Ahad, 3 Jun 2012

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search

The JourNey Of My LiFe: Aroma Ikan Bakar <b>di Jeram</b>

Posted: 30 May 2012 09:17 PM PDT

Assalamualaikum..

Memula hajat nak gi makan bertiga jek..tp cam boring plak plus lakiku adalah seorang yang tidak suka makan..so decide nak buat plan mengejut bersama-sama jiran2 yg evelebel..

Memasing evelebel. cantekkkk..plan tgh hari, ptg baru gerak..maghrib di sana sajekk..

Harus tepek lokasi kejadian :

Bersama jiran sebelah rumah : cikgu ain
Bersama jiran depan rumah : Mak Buyung Siti.. kami preknan sesame..selang seminggu jek..datang sini pon sebab laki-laki kami yang mengidam nak makan sefud nih kekdahnye..

Antara menu utama yang kami order. simple simple pon cecah rm2++ gak la..

ikan siakap masak pedas. (tiada dlm gamba : ikan siakap stim)

simple jek kan? tp agak mahal..xpela sekali sekale jek pon..kalo selalu mmg kopak la memasing..mahal mybe lokasi n kefemesannya kt jeram kot..

Kat bawah nih aktiviti anak-anak bile berjumpa :

View yang sempat lakiku capture using his dslr. no editing at all..suasana Jeram, Kuala Selangor di malam hari..

Tu jelah entry makan utk kali nih..sesape yang suke sefud boleh la terjah ke sana..boleh jugak buat tempahan awal sebelum nak datang sebab tempatnya sentiasa la penuh..:D

Yours Truly ;P

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search

RM150,000 Untuk Gelanggang Sukan <b>Di Beranang</b>

Posted: 02 Jun 2012 02:02 AM PDT

BERANANG 02 JUN : Penduduk khususnya kalangan remaja di mukim Beranang kini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan selepas gelanggang sukan yang bernilai kira-kira RM150,000 siap sepenuhnya, baru-baru ini.

Kemudahan sukan itu termasuk gelanggang futsal, sepak takraw dan badminton dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Kampung Sesapan Kelubi, Alias Yaakob berkata pembinaan kemudahan itu memberi peluang kepada semua generasi menggunakan gelanggang terbabit.

Katanya, kini gelanggang terbabit menjadi tumpuan enam buah kampung lain di kawasan berhampiran.

"Sebelum ini, golongan remaja dan belia mengeluh kerana terpaksa keluar jauh ke bandar untuk menggunakan kemudahan itu malah kos sewaannya juga mahal," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata gelanggang futsal itu dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi dewasa dan percuma bagi kanak-kanak.

"Gelanggang futsal itu dibuka selepas waktu maghrib bagi golongan belia dan petang bagi kanak-kanak," katanya.

Majlis perasmian gelanggang itu disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Program Penerangan Geran Selangorku dan Program Khas Mesra Rakyat, di Kampung Sesapan Kelubi.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari serta MP Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.

Dua pasukan dari pejabat Menteri Besar dan Majlis Perbandaran Kajang bersaing dalam acara futsal bagi menandakan kemudahan dibuka secara rasmi.

Sebagai simbolik perasmian, Abdul Khalid dan Exco yang hadir menendang bola di gelanggang itu.

Kira-kira 1,000 penduduk hadir ke program terbabit.

Di program itu, Abdul Khalid turut menyumbangkan RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Toh Fah dan Sekolah Rendah Agama Kafa Integrasi Tasik Semenyih.

Beliau turut menyampaikan sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada sembilan pelajar sebagai hadiah anak masuk universiti.

DIALOG RAKYAT: RM150,000 Untuk Gelanggang Sukan <b>Di Beranang</b>

Posted: 02 Jun 2012 04:48 PM PDT

Welcome to Amin Mursyidi&#39;s Planet: Kenduri Mak Teh <b>di Beranang</b>

Posted: 26 Jan 2012 05:09 PM PST

Entry ibu kali ni pasal kenduri Mak teh di Beranang, Selangor pada 22 Oktober 2011... Rombongan kita ramai gak arr... sebiji van dan 5 biji kereta.. Betulka kereta penambah bilangan dia kita panggil biji.. Salah kot.. Sebuah van dan 5 buah kereta.. Ha, baru betul... Ish2.. teruk sungguh ibu ni kan?.. Grammar kelam kelibut.. Rombongan kita dok kat homestay area bangi tu.. Lupa dah ibu nama dia.. Lepas tu dalam pukul 12 tengahari, kita pun bertolak ke Beranang.. Perjalanan mengambil masa setengah jam... Jom kita layan gambaq2 pengantin yang x berapa baru ni.. haha.. Pasaipa ibu kata x berapa baru?.. Pasal kenduri kat rumah kita 10 September 2011.. Dah sebulan lebih dah pengantinnya pon.. Tapi serinya still bergemerlapan.. alhamdulillah... Jom kita layan gambaq2 kita kat sana....

Masa ni kita semua baru park kereta... Kiranya baru nak berarak ke rumah pengantin la... Kenduri ni berlangsung di rumah tok n tok wan pak teh.. memang tradisional sungguh rumah depa tapi besaq giler...Nampak x dalam gambaq tu mak teh buat tanda suh diam?.. Nape ye?... amin bising sangat ke?.. hehe

Ni la pengantin yang kelam kabut tu... haha.. cuba amin tengok kasut dia.. dia pakai kasut yang pakai berjalan biasa je coz kasut pengantin terlupa nak bawak.. haha.. nasib baik baju pengantin x tinggal.. kalau x , ada jugak orang pakai baju biasa je jadi pengantin.. haha.. tapi x pa.. tetap maintain cun..

Chumim, abang aiman, kakak hannan n amin bergambaq dengan mempelai yang diraikan hari tu.. Sama cantik sama padan la depa nih.. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat...

Pak chaq n amin.. Amin ni pasaipa x tau.. cukup tak mau kat pak chaq.. kalau pak chaq dukung tu, meronta2 je nak turun.. Ish2.. len kali bodek2 la sket pak chaq tu... Baru leh dapat macam2.. Pak chaq kan kaya.. haha

Ni plak chuyan n tabriz... Tima kasih chuyan pasai bersusah payah mai jugak ikut rombongan kita.. Chuyan baru lepas pantang je masa nih... Tabriz pon kecik sgt g.. Cian tabriz terpaksa ikut ibu dia dok dalam panas ni..

Ni plak amin yang happy sangat coz boleh dok atas mak teh.. Masa ni amin sgt manja ngan mak teh coz dah dekat nak setahun la mak teh jaga amin kat rumah sebelum mak teh further study kat UKM. Sebelum tu ibu x bagi la amin nak p kat mak teh coz mak teh kan pengantin, mana boleh dukung2 amin ngan baju cantik2 tuh.. Kang terpelanting plak tiara n veil yang mak teh pakai tu...

Amin buat muka x puas hati coz x leh nak berkepit2 makan dengan mak teh kat meja utama.. haha... Mak teh hari ni x mo suap2 amin, dia nak suap pak teh je.. hehe

ibu, baby tabriz n mak teh...
chumim, amin, mak teh n abang aiman bergambaq kenang2an.. Amin macam biasa la.. x lepas la mak teh dia.. asyik nak berdukung je.... nanti orang ingat mak teh ibu tunggal beranak satu plak.. haha.. mak teh plak, sayang sgt kat amin, ikut la amin kata apa.. amin suh dukung, mak teh pon dukungla ngan baju pengantin tu.. payahla camni..

Mak teh n pak teh bersama parents masing2...

Bergambaq kenangan atas buaian antik sebelum kita balik.. "Kita tinggai mak teh tang ni na amin".. Bila ibu kata camtu, amin pon nangis.. tak mau tinggai mak teh.. sayang sangatla mak teh dia tu.. hehe.. Mak teh bukan amin punya dah la nih, mak teh dah jadi pak teh punya.. Yang lawaknya, amin sampai la ni x suka pak teh coz maybe amin ingat pak teh dah rampas mak teh dari amin.. haha.. cute sgt.. Ibu doakan rumahtangga mak teh n pak teh bahagia dan sentiasa di bawah berkat Ilahi selamanya... Amin.. Ibu sayang amin sgt2... ummuuuaahhhhh

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search

Jalan2 <b>di Rawang</b> | http://www.gadistimur.com

Posted: 31 May 2012 05:51 AM PDT

Bukan jalan2 pun sbnrnya tp ayah aku paksa pergi Rawang utk buat akaun? Paksa? Haha, takleh nafikan. Maklumlah, balik kelas tambahan pukul 12.30. Td pun keluar lambat sikit. Tgk2 lps Zohor kena pergi Rawang. Baru fikir nk golek2, huhu. Tp, nak tak nak kena jugak pergi.

Mula2 tunggu mama aku utk keluar dr bank. Lps buat akaun dgn Bank Islam, lega sbb dpt keluar sbb air cond sejuk sgt. Lps tu singgah McDonald sbb mama aku tak lunch lg. Biasalah, dkt sne mcm2 jenis org. Semuanya berpakat nk jd hot je. Faham2 je la ye. Mula2 plan nk makan kentang je tp bila tgk burger, terliur pulak. Last2 order McChicken.

Pertama sekali, aku msti buang sayur dulu. Dari kecik smpai skrg mmg tak mkn sayur. Lps habis buang semua, aku letak sos campur dgn lada hitam dkt dalam. Lepas tu baru aku start makan. Sedap mmg sedap tp boleh meletup lidah aku sbb pedas sgt. Menyesal letak byk sos -__-

Lps habis makan, tiba2 perut aku memulas. Kalau takde org dkt situ mmg aku dh lama menjerit. Itulah, sudahlah dh makan nasi dkt rumah. Lps tu aku pergi tibai burger yg teramat pedas. Agaknya perut aku pun kepedasan, huhu. Dh tak thn sgt, aku bngun pergi tandas. Adoi, tandas kunci pula. Dammit!

Last2, terpaksa tumpang tandas dkt office mama aku. Dgn penuh selamba aku dgn mama aku masuk dlm satu bilik walaupun dh terang2 tulis hanya kakitangan shj dibenarkan masuk. Lme jugak aku melabur. Hasilnya? Tersgtlah lega. Hahaha, tak senonoh betul xD . 

Lps selesai, nk keluar balik dr bilik tu. Aku cuba nk tarik pintu tp berkunci. Panik sebentar. Rupa2nya kena tekan code ape entah kalau nk keluar. Nasib baik ada kawan mama aku kebetulan muncul. Kalau tak mmg lama aku terperap dkt situ -__-

Klah, sayonara!

Triple L

ads