We are looking for Female Promoter for coming weekend 25,26th June, 2,3rd July ( 2 weekend).
Working Location available: - Sunway Piramid - IOI Mall - Bandar Puteri Puchong - Shah Alam - Klang bukit Raja
Product to be Promoter: Body Lotion Job Details: Give out samples, promoting and selling Job requirement: 1) Must be Female and 18 and above 2) Friendly, good personality,responsible in work & with working experiences 3) Presentable looking and able to speak English, Mandarin and Cantonese.
If interested please email profile/ resume to: bpro.events@gmail.com
Also, please find below are the details should be involve into profile: 1) Full Name Per IC 2) IC No 3) Age and gender 4) Race 5) Living Add 6) Email Add 7) Job experiences Please attached with photos
Email to: bpro.events@gmail.com
Mobile
-
Salary
RM80-100BASIC+COMMISSION
Location
Sunway Piramid, IOI Mall, bandar puteri, Shah Alam and Klang Bukit Raja.
Oleh Fazurawati Che Lah dan Aliah Abdullah am@hmetro.com.my
GANGGU...Harban menunjukkan kolam renang anjing bersebelahan kawasan riadah.
AMPANG: "Usahkan orang Melayu, kami yang bukan Islam juga tidak senang dengan pembinaan kolam renang anjing itu. "Malah, jika kolam itu mula digunakan, pasti acara komuniti yang membabit penduduk terganggu berikutan kolam itu bersebelahan tempat riadah," kata peniaga, Harban Singh a/l Tara Singh, 48, penduduk Beverly Height, di sini. Menurutnya, penduduk tidak tahu apa alasan pihak berkuasa meluluskan pembinaan kolam itu sedangkan ia terletak di kawasan perumahan.
"Walaupun penduduk di sini berbilang kaum, kewujudan kolam renang anjing sesuatu yang pelik, tambahan pula didirikan di kawasan yang tidak kena lokasinya," katanya. Tinjauan Metroplus mendapati, kolam seluas 10 meter x 2 meter itu hampir siap sepenuhnya dan dijangka digunakan dalam masa terdekat. Tinjauan juga mendapati kolam itu bersebelahan tempat riadah penduduk serta berdekatan kolam renang untuk orang awam.
Kontraktor, Mutalib Hassan, 45, berkata jika kolam itu digunakan anjing, ia dibimbangi mengganggu aktiviti riadah penduduk terutama yang beragama Islam selain air kolam itu yang tercemar dengan najis haiwan terbabit. "Saya bimbang air dari kolam itu melimpah ke kawasan riadah serta ke kolam renang awam terutama jika pihak terbabit mahu menukarkan kandungan airnya yang tercemar dengan najis binatang itu," katanya.Mutalib berkata, selain masalah itu, dia juga memikirkan keselamatan kanak-kanak dan orang awam yang datang untuk beriadah dan melakukan barbeku. "Jika setiap hari anjing dibenarkan berenang di kolam ini, pasti kanak-kanak tidak berani untuk berada di kawasan ini kerana bimbang dikejar binatang itu. "Malah, setiap hujung minggu pasti akan ada pelbagai aktiviti dilakukan komuniti di sini, baik barbeku atau aktiviti lain. Jika kolam anjing ini dibuka, pasti kami yang beragama Islam tidak hadir, sekali gus mengganggu ikatan kejiranan," katanya. Dia berharap, pihak berkuasa berkaitan terutama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menimbang kembali untuk tidak meneruskan pembukaan kolam itu. Sementara itu, Setiausaha MPAJ, Abdul Hamid Hussain, berkata pihaknya tidak ada menyimpan rekod menyatakan pembinaan kolam terbabit mendapat kelulusan MPAJ. "Kami tidak ada memberi kelulusan kepada pihak terbabit kerana pembinaan kolam itu tiada dalam rekod kami. "Oleh itu, pihak MPAJ akan membuat semakan lanjut mengenai status pembinaan kolam terbabit," katanya ketika di hubungi.
Sudah jatuh ditimpa tangga , begitulah nasib Puan Normah dan keluarganya dari Sungai Tenggi , Hulu Selangor.
Pada bulan bulan september 2009 rumah didiami oleh Puan Normah dan suami serta anak-anaknya terpaksa dirobohkan setelah mendapat arahan demi arahan dari Jabatan Perhutanan Selangor.
Puan Normah dan keluarga telah membina rumah dan mendiami kawasan tersebut sejak 8 tahun yang lepas.
Namun selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor pada tahun 2008, kehidupan Puan Normah dan keluarga telah berubah. Bukannya berubah untuk menjadi lebih baik kerana kerajaan baru itu adalah kerajaan kebajikan , tetapi berubah menjadi lebih teruk.
Suami Puan Normah (ketika itu masih hidup) menerima surat dari Jabatan Perhutanan Selangor agar mereka sekeluarga mengosongkan serta merobohkan rumah tersebut. Puas sudah suaminya turun naik pejabat dan merayu sana-sini tetapi hasilnya tiada.
Selepas tekanan demi tekanan yang mereka terima dari Jabatan Perhutanan Selangor termasuk amaran keras, mereka tiada pilihan, akhirnya mereka terpaksa keluar dari rumah itu.
Mereka tiada tempat hendak dituju kerana tiada rumah lain. Nasib baiklah pada masa itu pihak pengurusan kilang sawit Sungai Tenggi memberi kebenaran kepada mereka untuk menumpang di balai raya kawasan perumahan pekerja-pekerja kilang sawit tersebut.
Mereka sekelurga tinggal di sana sehingga sekarang. Sedih dan tertekan dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga, suami Puan Normah sakit dan meninggal dunia pada 12 Mei lepas.
Khamis lepas Pergerakan Wanita Umno Hulu Selangor telah mengunjungi Puan Normah untuk bertanya khabar dan menghulurkan bantuan. Ketua Pergerakan Wanita Umno Hulu Selangor , Datuk Rosni juga telah membawa perkara itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk bantuan sepatutnya kepada Puan Normah.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan juga berjanji akan menguruskan rumah sewa untuk Puan Normah tinggal sementara waktu sehingga beliau mendapat rumah generasi kedua dari Felda kelak.
Bertahun-tahun mereka sekeluarga tinggal di tanah berkenaan semasa zaman pemerintahan BN, tiada sebarang masalah. Masuk sahaja zaman kerajaan kebajikan, habis di halaunya keluar dari tanah itu.
11 Disember 1993: 48 maut apabila tiga blok kondominium 12 tingkat Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor, runtuh akibat gelinciran tanah, sekali gus meruntuhkan bangunan berkenaan 25 Disember 1997: Tiga terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di Km 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor 15 Mei 1999: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang, Selangor, terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian jam 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu
2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga bekas Pengerusi Affin Bank, ranap selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan
Kejadian itu mengorbankan isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya, Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia
Klik Gambar Untuk Baca Cerita Yang Lebih Menarik
31 Mei 2006: empat sekeluarga terkorban akibat tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor
30 November 2008: Dua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu Yam, Selangor. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah runtuh lalu menghempap bahagian rumah banglo itu
6 Disember 2008: Tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, menggemparkan negara apabila meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo
Satu lagi program untuk pelajar PSRA, UPSR, PMR dan SPM 2011 iaiatu Motivasi Peperiksaan yang dianjurkan bersama JKKK Padang Jawa Klang, Masjid As-Solihin Padang Jawa Klang serta Jabatan Agama Islam Daerah Klang akan dilangsungkan pada 14hb. Mei 2011 (Sabtu) bermula pada 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Masjid As-Solihin Padang Jawa.
Pakar Motivasi yang diundang ialah Ustaz Uda Kassim. Beliau pernah bertugas di Pusat Zakat Selangor. Antara aktivi beliau ialah Berceramah di Radio Selangor dalam slot Tafsir al-Furqan yang disiarkan tiap-tiap hari di radio tersebut.
Penyertaan terbuka untuk ahli kariah dan sekitarnya. Ibu Bapa digalakan hadir untuk bersama-sama pelajar dalam program tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai program tersebut bolehlah menghubungi Saudara Ahmad Zakaria Talib 013-3219901 atau Ishak Dollah 013-4039760.
Pagi ini sekitar jam 7.30 pagi seorang daripada mereka yang berjoging berkeliling Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi memaklumkan kepada MPKj, ikan-ikan terapung mati di permukaan Tasik Cempaka. Setelah dibuat kepastian, menurut En. Razak seorang pegawai dari bahagian Landscape di MPKj dan dibantu pihak JPS, pihak MPKj menghantar seramai 20 orang pekerja dengan dua buah sampan dan peralatan menyauk ikan di Tasik Cempaka.
Adun dimaklumkan oleh En. Sem dan En. Guna yang berbetulan ke sana dan menyaksi mengenai kematian banyak ikan di Tasik Cempaka berkenaan. Jam 10.30 pagi Adun bersama saudara Shahrum, En. Sem dan En. Guna bertolak ke Tasik Cempaka. Ketika tiba Adun dapati pekerja-pekerja dari MPKj sedang menyauk ikan yang mati dan sebahagian sedang menurunkan 2 buah sampan ke dalam tasik untuk membersih ikan-ikan yang mati di tengah tasik.
Menurut En. Razak, ikan-ikan yang mati yang dijangka berjumlah lebih dari 30,000 ekor itu mati keracunan akibat dari bahan chemical/kimia yang dibuang oleh pihak kilang yang memang banyak di bahagian Ulu ke Sungai Merab yang mengalir ke Tasik Cempaka dan seterusnya ke Anak Sungai Hulu Langat. Bahan-bahan kimia jelas kelihatan terapung di permukaan tasik berbiji-biji berwarna kuning. Menurut En. Balan yang juga dari MPKj, ``Ikan-ikan dilepaskan, 3,000 ekor di Tasik Cempaka pada bulan Mei lepas sebelum Pertandingan Memancing yang diadakan pada bulan tersebut ditambah dengan ikan-ikan yang sedia ada.``
Menurut En. Razak, Lembaga Urus Air Selangor dan JPS diberitahu dan akan membuat penyiasatan lanjut dari mana punca racun chemical dan tindakan akan diambil.`` Ketika ditanya, bagaimana untuk membersih air kembali, menurutnya, ``Kita tidak mampu menukar air seluruhnya, kecuali membersih bangkai-bangkai ikan mati agar tidak busuk dan tercemar.`` Tambahnya, ``Kita berharap dengan larian air dan menyekat kilang dari membuang bahan chemical/kimia, air tasik akan kembali bersih,`` katanya.
Menurut En. Balan, ``Ini bukan pertama kali keracunan ikan berlaku di Tasik Cempaka. Sebelum ini pada 2007 pernah berlaku keracunan sedemikian.`` Menurut saudara Shahrum pada tahun 2010 keracunan juga berlaku di kolam takungan seksyen 3.``
Sementara itu Adun menasihatkan, terutama kepada pemancing-pemancing dan orang ramai elak dari memakan ikan-ikan dari sungai Merab yang mengalir ke Tasik Cempaka dan anak Sungai Ke Sungai Langat. Ikan-ikan yang mati kebanyakannya jenis ikan telefia.
Mereka datang melawat. . . Pernahkan anda terfikir bila UFO/Alien akan datang menyerang bumi kita??jika ia benar2 berlaku depan mata anda..apa yang akan anda lakukan?Fakta tentang UFO:: Sebuahbendaterbanganeh(biasanyadisingkatUFO) adalahsetiapobjekkelihatan tidakbiasadi langityangmenyebabkantidakdapatdikenalpastiolehpemerhati,atau(dalamdefinisisempit)olehpenyiasat,walaupundalam penggunaanpopularlebihlonggarberertipesawatalien,menjadisalahsatupenjelasan(diantarabeberapa)ditawarkanuntukpenampakanseperti objek terbang. WalaupunpenampakanUFOtelahterjadisepanjangsejarah,.bungamodendalammerekaberasaldariPerangDuniaII,sejakkapankerajaan telahmenelitilaporanUFO,seringdariperspektiftentera,danpenyelidikUFOtelahditeliti,ditulis,danmenciptaorganisasiyangbertujuan untuksubjek.
Pengajian telah menetapkan bahawa majoriti UFO adalah pengamatan dari beberapa belon yang sesungguhnya tetapi konvensional objek-paling sering pesawat,, awan noctilucent, awan nacreous, atau objek astronomi seperti planet meteor atau terang - yang telah salah dikenalpasti oleh pemerhati sebagai anomali, sedangkan peratusan kecil dari UFO dilaporkan adalah hoax Namun,. setelah tidak termasuk laporan-laporan ini tidak benar, antara 5% dan 20% dari jumlah keseluruhan tetap dijelaskan, dan sebagainya boleh diklasifikasikan sebagai dikenalpasti dalam erti ketat. Banyak laporan tersebut telah dibuat oleh para pemerhati terlatih seperti pilot, polis dan tentera, beberapa melibatkan jejak radar, sehingga tidak semua laporan visual Para penyokong hipotesis luar angkasa percaya bahawa laporan-laporan yang tidak dikenalpasti adalah dari pesawat alien, walaupun pelbagai. hipotesis yang lain telah dicadangkan.
Gambar yang dijadikan BUKTI kewujudan UFO::
Benarkah itu OFO??
PERCAYA ATAU TIDAK??
Ada yang masih xpercaya..mereka mengatakan ia hanya gambar edit..ataupun kapal terbang unik yang dicipta sekarang..maklumlah dunia dah semakin moden..huhuhu~ia semua terpulang pada anda untuk percaya atau tidak..
Di dalam gambar di atas,,mereka tertanya-tanya. .benda ape yang melangar kipas angin ini??objek apaka yang melanggar kipas angin ini sehingga kemek/renyuk??
Dari camera NASA. .mereka dapat tangkap objek yang bernama 'UFO' sedang terbang di langit. .adakah itu benar2 UFO??
Meraka membuat andaian tentang penampakan 'objek terbang' ini di negeri mereka. .dan yang paling banyak nampak adalah di Tanjung Sepat dimana mereka telah nampak sebanyak 9 kali. .
CARTA::
Sungai Petani-8 kali
Ipoh-5 kali
Paka-4 kali
Pekan-3 kali
Selayang Baru-4 kali
Ampang-4 kali
Sentul-4 kali
Hulu Langat-6 kali
Tanjung Sepat-9 kali
Muar-4 kali
Kegunaan UFO::
Ini hanya kemungkinan sahaja. .mungkin kapal angkasa UFO ini lebih canggih dari ape yang kita sangka. .
Tanda-tanda kemunculan Alien::
Memang nampak cantik tanda2 ini. .unik. .tapi apakah maksud disebalik tanda2 ini??ia sering berlaku di ladang jaggung,ladang yang luas dan sebagainya. .
UFO menculik lembu?? ::
HAHA..alien nak uat ape ngan lembu2 ni ek??entah ar. .nak jadikan makanan kowt. .kajian ker..dorang pown nak mengkaji gak dunia kita ni kan..hehe benda macam ni xdikenalpasti lagi ape tujuan alien ni nak menculik lembu..belum ade bukti pown..perkara macam ni POPULAR dalam games jer..
Inilah dia rupa yang dikatakan 'ALIEN'..hurmm nak kata hodoh pown boley..menakutkan pown ade jugaklah..ermmm..cam bayi pown ader..tah!!lu pikir la sendiri!!
SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.
Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.
Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.
Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.
Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.
PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.
Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.
[unable to retrieve full-text content]Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta meminta umat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu ...
Ianya seperti bermusim, bila seorang bayi dibunuh, dibuang, didera, makan dalam bulan tersebut akan ada kejadian yang berturutan berlaku tentang perkara tersebut. Seperti ada pakatan dari persatuan ibu, bapa dan penjaga durjana yang melaksanakan kegiatan tidak berperikemanusiaan tersebut.
Minggu ini saja dah berapa orang bayi yang dianiaya. Itu yang diketahui. Yang tidak disedari entah berapa lagi insan kerdil tersebut yang terseksa.
Berikut adalah petikan berita dari akhbar Harian Metrohari ini 3hb Jun 2011 bertajuk "Bayi dalam sampah".
GOMBAK: Hanya sehari selepas seorang bayi lelaki baru dilahirkan maut akibat dicampak dari tingkat lima pangsapuri, seorang lagi bayi menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang di sini, semalam.
Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan ketika mahu membuang sampah pada kira-kira jam 9.30 pagi.
R Punitha, 25, berkata ketika baru keluar rumah untuk membuang sampah, dia sempat melihat dua wanita menunggang motosikal meletakkan sesuatu di ruang membuang sampah di depan rumahnya.
"Saya nampak sendiri dua wanita yang menunggang motosikal meletak sesuatu di depan rumah saya. Saya sangka mereka membuang sampah dan saya kurang senang dengan tindakan mereka kerana tempat itu kawasan persendirian.
DI SINI...Punitha menunjukkan tempat bayi yang dijumpai dalam tempat buang sampah rumah.
"Saya membuka pintu pagar dan menjerit ke arah mereka, namun kedua-dua wanita itu segera memecut laju," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.