Khamis, 9 Ogos 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Wang Palsu <b>di</b> Kempen Permatang Pasir « Dewan Pemuda PAS <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2009 09:44 AM PDT

Sebenarnya, perkara ini bukanlah pertama kali didengar. Sebelum ini, pada PRU12 2008, berita yang hampir sama turut tersebar, di mana wang RM50 palsu turut diagih-agihkan. Ada suara-suara sumbang mengatakan yang pihak tertentu yang diberikan peruntukan untuk pilihanraya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk mencetak wang palsu, yang tentunya lebih murah. Dengan itu, segala lebihan dapat masuk kocek sendiri. Wallahua'lam

Hayati berita di bawah dari Malaysiakini/ Bernama

Wang palsu RM100 untuk undi BN

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA

Bergambar <b>Di Teluk</b> Likas.......................... - About me....

Posted: 06 Jan 2009 12:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Bergambar Di Teluk Likas.......................... Dicatat oleh milia di 12:18 AM. Label: parti last day bersama-sama dengan pelatih tahap 2 2008 sesi 2 ... Rumah Dato Siti Nurhaliza Dan Dato Seri K di Buki... ▻ Jan 18 (4) ...

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Lelaki Mati Ditembak <b>Di Sg</b>. <b>Buloh</b> Country Resort | MyNewsHub

Posted: 23 Jul 2012 03:02 AM PDT

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, polis mengenalpasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak.

Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tembak Teman Baru Bekas Kekasih Kerana Cemburu

Budak Mangsa Tembakan Dibenar Keluar Hospital

Ditembak Kerana Lambat Pesan Makanan

Ditembak Mati Selepas Larikan Kereta Peronda

3 Perompak Pecah Masuk Rumah Mati Ditembak

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Shafie Nor: Lelaki mati ditembak <b>di Sungai Buloh</b> Country Resort

Posted: 23 Jul 2012 03:28 AM PDT

KUALA SELANGOR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini, hari ini. 
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada jam 7.30 pagi. 
Beliau berkata, polis mengenalpasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak. 
Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. 
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Raja <b>di Petaling Jaya</b>! - Selangorlicious

Posted: 30 Jul 2012 06:15 PM PDT

Sebelum datang ke gerai DurianSS2.com saya telah mencuba pelbagai gerai durian disekitar Petaling Jaya. Hasilnya, gerai DurianSS2.com menjadi pilihan utama saya.

Di sini kita dihidangkan dengan pilihan durian dari baka yang terbaik. Antaranya Mas Pahang, Mas Johor dan Raja Kunyit. Kebetulan Jun sehingga Ogos adalah musim durian bagi semenanjung Malaysia, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menjamu raja kepada segala buah ini.

Sebelum itu sedikit panduan bagi memilih durian yang terbaik. Pertama, perhatikan tangkainya. Pastikannya sempurna dan tidah pecah atau ada kesan ditakik. Ini kerana ada pengusaha durian yang mengait durian yang belum masak dan memeramnya dengan karbaid (carbide). Tetapi durian karbaid ini rasanya kelat, dan isinya agak keras. Ya lah, durian tidak masak secara semulajadi.

Pengalaman saya sendiri di gerai-gerai lain sekitar SS 2, ada yang menjual durian karbaid(kita dapat lihat di mana longgokan durian yang telah dikopek dibuang kerana masih belum benar-benar masak).

Kedua, lihat permukaan kulit. Pastikan tiada lubang ulat dan rekahan di bontotnya. Durian yang merekah, adalah durian yang sudah lama gugur. Bila sudah tidak segar, isi durian biasanya berair, rasa terlalu manis bercampur sedikit masam. Durian ini hanya sesuai dibuat tempoyak sahaja bagi saya.

Setelah melihat secara fizikal, hidu pula permukaannya. Pastikan baunya tidak terlalu kuat. Jika terlalu kuat, tandanya durian itu dah lama gugur. Kalau tidak berbau pula, durian ini belum masak dan keras. Pastikan juga tiada bau karbaid!

Langkah terakhir, goncang. Pastikan ada sedikit rasa hentakan di dalam. Jika tidak ada langsung, durian itu sudah lama gugur. Kalau rasa hentakan terlalu kuat pula, tandanya isinya keras, dan durian itu tak masak.

Inilah indahnya durian – yang terbaik adalah yang secukup rasa.

Pilihan durian di DurianSS2.com menepati semua ciri durian yang terbaik. Bila dibelah, walla! Memang seperti yang saya bayangkan. Isi tebal, rasanya pula melangkawi jangkaan saya. Untuk RM18 sekilo, memang berbaloi!

Layanan peniaga yang ramah, kemas beruniform menambah keselesaan. Air kosong juga disediakan percuma bagi membasahkan tekak.

Suasana gerai juga sangat ceria, saya percaya gerai durian adalah gerai yang paling ceria pernah saya pergi. Ini kerana pengunjungnya mempunyai cinta yang sama terhadap durian. Lokasi DurianSS2.com di simpang tiga memudahkan ia untuk dicari.

Setelah habis tiga biji durian yang besar-besar, kami pesan pula air kelapa muda. Sungguh menyegarkan!

Pengalaman makan durian di gerai DurianSS2.com ini membolehkan saya (a self-proclaimed durian connoisseur)membuat kesimpulan yang inilah tempat yang akan saya tuju setiap kali gelora ghairah durian datang memuncak. Kerana saya tahu, saya tidak akan dikecewakan.

11215

Rate this post:

Thanks!

An error occurred!

Tags:

ads