Rabu, 30 Mei 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Permohonan Nikah <b>di Negeri Selangor</b> | MOMENT OF TRUTH

Posted: 23 May 2012 11:01 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Permohonan Nikah di Negeri Selangor. Tarikh 20 Januari 2012 merupakan tarikh pernikahan saya dengan suami Mohd Fadhil bin Mohamed. Tetapi untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah memang saya terpaksa ...

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Batang Kali</b> | BoyzzoNNe Hijau RimBa PaGe

Posted: 26 May 2012 06:34 PM PDT


BATANG KALI - Kesilapan seorang pemandu yang didakwa cuba membuat pusingan U di garisan berkembar menyebabkan seorang remaja patah paha kanan apabila motosikal ditunggang merempuh kereta terbabit.

Mangsa, Haziq Izzuddin Naziron, 17, yang dipercayai baru pulang daripada bermain bola sepak bersama rakannya gagal mengelak kereta Myvi dipandu seorang lelaki di hadapan premis perniagaan berdekatan persimpangan Batang Kali.

Bapa mangsa, Naziron Mohd Adam, 51, yang tiba di tempat kejadian berkata, keadaan lalu lintas ketika itu sesak kerana waktu kemuncak orang pulang dari kerja.

"Ketika saya tiba kira-kira jam 5.15 petang, anak saya sudah terbaring dan dipapah rakannya. Melihat kepada kecederaannya agak serius dan patah paha kanan akibat rempuhan kuat.

Naziron diberitahu, anaknya yang menunggang motosikal berseorangan datang dari arah Bandar Utama Batang Kali (BUBK) menghala persimpangan tersebut bersama kereta terbabit.

Namun, setiba di laluan itu, kereta Myvi terbabit tiba-tiba dilihat membelok dipercayai cuba membuat pusingan U dan mangsa yang tidak dapat mengelak terus merempuh kereta terbabit.

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Mulai Mei Depan Internet Percuma <b>di</b> Dun <b>Dengkil</b>

Posted: 15 Apr 2012 09:59 PM PDT

DENGKIL 16 APRIL : Dalam usaha menarik pelbagai golongan menjadi celik IT, Dewan Kampung Ampar Tenang kini menyediakan sebuah Pusat Teknologi Maklumat kepada semua lapisan masyarakat di kampung terbabit selain membantu meringankan beban penduduk.

Pusat Teknologi Maklumat itu akan dibuka Mei depan dan beroperasi Isnin hingga Jumaat pada sebelah malam bermula 7.30 malam hingga 9.30 malam dan pada Sabtu dan ahad bermula 1 tengah hari hingga 7 petang.

Penduduk boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma di dewan itu.

Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah berkata penubuhan pusat itu hasil perbincangan bersama penduduk akhir tahun lalu bagi mengatasi masalah masyarakat.

Katanya, pihaknya memberi peruntukkan sebanyak RM15,000 bagi menyediakan peralatan untuk disediakan di pusat terbabit manakala selebihnya daripada Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar.

"Kami sentiasa berbincang dengan penduduk, kami mahu jadikan dewan ini sebagai pusat untuk pelbagai golongan berkumpul dan berbincang dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu pengetahuan," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata penduduk boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi dan setakat ini, pihaknya akan menyediakan 11 buah komputer serta dijangka akan bertambah pada masa akan datang.

Tambah Borhan, sebelah pusat itu juga terdapat sebuah mini perpustakaan yang juga akan dibuka bulan depan.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kaum India Kampung terbabit, M.Sunmugam, 44, berkata dengan adanya pusat itu, penduduk khususnya pelajar sudah tidak perlu menghabiskan duit di cyber cafe.

"Selain meringankan beban, pelajar dapat meningkatkan minda dan kemahiran pelajar serta kebolehan menguasai IT dengan baik danberkesan akan dapat membantu mereka mengakses maklumat berkaitan dengan pelajaran secara cepat.

"Pembukaan pusat itu secara percuma, ia perlu dimanfaatkan bagi melahirkan lebih ramai pelajar daerah ini yang celik IT dan berjaya dalam pelajaran," katanya.

Borhan berkata, pembukaan pusat IT dan mini perpustakaan itu secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berpeleseran dan menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

"Kami berharap penduduk di Kampung ini terutamanya pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang sudah disediakan ini," katanya.

mencari rumah sewa <b>di dengkil</b> – 1637th Edition | Portal Rumah <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2012 07:08 PM PDT

© 2012 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


PAPA GOMO: Demonstrasi <b>Di Puchong</b>, Gobind Singh Ahli Parlimen <b>...</b>

Posted: 30 May 2012 05:55 AM PDT

Demonstrasi bantahan penduduk Kampung Bunga Melur Batu 14 yang diadakan pada pukul 2 petang dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) petang tadi berlaku sedikit kekecohan apabila wakil penduduk berasa tersinggung dengan tindakan salah seorang yang dipercayai Ahli Majlis bercakap Read More....

Nah satu lagi cerita menarik untuk rakyat Malaysia melihat sendiri kedajalan pemimpin Pakatan Pembangkang terutama didalam negeri Selangor. Satu bukti nyata bahawa pemimpin pembangkang begitu rakus dalam merompak apa yang ada didalam negeri Selangor.

Meh layan Video dibawah ini:


Apa yang akan mereka pemimpin pakatan Selangor iaitu Kerajaan negeri akan nyatakan? Ohh dah tentu mereka akan kata ni satu lagi konspirasi UMNO mengupah sebilangan orang untuk menjatuhkan imej Kerajaan Pakatan Selangor.


Apa pun anda sebagai rakyat Malaysia boleh menilai apa yang berlaku dan fikirkan apa yang terjadi disekeliling anda. Pastikan PRU 13 nanti anda mampu berfikiran secara waras memilih kerajaan yang benar benar berkerja untuk rakyat.

Psssttt.. Gobind Singh mana? Takkan lari? Hahaha

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


.. cik epal ..: Menternak lemak <b>di</b> Tree Steak House <b>Sungai Buloh</b>

Posted: 20 Apr 2012 04:38 AM PDT

Aku selalu jugak makan dekat sini. Sebab dulu aku duduk area-area Sungai Buloh. Dulu masa zaman zaman The Store tu pasaraya Hiong Kong lagi aku dah makan dekat sini. Dulu kedai ni kecik je, kerusi pon ada nambelas je. Sekarang ni dah makin maju dan makin besar dah kedai ni. Renovate dah lettewwwWestern food tapi ada jugak nasi goreng kalau nak. Dulu serve lambat gila. Nyanyi lagu Anita Sabah lapan kali pon chicken chop tak sampai-sampai lagi. Memang STRESS. Tapi sekarang ni makin laju woh. Baru je order,lapan minit kemudian sampai dah makanan seketul-seketul atas meja. Perghh laju nya. Syabas buat anda pemilik restoran!
Pergi dengan parents aku. Eh bergegar pulak ayah aku ni. Dok dendiam sikit jap. Kejap jeLasagna. Boleh lahhhh rasa dia. Macam nak cuba-try-test je buat lasagna ni dekat rumah. Tapi agak leceh nak buat mende alah ni. Cuma makan je ah tak leceh. Kalau bab makan, apa saja lah yang tak leceh. Kena ada mulut dan reti ngaaappp aje. Ye dak?Roasted Chicken apa tah ayah aku pilih ni. Cuba rasa, sedap gak ayam niSteak. Aku agak kurenggg sikit dengan steak ni. Setakat rasa-rasa orang punya tu boleh lah. Nama nya aku nak order steak sesaja memang tak lah. Ayam dengan ikan je yang aku selalu telan. Tapi steak ni boleh diterima anak tekakFish and chips aku yang punya. Konon-konon nak diet makan ikan. Pigidahhhhh makan ikan tapi goreng dengan sebeban minyak. Memang kau kurus lah sangatttt kan. Tapi sedap. I loikeee

Aku rasa orang duduk Sungai Buloh banyak dah tahu tempat ni. Cuma aku tak kan pergi malam minggu lah. Memang macam sardin ah tempat ni. Tempat duduk pon punya payah nak cop. Ramai woh. Tapi kalau nak pergi pon apa salah nya. Cuma parking susah sikit datang sini. Sebab tempat parking kecik bebeno. Kedai ni tepi jalan je. Kadang-kadang selalu gak terlepas

Ok tu je. bye

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


DIY? segalanya bermula disini!: ... siput-siput <b>di Morib</b>

Posted: 27 May 2012 06:36 PM PDT

Assalamualaikum...

Sy sangat tertunggu-tunggu cuti sekolah kali nie... tak ada plan pun nak gi memana, atau balik kampung. Tapi sy suka kalau anak-anak berlonggok kat rumah :p

Semalam sempat bawa dorang gi mandi laut kat Morib,

jadi hari nie masing-masing liat bangun. Sukalah sy kacau dorang tidur... :p tabiat kacau orang tidur tue memang sy tak boleh tinggal LOL...

.... macam-macam idea tanya soalan keluar. Punya nak bagi depa bangun... tanya nak makan apa hari nie. Hari nie depa sangat tak demand untuk makan tengah hari.... nak nasi & telur ajer katanya. Haiiii senanglah kerja mak untuk hari nie :p :p

Sarapan abah dia dah beli, nanti kejap lagi boleh kemas sambil masak nasi, tengah hari sikit masak lauk.. lepas tue boleh sambung jahit sementara anak-anak buat kerja sendiri :p

siput-siput di Morib


~ ok untuk sy yang tak berapa suka pantai sebab redup & tak berapa ramai orang. mula-mula jadi pemerhati ajer...

~ peneman aka pengacau sy kat sana... dah tua-tua nie sy tak berapa gemar sangat dengan binatang.. kalau punyalah suka kucing. Dia nak kerabat naik atas riba sy... sy agah tangan nak tampar, menjerit si ishak... mak jangan pukul dia katanya... bukan lah, nak takutkan dia ajer, padahal kita yang takut sebenarnya.


~ .. pantai nie banyak siput2 kecil, jadi syok pulak kutip. last2 sy pun naik syok & berendam sekali. hasil berendam, kutip siput-siput & sy jumpa rm 10. awatlah hampa tak bubuh banyak2 sikit duit masa mandi :p :P

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


RM 5 Juta Untuk Korek Sungai <b>Di Klang</b>, Atasi Banjir

Posted: 30 May 2012 04:52 AM PDT

KLANG : Tiga sungai di sekitar Klang akan diperluaskan dan diperdalamkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai langkah mengawal bencana banjir.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri berkata tiga sungai itu melibatkan Sungai Aur, Sungai Sireh dan Sungai Pileh yang kini semakin sempit dan cetek serta tidak mampu menampung limpahan air ketika hujan lebat.

Katanya, tiga kolam tadahan di Sungai Gadong, Sungai Aur dan Sungai Puloh juga turut akan dibina agar dapat mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

"Kos keseluruhan projek terbabit meliputi RM 5 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

"Kos ini melibatkan projek ini sahaja dan sebarang kos yang perlu ditanggung kemudian akan disusuli," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPK.

Beliau berkata projek itu melibatkan projek jangka masa panjang kerana kejadian banjir di kawasan Klang sering berlaku.

"Ini masalah yang kritikal, ianya untuk mengawal banjir di Klang dan keperluannya mendesak," katanya.

Ehsan menambah, tender untuk projek itu sudah dibuka awal bulan lalu.

"Kita akan melantik kontraktor yang layak dan dalam masa tiga bulan lagi kerja-kerja akan dijalankan.

"Saya harap projek ini akan memberi impak kepada seluruh warga Klang khususnya dalam jangka masa yang panjang," katanya.

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Tembelang Terdedah: Restoran <b>Sekinchan</b> <b>...</b>

Posted: 27 May 2012 07:31 AM PDT

Hermm.. kena lelong ye? Ini baru lagi tau. Lihat tarikh yang dicatatkan melalui notis lelongan awam di atas. 31 Mei 2012.

Maksudnya bakal di lelong bukan telah di lelong. Barang2 dalam restoran sekinchan ikan bakar ini di lelong sebab nak mendapatkan wang tunai sebanyak RM31,000.

Kenapa nak dapatkan rm31,000? Mestilah sebab nak bayar hutang. Sebab tue larh di lelong. Kalau ada duit nak bayar hutang takdelah kena lelong.

Tapi pelik juga kenapa pula Datok Jamal boleh senang hati masuk tv, berdemo kutip duit orang sana sini sehingga mencecah beberapa ribu, lepas tue siap cakap nak tawarkan hadiah kereta mewah yang berharga ratusan ribu kepada pengLIKE facebook page tetapi hutang RM31,000 tak boleh nak bayar pula? -sozcyili

Bersih 4.0 tawar hadiah kereta Lamborghini, BMW

KUALA LUMPUR 23 Mei - Penganjur Bersih 4.0 menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan'.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.

"Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang," katanya kepada pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini.

Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti pembelian di laman berkenaan.

Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.

"Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen 'Cintakan Keamanan' sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.

"Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara," katanya.

Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

"Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan penjaja pada hari perhimpunan Bersih.

"Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu.

"Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik.

"Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0 ramai yang hilang sabar," katanya.

Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk. -utuseks

Maka hukum kebenaran dan keadilan pun berlakulah untuk mendedahkan apa yang benar apa yang palsu.

Ketara sangat kaki kelentong, nak tawar lamborghinilah, BMWlah dan berbagai-bagai lagi sedangkan rupa-rupanya Restoran Sekinchan sudah kena lelong.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Tiga Pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang <b>Di</b> Anugerahkan <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 09:30 PM PDT

22 05 2012

Shah Alam, 22 Mei    : Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, hari ini telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena dengan hari keputeraan Sultan Selangor ke 66 yang disambut pada tahun lepas.

Sebelum bersara, Ustaz Judi adalah merupakan Guru Besar di beberapa buah sekolah antaranya ialah Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit Serong, Batu Arang, Blok P dan yang  terakhir di SRA Bukit Belimbing. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2009 – 2010.

Turut dianugerahkan pingat yang sama ialah Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Othman Ngah dan bekas Pengerusi Tetap PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Kamaruddin Morni, yang juga Ketua PAS Cawangan Batu 12 Sungai Burong.

Othman, juga adalah Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Cawangan Kampong Parit 4 dan Setiausaha Masjid At-taufiqiah Parit 4 serta Naib YDP Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA Parit 4. Selain itu beliau juga adalah AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 4 serta Setiausaha Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Manakala Haji Kamaruddin, memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap PAS Kawasan selama 30 tahun sebelum mengundurkan diri dari jawatan tersebut pada tahun 2011 yang lalu.

Pada tahun ini seramai 2 orang telah dianugerahkan Pingat Keberanian Terbilang (PKT), 23 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 21 orang menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC). Seramai 95 orang pula menerima PJK dan 15 orang lagi Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

Majlis penyampaian tersebut diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAS) oleh DYMM Sultan Selangor.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pakatan Berjaya Kumpul Jutaan Belia <b>Di Shah Alam</b>! - Mybloghub

Posted: 26 May 2012 04:32 PM PDT

PISAU.NET SAYS

MALU BESAR…itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam…READ MORE

Sekitar Kuliyah Marghrib <b>di</b> Masjid Negeri <b>Shah Alam</b> 27|05|12 : UAI

Posted: 27 May 2012 06:05 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sekitar Kuliyah Marghrib di Masjid Negeri Shah Alam 27|05|12. Gambar-gambar Sekitar Kuliyah Marghrib UAI di Masjid Negeri Shah Alam. Lagi gambar-gambar di sini.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


APARTMENT LAGOON PERDANA, <b>BANDAR SUNWAY</b> UTK <b>DI</b> SEWA

Posted: 29 Mar 2012 12:17 AM PDT

Publish date: March 29, 2012 7:17 am
Contact Name: qareem
Price: RM1000
Region: Selangor
Location: bandar sunway
Phone: 0133273327
Tags:

Category: Apartments
For rent
Region: Selangor
… Area: USJ
Heading: Lagoon Perdana Aprtment
Bedrooms: 3
Size: 992 sq.ft.
Monthly rent: RM 1 000
Property Type: Apartment/ Flat
Bathroom: 2
Furnished: Not furnished
Facilities: Covered parking,Playground,24 hour security,Balcony/Patio
Ad text: rumah baru dan masih belum diduduki
tingkat 1
apartment ada lift
rumah basic tetapi owner akan tambah grill bila
confirm dah ada penyewa berminat
sewa rm1000 ( optional)(nego lagi pon boleeh)
deposit sewa 2+1
deposit api air rm550
security rm400
preferable malay only
married
no foreigner pls

0133273327

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


mencari bilik sewa area <b>balakong</b> – 1878th Edition | Portal Rumah <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 07:45 PM PDT

© 2012 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Pasaraya terbesar Mydin mula beroperasi <b>di Meru</b> Raya Ipoh dekat

Posted: 21 May 2012 06:20 PM PDT


Pasaraya terbesar Mall Mydin mula dibuka di Meru Raya Jelapang Ipoh pada 18 Mei yang lalu.
Ini menandakan bermulanya satu titik trasfomasi ekonomi kepada warga Ipoh khasnya dan Perak amnya.

Sekumpulan besar pengunjung sudah tidak sabar-sabar menunggu seawal 10:00 pagi untuk  membeli-belah di pusat membeli-belah terbesar di Meru Valley.

Difahamkan perasmian pembukaan telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim.


Mydin menempatkan kira-kira 56 kedai, taman tema, restoran makanan segera, lorong bowling dan karaoke untuk semua pelawat yang ingin meluangkan masa melakukan aktiviti bersama keluarga.

Dibina bersebelahan Ipoh Utara Selatan plaza tol, ini adalah kedai Mydin pertama di bandar ini dan juga yang terbesar dalam negara.

Bangunan baru itu berharga RM200 juta meliputi seluas 17.5 ekar dan mengandungi gedung membeli - belah di mana 700 belia tempatan dari kawasan sekitarnya telah mendapat faedah daripada terbinanya pusat membeli belah terbesar ini

KHIDMAT MERU: HARI GURU <b>DI MERU</b>

Posted: 19 May 2012 04:15 PM PDT











Alhamdulilah Sambutan Hari Guru di sekolah-sekolah dimerata tempat di DUN Meru telah berjaya dijalankan dengan suasana gembira dan meriah.
YB Dr Rani selaku ADUN Meru telah membekalkan sumbangan kek besar dan beberapa buku nota untuk kegunaan guru-guru dan di edarkan kepada semua sekolah-sekolah termasuk sekolah menengah, sekolah rendah kebangsaan, sekolah Cina, India serta tadika-tadika di bawah DUN Meru.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


[Bergambar] KL <b>Di</b>"bersih"kan - KELAB GREENBOC - Yes

Posted: 02 May 2012 03:30 AM PDT

Kuala Lumpur: Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang, pada Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang telah menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter disebabkan longkang tersumbat, dan menjejaskan pekan itu seketika.

Dua jentera dari balai Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan menyelamat mangsa banjir, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

"Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada pukul 4 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan turun renyai-renyai," katanya.

Pada Disember tahun lepas banjir kilat akibat hujan lebat telah menjejaskan pekan itu dengan pekedai dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air. Sementara itu, laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART)ditutup sepenuhnya kepada trafik bagi pengaktifan sistem aliran banjir, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di sini, Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter.

Katanya memandangkan hujan masih lagi lebat dijangka air akan lambat surut. "Kami telah menghantar dua jentera 14 anggota untuk memantau keadaan banjir di sana serta membuat tugasan menyelamat," katanya.

Katanya banjir kilat turut melanda kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai apabila air naik sedalam 0.4 meter sejak 2 petang ini, dan satu jentera bomba melibatkan tujuh anggota dihantar untuk memantau keadaan.

Sementara terdapat dua kejadian pokok tumbang di Bulatan Sungai Besi, yang telah menghempap empat buah kenderaan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya dan menambah, bomba telah menghantar satu jentera untuk memotong pokok tersebut.

Terdapat juga satu kes pokok tumbang di Flat Seri Johor di Jalan Tun Razak namun ia tidak menghempap sebarang kenderaan, dan kedua-dua insiden itu dilaporkan pada 2.15 petang tadi oleh orang awam, katanya.-BERNAMA

Amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor, yang dijangka berterusan sehingga petang ini.

Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.

Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah (daerah Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau), yang dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Pahang (daerah Temerloh dan Bera), Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu).

Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat. - Bernama









20 Mei: Program PKLP <b>Di</b> HPA <b>Kajang</b> & HPA Batu Caves <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 01:09 AM PDT

pklp

Program PKLP Di HPA Kajang dan Batu Caves

Tarikh 20 Mei 2012 (Sabtu)

Yuran Masuk : PERCUMA

Masa: 9 pagi – 5 petang

Lokasi:

HPA CAWANGAN KAJANG

No.33A Jln Prima Saujana 1/1A,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.
No.Tel : 03-42801053
No.Faks : 03-42972657
Email : hpa_kajang08@yahoo.com

HPA KIOSK BATU CAVES

Kompleks SME Bank
No.48 Jln SBC 8, Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor.
No.Tel : 03-61856717
No.Faks : 03-61856717
Email : hpa_batucaves@yahoo.com

Cara daftar:

Hubungi/SMS ke 019-2718265 (PKLP Kajang), 016-6525380 (PKLP Batu Caves)

Kelebihan Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP)

1. Maintain 100NM dalam tempoh sebulan iaitu bulan yang anda hadir program PKLP, anda akan mendapat kenaikan pangkat dari ahli biasa (PB) ke PLX dan pangkat2 seterusnya (tertakluk kepada syarat).

2. Pengisian hebat oleh para PJS dan leader HPA

Kenapa PKLP dilaksanakan?

1. Untuk menyuntik semangat baru kepada ahli HPA dengan peluang kenaikan pangkat dan bonus.

2. Untuk mencetuskan fenomena kopi Radix yang sudah dikenali ramai di kalangan masyarakat

Senarai jadual program PKLP di lokasi lain boleh dilihat DISINI (klik)


klik-beli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. HPA Cawangan Sri Gombak Berpindah Ke Batu Caves
  2. Program PKLP: 26 Okt di Kedah, 29 Okt di Melaka
  3. 19 Nov: Program PKLP Di UTHM, Johor
  4. 26 Nov: Program PKLP Di Ipoh, Perak
  5. Program PKLP Januari 2012

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


PERANG CERAMAH MALAM TADI <b>DI BATU CAVES</b>

Posted: 07 May 2012 05:29 PM PDT

CERAMAH BN LAWAN PAKATAN RAKYAT

Malam tadi berlangsungnya  dua  ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional  dengan Pakatan Rakyat. Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai  dan Ceramah PR  di Kg Baru Batu Caves. BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang). Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang lagi.




Ternyata UMNO / BN cuba mensabotaj ceramah Pakatan Rakyat.  Hasilnya.....cuba  anda nilaikan gambar-gambar di atas. Jelas berbeza sambutan rakyat. Najib mesti tambah gelabah tengok gambar-gambar ini.

ads