubuhnya," kata Selvakodi ketika ditemui di Felda Gedangsa di sini hari ini.

Selvakodi memberitahu, pemuda itu sempat meminta air dan makanan kerana terlalu lapar sebelum dia diberikan air soya dan roti yang terpaksa disuap sendiri oleh cucu lelaki yang berusia 11 tahun.

Sementara itu, bapa kepada mangsa, Mohd. Shauki Dahlan ketika ditemui di Wad Kecemasan HSB berkata, dia sempat menerima panggilan daripada anak bongsunya itu sebelum dia koma dan dirawat di hospital.

"Saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan selepas menjawab, Muhammad Syahirudin berkata, 'ayah, saya kena bakar' dan kemudian talian terputus.

"Saya yang terkejut telah mendail kembali nombor itu sebelum diberitahu anak saya telah dibawa ambulans dan dikejarkan ke hospital," katanya.

Kakak mangsa, Sri Wahyuni, 25, berkata, adik lelaki tunggalnya itu keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas meminta kebenaran daripada ibunya.

"Adik saya sangat aktif dan mempunyai ramai kawan di kawasan tempat tinggal kami di Kota Damansara. Dia sepatutnya menghadiri temuduga untuk bekerja di Jusco One Utama, Bandar Utama semalam.

"Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana tidak tahu dengan siapa adik saya keluar semalam. Malah, saya yakin dia tidak pernah melakukan sebarang pekerjaan yang tidak baik," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.

Dipetik dari Utusan Malaysia

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


MANUSIA BERHATI HAIWAN <b>DI</b> JALAN <b>SUNGAI BULOH</b>!

Posted: 19 Feb 2012 07:27 PM PST

Setiap hari kami lalu depan bengkel ini untuk sampai ke rumah. Dah banyak kali Kjee nampak seekor monyet ni dirantai pada sebatang pokok di antara dua bengkel. Rantai tu tak panjang so monyet tu kerja dia berlari2 sekeliling pokok. Kalau penat dia duduk balik atas pokok yang dah tak ada daun.

Semalam, ketika kami hendak pulang ke rumah, Nadia nampak lagi monyet tu. Mulut dia mula membebel marahkan orang yang rantai monyet tu. Dalam hati Kjee, kalau malam harap2 dia bawak monyet tu masuk ke dalam bengkel sebab sekarang ni kan musim hujan.
Tadi dalam perjalanan kami pulang ke rumah selepas pergi sarapan di Kampung Melayu Sungai Buloh, Kjee nampak monyet itu berpeluk tubuh atas pokok itu kesejukan sebab sepanjang malam hujan! Siapalah manusia berhati binatang ni!!!
Bengkel ini betul2 seberang jalan dari Yew Gardens Nurseri, dekat traffik lights. Sebelah Yew Garden Nursery tu, Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh. Kjee tak pasti monyet ini dirantai oleh bengkel yang mana satu kerana pokok itu ditengah2 antara dua bengkel. Bengkel yang pertama namanya tidak begitu ketara. Tetapi bengkel kedua namanya Lebat Enterprise. Betul2 dekat Trafik Lights. Kalau pusing ke kiri boleh pergi ke Kampung Kubu Gajah.
Kjee sampai jer rumah, terus call Perhilitan Selangor di nombor ini 03 90866800 tetapi tiada jawapan. 
Tolonglah sesiapa yang tahu cara nak selamatkan monyet ini, segera bertindak sebelum monyet ini berterusan dianiaya dan mati kesejukan!

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


I-Medik <b>di Shah Alam</b> | ISMA Shah Alam

Posted: 21 Feb 2012 03:32 PM PST

Shah Alam, 19 Feb 2012 – Karnival Sambutan Maulidur Rasul Surau Islah di meriahkan dengan kehadiran wakil I-Medik Selangor/Kuala Lumpur, Dr Aini Hayati Abdul Rahim (Doktor Pergigian) dan Mohd Hazwan Ab Halim (Pegawai Sains Kaji Kuman) di salah satu meja pameran.

Selain memberikan rundingan pergigian percuma kepada penduduk setempat, satu demonstrasi cara menggosok gigi dengan cara yang betul turut di adakan kepada kanak-kanak yang hadir oleh ahli Kelab I-medik, saudara Nizam (Pelajar tahun empat Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam).

Walaupun baru pertama kali membuka meja pameran dalam bertemakan kesihatan pergigian, meja pameran I-Medik tidak sunyi dengan pendaftaran beberapa belia sebagai ahli Kelab I-medik. Semoga dengan aktviti seperti ini sedikit sebanyak dapat member peluang kepada ahli I-Medik dan ahli Kelab I-medik untuk menyumbang bakti kepada masyarakat setempat.

Di sediakan oleh

Mohd Hazwan Ab Halim

Media I-Medik

Sumber: I-Medik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Remaja Melecur Dibakar 3 Lelaki <b>Di Hulu Selangor</b> | Rima Alliq <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 03:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun melecur hampir 80 peratus pada badannya dipercayai dibakar oleh tiga lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor semalam.

Mangsa, Muhammad Syahirudin Mohd Shauki dari Kota Damansara kini dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihak hospital mengesahkan bahawa kecederaan mangsa adalah kerana dibakar selepas disimbah dengan petrol pada tubuhnya.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa pada mulanya dipercayai menaiki sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki.

"Remaja itu menaiki kereta terbabit tanpa mengetahui ke mana arah tuju mereka dan polis percaya mangsa mengenali kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Norel Azmi berkata, siasatan awal mendapati mungkin timbul rasa tidak puas hati kumpulan lelaki berkenaan terhadap mangsa sehingga mencetuskan tindakan untuk membakar mangsa.

Sila klik sini dan sini =)

Mahu buat duit percuma?klik sini =)

from your own site.

Remaja melecur dibakar tiga lelaki <b>di Hulu Selangor</b> |

Posted: 27 Feb 2012 01:16 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun melecur hampir 80 peratus pada badannya dipercayai dibakar oleh tiga lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor semalam.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK TIONGHUA DAN <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 12:57 PM PST

Sungai Pelek, 25 Februari 2012 – Y.Bhg. Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Ramah Mesra Penduduk Tionghua dan Penduduk Kawasan Sungai Pelek Anjuran RELA Daerah Sepang bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Sinar Terang, Sungai Pelek,Selangor.

Program turun padang (outreach) KDN hari ini menyaksikan 13 isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh penduduk setempat dapat dikumpul dan dibawa ke peringkat pengurusan tertinggi terutamanya isu yang berkaitan kewarganegaraan dan imigresen.

Dalam majlis yang sama Tan Sri KSU turut menyampaikan pakaian seragam RELA kepada lima Ketua Platun RELA Mukim serta penyerahan cek insuran kepada Puan Ramnah Mispan, ibu kepada Allahyarham Mohd Faridz Ramzi bin Mohd Zain yang terkorban ketika menjalankan tugas.

Hadir sama ke majlis dialog tersebut adalah Y.Bhg. Dto' Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan imigresen), Y.bhg. Abdul Rahim Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Y.Bhg. Dato' Mustafa Ibrahim, Ketua Pengarah RELA dan pegawai-pegawai kanan KDN dan RELA Negeri Selangor.

ads