Sabtu, 8 Oktober 2011

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


MySuperVitamins.com: Shaklee <b>di</b> Bandar <b>Bukit Raja</b>, Jalan Meru <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2011 12:07 AM PDT

Jika anda berada berdekatan Bandar Bukit Raja, Jalan Meru atau Setia Alam, boleh sahaja request untuk cash on delivery atau datang ambil produk di rumah saya di BBR.

Penghantaran ke Shah Alam juga boleh dibuat tetapi tetap dikenakan charge penghantaran seperti pos juga. Perkhidmatan pos untuk semua produk lengkap Shaklee adalah RM10 ke mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia dan RM20 ke Sabah dan Sarawak.

Kepada yang berada di Brunei anda boleh request pick up di poslaju, Miri Sarawak kalau anda berkunjung ke sana. Pos terus ke Brunei pun boleh juga. Untuk khidmat antarabangsa lain, cadangan saya adalah mengirimkan produk pada keluarga di Malaysia dan pihak keluarga yang menghantar kepada anda bersama barangan lain juga. Jadi lebih jimat dan mudah.


Jangan lupa mendapatkan makanan tambahan dari Shaklee untuk tenaga berpanjangan di bulan Ramadhan ini.

Performance Drink: untuk memelihara kandungan bendalir dalam badan. Boleh diminum seisi keluarga.

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Untuk pesanan, boleh hubungi admin@mysupervitamins.com atau walk in ke cawangan Shaklee dengan menyatakan id saya untuk dapatkan harga ahli. Pek trial TIADA di cawangan, hanya dari saya dan kumpulan Euphoria sahaja.

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


MoU Tanjungbalai – <b>Port Klang</b> Malaysia Ditindaklanjuti | PT <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 09:23 PM PDT

27 September 2011

MedanBisnis – Tanjungbalai. Rencana penandatanganan nota kesepahaman (memorandum of understanding/MoU) antara Pemko Tanjungbalai dengan Pemerintah Port Klang Malaysia terus ditindaklanjuti.

Hingga saat ini Pemko Tanjungbalai masih mempersiapkan serta menyesuaikan beberapa poin yang akan dikerjasamakan dengan Port Klang untuk mewujudkan hubungan kotakembar antara kedua daerah tersebut.

Keterangan yang dihimpun MedanBisnis di Pemko Tanjungbalai Kamis (22/9), munculnya rencana kerjasama tersebut berawal dari kunjungan para pejabat Pemko Tanjungbalai yang dipimpin Sekdakot Ir H Erwin Syahrul Pane MM beberapa bulan lalu.

"Saat itu, pemerintah di wilayah Port Klang Malaysia sepakat menjalin kerjasama dengan Pemko Tanjungbalai terutama pada sektor ekspor impor yang dapat menggerakkan dan membangkitkan perekonomian di kedua daerah," kata Syahrul Pane baru-baru ini.

Pasalnya, sebelum rencana itu muncul hubungan kota kembar antara Tanjungbalai dan Port Klang sudah berlangsung berabad-abad, tetapi hubungan tersebut hanya ditemukan di kalangan pengusaha di dua daerah. Sedangkan antara pemerinahnya belum pernah melakukan kontak untuk meningkatkan hubungan tersebut. "Tapi, pada zaman kepemimpinan mantan Walikota Tanjungbalai Dr H Sutrisno Hadi sudah dimulai berkoordinasi, sehingga beberapa investor dari negeri jiran berkunjungan dan memiliki rencana berinvestasi di Tanjungbalai. Sayangnya, tanpa diketahui penyebabnya terputus kendati hubungan bisnis di kalangan pengusaha khususnya importir dan eksportir tetap berlangsung.

Kini diawal Pemerintahan Walikota dan Wakil Walikota Tanjungbalai Drs H Thamtin Munthe dan Rolel Harahap rencana tersebut dilanjutkan dengan memerintahkan Sekdakot Erwin Pane melakukan koordinasi dengan Pemerintah Port Klang.

Upaya tersebut sudah hamper menuai hasil sempurna dan rencananya penandatanganan naskah kesepakatan kerja sama akan dilakukan setelah Lebaran Idul Fitri 1432 H.

Sekdakot Tanjungbalai Erwin Pane yang dihubungi MedanBisnis menyatakan, rencana penandatanganan MoU tetap ditindaklanjuti.

Cuma langkah tersebut tertunda sementara disebabkan suasana Ramadhan." Kini Pemko Tanjungbalai sedang mempersiapkan berbagai sektor yang akan dikerjasamakan dengan Port Klang Malaysia. Mudah-mudahan dalam waktu dekat hubungan kedua daerah dapat berjalan sesuai harapan," ucapnya. (arsyad yus)

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - McDonald <b>di</b> Kota Warisan

Posted: 02 Oct 2011 06:21 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]McDonald di Kota Warisan. Perbincangan Kota Warisan, Perbandaran baru di Bandar Baru Salak Tinggi. 33 posts • Page 4 of 4 • 1, 2, 3, 4. Re: McDonald di Kota Warisan. Post by DynaFF » Sun Oct 02, 2011 11:05 am ...

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


20000 Hadir <b>Di</b> Rumah Terbuka Kerajaan <b>Negeri Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2011 05:00 AM PDT

Wednesday, 31 August 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 31 OGOS : Lebih 20 ribu hadirin membanjiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Rata-rata rakyat yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat hadir dengan gembira serta tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama dengan Pemimpin Negeri Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis turut dihadiri dengan kehadiran pelbagai pimpinan kanan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR yang juga penasihat ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memeriahkan majlis dan bertemu rakyat.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Exco-exco negeri Selangor serta tidak ketinggalan Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Keluarga yang hadir turut mendapat sumbangan duit raya dan bantuan dari Kerajaan Negeri.

Dalam sidang media majlis tersebut Abduk Khalid menyatakan program itu ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai sumbangan sosial selepas mencatatkan keuntungan yang menggalakkan tahun ini.

"Mereka diberi tanggungjawab kerana mereka dapat keuntungan tahun lepas dan digunakan sedikit untuk program ini…kita buat program ini hanya jika ada untungan. hasil keuntungan inilah yang boleh kita agihkan," kata Abdul Khalid

Abdul Khalid turut menyatakan Bangunan SAAS dipilih kerana kawasan luas memudahkan hadirin dan tidak perlu bersesak seperti sebelumnya.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor yang begitu ramai datang atas jemputan kita..Perayaan ini lebih meriah kerana tempat kita ini boleh muat 25 hingga 30 ribu orang, jadi ia lebih mudah dikelolakan," ulas beliau

Abdul Khalid turut berkesempatan melahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat meraikan kemerdekaan hari ini kepada rakyat negeri Selangor.

"Bagi pihak kerajaan Negeri sekali lagi saya ucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin dan sekali lagi ingatkan kepada rakyat Malaysia kita turut menyambut kemerdekaan ke 54 dan kemerdekaan ini sangat penting kerana ia bagi kita harapan masa depan bahawa rakyat selangor dan Malaysia mempunyai jati diri untuk bangunkan negeri dan negara kita," kata beliau.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Kuliah Ustaz Azhar Idrus <b>di Puchong</b> Perdana « Kecintaan dan Kasih <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 06:49 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Puchong Perdana. Kuliah Maghrib Perdana Bersama Ulama Tersohor : Al-Fadhil Al-Ustaz Azhar Idrus. Bertempat : Masjid As-Salam Puchong Perdana [Tepi Tasik] ...

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


kenduri <b>di sungai tenggi</b>

Posted: 07 Jun 2009 10:58 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]11.45am: we all sampai di tanjung malim, berhenti kat.. apa nama kedai mamak tu.. tak ingat laa.. diorang mkn roti canai. 12.45pm : we all sampai kat rumah orang kawin. felda sg tenggi. lepas makan tu, rilex2 jap kat tepi rumah org ...

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Orang Yang Berasal Dari <b>Klang</b> Harus Mengundi <b>Di Ulu</b> Langat <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 02:54 AM PDT

\ '); $('#wpl-mustlogin').hide().slideDown('fast'); } ); $('#wpl-mustlogin input.input').live( 'focus', function() { $(this).prev().hide(); }).live( 'blur', function() { if ( $(this).val() == '' ) $(this).prev().show(); }); $('#wpl-mustlogin input#wp-submit').live( 'click', function(e) { e.preventDefault(); $.post( 'http://votecharles.wordpress.com/wp-admin/admin-ajax.php', { 'action': 'wpl_record_stat', 'stat_name': 'loggedout_login_submit' }, function() { $('#wpl-mustlogin form').submit(); } ); }); $('#wpl-mustlogin a#wpl-signup-link').live( 'click', function(e) { e.preventDefault(); var link = $(this).attr('href'); $.post( 'http://votecharles.wordpress.com/wp-admin/admin-ajax.php', { 'action': 'wpl_record_stat', 'stat_name': 'loggedout_signup_click' }, function() { location.href = link; } ); }); }); /* ]]> */

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


fully written by me: bubur & kebab <b>di</b> Zar Bakery UKM <b>Bangi</b> <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 06:00 PM PDT

Assalamualaikum sume...

semalam ak ikut akak ak g UKM...huuu rindu gler kt UKM...pastu rindu glerrrrr nak mkn kat zar bakery..sape2 bdk UKM msti tau..dlu lau xde duit...slalu mkn bubur kat sni..kenyang dan murah..rm2 je..bubur paling sedap penah ak mkn...leh challenge la bubur Mcd tau..hehehe
bubur nasi+mushroom soup+kacang+daun sup+ikan bilis= RM2

actually rindu sgtttttttttt nak mkn kebab kat zar bakery ni..sgt3 besar and sedappp...rm3 je...yg ni ak bungkus semalam..so smpai UPM makan same2 ngn kwn ak UPM tu...die ckp besarnyeee...hehe..roti die lembut sgtt...isi daging die byk..complete la...kt tmpt lain xdpt mane ad cmni...hehe

p/s : rmai tanye sambung master ke pasni...ak akan sambung nt..tp xtau ble...but i will :D


12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Orang Yang Berasal Dari <b>Klang</b> Harus Mengundi <b>Di</b> Ulu Langat <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 02:54 AM PDT

\ '); $('#wpl-mustlogin').hide().slideDown('fast'); } ); $('#wpl-mustlogin input.input').live( 'focus', function() { $(this).prev().hide(); }).live( 'blur', function() { if ( $(this).val() == '' ) $(this).prev().show(); }); $('#wpl-mustlogin input#wp-submit').live( 'click', function(e) { e.preventDefault(); $.post( 'http://votecharles.wordpress.com/wp-admin/admin-ajax.php', { 'action': 'wpl_record_stat', 'stat_name': 'loggedout_login_submit' }, function() { $('#wpl-mustlogin form').submit(); } ); }); $('#wpl-mustlogin a#wpl-signup-link').live( 'click', function(e) { e.preventDefault(); var link = $(this).attr('href'); $.post( 'http://votecharles.wordpress.com/wp-admin/admin-ajax.php', { 'action': 'wpl_record_stat', 'stat_name': 'loggedout_signup_click' }, function() { location.href = link; } ); }); }); /* ]]> */

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Aduuui... <b>Di Selayang</b>, Ada Bayi Dicampak <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 05:58 PM PDT

Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

"Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

"Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Gejala buang bayi semakin menjadi-jadi.

Ia akibat dari sistem hidup yang jauh dari nilai-nilai agama, apa tah lagi di dalam keadaan dan suasana kejahilan ummah yang kini tidak segan silu mempersendakan pula hukum Allah. Akhirnya, buang anak menjadi-jadi, sebab zina sudah macam tak kisah lagi. Aduh... siksaan Allah akan tiba juga nanti... sebab ada umat Islam sendiri menempelak dan mencaci-maki hukum Ilahi kebelakangan ini.

12 comments:

View Comments/Post a Comment

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


Kahwin warna kuning <b>di</b> raja | dhieranottie.blogspot

Posted: 26 Sep 2011 05:16 PM PDT

Salam pembuka bicara..

Macam lambat sangat je nak story pasal ini tapi tetap nak cerita juga.

Awal bulan hari tu, saya hadiri majlis perkahwinan rakan seasrama saya tapi berlainan sekolah. [entri ini] Dari form 1 sampai form 5, saya tinggal di asrama yayasan selangor klang. Pelajar kat asrama ni dari beberapa sekolah tapi dikumpulkan dalam satu asrama bawah seliaan yayasan selangor. Jadual belajar memang sangat ketat la. Lagipun, kami asyik ada kelas tambahan je (sama macam tuisyen). Orang cuti kami kena buat latihan tubi. Memang banyak sangat soalan kena jawab.

Back to the story. Kawan saya ni tinggal di yayasan selangor sampai form3 sahaja lepas tu masuk MRSM Beseri. Sekarang, belajar di University of Tokushima, Jepun. Dah kahwin ni saya tak pasti samada dia bawa wife dia sekali ke tak. Kawan saya ni lelaki.


Suka wedding dia sebab bertemakan kuning. Sangat cantik. Kuning di raja yaw! Kuning ini dipadankan dengan warna pink. Look nice. Meriah jadi ye warna tema ni. Siap ada silat pengantin lagi. Dah jarang-jarang nak tengok wedding ada silat pengantin sebab kebanyakan majlis perkahwinan buat di dewan. Nak cerita lebih-lebih pun tak tahu sangat kan pasal majlis dia. Yang pasti, pengantin makan dulu baru bersanding. Gambar pelamin tak ada sebab pelamin dia pelamin yang dah biasa kita tengok.

Saya lepak kat wedding ni pun tak lama sebab lepas tu nak berkonvoi dan singgah majlis pertunangan sahabat seasrama juga tapi di Paya Jaras, Sungai Buloh pula.

Route hari itu : Tanjung Malim - Jenjarum - Banting - Alam impian - Paya Jaras - Jengka

huh. Memang letih betul la~

xoxo

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


The Kiz&#39;s Garden: Cintaku tertinggal <b>di Shah Alam</b>.

Posted: 03 Oct 2011 08:28 AM PDT

Assalamualaikum.

Hai seperti yang semua dah sedia maklum, kechix dah duduk di kampung semula.Dekat kota tinggi johor la mana lagi oh kampungku tercinta.Tapi rupanya 2 tahun di Shah Alam rupa-rupanya telah banyak benda yang menjadi kecintaanku. Sekarang di kampung dok terkenang-kenang. Itulah ibu suruh duduk je terus praktikal kat situ takmo.Hasrat hati nak duduk kampung puas-puas sebelum benar-benar berhijrah.

Dan apakah kecintaan ku yang tertinggal.Mari kita bongkar.pehh bongkar terus.Macam buka gobok pastu bongkar baju nenek konon nak cari baju vintage tapi oh nenek ku dulu bekas guru mengaji maka memang tak kan kau jumpa skirt ke hape.Eh ok jom.

1) Iz.


Si Cinta hati ini memang sudah tertinggal di sana.Menyambung sisa pengajian. Satu lagi nikmat dunia yang kini jauh.Hee nikmat dunia sebab separuh hari kechix ketawa sebab dia ini. Dah takde lelaki nak layan kechix nak makan itu ini.sobss.

2. Bisnes.

Kalau di Shah Alam lagi banyak peluang nak jual itu ini berniaga yang menjadi kecintaan Kiz.Kat kampung peluang tu memang ada tapi bila ibu sarankan marilah kita bawak shawl tu rumah ke rumah, macam takut kena halau pulak.Eheh comel lah ibu ni.Kat johor ni mana lah ada orang nak bukak booth ke ape ke. Paling kurang pun pasar malam yang hoh siapa nak beli skirt polkadot tu?boleh tolong jawabkan?

3. Fashion.

Bila kita di kampung, kalau nak berfesyen berbelt bagai memang kau kena fikir 18 kali sebab sekali kau keluar dengan fesyen yang walaupun kalau kau upload gambar di fb semua orang akan puji wah kau cantik unik or watsoeva tapi jika di kampungku, aku keluar macam bogel nih.Walaupun kagum mungkin tapi semua pun akan pandang semacam.Cuba kalau kat SA kalau kau pakai jeans dengan tshirt lalu sebelah fashionista memang boleh lari masuk toilet nangis sebab rasa diri sungguh tidak punya citarasa.

4. Tempat menarik.

Rindu Ikea rindu sunway rindu tasik keliling SA rindu pkns rindu Lontong klang rindu nasi lemak cinta sayang rindu rindu rindu.Wah nampak tak betapa rindunya dekat tempat-tempat tu semua.Bilakah kita akan bersua lagi?


4. Friends.

Sejak duduk SA sejak bisnes kat sini, maka kawan-kawan rata-rata dari sini.Sampaikan Iz cakap kita buat reception dekat SA sebab sorang sorang johor sorang ganu tapi kawan kat tengah-tengah. Oh rindu lagi.


Nampak cukuplah di situ kecintaan ku buat masa ini. Tapi hujan emas di negeri orang walau harga emas turun cintaku pada kampung halaman tiada tolok bandingnya. Hari-hari pergi tempat praktikal ibu akan sediakan sarapan yang ya allah enaknya dan lambai sampai saya hon kereta.Indah indah.Ok jumpa lagi.Kalau datang kota tinggi roger kechix ye.                                Sampai berjumpa lagi Shah Alam. Gonna miss u so much.

PAS sambut hari habitat sedunia <b>di Shah Alam</b>

Posted: 29 Sep 2011 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS akan menyertai masyarakat antarabangsa apabila akan menyambut Hari Habitat Sedunia 3 Oktober ini.

Ia akan disambut di Dataran Shah Alam, Selangor 3 Oktober ini mulai 8.30 malam, kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar (gambar) kepada Harakahdaily.

Ia dianjurkan bersama PAS kawasan Shah Alam dan MBSA MPP Zon 1.

Program ini adalah program yang merupakan menifestasi serta hasil sambutan World Habitat Day melalui deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan di adakan pada 3 Oktober, 2011 dan akan diraikan oleh semua negara-negara di dunia.

Bulan habitat sedunia, katanya, di harapkan dapat memberi suatu impak yang amat besar bagi gerakan kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar amnya serta ke arah memperkemaskan dan memperkasakan tataurus dan gerak kerja badan-badan berkanun, kerajaan, dan badan-badan bukan kerajaan di dalam kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar.

Menurut Zulkifli, sambutan ini dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan badan-badan bukan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar setempat.

Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut beliau, objektif sambutan ini adalah

I.Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai

II.Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara badan-badan bukan kerajaan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan

III.Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar

IV.Memberi Kesedaran Pihak Berkuasa, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Swasta sentiasa memberi kepentingan dan keutamaan Alam Sekitar bila membuat sesuatu pembangunan atau penerokaan bumi kita.

V.Mengujudkan rasa tanggungjawab bersama bahawa tempat,bumi/planet kita adalah tanggungjawab kita semua

VI.Acara Hari Sambutan Alam Sekitar disambut oleh kebanyakan Negara di dunia dijadikan acara penting oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Negeri yang kita perintah seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

VII. Mesej kepada Rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat sentiasa prihatin terhadap Alam Sekitar.

Sambutan kali ini, kata beliau, bertemakan 'Air Boleh Merubah Segalanya, Manusia dan Pembangunan'.

Tema ini dipilih berdasarkan beberapa Faktor dan isu yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

i.Air sebagai  Sumber Kehidupan. Sebarang Pembangunan dan Penerokaan Kawasan Tadahan Air atau Kawasan Hutan Simpan kekal mestilah dielakkan.

ii.Kesedaran Rakyat dan Pihak Berwajib soal Penjagaan dan Pemeliharaan Sungai-Sungai dari dicemari oleh bahan-bahan sisa pepejal, berair,bergas yang mengandungi Asid, Toksid dan elemen radio-aktif mestilah dibuat secara berterusan.

iii.Isu Air yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan Syabas dan Kerajaan Persekutuan mestilah diselesaikan segera demi kebaikan Rakyat Negeri Selangor

iv.Pembinaan Industri yang berisiko tinggi mestilah jauh dari kawasan sumber air dan tempat tinggal rakyat

v.Kualiti air dan penemuan sumber baru serta penambahbaikan pengurusan pentadbiran bekalan air merupakan agenda dalam pembangunan sosial–ekonomi rakyat.

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Kes orang Minyak <b>Di</b> Taman Pinggiran <b>Batu Caves</b>, Gombak: Perlu <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 07:19 PM PDT

No of View :1766

Nurlidah Hassan bercerita sambil menunjukkan lokasi 'orang minyak' (gambar kecil) bersilat di Flat Taman Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur

Kisah tentang orang Minyak ni ada di dalam link di bawah ini :-

Orang Minyak Di Tangkap Di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak

 Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa 'syarat dan pantang' bagi membolehkannya mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan kekebalan.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif
berkata, perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai terpencil.

"Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh 'orang dulu-dulu'. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogol 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati.

"Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya anak dara," katanya kepada di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak di sini yang berjaya menangkap lelaki warga asing dipercayai mengamalkan ilmu hitam 'orang minyak'.

Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau yang banyak berlaku kebelakangan ini.

"Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih dahulu.

"Saya juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika," jelasnya.

Menurut Mohd. Adzhar, bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik.

"Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama," ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Kecoh <b>di</b> Imigresen <b>Kajang</b> | shakiddo.com

Posted: 08 Aug 2011 05:01 PM PDT

Apa yang berlaku nih? Kecoh.. Dari sebelum puasa dah kecoh. Ramai sangat orang. Ramai sangat yang sanggup bersesak. Ini semua korang boleh tengok di Jabatan Imigresen.

Keadaan tiba-tiba jadi agak kelam kabut tetapi dikawal baik oleh pengawal keselamatan disitu.

Aku pun tak nak cakap banyak laa.. Diorang ni ikut prosedur ke, underground ke.. Aku tengok ramai je kaki-kaki ulat dan agensi. Tu kena tanya pihak berkenaan. Ini adalah program pemutihan oleh Kerajaan. Apa laaaa masalah lagi nih. hhmmmmm…

Baik ikut aku beli SMARTPHONE CANGGIH UNTUK BLOGGING!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Najib, sila selesaikan Isu Utama <b>di</b> Kawasan <b>Rawang</b>! « Leading <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2011 07:51 AM PDT

Saya menyeru Y.A.B Perdana Menteri Dato' Sri Najib untuk menyelasaikan 5 isu utama yang melibatkan Kerajaan Persekutuan di Kawasan Rawang.

Saya mewakili penduduk Rawang mengalu-alukan lawatan kerja Y.A.B Perdana Menteri Dato' Sri Najib ke Pekan Rawang esok, tetapi ingin menarik perhatian Y.A.B Perdana Menteri supaya meyelesaikan isu sistem jalan dan pengangkutan, keselamatan, kabel kuasa tinggi TNB, penambahan Sekolah Rendah Tamil serta kompleks sukan seperti yang tersenarai di bawah:

1) Menaik taraf dan melebarkan semua Jalan Persekutuan dalam kawasan Rawang iaitu Jalan FT3209,FT01 dan B27 dari Selayang – Pekan Rawang – Sg Choh serta Pekan Rawang- Bandar Country Homes- Bandar Tasik Puteri- Batu Arang –Ijok. Setiap hari, terdapat kira-kira 370 ribu kereta yang menggunakan Jalan Persekutuan FT 3209 dari arah Pekan Rawang ke Batu Arang. Kesesakan lalu lintas sentiasa berlaku di depan Tol PLUS Rawang.
Pada Disember 2010, Menteri Kerja Raya telah mengumumkan bahawa 9km Jalan Persekutuan tersebut akan dinaik taraf, tetapi pada peringkat terkini, cuma 1.6km yang sedang dijalan.

2) Memecahkan kawasan Rawang menjadi Ibu Pejabat Polis Daerah Rawang, serta mebina sebuah Balai Polis di Bandar Country Homes bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membanteras jenayah di Rawang. Balai Polis Rawang serta bilangan polis yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah populasi Rawang seramai 200 ribu orang akibat pembangunan yang pesat di Rawang. Kini, nisbah bilangan polis kepada penduduk Rawang adalahh 1:4000 orang, sedangkan kadar yang ideal ialah 1:250.

Mengikut Rancangan Pembangunan Rawang, sebidang tanah telah digazetkan untuk membina Balai Polis di Bandar Country Homes, tetapi tidak dapat dijalankan kerana tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri.

3) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor supaya mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengadakan lalu alternatif dan tidak menggunakan laluan di Kampung Sungai Terentang sebagai laluan kabel kuasa tinggi 275kv bagi projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR). Laluan di kampung dan sekolah akan menjejaskan kesihatan penduduk kawasan sekitar dan murid.

4) Membina sebuah Sekolah Rendah Tamil baru(SJKT) di Rawang. Kini, Rawang hanya mempunyai sebuah SJKT dan jumlah murid telah meningkat ke 1500 orang. Infrasturktur dan kemudahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang meningkat dari Rawang,Kuang dan Kundang.

5) Oleh sebab padang awam di Pekan Lama Rawang telah ditukar milik dan dibangunkan sebagai pusat perniagaan, penduduk Rawang telah kehilangan tempat rekreasi untuk aktiviti riadah. Saya ingin menyeru Kementerian Belia dan Sukan membina sebuah kompleks sukan kepada penduduk Rawang.

"Saya berharap YAB Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan peruntukan, tetapi juga menyelesaikan masalah yang relevan dengan penduduk Rawang bagi menunjukkan Kerajaan Persekutuan memang prihatin dan mengutamakan rakyat" tegas Gan.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Letupan di pusat beli-belah <b>di Subang Jaya</b>, empat cedera

Posted: 28 Sep 2011 12:31 AM PDT


KEADAAN di luar perkarangan pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya selepas berlaku satu letupan awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.
Setakat ini punca kejadian belum diketahui lagi.

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...cedera/Article

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Rumah Teres untuk <b>Di</b> Sewa – <b>Sijangkang</b>, Kuala Langat – 100th <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2011 05:33 PM PDT

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Rumah Teres – 3 Bilik + 1 Bilik Air

Bayaran:
1) 2 bulan deposit: RM800.00
2) 1 bulan sewa:RM400.00
3) Deposit Elektirk & Air: RM100.00

Kemasukan segera

Hubungi & SMS : Siti 013-2349236

Incoming search terms:

By detectivenisa

ads