12 di cheras - Google Blog Search |
MEDIA SUKAN » Velodrom baru ganti sedia ada <b>di Cheras</b> <b>...</b> Posted: 12 Feb 2012 02:51 PM PST KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan bersedia mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk membina sebuah velodrom tertutup bertaraf antarabangsa di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras yang mungkin dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan lain berikutan kenaikan tinggi harga tanah di situ. Biarpun menyedari kos pembinaannya mampu mencecah RM70 juta hingga RM80 juta, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tetap menyifatkannya sebagai satu pulangan berbaloi dalam meneruskan kesinambungan kemunculan pelumba negara bertaraf dunia seperti sekarang. "Ia bagaimanapun bergantung kepada persetujuan EPU (Unit Perancangan Ekonomi) dan Kementerian Kewangan tetapi ia berbaloi kerana bakal menjadi velodrom tertutup pertama di Asia Tenggara dan seperti United Kingdom sejak membinanya bagi Sukan Komanwel Manchester 2002, kini berjaya melahirkan pelumba yang hebat. "China juga kalau dulunya, kita lebih hebat daripada mereka, sejak membina velodrom di Guangzhou dan Beijing, berjaya melahirkan pelumba yang cukup baik dan bersama kita muncul antara empat terbaik Asia. Jadi memang ada kesegeraan untuk membina velodrom tertutup di Malaysia dan ia akan dicadangkan kepada Kabinet," katanya. Beliau yang ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran kementerian di Stadium Putra, Bukit Jalil, mengulas kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kelmarin mengenai kemungkinan Velodrom Kuala Lumpur sepanjang 333.3 meter dan seluas 4.8 hektar serta berusia 24 tahun itu dirobohkan. Ahmad Shabery berkata, sudah sampai masanya negara memiliki sebuah velodrom yang diperbuat daripada kayu seperti di negara bermusim sejuk apatah lagi Velodrom Kuala Lumpur didapati tidak diselenggara dengan baik dan memalukan apabila ia menjadi tuan rumah sebuah perlumbaan sebesar Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) sekarang. "Saya malu apabila diadakan perlumbaan antarabangsa seperti ACC, ramai pelumba luar negara yang datang ke kawasan yang semacam tempat pembuangan sampah dan ciri-ciri keselamatannya cukup membimbangkan," katanya yang menambah bahawa pembinaan velodrom baru di Labu, Negeri Sembilan seperti dirancang sebelum ini, mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan. Mengenai ACC, beliau mengakui perubahan mengejut jadual perlumbaan acara pecut kelmarin, mempengaruhi pencapaian dua pelumba harapan negara, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa yang sekadar beroleh pingat perak kerana tidak cukup masa untuk melakukan sesi pemanas badan. "Kesan jadual perlumbaan yang diawalkan sejam, menyulitkan mereka memberikan prestasi terbaik dan ia memberikan kelebihan kepada pelumba Jepun pula (Azizulhasni), namun saya fikir mereka masih ada acara keirin yang dapat menyumbangkan pingat emas untuk negara dan saya berharap ia tidak lari daripada sasaran," katanya. |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |