Ahli Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini terbabit dalam kontroversi dan skandal rumahtangga, Abdullah Sani, cuba menonjolkan namanya semula setelah melihat penentangan penduduk kepada PKR dan Pakatan Rakyat di seluruh Kuala Langat. Abdullah Sani bagaimanapun, tidak melihat pengundi Melayu sebagai peluang untuknya mengekalkan kerusi yang sedang disandangnya, sebaliknya Abdullah Sani cuba mengambil hati pengundi-pengundi India yang dilihatnya lebih mudah untuk ditipu dan diperdayakan, sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 ketika dia memenangi kerusi berkenaan dan PKR secara amnya, di Selangor.
Daripada maklumat yang kami terima, Abdullah Sani telah mengetuai PKR Kuala Langat dalam usaha mengeluarkan geran tanah kepada masyarakat atau lebih tepat lagi pengundi India di Pulau Carey bagi tujuan memancing undi dan sokongan.
Ketika memenangi kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah berjanji kepada para pengundi yang tinggal secara haram, Pakatan Rakyat akan memberikan geran tanah dan hakmilik tanah yang diduduki kepada para pengundi berkenaan. Bagaimanapun, selepas hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, jangankan geran tanah, Abdullah Sani sendiri pun, tidak pernah menampakkan muka di kawasan terbabit kerana takut dia akan didesak tentang pemilikan serta geran tanah yang dijanjikannya.
Apatah lagi, Abdullah Sani sememangnya seorang Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab kerana sepanjang masa dia bergelar Ahli Parlimen, masanya lebih banyak dihabiskan untuk BERCINTA dengan isteri barunya sekarang. Manakala peluang berada di Dewan Rakyat pula, seringkali digunakan untuk menghentam Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor berbanding membawa masalah rakyat di Kuala Langat untuk dibincangkan.
Kini PRU13 semakin hampir. Abdullah Sani yang melihat peluang untuk menang semakin terkatup rapat, mula memikirkan sesuatu yang lebih ekstrim atau lebih tepat lagi, jalan pintas bagi memenangi hati para pengundi.
Adalah difahamkan, TANAH yang diperjudikan oleh Abdullah Sani merupakan TANAH MILIK YAYASAN SELANGOR. Yayasan Selangor di tangan Pakatan Rakyat, hanya tinggal nama. Sudah terlalu banyak aset Yayasan Selangor yang selama ini digunakan untuk membangunkan masyarakat marhein, terutama sekali masyarakat Melayu-Bumiputera, telah dijual dan dilupuskan oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor secara persendirian telah merompak wang dari akaun Yayasan Selangor dan dipindahkan ke akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor.
PKR Selangor akan mengeluarkan GERAN TANAH ATAU BORANG 5A sebelum PRU. Seramai 205 orang penama atau pemohon akan terlibat, termasuklah CV1 dan CV2. PKR Selangor yang menyokong kuat kerja-kerja Abdullah Sani, berpendapat, sekiranya perkara ini terlaksana, UMNO-BN tidak mungkin dapat menawan kembali kerusi N.51 Sijangkang.
Kerusi N.51 Sijangkang sekarang ini disandang oleh Dr. Ahmad Yunus dari PAS setelah berjaya mengalahkan Abdul Fatah Iskandar (UMNO-BN) dengan kelebihan undi sebanyak 2,081 pada tahun 2008. Pada tahun 2004, kerusi berkenaan telah dimenangi oleh Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti undi 3,396 undi.
Abdullah Sani dan PKR Selangor melihat usaha pemberian geran dan hakmilik tanah kepada pengundi-pengundi di N.51 Sijangkang akan memberi kelebihan kepada mereka. Sebabnya mudah… sekarang ini, undi masyarakat India merupakan undi penentu terutama di kawasan Pulau Carey.
Sekali lagi nampaknya, tanah-tanah Melayu dijadikan bahan sandaran oleh para pemimpin PKR dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa dan jawatan.SEL13