Isnin, 27 Februari 2012

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK TIONGHUA DAN <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 12:57 PM PST

Sungai Pelek, 25 Februari 2012 – Y.Bhg. Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Ramah Mesra Penduduk Tionghua dan Penduduk Kawasan Sungai Pelek Anjuran RELA Daerah Sepang bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Sinar Terang, Sungai Pelek,Selangor.

Program turun padang (outreach) KDN hari ini menyaksikan 13 isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh penduduk setempat dapat dikumpul dan dibawa ke peringkat pengurusan tertinggi terutamanya isu yang berkaitan kewarganegaraan dan imigresen.

Dalam majlis yang sama Tan Sri KSU turut menyampaikan pakaian seragam RELA kepada lima Ketua Platun RELA Mukim serta penyerahan cek insuran kepada Puan Ramnah Mispan, ibu kepada Allahyarham Mohd Faridz Ramzi bin Mohd Zain yang terkorban ketika menjalankan tugas.

Hadir sama ke majlis dialog tersebut adalah Y.Bhg. Dto' Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan imigresen), Y.bhg. Abdul Rahim Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Y.Bhg. Dato' Mustafa Ibrahim, Ketua Pengarah RELA dan pegawai-pegawai kanan KDN dan RELA Negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads