12 di ampang - Google Blog Search |
Macam Ni Lah: Kolam anjing <b>di ampang</b> Posted: 09 Jun 2011 06:45 PM PDT Oleh Fazurawati Che Lah dan Aliah Abdullah GANGGU...Harban menunjukkan kolam renang anjing bersebelahan kawasan riadah. "Malah, jika kolam itu mula digunakan, pasti acara komuniti yang membabit penduduk terganggu berikutan kolam itu bersebelahan tempat riadah," kata peniaga, Harban Singh a/l Tara Singh, 48, penduduk Beverly Height, di sini. Menurutnya, penduduk tidak tahu apa alasan pihak berkuasa meluluskan pembinaan kolam itu sedangkan ia terletak di kawasan perumahan. "Walaupun penduduk di sini berbilang kaum, kewujudan kolam renang anjing sesuatu yang pelik, tambahan pula didirikan di kawasan yang tidak kena lokasinya," katanya. Kontraktor, Mutalib Hassan, 45, berkata jika kolam itu digunakan anjing, ia dibimbangi mengganggu aktiviti riadah penduduk terutama yang beragama Islam selain air kolam itu yang tercemar dengan najis haiwan terbabit. "Saya bimbang air dari kolam itu melimpah ke kawasan riadah serta ke kolam renang awam terutama jika pihak terbabit mahu menukarkan kandungan airnya yang tercemar dengan najis binatang itu," katanya.Mutalib berkata, selain masalah itu, dia juga memikirkan keselamatan kanak-kanak dan orang awam yang datang untuk beriadah dan melakukan barbeku. "Jika setiap hari anjing dibenarkan berenang di kolam ini, pasti kanak-kanak tidak berani untuk berada di kawasan ini kerana bimbang dikejar binatang itu. "Malah, setiap hujung minggu pasti akan ada pelbagai aktiviti dilakukan komuniti di sini, baik barbeku atau aktiviti lain. Jika kolam anjing ini dibuka, pasti kami yang beragama Islam tidak hadir, sekali gus mengganggu ikatan kejiranan," katanya. Dia berharap, pihak berkuasa berkaitan terutama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menimbang kembali untuk tidak meneruskan pembukaan kolam itu. Sementara itu, Setiausaha MPAJ, Abdul Hamid Hussain, berkata pihaknya tidak ada menyimpan rekod menyatakan pembinaan kolam terbabit mendapat kelulusan MPAJ. "Kami tidak ada memberi kelulusan kepada pihak terbabit kerana pembinaan kolam itu tiada dalam rekod kami. "Oleh itu, pihak MPAJ akan membuat semakan lanjut mengenai status pembinaan kolam terbabit," katanya ketika di hubungi. sumber : metro online |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan