Rabu, 17 April 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Burger Bakar Abang Burn..Jajahan 13 <b>di Cheras</b> Perdana..sedap ke <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 05:06 PM PDT


aku selalu tengok orang pergi makan Burger Bakar Abang Burn..hati tanya sedap ke?
dan sebagai pencinta makanan..haruslah rasa meraung raung nak pergi makan..
selalu tengok jajahan dia yang jauh jauh jer..tak sangka ada yang dekat dengan kami
maka berjejaklah ke jajahan 13 abang burn di Food Court Cheras Perdana untuk rasa..
sampai dalam pukul 5.30 petang camtu..kengkonon takut kena beratur panjang..
nasib baik masa sampai tu, keadaan masih terkawal, tak perlu beratur lama..
order di kaunter..tak sampai 5 minit, burger yang kiteorang minta ada depan mata
servis memang cekap..zap..zap..zap..dah terhidang atas meja..laju sungguh..
aku order burger daging dengan lelehan cheese..harga aku lupa sebab dah lapar..
daging memang besar..sampai kan tak tahu nak start dari mana..jakun sekejap
nak gigit kang..habislah kesopanan dan kesusilaan ambe hakhakhak..camne eh?
tengok meja sebelah..oo pakai tangan jer rupanyer..mula mula start dengan roti atas..
sambil sambil tu cuit daging dia yang tebal tu..lemak lagi berkrim..haiyoh..

habislah aku bulan ni..tiba tiba risau nak pergi check di KK nanti hukhukhuk..
tak pe lah..bertabahlah kalau berat naik mendadak dadak..nak rasa punyer pasal
bukan selalu pun kaannn..ni dah tahu rasa dia..tak de lah terbayang bayang..
boleh tido di tengah malam yang hening..tanpa jelmaan burger abang burn uhuks..

suami kedingku haruslah kambing..tak yah tanya kan..tapi dia tak nak cheese..
pun sama jugak..daging dia tebal..mahal sikit jer dari daging..asal aku pelupa ni?
encit papa kata ada bau skit tapi ok jer bukannyer sampai tak lalu makan..
masih sedap untuk dimakan..dia makan sorang sorang jer..tak de kongsi kongsi..
untuk abg long kami orderkan ayam..daging memang dia tak minat sangat..
masa dia dapat burger ni..camner ni ma..abg long tak tahu nak makan camner
makan satu satu la abg long..nak suruh gigit memang tak lepas mulut nanti..
itupun dia makan tak habis..nampak sangat burger itu besar..kalau biasa mesti habis
untuk sampingan tambahan lemak yang ingin diternak hari tu..order onion ring pulak
adeh deh..burger pun belum tentu habis..gatal mulut pergi order lagi..RM2 jer sepinggan
last last onion ring tu kiteorang suruh budak tu bungkuskan jer..tak mampo dah rasanyer
kalau orang tanya aku..sedap ke tidak? aku rasa biasa jer..nak kata sedap sangattt tu tak la

tapi boleh lah..daging dia memang tebal..tak dinafikan..korang boleh kenyang..
kalau aku makan 1 burger biasa tepi jalan tu..macam ala ala tak cukup..'ala' eh haha..
ya Allah nafsuuuu gajah..tapi yang ni..aku cukup makan roti atas dan daging jer..
yang roti bawah tu..aku tak boleh nak menelannyer lagi..perut sangat ketat okeh..
 kalau korang nak rasa Burger Bakar Abang Burn ni..sila pilih lokasi kat SINI
 
ada sesaper dah pernah makan burger bakar abg burn ni..korang rasa?

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim <b>di Semenyih</b> & Rembau 16 Mac <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 07:45 PM PDT

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya sempena program siri Jelajah Merdeka Rakyat di DUN Semenyih (Selangor) & Parlimen Rembau (Negeri Sembilan) pada 16 Mac ini.

Anwar Sabak BernamCeramah di Semenyih itu akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Semenyih, Hulu Langat bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Antara barisan penceramah malam itu yang akan bersama Anwar terdiri daripada Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamruddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari dan T Chandra Mohan.

Manakala ceramah seterusnya di Rembau akan diadakan di Markaz KEADILAN Kg Pedas Tengah, Rembau, Negeri Sembilan jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Penceramah yang akan turut serta dengan Ketua Pembangkang itu terdiri daripada Mantan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Pengrusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufik Abdul Ghani.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47280

Pesuruhjaya Sumpah <b>Di Semenyih</b> - Bandar Tasik Kesuma

Posted: 05 Mar 2013 02:27 AM PST

Puas mencari pejabat pesuruhjaya sumpah di Semenyih. Nak pitam mencari di tengah-tengah panas menjenguk dari setiap inci blok-blok kedai di pekan Semenyih. Mujur terjumpa satu yang terletak bertentangan dengan bahagian sisi Restoran Jamek Maju dan betul-betul di belakang kedai aksesori kereta. Khabarnya ada satu lagi terletak sebaris dengan Maybank Semenyih.

Kadang-kadang tiada siapa pun yang peduli siapa Pesuruhjaya Sumpah, kenapa pejabat kecil saja tak seperti pejabat peguam yang besar dan kenapa khidmat mereka diperlukan.

Kita memerlukan Pesuruhjaya Sumpah untuk mengesahkan pengakuan bersumpah. Manakala seseorang yang ingin memohon sebagai Pesuruhjaya Sumpah mestilah :
- seorang warganegara Malaysia
- berumur lebih 21 tahun dan tidak lebih 65 tahun.
- mempunyai kelakuan baik
- fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
- sihat yang merangkumi fizikal dan mental
- tiada rekod jenayah
- tidak pernah bankrap
- mempunyai kelulusan SPM/MCE

Siapakah yang boleh memohon menjadi Pesuruhjaya Sumpah :
- Pegawai dalam sektor kerajaan yang telah pencen.
- Pekerja dalam sektor swasta atau bekerja sendiri.

Mereka juga dikehendaki mengambil peperiksaan khas dan markah lulus lebih 50%. Mereka juga mestilah sentiasa mengemaskini pengetahuan mereka tentang hal berkaitan dokumentasi.

Nampak macam senang tapi susah juga untuk menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah.

Dapatkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah di Semenyih disini :

No. 25, Tingkat Bawah Kiri, Jln Pasar Baru Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Email : happystar9909@yahoo.com (012-2073979)

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


KENAPA PAKATAN BAKAL TUMBANG <b>DI NEGERI SELANGOR</b>?

Posted: 01 Apr 2013 03:53 PM PDT


Dua hari lalu kami ada bertanya, "jika BN menang dan membentuk kerajaan negeri Selangor dalam pilihanraya umum akan datang (ketiga belas), adakah mereka akan dibebankan dengan penyelesaian janji-janji manifesto kerajaan terdahulu yang dipegang oleh pakatan terutama dalam tuntutan-tuntutan yang sudah pun difailkan ke mahkamah seperti air percuma dan elaun ibu tunggal?"

Sesungguhnya Barisan Nasional (BN) dilihat punyai masa hadapan yang cerah untuk menang di Selangor dan ini diakui sendiri oleh bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin dalam satu temubual khas bersama akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini.

Faktor utama Selangor diyakini menang adalah kerana 'kecelaruan dalaman' yang begitu ketara dalam pakatan di negeri itu sendiri. 

Semasa Dap dianggap sebagai 'opportunist' yang menangguk keuntungan dalam dasar-dasar kerajaan negeri, Pas Selangor dilihat semakin menjauhkan diri dari Dap kerana bimbang terpalit dengan kerakusan Dap yang tidak mahu bertolak ansur terutama dalam perkara yang melibatkan sensitiviti agama Islam seperti 'kalimah Allah', penjualan terbuka minuman keras, rumah urut yang tumbuh bak cendawan dan berbagai lagi.

Penyingkiran Datuk Hasan Ali dari parti tersebut turut memainkan peranan dalam melemahkan pakatan negeri Selangor kerana Hasan Ali diihat sebagai simbol perjuangan Pas Selangor terutama dalam hal melibatkan murtad.


Manakala pergeseran dalaman PKR memang tidak dapat disembunyikan lagi bilamana 'kem menteri besar Selangor', Tan Sri Khalid Ibrahim sering bertelagah secara terbuka dengan 'kem timbalan presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak', Azmin Ali.

Pergeseran ini dilihat lebih kepada perebutan untuk memegang kerusi menteri besar Selangor selepas pilihanraya umum ketiga belas nanti. Perkara ini juga sebenarnya mengecilkan hati Pas yang tidak punyai peluang untuk menduduki kerusi menteri besar tersebut.

Akibat pergeseran yang begitu ketara hingga melibatkan ketua wanita PKR, Zuraidah dan setiausaha politik menteri besar, Faekah Hussain, desas-desus kuat melanda menyebut bahawa Wan Azizah selaku presiden parti bakal campurtangan dengan meletakkan dirinya sebagai salah seorang calon bagi kerusi dewan undangan negeri dalam negeri Selangor dan ini secara tidak langsung melayakkan dirinya sendiri menjadi menteri besar Selangor seandainya mereka menang dalam pilihanraya nanti.

Selain PKR, perkara yang sama turut dikatakan berlaku dalam parti Dap.

Walaupun Dap selama ini mengamalkan sikap berdiam diri dan tertutup dalam membicarakan soal dalaman parti mereka, tetapi lewat kini terlalu banyak pekung yang mula ditunjukkan sendiri oleh ahli-ahli peringkat bawahan mereka.

Ini berlaku semenjak perebutan kerusi jawatankuasa pusat atau 'central committee' yang telah pun berlangsung dalam konvensyen mereka baru-baru ini di Pulau Pinang.

Walaupun keputusan telah diperolehi namun terdapat banyak kontroversi yang gagal diselesaikan terutama dalam pengiraan semula undi yang memperlihatkan beberapa nama pemenang digugurkan atas alasan teknikal dan perkara ini telah pun sampai ke pejabat pendaftar pertubuhan untuk campurtangan mereka atas kehendak ahli-ahli parti tersebut sendiri.

Keretakkan dalaman dan kepincangan pakatan di atas sesungguhnya memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihanraya umum nanti. 

Namun, bersetuju dengan Tun Daim, Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pengerusi BN pusat dan negeri Selangor wajar menamakan awal bakal calon menteri besar negeri tersebut bagi memberi keyakinan tinggi kepada rakyat negeri tersebut untuk memilih BN sewaktu membuang undi nanti.

Walaupun dengan menamakan awal bakal calon menteri besar akan menyebabkan ramai 'warlords' yang 'gatal tangan' untuk mensabotaj calon tersebut, namun Najib dijangka punyai 'formula khas' bagi melemahkan 'warlords' yang bersikap mementingkan diri sendiri itu lebih dari kemahuan rakyat sendiri yang mahukan pemimpin kali ini dari muka baru dan punyai imej bersih.

Ramalan Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 <b>di Selangor</b>. <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 08:19 PM PDT


keputusan pilihanraya selangor

Keputusan pilihanraya Umum 2013 Selangor : Negeri Selangor sememangnya menjadi rebutan di antara kerajaan yang sedang menerajui negeri Selangor untuk mempertahankannya dan dipihak pembangkang pula berusaha keras untuk merebut kembali sebuah negeri yang termaju di Malaysia bernama Selangor.

Keputusan Pilhanraya Umum 2008 (PRU 12) menyaksikan tsunami politik berlaku di Selangor apabila Pakatan Rakyat menewaskan Barisan Nasional dengan menjadi pilihan demokrasi rakyat. Jikalau….

Jikalau sebelum ini kita sudah meninjau prestasi kerajaan Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam setakat ini di Melaka (KLIK SINI). Kini tiba untuk meninjau prestasi kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim….

Keputusan Pilihanraya Umum 2008 Di Selangor (PRU ke 12)?

Keputusan pilihanraya selangor

Negeri yang dulunya dianggap sebagai kawasan selamat oleh pihak Barisan Nasional, akhirnya bertukar tangan ke Kerajaan Pakatan Rakyat. Dalam masa 5 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Selangor, perkara yang paling penting yang perlu diketahui rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia umummnya adalah meneliti semula apakah yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Sudah tentu Selangor, sebuah negeri yang kaya dengan hasil pendapatannya menjadi rebutan di antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Barisan Nasional sudahpun mengumumkan niat mereka untuk merampas kembali Selangor sambil Pakatan Rakyat pula yakin bahawa mereka telah membuat yang terbaik untuk rakyat. Di manakah kebenarannya? Jadi apa hasilnya?

Senarai Kejayaan & Usaha-usaha Penambaikan Kerajaan Selangor

Seperti biasa, Berita Semasa hanya akan memaparkan rekod-rekod kejayaan yang kami perolehi sendiri poral-portal milik kerajaan negeri termasuk dalam kes ini portal milik kerajaan negeri Selangor.

keputusan pilihanraya selangor

  1. Bantuan Air percuma sebanyak 20 meter padu
  2. Mewujudkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd untuk pengurusan cari gali pasir.
  3. Memberi RM 1000 kepada pelajar kelahiran negeri Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti
  4. Insuran kepada bayi kelahiran Selangor sehingga umur 18 tahun
  5. Bantuan RM 1500 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) selepas bayi kelahiran anak Selangor mencapai umur 18 tahun.
  6. Mewujudkan skim Mesra Warga Tua dan Orang Kurang Upaya dengan memberi RM 2500
  7. Mewujudkan Pusat Sehenti Untuk KRisis (OSCC) bagi membantu wanita dan kanak-kanak dalam kes rogol, keganasan domestik dan dera.
  8. Dana pendidikan dan peruntukan biasiswa untuk anak-anak pekerja ladang
  9. Skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak.
  10. Mewujudkan MiMBAR bagi membantu golongan berpendapatan rendah dengan menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM 5000 dengan pembayaran balik dalam 1 tahun.
  11. Mewujudkan Pusat Dialisis Rakyat bagi yang memerlukan rawatan tersebut.Setakat ini 4 buah pusat dialisis rakyat telahun beroperasi.
  12. Cuti bersalin 90 hari
  13. Cuti 14 untuk suami yang isterinya bersalin
  14. Cuti kematian suami selama 30 hari.
  15. Program Tuisyen percuma untuk pelajar sekolah rakyat Negeri Selangor yang layak
  16. Penubuhan Skim Mirkokredit Wanita Ladang (WALA) bagi meningkatkan pendapatan kaum wanita pekerja ladang.
  17. Skim Bantuan Asuhan Rakyat sebanyak RM 100 bagi ibu bapa yang layak.
  18. Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sebanyak RM 50 sebulan bagi kanak-kanak tadika yang layak.
  19. Memastikan EXCO dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan.
  20. Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri.
  21. Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
  22. Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.
  23. Memudah dan mempercepat kelulusan dan pembaharauan lesen perniagaan.
  24. Menguatkuasakan dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakan kejadian seperti tanah runtuh.
  25. Memberi pendidikan pra-sekolah oeruma kepada anak Selangor berumur 5-6 tahun (Sedang dijalankan)
  26. Memberi elaun khas antara RM 150-RM 250 sebualan untuk wanita tampa pekerjaan tetap atau surirumah(Sedang dijalankan)
  27. Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.(Sedang dijalankan)
  28. Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal ehwal agama ,selain agama islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.(Sedang dijalankan)
  29. Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.(Sedang dijalankan)
  30. Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%(Sedang dijalankan)
  31. Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM 1200 sebulan.(Sedang dijalankan)
  32. Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk digantikan dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan.(Sedang dijalankan)

keputusan pilihanraya selangor

Sumber : Portal kerajaan negeri Selangor

Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 Selangor : Prestasi Ahli Politik?

Selangor secara rasminya telah membubarkan DUN pada 4 April 2013 yang lalu, menjadi antara negeri pertama di bawah kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat yang berbuat demikian. Apa yang Berita Semasa perhatikan dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, terlalu banyak isu yang dimainkan oleh kedua-dua belah pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Setiap isu yang berkaitan negeri Selangor mendapat liputan meluas baik di media arus perdana mahupun di internet.

Anda sebagai rakyat Selangor, bagaimana anda melihat prestasi kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim setakat ini atau anda merasakan mahu kembali memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional? Bagaimana pula prestasi ahli politik yang telah memenangi Pilihanraya umum ke 12 di kawasan setempat anda baik daripada pemimpin Pakatan Rakyat ataupun pemimpin Barisan Nasional di Selangor?

Apakah benar kerajaan Selangor membawa aspirasi rakyat yang dimahukan? Lontarkan pendapat anda di sini…


12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


PKR <b>Kapar</b> `tolak&#39; G Manivannan, Dr Daroyah Alwi - Malaysia Today

Posted: 16 Apr 2013 03:04 PM PDT

Mereka mahu calon tempatan, Nedunchelian Vengu untuk kerusi parlimen dan Azizi Ayob DUN Sementa.

Muda Mohd. Noor, FMT

PKR Kapar `menolak'  G Manivannan  yang akan bertanding di kerusi parlimen itu  pada 5 Mei ini.

Mereka juga tidak mahu seorang lagi calon luar – Dr Daroyah Alwi – yang diumumkan bertanding kerusi negeri Sementa.

PKR Kapar akan membuat bantahan secepat mungkin terhadap pemilihan Manivannan serta Dr  Daroyah.

Dua calon PKR popular di kalangan penduduk Kapar ialah Nedunchelian Vengu (gambar), Timbalan Ketua Pilihan Raya PKR Cabang Kapar dan Azizi Ayob, Ketua Cabang PKR Kapar.

Manivannan merupakan seorang peguam berusia 34 tahun, manakala Dr Daroyah, Ketua Wanita PKR Shah Alam.

Nedunchelian memberitahu ada tangan ghaib yang menghantar dua calon itu ke Kapar, walaupun tidak berterus terang ia menjurus kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta Sivarasa.

Katanya, Kapar merupakan cabang yang menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

`Orang baru'

"Manivannan adalah  calon baru, orang Kapar tidak kenal siapa Manivannan- Dia datang dari Subang tetapi orang Kapar tidak tahu di mana rumah mereka.

"Ini kroni S Sivarasa (Naib Presiden PKR), kerana dia bekerja di pejabat Sivarasa," kata Nedunchelian.

Kerusi Kapar dimenangi calon PKR, S Manikavasagam selepas mengalahkan calon MIC K Komala pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, pada pilihan raya kali ini, Manikavasagam diumumkan bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Bukit Melawati, parlimen Kuala Selangor.

Ketika ditemui di Kapar semalam,  Nedunchelian berkata," Kita kurang puas hati, saya ditolak, Azizi (Ayob) ditolak.

`Mahu calon tempatan'

"Kita mahu calon tempatan. Saya  sepatutnya bertanding di parlimen manakala Azizi DUN Sementa.

READ MORE HERE




12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Serius! Babi Dijual Bercampur Bersama Daging Lembu <b>Di</b> Pasar <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 09:41 AM PDT

Gambar ini sedang banyak berlegar di laman Facebook. Ia didakwa diambil di sebuah pasar raya di Selayang, Selangor. Nama pasar raya itu ada disebut dalam nota asal penulisan yang disertakan bersama gambar itu tetapi dipadam oleh Mynewshub atas faktor perundangan.

Kandungan gambar memperlihatkan bahawa perkara itu perlukan penyiasatan lanjut dan jika terbukti benar, maka tindakan tegas termasuk menutup pasar raya berkenaan harus diambil.

Mungkin itu gambar superimpose atau mungkin juga yang mengambil gambar terkeliru dengan daging yang ada di depan matanya. Benda yang ada itu sudah pun diproses jadi ada kemungkinan itu bukan babi dan mungkin kambing (hanya sebagai contoh kemungkinan). Justeru itu, ia perlu disiasat dengan penuh terperinci dan mendalam. Namun jika ia benar, ia harus dipandang serius.

Pada peringkat ini, wujud dakwaan bahawa daging berkenaan yang dipercayai daging babi berkemungkinan dijual dengan dicampurkan bersama dengan daging lembu.

Di bawah ini disertakan nota yang ditulis pihak yang mengambil gambar itu dan memuat naik ke laman internet kemudian. Nota berkenaan telah kami edit sedikit dari segi singkatan bahasa yang digunakan bagi memudahkan kefahaman pembaca kami. Namun, maksud asal dari penulis asal tidak sama sekali berubah.

Gambar memperlihatkan butiran aduan juga kami kepilkan sebagai bukti bahawa pihak yang mengambil gambar berkenaan telah mengambil tindakan lanjut dengan membuat aduan rasmi kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang. (mynewshub)

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pencalonan Zul Nordin <b>Di Shah Alam</b> Percepat <b>...</b> - Kelab Greenboc

Posted: 16 Apr 2013 10:01 PM PDT


Zul Kulim bersama dengan simbol seks terkenal Papagomo

Zul Noordin: Inikah transformasi Umno?

Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin, ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.

"Ambil tokoh puak baling selipar dalam masjid jadi calon adalah keputusan yang memudharatkan negara dan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan," kata beliau merujuk kepada laporan dan rakaman video yang mendakwa sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dan membaling selipar ke dalam Masjid Al-Hussain di Pumpong, Alor Setar pada September lalu.

Beliau yakin, pencalonan orang-orang seperti memberikan wajah yang lebih buruk kepada Umno dan BN.

"Selepas didedahkan video Zulkifli menghina kepercayaan penganut agama Hindu, didedahkan pula videonya memanggil 'keling' kepada orang India.

"Perbuatannya itu memburukkan nama baik Islam malah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina sembahan penganut agama lain, sebab itu saya kata pencalonan orang seperti itu membuktikan transformasi Najib menuju ke arah keburukan.

"Umno jelas terbukti semakin buruk dan menakutkan dan kalau dibiarkan terus memerintah, bencana besar akan menimpa negara ini," katanya.

Mahfuz seterusnya berkata, tindakan Umno bermegah-megah kononnya mencalonkan lebih banyak muka baru tidak membawa apa-apa kebaikan jika pemikiran dan doktrin yang mereka anuti tidak berubah malah semakin buruk.

"Untuk apa mencalonkan muka baru jika sikap rasis dan perkauman Umno semakin buruk?

"Malah, perbuatan mengapi-apikan perkauman yang semakin menjadi-jadi semakin menjadi satu-satunya senjata Umno untuk terus berkuasa," katanya.

Lebih dari itu, kata Mahfuz, tidak ada sebarang perubahan pada sifat Umno yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "parti perasuah".

"Sebab itulah, kalaupun calon muda atau calon baru Umno itu mempunyai sifat yang dilihat baik, mereka bukan sahaja tidak dapat membawa kebaikan kepada Umno malah merekalah yang akan dirosakkan oleh parti yang Dr Mahathir sendiri tulis 'busuk hingga ke usus' itu," katanya.

Mahfuz yakin, rakyat mengundi berdasarkan pendirian parti yang lebih menjanjikan keamanan dan kesejahteraan dan bukannya parti yang menaja keganasan dan pertumpahan darah seperti serangan-serangan berdarah ke atas perhimpunan politik secara aman yang didakwa oleh pelbagai laporan sebagai didalangi oleh pemimpin dan ahli Umno.

Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum 2004, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah menolak nama Zulkifli sebagai salah seorang calon parti Islam itu.

Laung Satu Malaysia tapi Najib pilih calon hina India

Perbuatan meletak calon yang terkenal dengan sikap ektrem perkauman mengesahkan Umno mengamal ideologi rasis, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merujuk perbuatan Datuk Seri Najib Razak yang mencalonkan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang beberapa kali menghina kaum India dalam ceramah.

"Sudah jelas Zulkifli hina kaum India. Bukan hanya terlepas dari tindakan undang-undang, malah dipilih menjadi calon," katanya pada kenyataan media, semalam.

Beliau menyifatkan pencalonan Zulkifli Nordin sebagai tidak menjaga sensitiviti kaum India yang dihina secara terang-terangan.

"Ia mengecewakan masyarakat India, seolah-olah tidak mempeduli perasaan pemimpin MIC yang turut mengutuk sikap Zul Noordin," katanya.

Kata Surendran, pencalonan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam mengesahkan 'kekebalan' Perkasa dari undang-undang walaupun melakukan pelbagai kenyataan ekstrem.

"Kesalahan bukan kecil, Seksyen 298A adalah jenayah yang boleh heret mereka ke mahkamah tapi sampai hari ini, tak ambil tindakan sedangkan bukti jelas," katanya.

Beliau juga mempertikai slogan Najib yang melaungkan 1Malaysia tapi memilih calon dari organisasi yang bersifat ekstrem dan perkauman.

"Perkasa pernah ancam bakar Bible. Mereka ekstrem dalam isu perkauman dan agama. Macam mana Najib yang kononnya pejuang 1Malaysia tergamak ambil calon dari organisasi ekstrem itu?" katanya. -KD


12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


UMNO Online - Pemuda BN Sedia Gempur, Pastikan BN Terus <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 09:42 PM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pemuda BN Sedia Gempur, Pastikan BN Terus Kekal Relevan Di Hulu Selangor

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA KUBU BAHAR, 15 April – Genderang perang sudah berbunyi. Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) digesa menggempur pembangkang bermula sekarang.

Pengerusi BN Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, peranan Pemuda sangat besar dalam usaha memastikan BN menang semula di empat kerusi yang dipertandingkan di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

"Jentera pemuda bermotor sama penting membawa misi kemenangan dan meyakinkan pengundi memilih BN dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan. Peranan jentera bermotor dilihat usaha proaktif mempromosikan kehebatan BN kepada pengundi di seluruh peti undi di Hulu Selangor.

"Ambil peranan masing-masing ketika betugas. Sekiranya nampak bendera BN jatuh atas tanah segera pacakkan semula.Kita akan terus diterima rakyat," katanya ketika melancarkan Jentera Bermotor Pemuda BN Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu semalam.

Hadir sama Pengarah Jentera Pilihan Raya Umum BN Hulu Selangor, P Kamalanathan,  Pengerusi Pemuda BN, Mahmud Karim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Selangor, Ahmad Nazri Dahalan.

Pada majlis sama, seramai 700 pemuda BN menerima topi keledar 1M4U 1Malaysia disampaikan Mohamed Idris.

Beliau berkata, Pemuda BN perlu sederap seirama menjalankan kempen sihat membantu kemenangan BN pada PRU-13 nanti.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim pula berkata, sokongan padu ditunjukkan pemuda seluruh Hulu Selangor dari Kampung SKC Bernam hingga Felda Sungai Buaya menggambarkan betapa pemuda sudah siapsiaga membantu jentera PRU 13 nanti.

Katanya, sokongan anak muda pengundi baru juga semakin meningkat apabila ramai sanggup menyarung baju BN saban hari.

"Saya optimis mampu mengekalkan kemenangan tiga kerusi DUN dan kerusi Parlimen di Hulu Selangor. Tidak kira siapa sahaja calon BN kami tetap sokong sepenuhnya," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 15 April 2013 12:42 PM

Fathul Bari diletakkan <b>di</b> Parlimen <b>Hulu Selangor</b>? - Unit Media Baru <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 06:19 PM PDT

Fathul Bari diletakkan di Parlimen Hulu Selangor?


KUALA LUMPUR - Menurut Sumber dalaman PPUM, CEO Ilmu, Dr.Fathul Bari Mat Jahaya dijangka akan dicalonkan di Parlimen P-094 Hulu Selangor pada PRU-13 ini.

Beliau yang baru menjinakkan diri dalam arena politik dilihat mampu meraih kerusi parlimen tersebut sekaligus diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menggantikan Dato' Jamil Khir Baharom.

Barisan Nasional dilihat komited mahukan calon yang terbaik demi keselesaan dan kemakmuran rakyat Malaysia, sehubungan itu, jika Ulama muda ini dicalonkan, ia dilihat mampu dijadikan perisai bagi BN menangkis serangan pihak lawan yang selalu menggunakan agama bagi memutar belitkan sesuatu isu memandangkan Dr.Fathul Bari adalah ilmuan agama yang disegani dimata dunia.

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


sangkakalajari9: BN PARAH <b>DI KUALA LANGAT</b>

Posted: 11 Feb 2013 09:56 AM PST

Aduh..inilah gambaran yang dapat Sangkakala berikan pada malam ni, ceramah yang diadakan dihadiri tidak sampai 20 orang hadirin.

Tapi itu bukan ceramah UMNO. Menurut kenyataan rakan blogger Sangkakala, ianya adalah ceramah Zuraidah Mak Lampir bersama dengan 2 ekor malaun di Kuala Langat.

Buka link ini untuk bacaan dan maklumat lanjut http://bit.ly/127sGtV

Mungkin Pakatan di Selangor diambang kehancuran apa bila Zuraidah yang dulunya dilihat begitu popular namun kini menjadi liabiliti kepada Pakatan Pembangkang.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada rakyat Kuala Langat yang telah membuktikan bahawa kehadiran Pakatan tidak diperlukan lagi di situ.

Dan kepada Pakatan pula, Sangkakala nasihatkan supaya berhentilah dari melakukan kerja yang tiada berfaedah, dari PRU ke PRU, ceramah tidak berhenti untuk menabur fitnah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


terkini!! ceramah pakatan <b>di sepang</b> dihadiri ribuan <b>...</b> - Jawa Bernam

Posted: 27 Mar 2013 08:05 AM PDT

MERIAH nya ceramah pakatan malam ni dekat Pulau Meranti, Sepang. Ribuan kerusi kosong memenuhi segenap ruang khemah yang disediakan. Akibat kesesakan yang terlampau-lampau, ada beberapa orang penceramah yang menarik diri dari memberi ceramah fitnah mereka.
Kehadiran yang dijangka boleh mencecah hingga 1,000 orang tidak mencapai target malam ini apabila hanya 1,000 buah kerusi sahaja yang kelihatan. Yang hadir pula sebahagiannya adalah jin dan iblis.
Penceramah yang sepatutnya memberi kata-kata fitnah adalah seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Suhaimi Shafie, Abdullah Sani dan Borhan Aman Shah. Tapi yang kelihatan hanyalah Abdullah Sani dan Mahfuz Omar, yang lain masih dalam perjalanan atau tidak hadir langsung akibat malu dengan kehadiran yang diterima.
Sudah nampak gerakan menolak parti pakatan pembangkang di Selangor. Rakyat mula sedar dan tak akan tertipu lagi dengan janji-janji manis yang dilemparkan.


ads