12 di bangi - Google Blog Search |
Dr Shafie Abu Bakar: 30000 Ikan Mati Keracunan <b>Di</b> Tasik Cempaka <b>Bangi</b> Posted: 08 Jun 2011 09:08 PM PDT BBB, 07 Rajab = 09 Jun (Khamis): Pagi ini sekitar jam 7.30 pagi seorang daripada mereka yang berjoging berkeliling Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi memaklumkan kepada MPKj, ikan-ikan terapung mati di permukaan Tasik Cempaka. Setelah dibuat kepastian, menurut En. Razak seorang pegawai dari bahagian Landscape di MPKj dan dibantu pihak JPS, pihak MPKj menghantar seramai 20 orang pekerja dengan dua buah sampan dan peralatan menyauk ikan di Tasik Cempaka. Adun dimaklumkan oleh En. Sem dan En. Guna yang berbetulan ke Menurut En. Razak, ikan-ikan yang mati yang dijangka berjumlah lebih dari 30,000 ekor itu mati keracunan akibat dari bahan chemical/kimia yang dibuang oleh pihak kilang yang memang banyak di bahagian Ulu ke Sungai Merab yang mengalir ke Tasik Cempaka dan seterusnya ke Anak Sungai Hulu Langat. Bahan-bahan kimia jelas kelihatan terapung di permukaan tasik berbiji-biji berwarna kuning. Menurut En. Balan yang juga dari MPKj, ``Ikan-ikan dilepaskan, 3,000 ekor di Tasik Cempaka pada bulan Mei lepas sebelum Pertandingan Memancing yang diadakan pada bulan tersebut ditambah dengan ikan-ikan yang sedia ada.`` Menurut En. Razak, Lembaga Urus Air Selangor dan JPS diberitahu dan akan membuat penyiasatan lanjut dari mana punca racun chemical dan tindakan akan diambil.`` Ketika ditanya, bagaimana untuk membersih air kembali, menurutnya, ``Kita tidak mampu menukar air seluruhnya, kecuali membersih bangkai-bangkai ikan mati agar tidak busuk dan tercemar.`` Tambahnya, ``Kita berharap dengan larian air dan menyekat kilang dari membuang bahan chemical/kimia, air tasik akan kembali bersih,`` katanya. Menurut En. Balan, ``Ini bukan pertama kali keracunan ikan berlaku di Tasik Cempaka. Sebelum ini pada 2007 pernah berlaku keracunan sedemikian.`` Menurut saudara Shahrum pada tahun 2010 keracunan juga berlaku di kolam takungan seksyen 3.`` Sementara itu Adun menasihatkan, terutama kepada pemancing-pemancing dan orang ramai elak dari memakan ikan-ikan dari sungai Merab yang mengalir ke Tasik Cempaka dan anak Sungai Ke Sungai Langat. Ikan-ikan yang mati kebanyakannya jenis ikan telefia. Sekian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan