Rabu, 11 April 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


KRT <b>TELOK DATOK</b>: SRS <b>Telok Datok</b> dihargai.

Posted: 25 Mar 2012 11:51 PM PDT

Bertempat di IPD Kuala Langat.sempena sambuatan Hari Polis yang ke 205 tahun,Ketua Polis Dearah Kuala Langat telah berkenan menganugerahkan Sijil Penghargaan kepada pihak SRS Telok Datok,yang selama ini sedikit sebanyak telah membantu pihak berkuasa menurunkan indeks kadar jenayah.Bagi pihak SRS,jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak IPD Kuala Langat yang telah menganugerahkan sijil berkenaan,dan kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis kepada seluruh warga PDRM.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Makan malam <b>di</b> Rest House <b>Kuala Kubu</b> Bharu « Kamaluddin&#39;s <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2012 05:50 AM PDT

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Pusat Siber <b>Di Semenyih</b> Membimbangkan Penduduk

Posted: 26 Mar 2012 09:13 PM PDT

SEMENYIH, 27 MAC : Kewujudan pusat siber dan permainan video termasuk snuker yang dipercayai beroperasi tanpa lesen kini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih di sini khususnya di kawasan bandar.

Ketua Biro Publisiti Dun Semenyih, Wan Zahari Majid berkata, pihaknya menyedari masalah itu berikutan rungutan orang ramai yang sering memberikan respon mengenainya dan berharap perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, bagi membendung masalah itu, pihaknya sering mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi premis perniagaan itu kerana ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

"Kita sering mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai khususnya golongan muda supaya menjauhi premis perniagaan seperti itu kerana ia tidak membawa kebaikan dalam kehidupan. Malah ia lebih banyak membawa keburukan termasuk masalah sosial di dalam kehidupan masyarakat.

"Gejala ini perlu dibendung segera kerana apa yang kita lihat pusat dipercayai beroperasi tanpa lesen ini masih banyak terdapat di kawasan ini khususnya di bandar," katanya.

Wan Zahari berkata, Pusat Khidmat Dun Semenyih memberi perhatian di dalam perkara ini dan pihaknya membuat pemantauan berterusan mengenainya.

Beliau berkata, setakat ini penerangan kepada orang ramai giat dilakukan di kawasan penempatan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar.

Tambahnya, sesi motivasi juga diadakan bagi memberi kesedaran khususnya kepada golongan muda supaya tidak mengunjungi  pusat siber dan permainan video tanpa lesen itu.

"Kita sering mengingatkan orang ramai supaya memilih premis berlesen yang sah dan mengunjungi premis tersebut dengan tujuan yang baik serta berfaedah.

"Masalah premis tanpa lesen ini sewajarnya mendapat perhatian pihak berkuasa bagi menanganinya segera. Ia banyak membawa kesan negatif di dalam kehidupan masyarakat kerana ia membuang masa dan melekakan," katanya.

Sementara itu Penolong Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung, Ariffin Mohammad menjelaskan perkara itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk di kawasan ini.

Menurutnya, diharapkan masalah itu diatasi segera dan dapat dikawal supaya bilangannya tidak bertambah pada masa akan datang.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


HAPUS PTPTN?? - KERAJAAN <b>NEGERI SELANGOR</b>/KEDAH BERI <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 03:06 PM PDT


Pakatan pembangkang dicabar melaksanakan pendidikan secara percuma di peringkat institusi pengajian tinggi di negeri yang ditadbir mereka sebelum mendesak kerajaan Persekutuan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai halangan untuk melaksanakan dasar itu di tiga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri bawah pentadbiran mereka.

Menurutnya, antara tiga IPTS di negeri bawah pentadbiran pakatan pembangkang adalah Universiti Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kedah. -UM

.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


RUMAH MAWI <b>DI BANGI</b> GOLF RESORT DIROMPAK, MAWI DIIKAT

Posted: 26 Mar 2012 05:02 AM PDT

26/03/2012-07:45pm
Assalam
Nasib baik tak ada nyawa melayang, apapun pasti ada hikmahnya buat Mawi sekeluarga,bersabar yea!


______________________
Rumah Dimasuki Perompak, Mawi Diikat
 Isnin Mac 26, 2012 MYT 1:19:00 PM

 rumah mawi
Mawi bersama isternya Ekin di rumah mereka di Bangi Golf Resort.
Pic source: http://beautifulnara.com/gambar-rumah-mawi-dan-ekin/

PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora'Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora'Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.
"Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.
_______________________________(1)

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi dirompak

2012/03/26

PENYANYI Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani menceritakan pengalaman beliau dan ahli keluarganya diikat dan diacu parang ketika rumahnya di Bangi Golf Resort, dipecah masuk perompak, awal pagi tadi. 
KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.  
_____________________________End

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


AkU YaNTy: CAMPING <b>DI ULU YAM</b> WATERFALL Wit STACY <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 09:37 AM PST

[unable to retrieve full-text content]CAMPING DI ULU YAM WATERFALL Wit STACY & FAMILY & FRENZ 03.02.2012 - 05.02.2012. Posted by AbbYanTy at 9:37 AM. 0 comments: Post a Comment · Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom) ...

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


<b>Sungai Panjang</b> dan Besar <b>di</b> Kalimantan | Be What You Want To Be

Posted: 27 Mar 2012 05:57 AM PDT

1. Sungai Kapuas-Kalimantan (1.143 km)
Sungai Kapuas atau sungai batang Lawai (Laue) merupakan sungai yang berada di Kalimantan Barat. Sungai ini merupakan rumah dari lebih 300 jenis ikan. Belakangan ini sungai ini tercemar berat, akibat aktivitas penambangan emas di sungai ini. Walaupun telah mengalami pencemaran Sungai Kapuas tetap menjadi urat nadi bagi kehidupan masyarakat di sepanjang aliran sungai ini. Sebagai sarana transportasi yang murah, Sungai Kapuas dapat menghubungkan daerah satu ke daerah lain di wilayah Kalimantan Barat. Dan selain itu juga merupakan sumber mata pencaharian untuk menambah penghasilan keluarga dengan menjadi penangkap ikan.


2. Sungai Mahakam (920 km)
Mahakam merupakan nama sebuah sungai terbesar di provinsi Kalimantan Timur yang bermuara di Selat Makassar. Sungai dengan panjang sekitar 920 km ini melintasi wilayah Kabupaten Kutai Barat di bagian hulu, hingga Kabupaten Kutai Kartanegara dan Kota Samarinda di bagian hilir. Di sungai hidup spesies mamalia ikan air tawar yang terancam punah, yakni Pesut Mahakam.
Sungai Mahakam sejak dulu hingga saat ini memiliki peranan penting dalam kehidupan masyarakat di sekitarnya sebagai sumber air, potensi perikanan maupun sebagai prasarana transportasi.




3. Sungai Barito-Kalimantan (704 km)
Sungai Barito atau sungai Banjar Besar atau Sungai Banjarmasin adalah wilayah di sepanjang daerah aliran sungai (DAS) Barito. Nama Barito diambil berdasarkan nama daerah Barito yang berada di hulu termasuk wilayah provinsi Kalimantan Tengah, tetapi sering dipakai untuk menamakan seluruh daerah aliran sungai ini hingga ke muaranya pada Laut Jawa di Kalimantan Selatan yang dinamakan Muara Banjar/Kuala Banjar. Sungai Barito disebut juga Sungai Banjar (Banjar river) atau Sungai Cina (China river).

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Tenby Schools Ipoh buka kampus utama <b>di Meru</b> Raya – Perak Today

Posted: 01 Mar 2012 10:01 PM PST

Tenby Schools Ipoh, satu lagi mercu tanda pendidikan bertaraf antarabangsa yang bakal melonjakkan Perak sebagai negeri berteraskan ilmu pengetahuan, sekaligus meletakkan sektor pendidikan antara sumber ekonomi yang penting bagi negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata jenama Tenby yang bermula di Ipoh telah berkembang dan terkenal kerana mempunyai beberapa cawangan di serata negara termasuklah di Miri; Sarawak, Shah Alam dan Pulau Pinang.

"Jenama Tenby ini bermula di Perak dan ia telah mendapat sambutan baik dan kini mahu memperluaskan khidmat yang ditawarkan dengan membina sebuah kampus baru di Meru Raya.

"Dengan kemudahan yang ditawarkan, saya yakin Tenby Shools Ipoh ini akan menjadi satu lagi mercu tanda kepada sektor pendidikan negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah sekolah itu di Meru Raya, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Tenby Schools Ipoh, Datuk Lim Si Boon.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, SEGI University College juga akan membina kampus barunya tidak lama lagi tidak jauh dari Tenby Schools Ipoh.

"Kita harap dengan pembinaan kampus universiti itu nanti, ia dapat mengembangkan potensi dan kedudukan Perak sebagai negeri berteraskan ilmu pengetahuan.

"Selain itu, Quest International University Perak juga sedang menunggu kelulusan daripada kementerian berkaitan untuk membina kampus tetap di Gua Tempurung," katanya.

Terdahulu, dalam ucapanya, Zambry berkata, Tenby Schools Ipoh yang dijadual beroperasi pada 2013 mampu menawarkan pendidikan berkualiti berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran yang dimilikinya.

"Sekolah ini dapat memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang berkualiti dan mampu melahirkan golongan pelajar yang seimbang," katanya lagi.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Makan Mee Bandung Muar (<b>di Kajang</b>!) #tedadnan #bilang manyak <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 09:30 PM PST

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Kerja Baikpulih Kawasan Tanah Runtuh <b>Di Kajang</b> Bermula

Posted: 10 Apr 2012 09:25 PM PDT

KAJANG 11 APRIL : Bahagian Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sedang giat menjalankan kerja membaik pulih di kawasan tebing tanah runtuh berhampiran kawasan perumahan Taman Kantan Permai, Jalan Empat, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Kim Sin berkata kerja pemasangan besi cerucuk penahan itu yang dimulakan hari ini dijangka siap dalam tempoh empat hingga lima minggu lagi.

Katanya, berdasarkan pematauan MPKJ masalah itu boleh diatasi dengan pemasangan besi cerucuk penahan di sepanjang kawasan tebing runtuhan itu.

"MPKJ juga akan memperbaiki permukaan tanah dan longkang di sekitar rumah terbabit serta tembok bagi mengukuhkan struktur tanah," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang dua hari lalu, lereng bukit bersebelahan rumah sederet itu runtuh dipercayai berpunca daripada hujan lebat sejak tiga hari sebelumnya.

Berikutan kejadian itu, dua keluarga diarahkan mengosongkan rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata perumahan itu dibina pada 1994 dan kurang mendapat perhatian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Sebelum tahun 2008, banyak aduan yang dilaporkan mangsa kepada PBT berkaitan hakisan dan keretakan bahagian lantai dan dinding rumah, bagaimanapun tiada maklum balas dari PBT.

"Jadi penduduk menjalankan inisiatif sendiri dengan meletakkan batu dan tanah untuk mengelakkan tanah mendap dan merekah dari terus berlaku," katanya.

ads