Akhirnya dapat jugak qaseh update tentang percutian kali ini , GOLD COAST
australia MORIB , first bagitahu kakak nak prgi brcuti 3 hari 2 malam , lepas tu dia jawab australia ke weh ! haaa macam la adikmu ni banyak sgt duit nak pegi sana , kah kah gelakkan diri sendiri ..tak tahu la motif menyindir ke apa ahaks yang penting daku nak main air dan menyelam sambil minum air hingga kenyangg ~ blurb blurb , al kisahnya , ni semua angkara abg lan duk wasap-wasap dalam group katanya
STREETDEAL[klik] tgh promosikan kupon ! hah apa lagi dengan mata yg terbuntang terus tgk web dia , hanya
RM168 dari harga
RM584 utk dua org pd hari biasa ~ perghh terus rancang dengan mata yg masih terbuntang bersama 3 blogger cun , kaksue , mieyza dan yanty ..
terbalik bijik mata pusing2 360 darjah tengok gambar ni , bila dah terjun lagi biol dah jadinya qaseh ni , terbaik !! yg gelongsor ada payung tu kami tak dpt naik sebab tak pakai swim suit .. yg lain ok je , main smpai lebam
Oh ye , bila beli pakej RM168 ni kami dapat breakfast free dan water theme park ni pun free , jom tengok bilik depa pulak ,boleh berjakuzi u olss gitu , syok berendam mcm badak ! so kami berempat , dapat la dua bilik , qaseh tido dengan kaksue , yanty pulak dengan mieyza .. erm waktu ni memang kurang sihat badan sebab demam , tapi jakuzi dan berenang tetap jalan !
bilik ni sangat sesuai bagi suami isteri sebab pintu ni boleh bukak dan bilik air kaca , hari tu nak mandi pun tak berapa selamat , rasa berdebar - debar je bila kak sue main acah-acah nak buka pintu ! grrr ~ tak rela u ! lepastu masa kaksue nak mandi qaseh pulak acah2 buka pintu , kah kah ! rasakan ~ suwit boleh main kuci-kuci ahhh
klik read more untuk cerita seterusnya
then kami pun bersiap bertukar menjadi memerang , nak bagitahu satu rahsia bahawasanya qaseh tak pandai berenang , tapi bila masuk kolam kat Gold Coast Morib tetiba qaseh pandai berenang , baik korang datang sini ,haa its miracle ,cewahh sebenarnya di ajar oleh cikgu sueizza dan yanty .. kih kih
padan muka kat kanak-kanak belakang kena beratur , sila hormat orang yg lebih dewasa ye ..
padan muka lagi kat kanak-kanak yang tak boleh main masa ni , ahaks ! ni namanya kakak-kakak terencat air tambah jakun ~ sabo je la
Bagi qaseh tempat ni memang best , suasana meriah , yang jaga Taman Tema pun peramah , ehem-ehem nak ngorat mieza lettew ,dan dekat sangat dengan PANTAI MORIB , suka lepak kat pantai tu rasa tenang je , rasa angin menderu , rasa air yang beralun lembut .. wahh rindunyaaa , then kami pun lepak la dekat PANTAI MORIB , selfie , berangan , gelak ketawa dengan diorang ni memang qaseh akan ingat smpai bila-bila.. hilang stress dan segala masalah ..
manis senyum kaksue ,ibarat model COLGATE ,sebab tu abg eddy syg ! opsss ~
mieyza yang suka golek-golek tepi kolam hinggakan makcik kat situ terkejut terus reject jadi menantu pilihan ! kah kah , mek serba serbi ..
yanty - model majalah remaja tahun 2007 , tengok gaya pose pun da mcm model ahaks !
qaseh bakal model majalah remaja tahun 2020 , tunggu ! harap masih belum kerepot .. sign kontrak dah ..
suasana di tepi PANTAI MORIB , tunggu sunset kat sini tapi tak nampak sangat , kami lepak smpai senja then siap-siap , malam tu keluar makan ikan bakar dan kerang kat DATARAN MORIB , yummi then balik berjakuzi 4 orang sekali dalam tu sampai pukul 2 pagi , haha borak-borak sampai kecut ! dan tido menanti hari esok yang masih ada ..
pagi-pagi kami keluar , kononnya nak tengok SUNRISE tapi RISE je mampu , keluar cari makan kat Dataran Morib again , lepak santai kat sini , ber photoshoot ala-ala model kak limah balik kg , makan aiskrim tapi xde rezeki kami bila ada kera datang , sumpah sangat takut jika beliau-beliau menggigit kami yang ayu berdress bagai .. agak-agak kalau qaseh kejar kera tu , kera tu akan kejar qaseh balik tak , then qaseh kejar balik smpai koma , huwaaa tapi xpelah takde rezeki , ambil la aiskrim tuh ! puas hati kau wahai kera !!kah kah peseng tak boleh trima hakikat ..then kami lepak kat surau menuju ke PANTAI KELANANG ..
Subhanallah sunset yang sangat indah kat sini , alhamdulillah hujan rintik-rintik je , memang berharap sangat nak tengok sunset , sebab kat PANTAI MORIB tak berapa nampak ,perghh syukur dapat jugak melihat ciptaan indah Tuhan ..
Alhamdulillah 3 hari dua malam yang tidak cukup buat kami , tapi dah mencipta memori yang indah di sini , in shaa Allah ada masa , umur panjang kita bertemu lagi , bertemu di persimpangan senja yang indah .. tq atas rancangan kalian dengan izinNYA , nanti nak bercuti ajak la lagi , ahaks !!
tq guys for everything , tq kaksue buatkan air milo panas yang penuh dengan kasih sayang buat budak demam ni .. ahaks .. syg semua muah muah leb leb skit . tq jugak kat KERA sebab rampas aiskrim dari kami , harap KERA baca , kah kah .. bye u ols ~
jangan lupa datang sini yawwwww !!!