Isnin, 10 Februari 2014

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Anwar <b>di</b> Ceramah Perdana Taman Ceupacs, <b>Cheras</b> malam ini <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2014 01:52 AM PST

6febKAJANG 6 FEB : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato di Ceramah Perdana jam 8.30 malam di Taman Koperasi Cuepacs.

Anwr akan menunaikan solat maghrib, solat sunat hajat berjemaah dan menyampaikan tazkirah di Surau Jenaris, Taman Desa Jenaris, Kajang

Terdahulu, pada jam 5 petang ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama penduduk Kajang dalam program Hi-Tea di Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan.

Penduduk Kajang dan kawasan sekitarnya dijemput hadir.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59057

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


mohon baca: kepada semua yang mencari rezeki <b>di negeri selangor</b> <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 06:12 PM PST

Negeri Selangor ini negeri yang ada ramai orang yang dilahirkan dari negeri lain (malahan negara lain) yang menjadi residen dan mencari rezeki di sini.
Untuk merealisasikan negeri Selangor ini negeri yang sempurna (Darul Ehsan), maka semua penduduknya wajar bekerjasama menjadikan ia sempurna.
Ia bukan tugas MB, Exco, ADUN dan penjawat awam sahaja. Ia termasuk syarikat-syarikat, NGO-NGO, ahli politik BN, PAS, PKR, DAP dan PSM serta seluruh penduduk (sama ada tetap atau tidak tetap) di negeri Selangor Darul Ehsan ini.

Kononnya kita mengamalkan demokrasi. Kerana demokrasi juga wujud perbezaan pendapat dan kebebasan bersuara. Tetapi suara perbezaan dan kebebasan ini tidak bermaksud menghalalkan fitnah atau kebenaran membuat hukum-hakam sendiri:


Khir Toyo sudah mohon maaf di atas fitnahnya, tetapi NGO yang mengaku Islam masih terus mahu memanjangkan dosa Khir Toyo apabila mengaitkan Teresa dengan kes azan sembahyang yang telah selesai:
Bukan macai BN saja yang banyak songel di Selangor Darul Ehsan. PAS dan PKR dilihat seperti sedang berebut jawatan MB Selangor Darul Ehsan. Masing-masing buat kenyataan yang damaging kepada kesepakatan dalam parti - bukan hanya antara parti.

Pemimpin PKR dan pemimpin PAS patut malu pada diri sendiri. Komer berada di persada itu kerana rakyat membuat pilihan demi Pakatan Rakyat. 

Bukan sebab komer tu hebat sangat!
Oleh kerana pemimpin-pemimpin (politik dan NGO) itu beragama Islam, jom kita ingat balik apa maksud ehsan itu.
Ehsan menggambarkan seseorang yang meningkatkan amalan ibadatnya secara berterusan. Jika dia bekerja dia sentiasa meningkatkan kualiti hasil perkerjaannya.

Firman Allah SWT:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya" [surah al-Mulk : 2].
Maknanya, apa yang penting bukannya banyak mana buat ceramah (yang berbayar), bukan banyak mana pegang jawatan, GLC...bagai (juga berbayar), tetapi ialah kualiti hasil pekerjaan itu. 
Yong tak mahu sentuh bab kualiti amalan komer mengikut sunnah Nabi (SAW) kerana yang menghakimi kualiti amalan itu hanya Allah (SWT) sahaja. Kita hanya dapat melihat yang explicit  (nampak dengan jelas) sahaja.
Yang explicit itulah yang dinilai oleh rakyat dari segi kualitinya.
Rakyat Selangor ternyata sudah menolak BN kerana muak dengan politik lucah dan perkauman yang nampak dengan jelas itu. 
Penolakan rakyat itu mewujudkan ruang dan peluang untuk Pakatan Rakyat mentadbir Selangor Darul Ehsan.
Tetapi, bagaimanakah kita hendak melestarikan kesempurnaan Selangor Darul Ehsan ini jika dalam Pakatan Rakyat pun asyik bercakaran sama sendiri kerana kepentingan individu?

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


suspek tergolek <b>di</b> atas jalanraya (kemas kini <b>...</b> - Bersama Mazidul

Posted: 05 Feb 2014 01:51 AM PST

Kira-kira jam 9.45 pagi tadi, 3 suspek pecah rumah diberkas oleh polis di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Dua daripada suspek tidak tercedera dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk siasatan manakala seorang lagi terbaring di atas jalanraya.
Berikut maklumat dikongsikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus.

Unit MPV polis mengesan kenderaan Perodua Kancil dengan nombor pendaftaran, BHJ 4185 di Sri Damansara. Polis telah membunyikan siren tetapi kenderaan terbabit memecut laju ke arah Lebh Raya Damansara-Puchong, LDP lalu melanggar palang di Plaza Tol Sungai Penchala sebelum dipandu ke susur Bukit Lanjan dan bergerak ke terowong di Flora Damansara.

Kenderaan sama kemudian masuk semula ke LDP dan ke susur One Utama, menghala ke Kampung Sungai Kayu Ara. Diekori polis, kereta terbabit bergerak laju ke Persiaran Bandar Utama, berhampiran TV3.

Tatkala kejar mengejar, berlaku perlanggaran di antara kereta suspek dan sebuah daripada MPV, mengakibatkan seorang suspek tercampak keluar dari kenderaan dinaiki. Dua lagi rakan suspek cuba memboloskan diri tetapi berjaya diberkas oleh polis.
Suspek, 3 lelaki Melayu, dipercayai penjenayah berdasarkan rampasan dadah dan beberapa peralatan pecah rumah termasuk pisau.
Suspek terbaring, mengalami kecederaan di kepala.
Lelaki tercedera itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. Ambulan dihubungi oleh polis tiba di lokasi kejadian lebih sejam kemudian, 11.19 pagi.
Ketika ambulan cuba mengangkat suspek ke atas pengusung, dia mula meronta-ronta. Berikutan itu tangannya terpaksa digari bagi memastikan keselamatan kakitangan ambulan.
Suspek dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan. Terima kasih kepada blogger, ondscene kerana memaklumkan saya berhubung kejadian ini.

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2014 03:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 03:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Dec 2013 03:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Oct 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Sep 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Aug 2013 03:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2013 03:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan | Malaysia Edition

Posted: 11 Jun 2013 10:10 PM PDT

KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.

Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.

Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.

Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.

Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo

Aku Budak Telok: Mari Kenali Sejarah TPG: Telok, Kampung Medan <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 08:32 AM PDT

Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris
 (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua..
Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu...
 (Aku tukar sikit liriknya)

                                    Melayu Telok..where you at?

                                    Jawa Sijangkang...where you at?,
                                    Melayu/ Jawa  Kg. Medan...where you at?,
                                    Jawa Kebun Baharu...where you at?
                                    Jawa Jenjarom...Where you at?
                                    Sakai Telok Gonjeng...where you at?
                                    Semua ada berapa?
                                    Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!)

Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal

 kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini 
terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung
 tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang 
rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan
 dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam
 mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat 
penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan 
orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. 
Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok.

 Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture,

 kata cikgu omputeh aku dulu.


Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami
 yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya.
 Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah 
darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya.....

Kampung Telok Panglima Garang

Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil
 dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.
 Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh
 datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan
 tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli
 tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu 
untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi
 pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri
 ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli
 yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah
 berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

"JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG"


Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, 

Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok 
dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang 
amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama
 Kampung Telok Panglima Garang manakala
 lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh 


Kampung Sijangkang
Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak
 di daerah Kuala LangatSelangorMalaysia. Kampung Sijangkang
 terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. 
Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok
 yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang
 menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri.
 Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di
 sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati
 di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang
 iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'.
 Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907.
 ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung
 ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang
 lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka
 seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar.
 Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil
 yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah
 dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan
 ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan
 yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama 
dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari
 tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas
 (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang
 yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan
 menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina
 masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925,
 ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. 

Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina 

menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar)
 Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8
 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat,
 selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru,
 Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. 
Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey
Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor,
 Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting.
 Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar
 terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal 
ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini 
hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat
 diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British
 yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey,
 beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang
 telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan
 nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal

 masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia.
 Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli
 yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur 
ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan
 masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, 
Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra
 dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a).
Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang,
 yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng.

Kampung Jenjarom

Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh
 sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah
 dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh 
Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar.
 Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan
 sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan
 ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, 
kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang
 terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom,
 Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.
Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom
 dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis
 tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu,
 rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. 
Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham
 kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai
 Kampung Jenjarom.
 Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari
 Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan 
dengan sebuah papan tanda.




:: CIKGU NORAZIMAH ::: Video Lagu RAYA <b>di</b> KAMPUNG <b>JENJAROM</b>

Posted: 03 Aug 2013 06:43 PM PDT


Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...

~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


qasehdalia: Bercuti <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b> Water Theme Park Resort

Posted: 31 Dec 2013 12:00 AM PST

Akhirnya dapat jugak qaseh update tentang percutian kali ini , GOLD COAST australia MORIB , first bagitahu kakak nak prgi brcuti 3 hari 2 malam , lepas tu dia jawab australia ke weh ! haaa macam la adikmu ni banyak sgt duit nak pegi sana , kah kah gelakkan diri sendiri ..tak tahu la motif menyindir ke apa ahaks yang penting daku nak main air dan menyelam sambil minum air hingga kenyangg ~ blurb blurb , al kisahnya , ni semua angkara abg lan duk wasap-wasap dalam group katanya STREETDEAL[klik] tgh promosikan kupon ! hah apa lagi dengan mata yg terbuntang terus tgk web dia , hanya RM168 dari harga RM584 utk dua org pd hari biasa ~ perghh terus rancang dengan mata yg masih terbuntang bersama 3 blogger cun , kaksue , mieyza dan yanty ..
terbalik bijik mata pusing2 360 darjah tengok gambar ni , bila dah terjun lagi biol dah jadinya qaseh ni , terbaik !! yg gelongsor ada payung tu kami tak dpt naik sebab tak pakai swim suit .. yg lain ok je , main smpai lebam 
Oh ye , bila beli pakej RM168 ni kami dapat breakfast free dan water theme park ni pun free , jom tengok bilik depa pulak ,boleh berjakuzi u olss gitu , syok berendam mcm badak ! so kami berempat , dapat la dua bilik , qaseh tido dengan kaksue , yanty pulak dengan mieyza .. erm waktu ni memang kurang sihat badan sebab demam , tapi jakuzi dan berenang tetap jalan ! 
                                                                                        


 bilik ni sangat sesuai bagi suami isteri sebab pintu ni boleh bukak dan bilik air kaca , hari tu nak mandi pun tak berapa selamat , rasa berdebar - debar je bila kak sue main acah-acah nak buka pintu ! grrr ~ tak rela u ! lepastu masa kaksue nak mandi qaseh pulak acah2 buka pintu , kah kah ! rasakan ~ suwit boleh main kuci-kuci ahhh 
klik read more untuk cerita seterusnya
then kami pun bersiap bertukar menjadi memerang , nak bagitahu satu rahsia bahawasanya qaseh tak pandai berenang , tapi bila masuk kolam kat Gold Coast Morib tetiba qaseh pandai berenang , baik korang datang sini ,haa its miracle ,cewahh  sebenarnya di ajar oleh cikgu sueizza dan yanty .. kih kih

padan muka kat kanak-kanak belakang kena beratur , sila hormat orang yg lebih dewasa ye .. 




padan muka lagi kat kanak-kanak yang tak boleh main masa ni , ahaks ! ni namanya kakak-kakak terencat air tambah jakun ~ sabo je la

Bagi qaseh tempat ni memang best , suasana meriah , yang jaga Taman Tema pun peramah , ehem-ehem nak ngorat mieza lettew ,dan dekat sangat dengan PANTAI MORIB , suka lepak kat pantai tu rasa tenang je , rasa angin menderu , rasa air yang beralun lembut .. wahh rindunyaaa , then kami pun lepak la dekat PANTAI MORIB , selfie , berangan , gelak ketawa dengan diorang ni memang qaseh akan ingat smpai bila-bila.. hilang stress dan segala masalah .. 
 manis senyum kaksue ,ibarat model COLGATE ,sebab tu abg eddy syg ! opsss ~
mieyza yang suka golek-golek tepi kolam hinggakan makcik kat situ terkejut terus reject jadi menantu pilihan ! kah kah , mek serba serbi .. 
yanty - model majalah remaja tahun 2007 , tengok gaya pose pun da mcm model ahaks !

qaseh bakal model majalah remaja tahun 2020 , tunggu ! harap masih belum kerepot .. sign kontrak dah .. 



suasana di tepi PANTAI MORIB , tunggu sunset kat sini tapi tak nampak sangat , kami lepak smpai senja then siap-siap , malam tu keluar makan ikan bakar dan kerang kat DATARAN MORIB , yummi then  balik berjakuzi 4 orang sekali dalam tu sampai pukul 2 pagi , haha borak-borak sampai kecut ! dan tido menanti hari esok yang masih ada ..







pagi-pagi kami keluar , kononnya nak tengok SUNRISE tapi RISE je mampu , keluar cari makan kat Dataran Morib again , lepak santai kat sini , ber photoshoot ala-ala model kak limah balik kg , makan aiskrim tapi xde rezeki kami bila ada kera datang , sumpah sangat takut jika beliau-beliau menggigit kami yang ayu berdress bagai .. agak-agak kalau qaseh kejar kera tu , kera tu akan kejar qaseh balik tak , then qaseh kejar balik smpai koma , huwaaa  tapi xpelah takde rezeki , ambil la aiskrim tuh ! puas hati kau wahai kera !!kah kah peseng tak boleh trima hakikat ..then kami lepak kat surau menuju ke PANTAI KELANANG .. 

Subhanallah sunset yang sangat indah kat sini , alhamdulillah hujan rintik-rintik je , memang berharap sangat nak tengok sunset , sebab kat PANTAI MORIB tak berapa nampak ,perghh syukur dapat jugak melihat ciptaan indah Tuhan .. 




Alhamdulillah 3 hari dua malam yang tidak cukup buat kami , tapi dah mencipta memori yang indah di sini , in shaa Allah ada masa , umur panjang kita bertemu lagi , bertemu di persimpangan senja yang indah .. tq atas rancangan kalian dengan izinNYA , nanti nak bercuti ajak la lagi , ahaks !!
tq guys for everything , tq kaksue buatkan air milo panas yang penuh dengan kasih sayang buat budak demam ni .. ahaks .. syg semua muah muah leb leb skit . tq jugak kat KERA sebab rampas aiskrim dari kami , harap KERA baca , kah kah .. bye u ols ~ 
jangan lupa datang sini yawwwww !!!

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jan 2014 09:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


think health, not drugs: Bas Pameran AADK <b>di</b> Taman <b>Cheras</b> Jaya

Posted: 06 Feb 2014 11:54 PM PST


AADK telah menyertai program pameran antidadah sempena sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Masjis Taman Cheras Jaya, Balakong pada 14 Januari 2014. 

Bertempat di perkarangan masjid,  masyarakat setempat berpeluang untuk melawat Bas Pameran bergerak dan mendapatkan maklumat mengenai jenis dan kesan dadah kepada kesihatan serta perkhidmatan yang disediakan AADK seperti Klinik Cure & Care 1Malaysia, Caring Community House(CCH) dan Cure & Care Service Center(CCSC)

Antara aktiviti yang dijalankan di sepanjang program ini berlangsung adalah tayangan Kisah Mia dan Adam, penerangan mengenai bahaya dadah dan edaran risalah. Dianggarkan hampir 500 orang pengunjung telah melawat bas pameran AADK.







Hidup ini terlalu indah untuk disiakan..
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Cabaran SKYTREX Remaja IKRAMTeens <b>Hulu Selangor Di</b> Taman <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 06:11 AM PST

SHAH ALAM, 12 Dec 2013 - Program Outdoor bersama Skytrex Adventure anjuran IkramTeens Hulu Selangor merupakan satu aktiviti lasak yang mencabar , menguji kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal peserta di kalangan remaja ahli IKRAMTeens Hulu Selangor. 

Program ini merupakan salah satu program berfaedah bagi  membantu remaja mengisi cuti persekolahan mereka. Aktviti program diadakan di pusat kegiatan Skytrex Adventure bertempat di Taman Botani , Shah Alam.  Seramai 41 remaja lelaki dan perempuan telah berjaya menyahut cabaran  dan menghabiskannya  di Seksyen Big Thrill yang merupakan tahap kedua cabaran yang disediakan oleh pihak Skytrex Adventure

Selepas aktiviti lasak Skytrex, para remaja di bawa pula mengunjungi tempat menarik di Taman Botani ini seperti Rumah Beriklim Empat Musim, Zoo Haiwan dan juga aktiviti berbasikal di taman. Tahniah kepada remaja IKRAMTeens  !

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


.: Najib jangan terjerat dengan Mahathir <b>di Kajang</b> - MsO - Blogger

Posted: 31 Jan 2014 05:45 AM PST

REAKSI                                                                                                
Najib Razak seakan berat hati sahaja untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil N25 Kajang. Macam tidak bersungguh kelihatannya. Mungkin Najib sudah dapat mengagak apakah keputusannya kelak. Tetapi berbeza dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Moahamad.
Muhyuddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diityharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi menyerlahkan Muhyuddin tidak mahu mengalah. Kenapa?
Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyuddin. BN kena bertanding.
Mahathir bersandarkan kepada Cina memandang kedudukan pengundi Cina di situ yang hampir sama dengan pengundi Melayu. Pengundi Cina sebanyak 40.46% manakala pengundi Melayu 48.48% dan pegundi India 10,15% daripada keseluruhan jumlah pengundi sebanyak 38,965.
Saranan Mahathir itu dari sudut lain menampakkan dia ikhlas dia tidak mahu Umno yang diberi laluan sepereti mana dicadang oleh pemimpin Khairy Jamaluddin dan dipersetujui oleh Zahid Hamidi kerana kawasan itu hak MCA. Kenapa soal siapa calon ini menjadi berbeza pandangan?
Dalam firasat saya hasrat Mahathir itu bukan sangat agar Cina diberi laluan di Kajang itu, tetapi yang penting ialah berlaku pertandingan. Mahathir juga arif mengenai pengaruh dan kekuatan MCA waktu ini. MCA masih dalam edah pemulihana semangat selepas parti itu berlaku pertukaran kepimpinan. Justeru yang diingini oleh Mahathir ialah pastikan ada pertandingan.
Mahathir atau Muhyiddin ada motif lain kenapa BN perlu meletakkan calon di situ. Tujuan ialah Mahathir mahu imej Najib tercemar dengan pilihan raya itu. Sekiranya BN kalah sudah tentu Najib perlu bertanggungjawab. Kekalahan itu akan diulas nanti bahawa Najib makin tidak popular.
Natijah dari itulah, bila Najib sudah tidak popular maka wajarlah Najib berundur. Tidak perlu lagi Najib tercokol di tempatnya kini. Inilah yang Mahathir kehendaki. Baginya kekalahan UBN di Kajang lebih menyeronokkan daripada kemenangan.
Jadi Najib kena berhati-hati dengan jerat dipasang Mahathir itu jangan tersadung nanti, jatuh terjelapak. Segalanya duduk ditangan Najib bagi berdagang untung nasib dalam pilihan raya kecil Dun Kajang itu. [wm.kl.9:44 pm 31/01/14]

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


sebagai resident <b>di subang jaya</b>, saya amat takut dengan samun <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2014 07:08 PM PST

Berhubung jujukan samun bersenjata di Subang Jaya, aku telah menulis surat kepada KJSJ Selangor.

 YDH SAC Dato' Mohd Adnan Abdullah
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

 YDH Dato',

 PER: SEBAGAI RESIDENT DI SUBANG JAYA, SAYA AMAT TAKUT DENGAN SAMUN BERSENJATA

 Sejak akhir-akhir ini, banyak sungguh samun bersenjata di Subang Jaya. Selama lebih 10 tahun saya bermastautin disini, baru-baru ini sahaja saya mengerti - Apa itu takut dan gerun? Polis Selangor dilihat masih gagal beroperasi secara intelligent dan menyerang secara guerilla. Walhal kedua-dua teknik ini dirasai lebih berkesan berbanding rondaan yang memberitahu penjenayah - POLIS SEDANG MERONDA.

 2. Selepas insiden samun di Maybank USJ 10 Taipan, satu lagi kejadian samun di Restoran JM Bariani, SS18 Subang Jaya. Kejadian waktu malam ketika pelanggan enak menjamu selera. Jika tiada pakar intelligent dan guerilla, elok YDH Dato' mencadangkan Polis Selangor membawa masuk Steven Seagal, Chuck Norris, Ajith Kumar (David Billa), Donnie Yen (Ip Man), Barry Prima (Jaka Sembung) serta Eman Manan (Keris Hitam Bersepuh Emas).

 3. Sebagai resident yang berkapasiti sebagai pemimpin NGO, saya amat takut sekarang ni. Atas dasar itu, saya turut menyimpang senjata didalam kereta atas alasan - MEMPERTAHANKAN DIRI. Buat pengetahuan YDH Dato', saya juga dalam proses menuntut ilmu kebal dan ilmu ghaib.

 Sekian untuk tindakan

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


This is Our Story: Buffet Durian <b>di</b> SS2 <b>Petaling Jaya</b>

Posted: 12 Jan 2014 06:30 PM PST

follow member kawan sekerja mr.hubby
rata-rata kawan mr.hubby adalah penggemar makan durian
makan sebakul pun still boleh makan lagi
macam aku nie..makan 2 3 ulas pun dah rasa muak
memang tak boleh nak makan banyak-banyak
tapi hari-hari boleh jea makan durian cuma tulah tak boleh
makan sekali banyak..memang nak rasa muntah
di buffet durian nie memang banyak gerainya
piilih sahaja nak masuk gerai yang mana satu
ada gerai yang charge 1 kepala start dari 
ikut pilihan masing-masing
dan makanlah selagi boleh makan
aku just tengok jealah member mr.hubby makan
umairah dan umar pun tak makan banyak
sekadar merasa di tekak sahaja
tapi time balik memang azab
bila masing-masing sedawa
perghhhhhhhhh dalam keta bau tempoyak
memang buka tingkap jea sepanjang perjalanan
sebab lawan sedawa dengan mr.hubby hahahahahha
--pilihan mr.hubby dan kawan-kawannya pilih gerai yang charge rm15.00--
makan lah selagi boleh makan
memang pilihan durian yang diberikan TERBAIK

--pilih sahaja mana korang nak makan--

--mr.hubby dan rakan-rakannya--
kuat makan durian semuanya

--makan jangan tak makan--
balik nanti tidor dalam fridge yea

--minum dengan air kelapa--

umairah pun boleh tahan jugak bila makan durian

--mr.hubby pun bukan jenis penggemar durian--
cian umar sudah mengantuk
sejak sudah bersekolah nie
pukul 10pm memang waktu tidor anak-anak
jadi lepas waktu 10pm memang masing-masing sudah lemau
kalau korang nak rasa makan buffet durian


ads