Isnin, 24 September 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


PANAS BERAPI! IBRAHIM ALI BAKAR SIAPA <b>DI CHERAS</b> - House PK

Posted: 23 Sep 2012 07:00 PM PDT

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali bersama-sama ahli pertubuhan itu hari ini telah menikam replika berwajah pengarah filem 'Innocence Of Muslims'sebelum membakar patung itu dalam perhimpunan protes besar-besaran di Cheras malam tadi.

Tindakan tersebut dilakukan bagi mengecam tindakan penerbit filem terbabit yang juga pengikut Yahudi itu kerana memburukkan peribadi Nabi Muhammad S.A.W.

"Pembakaran yang dibuat hari ini sebagai satu simbolik menyatakan bantahan kita terhadap tindakan biadap pengikut regim zionis ini yang hina nabi dan serta agama Islam.

Baca seterusnya di Perak Today

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Bandar <b>Bukit Raja</b>: Pandelela, Wendy teruja hari pertama <b>di</b> UM

Posted: 18 Sep 2012 05:32 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong kembali ke alam persekolahan semalam, dengan diselubungi rasa teruja bercampur cemas.
Mana tidaknya, ia adalah kali pertama gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu kembali belajar selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu.
Bersama rakan sebaya yang juga penerjun kebangsaan, Wendy Ng Yan Yee, mereka melapor diri pada hari pertama sebagai penuntut jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya (UM).
Gembira, teruja dan cemas. Gembira kerana akhirnya bergelar mahasiswi, teruja kerana dapat mengenali rakan-rakan baru dan melalui kehidupan harian baru, maklumlah kena belajar balik selepas dua tahun meninggalkan SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil)," kata Pandelela ketika ditemui di Pusat Sukan UM di sini, semalam.
Bagi semester pertama, Pandelela dan Wendy tidak perlu ke kelas lima hari seminggu, sebaliknya hanya dua hari iaitu Selasa dan Khamis.
Kami telah diberi taklimat mengenai modul semester ini dan kami rasa tiada banyak masalah untuk membahagi masa antara latihan dan belajar. Kami akan cuba sesuaikan diri secepat mungkin," kata Pandelela.
Pemenang pingat perak Sukan Asia Guangzhou 2010, Wendy, ditanya kenapa dia juga memilih Sains Sukan berkata: Dapat belajar di UM yang merupakan universiti terulung negara adalah satu kebanggaan, lagi pun semasa di SSBJ, kami sudah dibiasakan dengan bidang Sains Sukan, jadi apabila ditawarkan saya bertanya kepada diri sendiri kenapa tidak?"
Pandelela dan Wendy bukan kumpulan atlet terjun pertama yang menuntut di UM kerana senior mereka, Bryan Nickson Lomas juga merupakan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan UM, Dr. Mohd. Salleh Aman mengalu-alukan dua penerjun Olimpik negara itu yang disifatkan sebagai aset negara sebagai mahasiswi UM.
Perancangan kami untuk Pandelela dan Wendy sangat fleksibel, mengikut keperluan latihan mereka sebagai atlet kebangsaan.
Mereka tetap akan belajar sama modul seperti lain-lain penuntut, tiada keistimewaan cuma pendekatannya berbeza.
Apabila tiba masanya untuk membuat persiapan ke kejohanan penting, mereka akan diberi pelepasan daripada menghadiri kelas tetapi pensyarah kami akan berkunjung ke MSN (Majlis Sukan Negara) untuk mengajar mereka," jelasnya.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Perumahan Baru <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 12:00 AM PDT

Maaf jika sudah ada topik berkaitan,sebab dah terlalu banyak topik tak tau nak refer yang mana..

Saya kini menetap di BBN dan berhasrat untuk membeli rumah sekitar BBST..
Saya difahamkan terlalu banyak perumahan baru yang akan/sedang didirikan..menjadikan saya keliru..
Jika hari ini,saya review di Desa ini..esok pula saya lihat ke kawasan desa itu..lama2 saya sendiri lupa Desa apa yang saya review...hehehe :mrgreen:
Boleh tak sapa2 tolong bagitau bagaimana cara saya nak tahu latest projek perumahan di kwsn BBST nie? biasanya di mana ofis jualan nya?
saya prefer untuk memiliki semi-d anggaran harga 250k..

harap sapa2 bleh membantu..tengs :D

<b><b>Salak Tinggi</b></b> • View topic - Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • Portal

Posted: 09 Sep 2012 12:00 AM PDT

orgbaru wrote:bagus la kalau nak buka, tapi bukan ke dah ada dobi seri dahlia dekat lot kedai belakang flat tu. yg tu pun nampak idup segan mati tak mau jer. mungkin sebab servisnya yang sangat haprak

ha..dobi tue lah sya nak ambil alih..memang dgr mcm servis dia tak berapa bagus..
Tapi saya akan cuba buat servis yang terbaik jika jadi ambil alih dobi tue ..

Tuan, memang duduk taman dahlia ker???

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Duke Amiene Rev: Tempat-tempat Menarik <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 12 Aug 2012 09:40 AM PDT

Tempat-tempat Menarik Di Kuala Selangor
Kuala Selangor merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan. Manakala Daerah Ulu Selangor menjadi sempadan di sebelah Timur dan sebelah barat ia di sempadani oleh Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan seluas 117,844 hektar.

Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aset utama dalam aspek perlancongan di daerah ini. Di antara yang menjadi tumpuan utama pelancong ialah Bukit Malawati, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu beberapa tempat lain telah dikenalpasti sebagai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Pulau Angsa, Pantai Remis dan Sungai Selangor.

Bukit Malawati
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Makam Anak Dara
Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ

Makam Diraja
Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:

  •     Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
  •     Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
  •     Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Perigi Beracun
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.

Tangga Seratus
Tangga ini dibuat bagi mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor.

Telaga Tujuh
Asalnya sebuah telaga yang mempunyai 7 mata air tang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja kerana yang lainnya telah terkambus.

Batu Hampar
Terletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.

Busut Malawati
Terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

Tempat Melihat Anak Bulan
Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

Meriam Penggawa

Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.

Bukit Belanda
Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.

Kota Malawati
Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.

Perkhidmatan Keretapi
Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM2.00 sahaja.
 

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Ketua Umno putus jari ditetak <b>di Ampang</b>. - UtaraNews - The News <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 11:00 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini. Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada media "Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus. "Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

 Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui. "Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital. "Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya. Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.

 "Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya. Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


2,020 Pengguna Air Saman Kerajaan <b>Negeri Selangor</b>

Posted: 18 Sep 2012 09:22 PM PDT

alt

SHAH ALAM, 19 Sept - Seramai 2,020 pengguna air dari Subang Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Melalui tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi, kesemua pengguna terbabit menuntut tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma (SAP) kerajaan negeri yang dijanjikan melalui manifesto Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), empat tahun lalu.

Peguam yang mewakili kesemua plaintif, Kamarudin Ahmad berkata, plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan kerajaan negeri kerana mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dalam pemberian skim air percuma berkenaan.

Katanya, apabila aduan dibuat Khalid menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini berkata, masih ramai penghuni pangsapuri dan flat menggunakan meter pukal dan bukan meter individu, sekali gus menafikan hak pengguna meter pukal domestik untuk menikmati Skim Air Percuma (SAP).

alt

"Manifesto PRU-12 Pakatan Rakyat amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di negeri Selangor tidak kira sama ada pengguna air berkenaan menggunakan meter individu atau meter pukal.

"Asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumumkan pada tahun 2007," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, hari ini.

Berikutan itu, plaintif menuntut ganti rugi lebih RM1.1 juta atau bersamaan dengan RM570 seorang dan writ saman itu akan diserahkan kepada defendan dalam tempoh tujuh hari.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan dan Pegawai Kerja/Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Mesra Aidil-Fitri <b>di</b> Masjid Nurul Iman, <b>Puchong</b> - Sassy MP

Posted: 17 Sep 2012 10:16 PM PDT

Pada Sept 15, 2012, penduduk di sekitar Kampung telah menganjurkan rumah terbuka Majlis Mesra Aidil-Fitri dengan warga penduduk di Masjid Nurul Iman, kampung Tengah, Puchong.

Gobind dengan saya telah hadir untuk meraikan perayaan ini bersama dengan penduduk di Kampung Tengah.

Ustaz Ruslan, Pengerusi bagi Majlis ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada sokongan, bantuan dan sumbangan oleh Gobind dan saya bagi menjayakan Majlis ini.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung tengah.

Pelbagai gerai makan/minum yang ada di situ, khas diurus dan dimasak oleh penduduk kampung tengah sendiri.

Selain itu, terdapat persembahan kumpulan nasyid oleh kanak-kanak di kampung tengah bagi memeriahkan lagi suasana majlis itu.

Leave a Reply

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Lelaki Mati Ditembak <b>Di Sg</b>. <b>Buloh</b> Country Resort | MyNewsHub

Posted: 23 Jul 2012 03:02 AM PDT

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, polis mengenalpasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak.

Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tembak Teman Baru Bekas Kekasih Kerana Cemburu

Budak Mangsa Tembakan Dibenar Keluar Hospital

Ditembak Kerana Lambat Pesan Makanan

Ditembak Mati Selepas Larikan Kereta Peronda

3 Perompak Pecah Masuk Rumah Mati Ditembak

Lelaki Lepaskan Tembakan, 1 Mati Di Kanada

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Hari Terbuka FAMA semperna 47 Tahun FAMA <b>di</b> FAMA Point <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 01:34 PM PDT

Arnab Kiut Rabbitry akan turut serta menjayakan Hari Terbuka FAMA semperna 47 Tahun FAMA (Federal Agriculture Marketing Authority/Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan MOA (Ministry of Agriculture/ Kementerian Pertanian dan Asas Tani).
TEMPAT: Ibu Pejabat FAMA, Bangunan Fama Point Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor.
TARIKH: 28, 29 DAN 30HB SEPTEMBER 2012
ANTARA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN:-
♫ AKTIVITI KANAK-KANAK (MEWARNA, MELUKIS, KUIZ, ETC)
♫ PETTING ZOO (PERCUMA!!!)
♫ PENYEBARAN INFORMASI DAN MAKLUMAT MENGENAI ARNAB.
♫ JUALAN AKSESORI, MAKANAN DAN BAKA-BAKA ARNAB.
Turut menjayakan program ini ialah:-
♫ KELAB KUCING MALAYSIA.
♫ PERSATUAN AYAM CANTIK KUALA LUMPUR.
♫ PESERTA DARI KALANGAN PENGUSAHA INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA. JUALAN BUAH-BUAHAN, PRODUK ASAS TANI DAN INDUSTRI KECIL, POKOK BUNGA DAN TUMBUHAN.

photo credit to BERNAMA and KOSMO!

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Mengunjungi kawasan pelancongan <b>Pasir Panjang</b>, Manjung - Kirapu

Posted: 04 Aug 2012 12:27 AM PDT

Baru-baru ni tergerak pulak nak pegi Pasir Panjang, Manjung. Sebelum ni tak pernah tau pun apa yg ada kat pasir panjang ni selain kampung-kampung melayu dan perkampungan nelayan. Tau tempat ni pun ada member post di facebook dan kebetulan pulak sekarang ni memang ada kat Manjung. Pasir Panjang, Manjung ni terletak di antara ni di antara jalan dari Seri Manjung ke Teluk Intan. Ada satu lagi tempat yg namanya pantai pasir panjang iaitu di segari antara Lumut nak ke Pantai Remis

Antara yg ada di sini ialah Tua pek Kong Temple yg di sini terdapat patung-patung patung gergasi dan hampir 100 patung-patung dan ukiran-uikiran yg melambangkan karakter-karakter dalam kalendar cina. Selain tu, di sini juga ada taman monyet di atas hutan paya bakau tapi tak lah sebesar hutan paya bakar yang di Lumut.





12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Makan Kenduri <b>di Ulu Yam</b>... | Mulanya Sebuah Catatan

Posted: 01 Sep 2012 08:54 AM PDT

...arini pegi makan kenduri di Ulu Yam

buat pertama kalinya ke sana menyusur

 jalan menghala ke Selayang...ya allah jem

giler...dengan kepanasan yang

berdentang boleh buat hati panazzz membara!

...bila masuk simpang ke hutan lipur

Sg Tua...barulah suasana berbeza

dengan keredupan pohon2 yang

merendang dan terpesona dengan

keindahan alam disekitar empangan

Batu yang luas terbentang

awal2 lagi dah sound dengan suami

untuk singgah dalam perjalanan

balik nanti....

Ingatkan dah salah jalan sebab

jauh bobonar...dalam kepala nak

berpatah balik je tapi sib baik

jumpa SM Sains Hulu Selangor

menandakan arah tujuan tak jauh

di hadapan...akhirnya jumpa jugak

majlis kendurinya...si ibu pengantin

adalah anak kepada sepupu aku

bermakna si pengantin perempuan itu

pangkat cucu...

????...berapa ramai cucu yang aku ada ekk!
huwaaaa...tak rela you!

...disebabkan malu dengan orang yang

duduk di hadapan tak jadi nak snap

gambar makanan...bila diorang dah

angkat punggung barulah dapat snap

gambar makanan sampingan yang

disediakan...betul2 buat ala kampung

ada gulai daging salai...ikan keli

berlada dan ada ubi rebus dicicah

 ngan sambal ikan bilis... 

tunggu punya tunggu lambat rupanya

pengantin tiba...dah siap bersalam

mintak diri barulah diorang sampai 

berselisih di tengah jalan...

...sekarang ni trend waktu menyambut

pengantin lelaki untuk berarak

pengantin pompuan kena bersalam ngan

pengantin lelaki...seingat aku pengantin

dolu2 yang had lelaki bagi bunga kat

pompuan jadi tak heran waktu tu

pengantin lelakinya kena pegang sejambak

bunga...dah jadi macam mat bungalah

pulak....

...di sebabkan empangan Batu 

luas terbentang terdapat lah beberapa

tempat persinggahan yang disediakan

tapi En. suami teragak2 nak berhenti

konon nak parking di perhentian

di hadapan sekali...emmm hampeh

terlepas sudah persimpangannya jadi

terbantut hajat hati untuk merakam

panorama di situ...rasanya lambat

lagi lah ke situ...last2 rakam panorama

batu caves dengan pohon pinang yang

tengah lebat berbuah....sekadar nak

lepaskan gerammm...

eh...betul ke pokok pinang?


12 di sungai pelek - Google Blog Search

ads