12 di sungai pelek - Google Blog Search |
Program Operasi Bersepadu KDN <b>Di Sungai Pelek</b>, Sepang | Portal <b>...</b> Posted: 14 Feb 2012 08:00 AM PST SUNGAI PELEK,SEPANG 14 Februari – Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama-sama dengan agensi-agensi dibawahnya telah membuat rondaan Mesra Rakyat bagi mendekatkan diri dengan pelanggan agensi KDN bagi mengetahui sedikit sebanyak kekangan yang dihadapi oleh mereka. Rondaan yang bermula jam 9 malam itu melibatkan lima agensi dibawah KDN seperti JIM, PDRM, JPAM, JPN Dan RELA dengan lebih 20 anggota terlibat dalam rondaan ini. Rondaan ini tertumpu di bahagian kawasan perumahan sekitar Sungai Pelek dan juga Pantai Bagan Lalang.Kawasan tumpuan penduduk seperti kedai makan dan dewan serbaguna menjadi fokus utama rondaan ini untuk mendekati penduduk tidak kira kaum melayu,cina atau india. Disamping mendekati masyarakat setempat dan bertanyakan masalah mereka, rondaan Mesra Rakyat ini juga tidak terlepas dari objektif utamanya iaitu untuk memerangi jenayah. |
Operasi 1Malaysia akan diperluaskan ke 80 kawasan | Broadcast.my Posted: 20 Feb 2012 12:02 AM PST Operasi 1Malaysia akan diperluaskan ke 80 kawasan20/02/2012 3:29pm KUALA LUMPUR 20 Feb. — Operasi 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lepas akan diperluaskan lagi ke 80 kawasan Parlimen bagi memantapkan aktiviti membanteras jenayah di seluruh negara. Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Datuk Sulaiman Keling berkata setakat ini, operasi yang dilaksanakan pada Oktober lepas itu telah dimulakan di Sungai Pelek, Sepang dan sembilan lagi kawasan termasuk Johor Baharu, Semberong, Kluang, Pagoh, Pekan, Kampar, Masjid Tanah, Taman Tun Dr Ismail dan Semenyih. "Kita akan bekerjasama dengan kesemua agensi kementerian termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad dalam menangani kesemua bentuk jenayah terutamanya jenayah jalanan," katanya. Beliau berkata, demikian semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Pendaftaran Anggota Padiberas Nasional Berhad (Bernas)-JPAM peringkat ibu pejabat di sini hari ini. Menurut beliau, kadar jenayah juga telah berkurangan secara mendadak setelah operasi ini dimulakan di mana rondaan akan sentiasa diadakan setiap hari bermula pada 8 malam. "Kita hendak memperluaskan rondaan ini bersama-sama di setiap kawasan dan bertemu dengan penduduk-penduduk tempatan…dengan kehadiran anggota-anggota ini, kami percayai kadar jenayah dapat dikurangkan lagi, malah orang akan lebih mempercayai kita," katanya. Tambah beliau, operasi ini adalah selaras dengan komitmen kementerian berkaitan peranannya kepada rakyat iaitu mengurangkan kadar jenayah dan menggerakkan gelombang kesukarelaan. — BERNAMA Short URL: http://broadcast.my/?p=46431 |
You are subscribed to email updates from di sungai pelek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan