Khamis, 18 Oktober 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


MIMPI NGERI UMNO <b>TELUK</b> INTAN – Perak Today

Posted: 22 Apr 2011 03:26 AM PDT

Teluk Intan merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dalam sejarah kewujudan Perak sebagai sebuah negeri yang bersultan. Sebelum Kuala Kangsar menjadi Bandar Diraja, pada tahun 1528, di Teluk Intanlah terletaknya istana Sultan Perak. Bagaimanapun, seperti di tempat-tempat lain juga, di mana terletaknya bandar yang menempatkan istana sultan, kawasan itu pasti akan diserbu oleh golongan pendatang. Apatah lagi dengan kedatangan British pada tahun 1874, golongan imigran dibawa masuk bagi menurunkan jumlah rakyat tempatan yang dilihat tidak mesra British, terutama selepas pembunuhan J.W.W.W Birch di Pasir Salak.

Tinggalan sejarah itulah juga yang masih menaungi Teluk Intan sehingga kini. Sekalipun Teluk Intan yang nama lamanya adalah Teluk Mak Intan sebelum ditukar menjadi Teluk Anson tetapi ditukar kembali kepada Teluk Intan merupakan pekan asal Melayu selepas Bandar Baru yang terletak tidak jauh di seberang Sungai Perak, ditinggalkan akibat serangan British, komposisi kaum di Teluk Intan menjadi duri dalam daging.

Terdapat dua Parlimen di kawasan tersebut iaitu Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan. Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala di Parlimen Teluk Intan, DUN 'Melayu' hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.

Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga  kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah. Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004.

Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar boleh telan asap.

Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai, sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.

Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong, sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!

Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.

Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. Manakala pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah. Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung tidak menggigit. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan kawasan kubu kuat UMNO?

Apakah kerana lambakan beban tugas yang melampau kepada Idris Hashim yang khabarnya mempunyai cerita menarik terutama status bangkrap, untuk dilantik sebagai Pengerusi PNS, menyebabkan UMNO Teluk Intan dibenci? Penggunaan dana PNS untuk politik peribadinya di dalam UMNO Teluk Intan, juga banyak diperkatakan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri PNS di Teluk Intan, menambahkan lagi cerita-cerita negatif tentang Idris Hashim. Bahkan pembayaran zakat PNS yang beribu pejabat di PWTC dikhabarkan dilakukan di Teluk Intan. Malah cerita terbaru tentang serbuan SPRM selepas mendapat laporan yang 'accurate' bagi perbelanjaan yang LUAR BIASA PNS, memberikan impak yang sangat negatif kepada Idris Hashim. Paling menarik ialah cerita tentang pengubahsuaian bilik pejabat Pengerusi termasuklah bilik air peribadinya menjangkau perbelanjaan yang sangat luar biasa.

Berdasarkan cerita-cerita yang begitu meluas, timbullah pertanyaan sama ada UMNO Teluk Intan mampu menawan Changkat Jong. Atau Changkat Jong akan terus berada di tangan PAS seperti sekarang kerana masalah Ketua Bahagian Teluk Intan yang tidak berkesudahan?

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Rumah Sewa <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 11:39 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Salam, saya mencari rumah sewa di sekitar Salak Tinggi atau Nilai. Kalau boleh nak cari rumah teres dengan kadar RM500 kebawah. Kalau ada sesiapa yg ingin menyewakan rumah boleh PM saya. Nak masuk bulan ...

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): PROGRAM <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 08:51 PM PDT

Program Perkampungan UPSR adalah program tahunan yang dilaksanakan di SK Bukit Lanjan. Objektif program ini adalah untuk memastikan kehadiran penuh calon UPSR pada hari-hari peperiksaan. Selain itu murid juga diberi tunjuk ajar dan kata-kata perangsang di saat-saat akhir sebelum peperiksaan di samping merasa sendiri 'demam' peperiksaan yang agar sukar mereka perolehi jika tinggal di rumah.


Pada tahun 2012 ini, Program Perkampungan UPSR diadakan mulai 7hb September sehinggalah 13hb September di mana kesemua murid Tahun 6 menginap di sekolah sehinggalah hari terakhir UPSR. Guru-guru bergotong-royong menyediakan juadah makan minum yang berkhasiat 6 kali sehari agar murid bersedia dan selesa menghadapi UPSR. Guru-guru juga bergilir tidur di seolah menjaga murid dan juga mengadakan kelas bimbingan mengikut matapelajaran. Tahniah dan sekalaung penghargaan kepada semua guru SKBL di atas kerja keras dan pengorbanan mereka menjayakan program ini. Semoga usaha-usaha murni ini diberkati olehNya.
ADMIN : Walaupun penat, namun hati puas melihat perpaduan, kerjasama dan usaha gigih warga SKBL. Terima kasih guru-guru!

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Persandingan Ayu & Ariff <b>di Batang Kali</b>. - Perkhidmatan PA System <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 06:02 PM PDT



Ahad, 7hb Oktober 2012, Kami dipelawa untuk membekalkan PA system & Karaoke set bagi Persandingan Ayu & Ariff di Dewan Dato' Abd Hamid, Batang Kali. Terima kasih En Rosli Ishak.

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


JAAkechik CORNER: berendam <b>di jeram</b> pasu

Posted: 04 Oct 2012 06:30 PM PDT


pergi tanpa apa2 planning sebenarnya. adik2 jaa sume mogok takmo gi sekolah esoknya lepas kenduri tu. kunun letih. parent jaa pon tak kuar berniaga jugak. family yang lain pon sama. sume pakat cuti. jaa aja yang keje jam 7 pagi. rajin kan? tapi dalam kul 2.30ptg abang jaa call. katanya,
(nape baru bagitau, aku keje nie) ~translate

pastu jaa cepat2 call hubby suruh bersiap dan tutup kedai sekarang jugak. nasib baik customer tak ramai. kalo tak, konfem kitorang tak jadi pegi. hehe. balik keje kul 3ptg terus drive laju2 balik umah. berdesupp masuk bilik. 1 minit dah siap tukar pakaian! haha. kalo bab jenjalan. kemain lajuuuu.....

drive lagi laju2 utk amik fikri pulak. suami sibuk drive, jaa pulak kejap2 duk tengok jam. risau! kot sampai lewat. org lain dah puas main air. kita baru terkedek-kedek nak masuk berendam. huhu!

tepat jam 4.45 petang kitorang sampai ngan selamat nya. yeayy! best betul rasa sebab orang tak ramai, maybe sebab hari sekolah. kalo weekend, mesti crowded. nak parking pon susah.

kecik2 dulu, mak jaa selalu bawak kitorang datang sini tau. sebab pertama, dekat. kedua, ada gelongsor sesuai utk anak2. tapi seriyes lama betul tak datang. ni pon first time jaa bawak fikri berendam kat tempat cenggini tau. risau benornya nak bawak dak kecik datang dlm ceruk hutan ni. baik elakkan kalo baby tu under 1 year yer. risau kot ada yg 'menumpang balik' sama....huwaaaa...aii seram tau!


 gambar ni burok, sebab cut from video..hehe...soryy yer.

tengok laa...hepyy betul fikri.... memula di rendam dalam air tu. kuat betul nangis. puas pujuk. dia takmo di rendam jugak. lastly, main kat tepi jer la. sapu2 kat kaki, muka ngan badan dia...pastu cuba rendam dia slow-slow balik. alhamdulillah. dia ok jer... malah over happy lagik!

terus taknak kuar dah. marah2 jer bila ada yang cuba-cuba nak angkat. sronok betul tgk. nasib baik sempat singgah beli pelampung di tepi jalan masa otw tadi. sebab kat sini takdak org berniaga bila bukan weekend rupanya.



boleh klik LIKE kalau suka.

~ Terima kasih...klik LIKE kalau suka ~

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Penduduk, Pemimpin Setempat Diminta Pantau Projek MARRIS

Posted: 15 Oct 2012 10:34 PM PDT

KUALA LANGAT 16 OKT : Penduduk dan pemimpin setempat diminta menjadi pemantau Kerajaan Negeri dalam usaha menjayakan projek-projek di bawah Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT), Haniza Talha berkata demikian ketika membuat tinjauan projek MARRIS yang dilaksanakan pada tahun 2011 di sekitar DUN Jenjarom di sini pagi tadi.

"Kita dapati pihak PBT adakalanya tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk melakukan pemantauan, jadi kita minta penduduk, Ahli Jawatankuasa, ketua kampung mainkan peranan mereka.

"Saya pasti mereka ini mengambil berat dan sedia untuk memberi kerjasama kepada pihak PBT dalam kerja memantau agar hasil sesuatu projek itu berbaloi dengan wang yang diperuntukkan," ujarnya.

Beliau turut ditemani Ahli Jawatankuasa JPK-PBT, Jenice Lee, Adun Teluk Datuk, Philip Tan Choon Swee, Penolong Jurutera Kanan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Khairul Darini serta wakil penduduk setempat.

Rombongan pagi ini berkesempatan membuat tinjauan kerja-kerja menurap semula Jalan 7, Taman Ria pada Julai tahun lepas dengan kos RM10, 240.

Selain itu, rombongan turut meninjau kerja-kerja menambak dan memadat 'Crusher Run' di Jalan Felcra, Jalan Jambu Air dan Jalan Getah di Kampung Jenjarom yang dilaksanakan pada Ogos 2011 dengan peruntukan berjumlah RM 19, 700.

Hasil tinjauan mendapati tiada pemantauan dilakukan ketika kerja-kerja menambak berjalan di Kampung Jenjarom menyebabkan timbul persoalan samada pihak kontraktor benar-benar menepati syarat kontrak.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Jenjarom, Misnan Ahmad 60, yang turut menyertai tinjauan berkata beliau dan penduduk berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri melalui MARRIS.

"Bagaimanapun, seperti disarankan, kami bersedia memberi kerjasama pada masa akan datang untuk melakukan pemantauan bagi memastikan segalanya lancar," jelas beliau.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Menyampaikan Sumbangan Asas Makanan Kepada Penduduk Susah

Posted: 17 Oct 2012 03:14 AM PDT

Hulu Kelang, 17 Oktober 2012 – Saari telah menyampaikan sumbangan asas makanan kepada seorang penduduk susah yang menetap di Ulu Kelang, Ampang.

Saari menyampaikan sumbangan asas makanan kepada En Rizal Ramlan bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


miaduniaku: Sepoi-Sepoi Angin <b>Di Morib</b>

Posted: 23 Sep 2012 05:30 PM PDT


Entry tertunggak...cerita hari Isnin yang lalu bersemperna cuti Hari Malaysia... Papa ajak pergi Morib,....Tapi mama ajak hantar pc mama pergi hospital dulu,..asyik tenat saja...sebelum balik,...pusing-pusing dalam Giant,....entah angin apa,...mama teringin pula nak makan maggi yang telah bertahun mama tak jamah....huhuhhu...

Balik,..dengan penuh semangat,...masak maggi sahaja sebagai makan tengah hari itu,...kesian papa..huhuh..tapi sedap laa kalau sesekali makan,...papa pesan...kalau nak makan maggi lagi,..tunggu selepas 3 hari, baru boleh makan lagi,...tapi...jangan risau...mama tak beli dah lepas ni,...tunggulah bila 'rasa teringin' itu datang lagi !!!...

Selepas menidurkan Mia,...papa masih usulkan nak ke Morib...tapi Mia berharap dapat bermain di taman sahaja....Mama siap masak nasi...tengok jam dah pukul 5,...tak sempat nak makan di rumah,...sudahnya,..mama isi semua makanan dan minuman dalam raga....Lets go to piknic !!!!....hhehehe...
http://www.smileycodes.info

Ingat mama,...papa nak ke taman,...rupanya terus ke lebuhraya....ke Morib juga lah kami....sampai sekitar 6:30 petang,...Sebelum hari beransur gelap,...makanya,...berpikniclah kami dengan deru angin laut yang sepoi-sepoi bahasa itu,sambil makan,..Mia asyik tengok monyet yang berkeliaran tapi tak mengganggu !!!....

Selesai makan,...jalan-jalan sekitar morib..wahhh...morib dah banyak berubah dari kali terakhir mama datang dulu,....mama ada menyimpan kenangan dulu,...last pergi morib,..kulit muka mama terbakar.....panas sangat..itu yang buat mama serik nak pergi Morib...Sehinggalah papa ajak,..mama masih risau....hihiihih....memang dah cantik Morib sekarang,..ada banyak kemudahan...surau dan tandas , tempat makan...serta taman mainan yang menjentik keterujaan Mia....


Ada bazar yang dibuka..tapi Mia lebih tertarik untuk main gelongsor dan jongkang jongkit !! Bukan main seronok Mia main sampai tak ingat nak balik...Mujur papa pandai layan..mama masa ni,...sibuk dok ber sms dengan C'Jai...yang sedang makan lauk daging kambing katanya....heheheh..terima kasih sebab selalu layan sms mama mia....

Bila dah penat main,...Mia minta makan laaa pula....makan simple saja,...cucur udang, mee goreng mamak dan abc serta air suam. Semuanya kongsi 3....jenuh jugalah nak menghabiskannya....sebab petang tadi dah makan nasi !!!....



 Kami bergerak balik sekitar jam 9:30 malam....Alhamdulillah..satu lagi kenangan tercatat untuk Mia !!..Mia ni,...minat sangat laut,..siap minta nak turun mandi...ish....nanti kita pergi pantai lain yer Mia...jenuh laa Mia menuntut janji nanti...Insyaallah..

p/s...mama n mia masih di kampung,...entry autopublish..

 

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Banjir Kilat Sebabkan Trafik Sesak <b>Di</b> Lembah <b>Klang</b> | MyNewsHub

Posted: 16 Oct 2012 05:16 AM PDT

PETALING JAYA – Banjir kilat pada petang Selasa telah menyebabkan kesesakan trafik di beberapa kawasan di Lembah Kalang ketika orang ramai pulang ke rumah selepas waktu kerja.

PLUS memerusi tulisan di Twitter berkata, banjir kilat di sepanjang jalan utama di Rawang telah menyebabkan kelewatan untuk menuju ke Tol Rawang dari kedua-dua hala.

Menurut Radio Astro, di NKVE, banjir kilat di hadapan bangunan Glomac menyebabkan trafik perlahan dari Bukit Lanjan.

Trafik perlahan selepas tol Damansara dan Subang, terutama di Jalan Lapangan Terbang.

Hujan lebat turut menyebabkan trafik perlahan di tol plaza Sg Besi. – MStar

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


mmt Qlix: Tempat makan best <b>di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> - Siri I

Posted: 08 Oct 2012 03:59 AM PDT

Lama tak update tetiba je nak update pasal makan kan. Takpe la dari takde update langsung hehe. Sebab saya pun memang suka makan2 ni walaupun dah makin kurus (perasan sket). Kali ni nak post pasal tempat2 makan yang best di area Bandar Baru Bangi (BBB), since saya dah lama duduk kat area ni sejak undergraduates kat ukm 2004-2008, pastu keje kat Melaka kejap 2008-2009, pastu balik semula ke BBB 2009 sampai la sekarang. Rasanya hampir semua tempat makan kat BBB ni saya dah try dan boleh la kalau nak bagi guide untuk siapa2 yang nak jalan-jalan cari makan kat BBB ni dan sekitarnya. Ok saya listkan tempat2 makan yang recommended ikut kategori ye. Oklah, untuk Siri I ni (siap ada siri2 lagi tu) saya listkan tempat makan yang best untuk kategori makan tengahari pilihan saya. Cekitout!




Pilihan tempat untuk makan tengahari di BBB:
Restoran Nasi Ulam - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9 & Jalan Reko Sentral 2 (2 branhces)
Banyak pilihan lauk-pauk kampung especially masak lomak yg berjenis2. Ada masak lomak ayam, ikan, daging & siput sedut. Ada pelbagai ulam-ulaman dan cicah-cicahan (eh ade ke istilah ni) seperti budu, cencaluk, sambal belacan & air asam. Tempat pun selesa dan harga pun ok. 

Restoran Hassan Ayam Kampung - No. 17, Jalan 7/7A (Seksyen 7), BBB
Ayam kampung goreng dia memang menyelerakan. kalau lunch time memang penuh. Selain ayam kampung, yang special jugak ialah gulai kawah dia dan masakan lauk-pauk kelantan. Tempat selesa dan luas 2 tingkat lagi. Kalau family ramai memang sesuai.
Restoran D'Limau Nipis - Jalan 8/1, Seksyen 8, BBB (depan PKNS)
Pilihan lauk pauk kat sini pun not bad. Yang special kat sini ada ikan bakar dan sotong bakar. Pastu yang lagi special ialah ikan pekasam. Peminat2 ikan pekasam boleh la datang sini. Satu lagi, restoran ni famous dengan air D'limau nipis yang sedap dan takde kat tempat lain. Minuman ni dicampur dengan aiskrim vanilla dan jeli limau nipis yang masam2. Kalau pekena time tengahari panas2 memang terbaik la.
Restoran Asam Pedas - Jalan 8/1, Seksyen 8, BBB (depan PKNS)
Peminat2 asam pedas boleh la datang sini. Boleh pilih ikan apa yang digemari. Ada ikan kembung, ikan merah, ikan pari, ikan tenggiri & terubuk. Asam pedas daging tetel pun ada. Juga pelbagai pilihan lauk-pauk lain dan ulam-ulaman. 
Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor - Jalan SS 15/1C, Seksyen 15 (dekat stadium)
Kalau sesekali nak makan nasi beriani gam johor, di sinilah tempatnya. Sedap dan harga berpatutan. Pilihan lauk ada ayam beriani, ayam masak merah, ayam kampung goreng, daging & kambing. Kena datang awal sebab memang ramai waktu lunch hour siap kena beratur lagi.
Restoran Belauk - Jalan 7/7C, Seksyen 7, BBB
Lauk-pauk kat sini sangat la banyak sampai rambang mata nak pilih. Kebanyakannya masakan kelantan. Macam2 ada kat sini.
Medan Selera Seksyen 16 - Tapak Pasar Malam BBB, dekat Shell 
Kat sini port untuk student2 dan orang2 bujang sebab harga kat sini agak murah. Ada beberapa gerai yang buka waktu tengahari. Paling famous ialah gerai Azura sebab lauk pauk dia fresh, banyak pilihan dan murah. 

Ok itulah list tempat pilihan saya, sorry la takde gambar. Nanti kalau ada saya update ye. Untuk lokasi yang lebih tepat, sila tanya Mr. Google Map ok. Sekian saja untuk siri kali ini, bertemu dalam siri2 seterusnya (entah bila la dia nak update lagi). Banyak lagi tempat menarik kat Bangi ni. Tunggu ya..


mmt: Seluar2 dah longgar. apa tandanya tu? ;)

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


5 Maut Nahas Kereta & Lori <b>Di Sekinchan</b> | boyzonne-hijaurimba

Posted: 10 Sep 2012 06:40 PM PDT



SABAK BERNAM – Lima termasuk tiga beranak maut apabila sebuah kereta dan lori tiga tan bertembung di Km70, Jalan Teluk Intan-Klang di Sekinchan, di sini Isnin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa terkorban dikenali
sebagai Yeap Chin Hing, 52, pemandu kereta, anak lelakinya, Soon Keong, 19, dan anak perempuannya Chen Wee, 25.
Turut maut dalam kejadian itu ialah dua rakan wanita Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.
"Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City yang dipandu Chin Hing bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Honda CRV dan hilang kawalan sebelum masuk ke lorong bertentangan lalu merempuh lori tiga tan terbabit," katanya.
Beliau berkata Chin Hing, anak lelakinya serta dua rakan wanita itu mati di tempat kejadian, manakala anak perempuannya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, dekat sini.
esemua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang, untuk menghantar Soon Keong melanjutkan pengajian di Taiwan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhamad Norizan Ramli di talian 03-32242222 sambungan 214 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Program Pecutan Terakhir PTRS 2012 « PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 17 Oct 2012 12:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pada tahun ini seramai 189 orang pelajar di DUN Sungai Burong telah menyertai program PTRS sepanjang tahun 2012 yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK) sejak bulan Mac tahun ini, ...

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Hulu Selangor</b> (MDHS) | blogr.my

Posted: 09 Oct 2012 07:42 PM PDT

Apahal pulak blogger yang dipersalahkan !

1 jam lepas oleh cerita_03 di pakjoe-pakjoe.blogspot.com

" Blogger yang berada dalam kereta tersebut , sila berhenti ! Apa yang kamu lakukan adalah salah disisi undang-undang ! Kamu cuba melanggar penguatkuasa JPJ ! Ini bukan cara

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Pinggiran <b>Batu Caves</b>, Taman Sri Gombak Utk <b>Di</b> Sewa | Rumah Sewa

Posted: 07 Sep 2012 02:01 AM PDT

Publish date: September 7, 2012 9:01 am
Contact Name: mr rahim
Price: RM800
Region: Kuala Lumpur
Location: Kuala lumpur
Phone: 017-8268413
Tags:

Apartment Beringin Taman Sri Gombak
Bersebelahan Pinggiran Batu Caves & Taman Sri Gombak, berhubung dengan Kampung Nakhoda Selayang.
Basic unit with 4 bedrooms 3 bathroom with balcony and grill.
Easy access into Karak highway, MRR2, DUKE and Jalan Kuching. 5 mins ke Giant Batu Caves dan Pusat industri Taman Sri Gombak.
Dekat dengan masjid, kedai runcit, bank dan pengangkutan awam (RapidKL and feeder bus to LRT Putra)
Kemudahan:
24 jam security, reserved parking lot (2 unit), mini-market, laundry, surau, children playground, swimming pool, kitchen cabinet, Aircond, Fully tiles & Grilled.
Kemasukan OCTOBER 2012
Sewa RM800 sebulan
Hanya cal di layan sms x layan ok
Berminat sila hubungi Mohd Khirul call 017-8268413 Sekarang.
Booking

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


The Suite Life Of Sue: Aktiviti <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 14 Oct 2012 05:00 PM PDT

Last 2 weeks, saya, CH, n anak2 sdara meluangkan masa, membuang masa, mencipta masa bersama :P di Sabak Bernam, rumah abg ipar saya,, (of kos la my sis ade sekali)  my CH la beria2 ajak lepak kat sna..sbb dia nak ketagih nak memancing... dia xmo memancing kat KL..sbb smuanya kena bayor..dia cakap takde feel.. huuu
so, hari jumaat malam kitaorg dh bertolak ke sabak bernam,kg abg ipar, namanya kampung bumi hijau.. mmg sgt hijau~laa.. besoknya pagi2..bangun n mandi2 ckit :P terus gi ke kawasan pantai.. sbb nak cari kerang n remis..  bermulala aktiviti budak bandar di kawasan kampung.. heheh.. budak bandar fes time nak cari kerang.tapi CH bukan budak bandar, but ni mmg pes time dia nak cari kerang2 ni.. tapi saya x join la.. sbagai puteri lilin, saya harus minikmati permandangan dari tepi pantai (plus, dat day, 1st day Period, mmg x larat la nak buat pape sgt) 
bersemangat tul diorang nak gi.. see..cantikkan ..paya bakau.. time surut ni la nak cari kerang n remis..
aktiviti mencari kerang bermula.. tapi byk kerang kecik2 je..huuu.. tak puas ikan bleacak pun banyak..tapi jagan korang makan plak.. harammmm
lama jgak diorg mencari kerang ni, sampai sempat la puteri lilin lelapkan mata ..heheheh
CH yang berbangga dgn hasil tangkapannya.. heheheh
kat situ ramai gak yang mncari kerang..mungkin tuk jualan..tapi resepek la dgn diorang, CH yang kejap cari ni pun dh ngadu sakit pinggang..tpi diorang rilekkk je
lpas dh bermandi pluh, time to eat nasi lemak..nyumm2.. mmg marbeles...
lpas makan, gi berkubang plak..hah, mmg pakej yang menarikla.. CH cakap lumpur baik tuk kulit, hah, lpas tu anmpak anak ular smua takut, ..ehhe.baru tau..
kerang2 tgh buat show..hehhe..cam geli plak bila ..yang remis ni plak korek2 tepitu, dptla..tapi kecik2.. x masak pun... huhuhu.. 
next entry , jejalan kat Teluk Intan plak.....

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Life..Love..n Happiness: Berkampung <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 27 Sep 2012 10:12 PM PDT

Rabu malam yang lepas, kami sekeluarga membuat aktiviti reunion di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Wak Lan & Wak Mon akan berangkat ke tanah suci Mekah. Dieorang kene masuk untuk pendaftaran pada pukul 1am. Mmg seronok dapat jumpe semua sedara mara, sepupu sepapat, pakcik makcik tp letihnye badan mmg tak dapat dinafikan lg la. Kesian jugak ngan en hubby yg tak rehat2 dari balik kerja petang tu. Pukul 2-4am pulak nak kene sambung tugas rukun tetangga kat taman..Huhu..
Suri la paling seronok dapat jmpe Maksu Ija die. Asik tunjuk kat belon2 yg ada jual kat tepi jalan tu je. Last2 dapat gak satu-ihsan uncle Ad die. Tak dapek la umi die nak belikan. Mahal kott..(kedekut..hehe) Punyelah banyak makanan dieorang bawak dari Melaka. Aku tgk nasi lemak je ada 2 tong. Wak Lan siap sedekah lagi kat orang yang duduk bersebelahan group kami. Ada kuih, ayam goreng, rendang, kek..macam2 lg la. tp yg pastinya aku tak makan pun sebab masa tu dah rasa tak sedap badan & mmg takde selera. Sebelum datang tu pun aku & hubby dah siap2 makan dulu..

Die mmg suke kacau org nak makan..

 Tikar pun tak muat nak tampung semua sedara mara..huhu

 Kekek..terduduk pulak atas riba abg Syakir

 Sedey weh sesi salam bersalaman ni..Isk isk

 Uncle Naim layan budak yg meragam sebab dah mengantukk..

Ni la makcik2 (termasuk mak kat tgh2 nu) yang masih mentain comels :)

Kereta kami park dekat umah Fuad je. Senang jalan kaki je ke Kompleks tu. Kami sampai rumah pukul 2.30am..Aduhaiii mengantuk & letihnyeee...

Thanks sayang bawak umi pi sana jmpe family.. & sorry ye kalau buat babah penat :(

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Kuala Selangor, <b>Sepang</b> | MyNewsHub

Posted: 16 Oct 2012 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Selangor dan Sepang, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 23 dan 24 Oktober ini.

Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Ms. Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan itu disebabkan kerja-kerja pihak kontraktor Syabas.

"Gangguan bekalan air di Kuala Selangor dijangka berlaku di Bukit Belimbing, Pasir Penambang, Sungai Yu, Sungai Gulang-Gulang, Parit Serong, Tiram Burok, Sawah Sempadan (Jalan Mayang Rotan).

"Gangguan sama akan dialami di Tanjung Karang iaitu Jalan Besar Tanjung Karang, Pekan Tanjung Karang dan Sungai Tengi Kanan melibatkan 6,605 akaun pengguna," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, gangguan bekalan air di Sepang pula melibatkan kawasan Fasa 1A (Jalan Warisan Megah 1/6); Fasa 2 (Jalan Warisan Permai 2/1 hingga 2/13) dan Fasa 3 (Jalan Warisan Megah 1/1 hingga 1/9).

Kata kenyataan itu, turut terjejas kawasan Fasa 4 (Jalan Warisan Mulia 4/1 hingga 4/3); Fasa 5 (Jalan Warisan Megah 1/4 hingga 1/5); Superb Frame (Jalan Airport City 1 & 2) dan Presint 1, 2, 3 (Jalan Warisan Maju 5/1 hingga 5/12) melibatkan 1,948 akaun pengguna.

Justeru, kata kenyataan itu, para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ads