Ahad, 12 Jun 2011

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


MP <b>Kelana Jaya</b> pula terima CD lucah | Free Malaysia Today

Posted: 16 May 2011 02:21 AM PDT

Loh berkata, satu sampul surat berwarna coklat yang terletak dalam peti surat di pejabatnya di Mentari Kelana Jaya di sini, namun tidak beralamat dan hanya tertulis 'CD' itu ditemuinya kira-kira jam 3 petang semalam.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Loh Gwo Burne hari ini mendakwa menerima satu sampul surat berisi beberapa keping gambar lucah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekeping cakera padat (CD) dipercayai klip video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang itu.

Loh berkata, satu sampul surat berwarna coklat yang terletak dalam peti surat di pejabatnya di Mentari Kelana Jaya di sini, namun tidak beralamat dan hanya tertulis 'CD'  itu ditemuinya kira-kira jam 3 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sejak bila kewujudan sampul surat tersebut kerana berada di luar negara minggu lalu.

Sejurus membukanya, beliau mendapati beberapa helai kertas bersaiz ukuran A 4 yang menunjukkan gambar video lucah menyerupai Anwar dan sekeping CD tidak berlabel.

Beliau kemudiannya mendakwa menerima satu panggilan telefon mencurigakan daripada seorang lelaki tidak dikenali kira-kira pukul
3.54 petang yang bertanyakan pendapatnya jika beliau sudah menonton CD  tersebut.

Fasih berbahasa Inggeris, lelaki itu melalui perbualan telefon dengan Loh berkata beliau mungkin menemui sesuatu yang menarik tentang bosnya (Anwar) yang jelas bukan seorang pemimpin yang berkaliber.

"Saya tanya siapa yang bercakap, namun beliau berkata 'kita mungkin boleh jadi kawan'.

"Lelaki itu juga berkata kepada saya jangan bimbang kerana saya akan diberi habuan jika menolongnya mengaibkan Anwar dan terus mematikan panggilan," katanya kepada pemberita di pejabat PKR Kelana Jaya di sini  hari ini.

Terganggu dengan panggilan tersebut, Loh membuat satu laporan polis di balai polis Sungai Way 12.30 malam tadi.

Ditanya jika sudah menonton CD tersebut, Loh menafikannya.

"Tidak perlu kerana jika keluarga Anwar sendiri sudah mengesahkannya,  kenapa perlu saya tonton dan mempercayai kesahihan video tersebut," tegasnya.

Bulan lalu, Ahli Parlimen PKR Kapar S Manikavasagam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana  menerima cd yang sama, namun beliau mengesahkan itu bukanlah Anwar selepas empat kali menontonnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads