Jumaat, 8 November 2013

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search

Industri eko-pelancongan bakal jadikan Kuala Kubu Baru tumpuan ...

Posted: 20 Oct 2013 06:11 PM PDT

HULU SELANGOR, 21 OKTOBER: Masyarakat Kuala Kubu Baru (KKB) bakal menikmati limpahan ekonomi berterusan apabila kawasan mereka dinaikkan taraf sebagai kawasan eko-pelancongan yang baru di negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong, berkata dengan meninggalkan banyak tapak tinggalan sejarah dan keindahan alam semulajadi, KKB mampu menjadi daya tarikan pelancongan di negeri itu.

"Saya mengambil contoh misalnya kita akan senaraikan Taman Millineum sebagai kawasan warisan kerana di situ terletaknya bandar lama KKB yang pernah tenggelam akibat empangan pecah.

"Kita juga akan memulihara semula bangunan tinggalan sebelum perang dunia kedua lagi yang dibina seawal tahun 1930an. Ini semua merupakan daya tarikan di KKB," ujar beliau.

Selain itu, Kee Hiong berkata, pihaknya sedang giat memperkenalkan kawasan Bukit Kutu yang mempunyai sejarah peninggalan penjajah British dan sedang dalam usaha menjejak landasan keretapi lama yang masih tersembunyi dan menjadi penghubung ke stesen KTM Kuala Kubu Road selain menggiatkan lagi usaha mempromosi aktiviti sukan water rafting.

"Sepertimana alam semulajadi, tinggalan sejarah di KKB merupakan satu warisan yang harus kita pelihara," ujar beliau.

Katanya, pelbagai perancangan untuk menaik taraf KKB sebagai kawasan eko-pelancongan dilakukan dengan teliti dan sebahagiannya sedang dalam proses pelaksanaan yang akan melalui beberapa peringkat dalam tempoh lima tahun dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Kita mahu jadikan KKb sebagai pusat tumpuan pelancongan dalam dan luar negara," katanya lagi.-Roketkini.com

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search

Jeruk Pak Ali Jaya Jusco Bukit Raja, Klang, Selangor sudah dibuka ...

Posted: 08 Oct 2013 11:01 PM PDT

Cari signboard Jeruk Family (Inilah Jeruk Pak Ali)
Pelbagai Pilihan  Jeruk Mai Beli

Kiosk terbaru akan dibuka di Jaya Jusco Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor. Nantikan kedatangan Jeruk Madu Pak Ali di Jaya Jusco, Bukit Raja, Klang.

Mai Pekena Jeruk Pak Ali di Jaya Jusco Bukit Raja.

Kiosk Jeruk Madu Penang Pak Ali telah di buka dengan rasminya. Sila datang untuk merasai keenakan Jeruk Pak Ali ini yang di bawa khas dari Pulau Pinang.

Jeruk ini boleh dibeli di bahagian dalam pasaraya Jaya Jusco Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor. Mai cari.

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search

Cik Bulat: Pengalaman di Sungai Tekala, Semenyih

Posted: 20 Sep 2013 11:37 PM PDT

Terakhir kali aku mandi di sungai masa habis tingkatan lima, itu pun sebab ikut rombongan kawasan perumahan di Jeram, Kuala Selangor. Rasa teringin nak mandi sungai tu dah lama aku simpan sejak habis sekolah, masuk kolej dan semalam adalah saat yang indah. Hehe.
Orang lain berhibur selepas final exam, aku dengan classmate memang gemar berhibur sebelum final exam sebab habis je final exam, masing-masing dah sibuk nak balik bercuti ke rumah masing-masing. Heh, jadi semalam terlaksana sudah hajat nak bermandi-manda di sungai.
Pada mulanya kami nak pergi Sungai Gabai. Sungai Gabai ni masuk dalam lagi dari Sungai Tekala, kiranya memang akan jumpa Hutan Rekreasi Sungai Tekala dulu dari Sungai Gabai, tapi rezeki kami bukan di situ. Sungai Gabai ditutup kerana ada tanah runtuh. Nak tak nak, kami patah balik dan terus ke Sungai Tekala.
Nevermind. Still eksaited ! ^_^
Perjalanan menuju ke sungai yang lebih dalam adalah dengan menaiki tangga yang boleh mengeluarkan rembesan peluh yang tak terkata, penatnya ! Dah lama tak mendaki tempat tinggi-tinggi macam ni T______T
Tapi kepenatan tu hilang bila nampak air terjun yang menggoda, rasa nak terjun tiruk tapi mujur masih ingat jantina sebagai perempuan. Hahaha :p
Ya Allah, nikmatnya mandi sungai.. Subhanallah! T__________T
Lepak tempat cetek dulu demi menemani Iera yang sopan ni. wwkwkwkw..
Okay, acara rendam tubuh. Gaduh dalam air, rebut bergambar bermula.. :D
Mujur tempat yang kami pilih tak ada orang, kami sampai orang nak balik. Lagi-lagi golongan lelaki, al-maklumlah.. Pergi hari Jumaat, kaum lelaki pun nak kena sibuk menyiapkan diri untuk Solat Jumaat. Asal nampak lelaki lalu-lalang, otomatik semua duduk diam. Terendam elok. Zzzz..
Mandi sungai, badan aku asyik tak stabil je. Banyak kali juga pegang baju kawan untuk stabil. HAHAHAHA. Lama sangat tak mandi sungai sampai tak tahu macam mana nak duduk diam-diam dalam sungai. Dah la kepala asyik kena tenggelam, minum air sungai banyak kali. Ai iz kena bully. Blerfghh! Tobat taknak menakal lagi untuk akan datang. heeee :p
Marilah kita bergambar di pintu masuk sebelum meninggalkan kawasan perairan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar cuma sekali-sekala aku diuji dengan pelbagai cara. Tapi semuanya selesai dengan baik. Lepas ni kalau ada rezeki, nak pergi Sungai Gabai pula. Bawa pelampung agar tak tenggelam. HIKS.

12 di ampang - Google Blog Search

di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search

VIDEO: Lawatan Mengejut Pemain Barcelona, Neymar Ke Rumah ...

Posted: 05 Nov 2013 08:42 PM PST

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa pemain terkenal Bacelona, Neymar, telah membuat kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang ketika berkunjung ke Malaysia kira-kira tiga bulan lalu.

Muhammad Syafiq Salmi menerima lawatan mengejut  Neymar, pada hari Hari Raya kedua.

Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia.

Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos.

"Saya berada di dalam bilik sambil berfikir-fikir apabila saya melihat tiga buah van. Tidak sekali-kali dalam impian saya terfikir ia adalah Neymar!" kata Syafiq.

"Dia datang dan berkata, 'Di mana Syafiq?' Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Saya telah melihat beliau di TV dan kini, di sini Neymar berada di rumah saya! Ia sukar dipercayai! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut."

neymar

Syafiq, yang mempunyai impian mewakili Harimau Malaya satu hari nanti, kemudian menaiki van dengan Neymar dan mereka menuju ke VI.

Kedua-dua menghabiskan masa bercakap tentang keluarga Neymar, hobi dan juga saiz kasut beliau. "Dia memakai saiz 8 ½!," kata Syafiq.

Dia menyifatkan pemain dari Brazil itu sebagai "merendah diri dan mesra", sambil menambah adalah menyeronokkan walau hanya bercakap dengannya.

"Dia juga memberitahu saya perkara penting dalam menggelecek dan 'finishing'," kata Syafiq, yang mengetuai Kelab Bolasepak Remaja Bersatu dan membawa tiga gelaran 1Malaysia Cardiff City pada tahun 2010, 2011 dan 2012 serta membawa VI untuk Kejohanan MSSKL tahun ini.

Apabila Neymar bertanya kepada Syafiq apa yang paling ditakutinya, anak muda itu menjawab 'menghadapi saiz lawan yang lebih besar'.

doc6bbc30wt1qu5ie1haht

"Kemudian dia memberitahu saya, 'Lihatlah saya, saya tidak begitu besar, tetapi saya tidak takut untuk bermain permainan saya sendiri, gaya saya sendiri'. Dia juga memberitahu saya untuk berusaha keras untuk merealisasikan impian saya untuk mewakili Malaysia. "

VIDEO: Lawatan Mengejut Pemain Barcelona, Neymar Ke Rumah Peminatnya Di Ampanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/image1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/image1-150x150.jpgMyNewsHub mySukanUtama

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa pemain terkenal Bacelona, Neymar, telah membuat kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang ketika berkunjung ke Malaysia kira-kira tiga bulan lalu. Muhammad Syafiq Salmi menerima lawatan mengejut  Neymar, pada hari Hari Raya kedua. Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan...

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa pemain terkenal Bacelona, Neymar, telah membuat kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang ketika berkunjung ke Malaysia kira-kira tiga bulan lalu. Muhammad Syafiq Salmi menerima lawatan mengejut  Neymar, pada hari Hari Raya kedua. Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia. Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos. "Saya berada di dalam bilik sambil berfikir-fikir apabila saya melihat tiga buah van. Tidak sekali-kali dalam impian saya terfikir ia adalah Neymar!" kata Syafiq. "Dia datang dan berkata, 'Di mana Syafiq?' Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Saya telah melihat beliau di TV dan kini, di sini Neymar berada di rumah saya! Ia sukar dipercayai! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut."

Syafiq, yang mempunyai impian mewakili Harimau Malaya satu hari nanti, kemudian menaiki van dengan Neymar dan mereka menuju ke VI. Kedua-dua menghabiskan masa bercakap tentang keluarga Neymar, hobi dan juga saiz kasut beliau. "Dia memakai saiz 8 ½!," kata Syafiq. Dia menyifatkan pemain dari Brazil itu sebagai "merendah diri dan mesra", sambil menambah adalah menyeronokkan walau hanya bercakap dengannya. "Dia juga memberitahu saya perkara penting dalam menggelecek dan 'finishing'," kata Syafiq, yang mengetuai Kelab Bolasepak Remaja Bersatu dan membawa tiga gelaran 1Malaysia Cardiff City pada tahun 2010, 2011 dan 2012 serta membawa VI untuk Kejohanan MSSKL tahun ini. Apabila Neymar bertanya kepada Syafiq apa yang paling ditakutinya, anak muda itu menjawab 'menghadapi saiz lawan yang lebih besar'.

"Kemudian dia memberitahu saya, 'Lihatlah saya, saya tidak begitu besar, tetapi saya tidak takut untuk bermain permainan saya sendiri, gaya saya sendiri'. Dia juga memberitahu saya untuk berusaha keras untuk merealisasikan impian saya untuk mewakili Malaysia. "

Post by bazookapenaka.com.

Pejabat Urusan Selangor Kini, Communication Corporation Sdn Bhd. Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.
Tel : 03-5523 4856   Faks : 03-5523 5856   Emel: newsselangorkini@gmail.com

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search

Punca Kes Tembak Di Bandar Meru Raya Ipoh 10 Oktober 2013 ...

Posted: 10 Oct 2013 01:43 AM PDT

Punca kes tembak menembak di Bandar Meru Raya, Jelapang Ipoh pada 10 Oktober 2013. Tiga penjenayah disahkan maut selepas berbalas tembakan dengan pihak polis pada 11.00 pagi. Manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri dan kini menjadi buruan pihak berkuasa. Sekumpulan penjenayah yang bersenjatakan pistol merupakan sebab utama insiden itu diakhiri dengan pertumpahan darah. Sekumpulan penjenayah terbabit dikatakan cuba melarikan diri dari pihak polis setelah merompak sebuah kedai emas di Bandar Meru Raya.

tembak di bandar meru jaya1

Laporan Kes Tembak Di Bandar Meru Raya Ipoh 10 Oktober 2013

Tiga perompak ditembak mati dihadapan Tanah Perkuburan Islam Meru Raya setelah cubaan mereka melarikan diri setelah merompak sebuah kedai emas di Bandar Meru Raya. Manakala seorang penjenayah berjaya meloloskan diri dari Proton Waja yang digunakan untuk merompak manakala tiga yang lain mati ditempat kejadian. Polis sedang giat memburu seorang lagi penjenayah yang terbabit. Difahamkan penjenayah tersebut merompak sebuah kedai emas di hadapan Mydin jelapang kira-kira pukul 10.40 pagi tadi sebelum berjaya ditembak 2 kilometer daripada kedai yang dirompak.

tembak di bandar meru jaya2

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search

.: Keadaan di Sungai Limau tidak sehangat stadium Shah Alam

Posted: 03 Nov 2013 07:48 AM PST

TINJAU SG LIMAU

Memasuki ke Sungai Limau dari simpang Gurun menerusi Guar Chempedak kita akan dihadangi dek satu pemandangan indah gunung Jerai (yang setinggi 968 meter daripada paras laut) yang terlentang tenang dikelilingi lautan sawah menghijau di sekitirannya. Setiap sudut pemandangannya akan menarik perhatian kita dan mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak bagi kita anak kampung. Mungkin anak orang bandar atau bangsawan keindahan itu tidak memberi apa-apa nilai dan erti buat mereka.

Ketibaan saya menjelang senja ke Sungai Limau itu menambahkan lagi keindahan di persekitarannya. Saat senja ingin memberi ruang kepada malam menjadikan bajaran itu kesayuan. Keadaan ini membawa satu pentafsiran yang mengesankan jiwa saya.

Hijauan anak-anak padi memberi satu kedamaian semula jadi. Pemandangan bak dalam sebuah lukisan kanvas besar itu seakan meletakkan saya menjadi salah satu objek dalam lukisan. Indah, cantik dan damai. Terasanya ingin saya kekal bersama kedamaian itu tanpa diganggu apa-apa elemen kemanusiaan lain.

Ketenangan banjaran itu memberi gambaran begitulah juga ketenangan pilihan raya kecil DUN 20 Sungai Limau yang berlangsung esok, 4 November. Kalau tidak difokos kepada tujuan kemampiran kita ke situ, kita tidak akan terasa bahawa kawasan itu, rakyatnya sedang membuat pemilihan bagi mencari pengganti kepada wakil mereka yang telah tiada, Allahyarham Azizan Razak.

Dan entah kenapa tatkala saya memandang sebuah parit yang membelah sawah hati menjadi sayu. Tiba-tiba terdengar sapaan; "hang apa habak Sayuti?" Sapaan itulah bila setiap kali saya berjumpa dengan Allahyarham Azizan Razak.

Di Sungai Limau kini, dua parti Melayu sedang bertarung untuk meraih sokongan rakyat. Bahawa individu tertentu di Kedah, para pemuka parti sedang diuji kreadibiliti menerusi pilihan raya berkenaan. Pilihan raya itu bolehlah disifatkan sebagai ujian pertama buat Mahfuz Omar dan Mukhriz Mahathir di mana mereka berdua adalah ketua parti masing-masing, dan berkebetulan pula pilihan raya kecil Sungai Limau adalah ujian pertama buat mereka. Menang kalah pilihan raya itu sedikit sebanyak memberi kesan buat mereka.

Ketenangan ini sesungguhnya merujakan saya kerana suasana pilihan raya itu agak berbeza dengan pilihan kecil yang lain. Sepanjang jalan dari Titi Serong untuk ke Sungai Limau dan disepanjang jalan besar Sungai Limau, Dulang Kecil, Dulang Besar dan lain tidak banyak poster kedua parti yang dipasang. Tidak ada pertaruhan poster gila-gila di sini seperti mana berlaku dalam pilihan raya kecil lain. Keadaannya santai sahaja.

Gelagat manusianya juga demikian, tidak mengada-ngada. Dalam pemerhatian saya tidak ada sebuah kereta yang dipasang bendera parti pun ditemui seperti kebiasaanya. Tidak banyak kereta yang dibaluti dengan wajah calon atau lambang parti yang kadang kala cara pemasangannya boleh menganggu pemanduan dan melanggar peraturan JPJ.

Begitu juga bahan kempen terutamanya poster tidak banyak. Yang menyerlah ialah poster calon kedua-dua parti yang dipasang di jalan-jalan utama dalam bentuk dan saiz besar. Tidak ada banner yang tertulis dengan kata-kata kesat ataupun memalukan. Banner yang memuji dan mengingati Azizan Razak juga terdapat dimana ia seolah dipasang oleh kedua-dua pihak.

Gambaran ini memberi rasa pilihan raya kecil itu dingin dan dihadapi dengan seadanya saja oleh rakyat Sungai Limau. Ada beberapa sebab yang dikutip kenapa berlaku demikian. Antaranya pilihan raya itu tidak memberi apa-apa signifiken besar. Ia tidak mendesak rakyat untuk melakukan lebih dari membuang undi sebagai satu kewajiban demokrasi. Tidak perlu kepada pergaduhan dan pertengkaran hanya untuk mengganti Allahyarham Azizan Razak sebagai wakil mereka.

Sebab itu saya merasakan peratus yang keluar mengundi pada 4 November nanti menurun berbanding dengan peratusan pengundian semasa pilihan raya kecil lalu sebanyak 89.4%. Dijangka peratusan keluar mengundi kali ini sekitar 80% sahaja. Sebaliknya kalau peratusan keluar mengundi tinggi hingga mencecah 95% mungkin sesuatu tidak kena sudah berlaku. Saya tidak mahu menghuraikan apa yang tidak kena itu tetapi mungkin ia akan dijelaskan oleh pihak yang bertanding.

Ketenangan atau kesengajaan pilihan raya itu juga ditambahi dengan sikap dan budaya orang Kedah dalam berpolitik. Kesibukan mereka untuk mencari nafkah hidup sebagai petani dan nelayan menyebabkan mereka pandang acuh tidak acuh saja. Lagipun mungkin mereka merasakan sudah sampai masanya untuk tidak begitu gilakan berpilihan raya. Sejarah dan peristiwa sebelum ini di mana kerana terlalu ghairah kepada parti, namun ia tidak banyak mengubah nasib mereka menyebabkan mereka tidak perlu terlebih ghairah. Mungkin mereka sudah mangli dengan janji-janji dan retorik pilihan raya.

Boleh jadi juga beberapa peristiwa berdarah yang berlaku semasa pilihan raya atau disebabkan emosi politik berlebihan yang pernah berlaku di negeri itu menjadikan mereka insaf dan berwaspada. Kejadian semasa pilihan raya kecil Lubuk Merbau satu masa dulu yang meragut satu nyawa atau peristiwa Memali 1985 yang meragut 14 nyawa mungkin memberi pengajaran dan kesan kenapa mereka harus tidak perlu 'dering' dalam berpilihan raya.

Sumbatan berbagai janji dan retorik politik yang mereka lalui selama ini juga mengajarkan mereka. Orang politik hanya berjanji untuk mengubah nasib mereka, tetapi yang terubah tidak sampai suku daripada apa dijanjikan. Mungkin juga mereka sudah menjadikan syarahan pilihan raya itu sebagai lawak politik yang tidak lebih daripada sebuah hiburan sahaja bagi menghilangkan kepenatan kerana seharian bersawah.

Sikap dan budaya ditunjukkan orang Sungai Limau khasnya dan orang Kedah amnya sesuatu yang baik dan boleh ditirukan. Ia boleh dijadikan modul baru. Mungkin orang politik ekstrem tidak menyukainya tetapi sebagai rakyat yang mahukan kesedarhanaan dan tidak menjadi hamba kepada nafsu politik sikap dan budaya sedarhana itu adalah baik.

Keadaan itulah menyebabkan tidak banyak syptom atau indikator dilihat untuk meramalkan parti mana yang menang. Cuma apa yang boleh dilakukan kini memerhati apa yang ada di atas kertas saja serta menilai dakwaan-dakwaan kedua-dua pemimpin mengenai harapan mereka.

Di atas kertas Pas dilihat akan menang. Pemimpin mereka juga membuat andaian atau ramalan akan menang walaupun dengan majoriti menurun. Tetapi ramalan itu tidak kemas kerana terdapat juga arus bawahan yang bergerak menandakan ada peralihan pengundi kali ini. Slogan hijrah yang menjadi tag line kempen UBN katakan ada reaksi dari rakyat. Pertukaran kepimpinan Umno Kedah kepada anak Mahathir, Mukhriz membawa semangat baru kepada orang Kedah khasnya di kalangan anak-anak muda.

Menurut kajian dibuat oleh sebuah pengkaji bebas masih memberi peluang kepada Pas menguasai pilihan raya itu dengan kedudukan 50% hingga 55% saja. Angka ini sangat kecil perselisihan cuma 5%. Tidak mustahil kalau sesuatu dramatik berlaku menyebabkan angka ini akan bertukar sebaliknya. Sama ada Pas atau UBN menang dijangka majoritinya tidak akan melebihi 500 undi. Angka itu juga adalah sasaran pemimpin Pas.

Sehingga kini dipihak UBN tidak membuat apa-apa ramalan mengenai peluang mereka. Seorang pemimpin Umno ketika dihubungi hanya mengatakan ada peluang dan insya-Allah. Mungkin mereka menyedari majoriti besar diperolehi Pas menerusi Azizan Razak lalu sebanyak 2,774 undi sukar untuk mereka tempohi. Selalunya di dalam pilihan raya kecil pihak parti kerajaan akan berjaya mempertahankan kerusi mereka dan merampas kerusi pembangkang. Perlu diingat dalam konteks Kedah Pas adalah pembangkang.

Yang jelas UBN ada sedikit kelebihan di kalangan pengundi saluran 1 dan 2. Diyakini pengundi Melayu
berusia 55 tahun ke atas banyak berubah kerana termakan dengan isu-isu dimainkan UBN seperti isu kerjasama dengan DAP, kalimah Allah dan juga kononnya Pas sudah lari dari perjuangan asal. Tetapi Pas juga ada kelebihan dari sokongan orang Cina. Walaupun ada pengundi Cina yang beralih angin tetapi dipercayai tidak sampai 20%.

Bagaimana pun situasi kini tidak bermakna Pas harus merasa lega dan menganggap kemenangan dalam tangan mereka. Banyak pengajaran masa lampau boleh diambil. Semangat, kehadiran ramai diceramah atau majlis Pas tidak mengesahkan kemenangan. Sokongan zahir itu tidak membawa erti kepada peti undi. Sogokan wang yang dilakukan pada saat-saat akhir 24 jam mengubah segala haluan. Iman pengundi akan tergugat dengan sumbatan wang dan tawaran kebendaan lain.

Saya ingin menitikkan nokhtah catatan ini dengan mengatakan keadaan di Sungai Limau tidak sehangat apa yang akan berlaku di stadium Shah Alam malam nanti. [wm.kl.12:03 am 03/11/13]

12 di pandamaran - Google Blog Search

di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search

P.Klang, Pandamaran Sasaran Tauke Judi Haram - MyNewsHub

Posted: 12 Sep 2013 05:39 PM PDT

PELABUHAN KLANG -  Kawasan Pelabuhan Klang dan Pandamaran di Klang, Selangor menjadi tumpuan pengusaha pusat snooker dan judi siber haram menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, situasi itu berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap pusat snooker dan judi siber di situ.

"Kawasan sekitar Pelabuhan Klang dan Pandamaran sememangnya menjadi tumpuan pemilik hiburan sama ada pusat snooker dan judi siber secara haram.

"Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi daripada pekerja warga asing dan penduduk tempatan," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Andry Arman memberi jaminan MPK akan memperhebatkan risikan dan tindakan bagi menangani kegiatan tidak bermoral tersebut.

Tegas beliau, pemilik pusat snooker dan judi siber haram akan dibanteras habis-habisan dalam usaha MPK membersihkan kegiatan yang boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat itu.

Terbaharu, katanya, MPK menyerbu sebuah pusat snooker yang beroperasi secara haram di sini dalam satu operasi baru-baru ini.

Menurutnya, pusat snooker itu turut dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian berasaskan pusat siber yang menawarkan ganjaran menarik buat pelanggan.

Beliau turut mendedahkan taktik premis tersebut menyediakan pintu rahsia kepada pelanggan bagi membolehkan mereka berjudi.

"MPK merampas sebanyak 68 set komputer dan 25 set bola snooker daripada premis ini.

"Tindakan diambil di bawah  Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001) kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen," katanya.

P.Klang, Pandamaran Sasaran Tauke Judi Haramhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/Pelabuhan-Klang-Pandamaran-Sasaran-Tauke-Judi-Haram.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/Pelabuhan-Klang-Pandamaran-Sasaran-Tauke-Judi-Haram-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PELABUHAN KLANG -  Kawasan Pelabuhan Klang dan Pandamaran di Klang, Selangor menjadi tumpuan pengusaha pusat snooker dan judi siber haram menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka. Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, situasi itu berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap pusat snooker dan judi siber...

PELABUHAN KLANG -  Kawasan Pelabuhan Klang dan Pandamaran di Klang, Selangor menjadi tumpuan pengusaha pusat snooker dan judi siber haram menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka. Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, situasi itu berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap pusat snooker dan judi siber di situ. "Kawasan sekitar Pelabuhan Klang dan Pandamaran sememangnya menjadi tumpuan pemilik hiburan sama ada pusat snooker dan judi siber secara haram. "Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi daripada pekerja warga asing dan penduduk tempatan," katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Justeru, Andry Arman memberi jaminan MPK akan memperhebatkan risikan dan tindakan bagi menangani kegiatan tidak bermoral tersebut. Tegas beliau, pemilik pusat snooker dan judi siber haram akan dibanteras habis-habisan dalam usaha MPK membersihkan kegiatan yang boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat itu. Terbaharu, katanya, MPK menyerbu sebuah pusat snooker yang beroperasi secara haram di sini dalam satu operasi baru-baru ini. Menurutnya, pusat snooker itu turut dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian berasaskan pusat siber yang menawarkan ganjaran menarik buat pelanggan. Beliau turut mendedahkan taktik premis tersebut menyediakan pintu rahsia kepada pelanggan bagi membolehkan mereka berjudi. "MPK merampas sebanyak 68 set komputer dan 25 set bola snooker daripada premis ini. "Tindakan diambil di bawah  Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001) kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen," katanya.