Isnin, 27 Februari 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Permohonan Pinjaman Pelajaran Anak <b>Negeri Selangor</b> 2012 <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2012 08:18 PM PST


Permohonan pinjaman pelajaran bagi anak negeri selangor tahun 2012 telah pun dibuka. Permohonan ini bagi calon yang akan menyambung pelajaran di Institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) dan juga swasta (IPTS).

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman setahun bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan adalah seperti berikut;
  • Ijazah (Perubatan) – RM 7,000
  • Ijazah (Lain-lain) – RM 6.500
  • Diploma – RM 4.900
  • Sijil – RM 4,000

Syarat Kelayakan Memohon

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, ATAU
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Selangor.
  • Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dicetak untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.
  • Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti yang diperlukan.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :-
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini ialah 29 Februari 2012.
  • Keputusan permohonan dijangka boleh disemak di laman web Kerajaan Negeri Selangor atau Pinjaman Pelajaran Selangor selepas 14 hari dari tarikh tutup permohonan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads