Isnin, 20 Februari 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Polis Tumpas Geng Pecah Rumah Berpangkalan <b>Di Cheras</b>

Posted: 20 Feb 2012 12:55 AM PST

GEORGE TOWN – Polis percaya dapat menumpaskan satu kumpulan penjenayah pecah rumah apabila tiga anggotanya – seorang lelaki dan dua wanita – ditahan di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata ketiga-tiga mereka berumur 20 dan 33 tahun itu yang menetap di Kuala Lumpur dipercayai terbabit dengan kegiatan pecah rumah di sekitar Pulau Pinang sejak empat bulan lepas.

Katanya sepasukan polis dari unit khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut telah menjejaki ketiga-tiga perompak terbabit di Kuala Lumpur sebelum menyerbu sebuah kondominium mewah di Cheras pada Jumaat lepas.

"Dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai, laptop pelbagai jenama, jam tangan, kamera DSLR bernilai lebih RM100,000 dan menyita dua buah kereta mewah yang dipercayai digunakan untuk merompak," kata beliau.

Gan berkata identiti perompak terbabit telah dikenal pasti dengan kesan cap jari yang ditemui di sebuah rumah yang dirompak di Sunny Villa, Sungai Nibong pada 10 Feb lepas. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


THE FLYING KICK: HASAN ALI <b>DI AMPANG</b>, ZURAIDAH <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 11:00 PM PST


Malam ini, seperti dijadualkan, Hasan Ali, bekas pemimpin PAS yang baru berani bersuara tentang PARASIT dalam PAS selepas dipecat, akan berada di Ampang. Lebih tepat lagi, Hasan Ali akan berada di PADANG PERMAINAN, JALAN INDAH 3/4, TAMAN AMPANG INDAH selepas Isyak.

Ampang seperti diketahui dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Kerusi Parlimennya dikuasai oleh Zuraidah Kamaruddin. Kerusi DUN Bukit Antarabangsa pula dikuasai oleh Azmin Ali manakala kerusi DUN Lembah Jaya diketuai oleh Khassim Abdul Aziz. Daripada ketiga-tiga kerusi tersebut, hanya kerusi Lembah Jaya sahaja yang dikuasai oleh PAS.

Zuraidah Kamaruddin merupakan Ketua Wanita PKR. Azmin Ali pula merupakan Timbalan Presiden PKR. Realitinya, kedua-dua orang ini tidak pernah bekerja untuk rakyat yang mereka wakili walaupun mereka boleh bercakap tentang pelbagai isu nasional terutama sekali yang membabitkan Shahrizat Abdul Jalil.

Menariknya, kedua-dua orang ini mempunyai KOD 71 pada kad pengenalan mereka!

Walaupun Ampang dikatakan kubu PKR, sebenarnya tanpa PAS di kawasan Ampang, PKR langsung tidak bergerak dan bernafas. Kehadiran Hasan Ali, pastinya akan mengundang kedatangan kaum PAS dan Melayu PKR sepertimana fenomena yang berlaku di tempat-tempat lain.

Apa agaknya yang akan dilakukan oleh Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali untuk mensabotaj kehadiran Hasan Ali?

Kedua-duanya sangat terkenal sebagai pensabotaj. Zuraidah sendiri masih lagi tidak dapat menerangkan mengapa AHLI MAJLIS MPAJ terdiri daripada samseng dan penjenayah yang 'berdaftar' sehingga sekarang, walaupun dia sibuk cuba melondehkan kain Shahrizat Jalil.

Azmin Ali sebagaimana yang kita maklum, akan bertukar menjadi tok dalang.

Sesuatu yang sangat menarik dan ditunggu-tunggu oleh penduduk Ampang ialah, ke mana Zuraidah 'Mak Lampir' akan melarikan diri. Beberapa minggu lepas, sewaktu Shahrizat Jalil datang ke Ampang, Mak Lampir lari berterabur meninggalkan Ampang bersama-sama anaknya.

Apakah kali ini Zuraidah Kamaruddin akan lari meninggalkan Ampang bersama-sama keluarga pula?

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Latest Development <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2011 12:00 AM PDT

Rumah Teres 1 Tingkat Warisan Bestari @ Kota Warisan

Image

Harga : Dari RM 186,930
- 4 bilik tidur
- 20x70
- Luas binaan dari 1099kps - 1199 kps
- Lokasi : 2°49'46''N 101°42'63''E (berdasarkan yang ditulis pada baner, sila semak dengan pemau sebab lokasi ini kalau lihat dlm Wikimapia adalah berhampiran taman dahlia)

Promosi diskaun pesta angpau RM 4000 pada 15 & 16hb an 2011

Contact no: 012-2036772 / 03-87068188/8118

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Ustaz Wan Ahmad Tarmizi: Dua Kapal Israel <b>di Port Klang</b>

Posted: 14 Feb 2012 12:00 AM PST

Surah Al-Imran ayat 102
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam (menyerah diri kepada Allah)"

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda.
"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai". (H.R. Ibnu Majah)

TURUN BAWA BENDERA HIZBULLAH <b>DI PORT KLANG</b>

Posted: 20 Feb 2012 05:28 AM PST

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Pinjaman Pelajaran <b>Negeri Selangor</b> Sesi 1 2012 : ePutra

Posted: 14 Feb 2012 06:14 PM PST

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa mereka yang layak untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Peringkat Pengajian

Kerajaan Negeri Selangor

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

  • Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor

  • Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu tahun sahaja.

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman setahun bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan adalah seperti berikut;

  • Ijazah (Perubatan) – RM 7,000
  • Ijazah (Lain-lain) – RM 6.500
  • Diploma – RM 4.900
  • Sijil – RM 4,000

Syarat Kelayakan Memohon

Kelahiran

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, ATAU
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Pencapaian Akademik

  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian.
  • Pemohon yang memperolehi pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.

Penajaan

  • Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan akan diberi keutamaan.

Tahun Pengajian

  • Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Selangor.
  • Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dicetak untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.
  • Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti yang diperlukan.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :-
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini ialah 29 Februari 2012.
  • Keputusan permohonan dijangka boleh disemak di laman web Kerajaan Negeri Selangor atau Pinjaman Pelajaran Selangor selepas 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

Permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi 2 2012 dijangka akan dibuka dalam bulan Julai atau Ogos nanti.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Sejarah : Gambar Tragedi Kilang Mercun Meletop <b>di Sungai Buloh</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2012 06:08 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Sejarah : Gambar Tragedi Kilang Mercun Meletop di Sungai Buloh 1991 dan Fakta Kes Yang sampai kini ada yang masih berlum terungkai.

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


UMNO ganggu ceramah Anwar, kereta Anwar dipecahkan...

Posted: 19 Feb 2012 01:04 PM PST

Tumpang Sekole ... ?

Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.

Menurut Keadilan Daily Online, ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

"Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.

Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.

Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

NONE Parlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang  terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.
NONE Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.


Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.- malaysiakini

Umno supporters throw stones at Anwar's car...


NONE Opposition leader Anwar Ibrahim's visit to the Sembrong parliamentary seat in Johor yesterday was met with a hostile reception by Umno supporters.

The demonstrators threw stones and kick at the opposition leader's Mercedes car, resulting in a cracked windscreen and a dented door.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


dekan fizik: senja <b>di balakong</b>, selangor.

Posted: 20 Feb 2012 05:40 AM PST

[unable to retrieve full-text content]senja di balakong, selangor. tak pakai dslr pun boleh dapat gambar cantik. konklusinya, take a picture creatively without dslr. its cool. btw, takde sesape ke nak hadiahkan aku dslr ke.... teori unlimited dekan fizik klik! 21:40 ...

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Apa muslihat Muhyiddin jumpa guru <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 11 Feb 2012 10:44 PM PST

HULU SELANGOR, 12 Feb: Kalangan ibu bapa di kawasan ini melahirkan rasa hairan dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di kawasan Hulu Selangor sekarang.

Lebih menghairankan mereka apabila lawatan tersebut bukan hanya melibatkan sebuah sekolah, tetapi kesemua sekolah di kawasan itu, pada hal tindakan seperti itu tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Selain itu, mereka juga tertanya-tanya dengan motif pertemuan tersebut apabila ia turut disusuli dengan pemberian wang sumbangan dari pihak Umno sebanyak RM3,000 bagi setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) di kawasan itu.  

Seorang penduduk di kawasan itu, Johari Abdul Rahman, 42, berkata, program lawatan Muhyiddin ke sekolah-sekolah di Hulu Selangor itu diyakini mempunyai muslihat tertentu bagi kepentingan politik Umno BN.

"Tindakan tersebut hanyalah untuk mengelabui mata orang ramai kononnya atas kepentingan pelajaran sejajar dengan kedudukan Muhyiddin yang juga selaku Menteri Pelajaran," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini, hari ini.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor, Jamaluddin Abdul Kadir, ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali kelapan PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa, di sini, semalam berkata, semua guru di sekolah itu hendaklah bersiap sedia dari sekarang untuk menyambut kunjungan Muhyiddin ke sekolah tersebut pada bulan ini.    

Menurutnya, kunjungan Muhyiddin ke sekolah itu adalah sempena program lawatan Muhyiddin ke sekolah-sekolah di seluruh Hulu Selangor untuk berjumpa dengan guru-guru di kawasan itu yang dijadualkan sepanjang bulan ini.

Katanya, Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang terletak di Jalan Bukit Sentosa 7, Bukit Sentosa 2 di kawasan itu juga akan turut dikunjungi Muhyiddin dalam rangka lawatan tersebut.

"Jadi kesemua guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa mestilah bersedia dari sekarang untuk menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi untuk berjumpa dengan guru-guru di sekolah ini," katanya.

Beliau juga berkata, kunjungan Muhyiddin ke sekolah itu tentunya mencatat sejarah tersendiri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, lebih menggembirakan lagi apabila sempena kunjungan Muhyiddin itu, pihak Umno akan turut memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada setiap PIBG di kawasan Hulu Selangor bagi mengisi tabung PIBG di sekolah-sekolah terbabit.

Seorang lagi penduduk kawasan itu ketika ditemui selepas itu semalam, Mohd Rozman Hassan, 53, turut yakin kunjungan Muhyiddin itu sememangnya bermotifkan politik kerana ia turut diiringi dengan sumbangan RM3,000 dari pihak Umno kepada setiap PIBG di sekolah-sekolah di kawasan itu.

"Jika tidak untuk kepentingan politik, mustahil Muhyiddin akan mengadakan lawatan itu dan Umno pula turut memberikan sumbangan sebanyak itu sekarang.

"Lebih jauh dari itu, jika Umno nak bantu PIBG-PIBG di kawasan itu, kenapa baru sekarang hendak diberikan sumbangan itu? Kenapa juga baru sekarang Muhyiddin mengadakan lawatan itu?" tanyanya yang juga seorang kakitangan kerajaan.

Sementara seorang ibu yang juga kakitangan kerajaan, Maimunah Ismail, 35, berkata, tujuan Muhyiddin hendak bertemu dengan guru-guru di kawasan itu tentunya terselit motif politik memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

"Sekarang semua orang tahu, sokongan rakyat negara ini termasuk di kalangan guru-guru sendiri terhadap Umno BN telah semakin merosot.

"Jadi tujuan Muhyiddin hendak bertemu dengan guru-guru itu tentunya untuk mengambil hati para guru, bagi meraih sokongan guru-guru terbabit terhadap Umno BN supaya memberikan undi kepada BN pada pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya.

Seorang guru yang ditemui, Zanariah Mat Zain, 38, turut sependapat dengan beliau dengan menambah, sekiranya Muhyiddin benar-benar jujur hendak bertemu dengan para guru untuk kepentingan pelajaran, bukan baru sekarang pertemuan itu diadakan.

Katanya, sekiranya Umno juga benar-benar jujur hendak membantu PIBG di sekolah-sekolah kawasan itu, sudah lama sumbangan itu diberikan dan bukannya sekarang.

"Jadi, semua itu hanyalah tindakan gula-gula sahaja dari Muhyiddin dan Umno. Saya amat kecewa dengan tindakan yang ternyata hendak memperbodohkan para guru dan ibu bapa seperti ini.

"Tetapi saya juga yakin, guru-guru dan ibu bapa di seluruh kawasan Hulu Selangor khasnya dan di seluruh negara amya tidak akan dapat dipengaruhi dengan mudah lagi oleh pihak Umno BN.

"Sebaliknya, masing-masing sudah dapat membaca dari awal lagi mesej yang tersirat di sebalik kunjungan Muhyiddin dan sumbangan Umno itu," ujar beliau.

Isu Politik Semasa: Urut Di Melaka Maut <b>Di Hulu Selangor</b>

Posted: 20 Nov 2011 04:47 PM PST

21/11/2011-Isnin : Dua dari enam wanita tukang urut yang bekerja di Thai Lady Spa, Batu Berendam, Melaka maut dalam kemalangan maut di Hulu Selangor. Takziah diucapkan buat keluarga mangsa dan tahniah diucapkan kepada majikan mereka yang dikhabarkan telah tidak membayar gaji pekerja tersebut sehingga mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Thailand dan menukar kerjaya sebagai petani hidro bersesuaian dengan kebanjiran air yang melimpah ruah di Thailand.

Wow ! Melaka ada rumah urut juga, ini adalah berita yang menggembirakan buat penggemar urutan refsexology kebangsaan. Nampaknya marathon urut kebangsaan sudah menular ke seluruh negara dan yang menikmatan fantasi penggemarnya ialah pengurut import yang pasti urutannya lebih sedap dan nikmat.

Urutlah demi kesihatan zahir dan batin. Jom urut..!

Komen facebooker :~

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Program Operasi Bersepadu KDN <b>Di Sungai Pelek</b>, Sepang | Portal <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 08:00 AM PST

SUNGAI PELEK,SEPANG  14 Februari  – Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama-sama dengan agensi-agensi dibawahnya telah membuat rondaan Mesra Rakyat bagi mendekatkan diri dengan pelanggan agensi KDN bagi mengetahui sedikit sebanyak kekangan yang dihadapi oleh mereka.

Rondaan yang bermula jam 9 malam itu melibatkan lima agensi dibawah KDN seperti JIM, PDRM, JPAM, JPN Dan RELA dengan lebih 20 anggota terlibat dalam rondaan ini.

Rondaan ini tertumpu di bahagian kawasan perumahan sekitar  Sungai Pelek dan juga Pantai Bagan Lalang.Kawasan tumpuan penduduk seperti kedai makan dan dewan serbaguna menjadi fokus utama rondaan ini untuk mendekati penduduk tidak kira kaum melayu,cina atau india.



Disamping mendekati masyarakat setempat dan bertanyakan masalah mereka, rondaan Mesra Rakyat ini juga tidak terlepas dari objektif utamanya iaitu untuk memerangi jenayah.

, , , ,

Operasi 1Malaysia akan diperluaskan ke 80 kawasan | Broadcast.my

Posted: 20 Feb 2012 12:02 AM PST

Operasi 1Malaysia akan diperluaskan ke 80 kawasan

20/02/2012 3:29pm

KUALA LUMPUR 20 Feb. — Operasi 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lepas akan diperluaskan lagi ke 80 kawasan Parlimen bagi memantapkan aktiviti membanteras jenayah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Datuk Sulaiman Keling berkata setakat ini, operasi yang dilaksanakan pada Oktober lepas itu telah dimulakan di Sungai Pelek, Sepang dan sembilan lagi kawasan termasuk Johor Baharu, Semberong, Kluang, Pagoh, Pekan, Kampar, Masjid Tanah, Taman Tun Dr Ismail dan Semenyih.

"Kita akan bekerjasama dengan kesemua agensi kementerian termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad dalam menangani kesemua bentuk jenayah terutamanya jenayah jalanan," katanya.

Beliau berkata, demikian semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Pendaftaran Anggota Padiberas Nasional Berhad (Bernas)-JPAM peringkat ibu pejabat di sini hari ini.

Menurut beliau, kadar jenayah juga telah berkurangan secara mendadak setelah operasi ini dimulakan di mana rondaan akan sentiasa diadakan setiap hari bermula pada 8 malam.

"Kita hendak memperluaskan rondaan ini bersama-sama di setiap kawasan dan bertemu dengan penduduk-penduduk tempatan…dengan kehadiran anggota-anggota ini, kami percayai kadar jenayah dapat dikurangkan lagi, malah orang akan lebih mempercayai kita," katanya.

Tambah beliau, operasi ini adalah selaras dengan komitmen kementerian berkaitan peranannya kepada rakyat iaitu mengurangkan kadar jenayah dan menggerakkan gelombang kesukarelaan. — BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Short URL: http://broadcast.my/?p=46431

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


PETANG INI JALAN PULANG <b>DI PANDAMARAN</b>, KLANG

Posted: 17 Feb 2012 09:24 PM PST


Jemputan untuk semua yang berkelapangan hari ini untuk ke Majlis Hi-Tea bersama bloggers dan penggerak Road To Putrajaya (RTPJ) seperti yang tertera di poster.

Siapa yang nak jumpa Yob Tualang Sekah, Tukar Tiub, Sakmongkol AK47, Aspan Alian dan brader "jambu" yang baru gunting rambut, Rozan Azen dipersilakan hadir kah kah kah...

Jalan Pulang juga akan membuat kemunculan di sana, insya-Allah...

Moh kite!

JALAN PULANG

ads