Ahad, 21 Ogos 2011

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK DATOK</b> | BLOG <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 07:22 AM PDT


ada juga manusia jenis ni yerr....

Posted: 26 Jul 2011 05:52 AM PDT


Tahniah diucapkan kepada penganjur "wacana Wan Ahmad vs Ambiga"iaitu sinar harian..kerana telah BERJAYA menghimpunkan kedua-duanya dalam satu majlis..sepatutnya majlis ini diadakan dengan tenanglahkan..yelah yang datang tu nak dengar apa yang harus diperdengarkan..menghuraikan apa yang menjadi kekususutan serta majlis yang akan menghuraikan segala persoalan dan jawapan..lagi pun dalam akhbar sinar hari ni juga..ada diingatkan tentang etika ketika sewaktu berada disana..namun ianya tetap mengecewakan...jom baca laporan dari wartawan agenda daily ini...
Namanya sebuah wacana.Sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar penal bercakap.Namun kalangan penyokong Bersih yang hadir buat perangai macam sarkas.
Itulah halnya semasa wacana bertajuk : Apa Selepas 9 Julai yang dianjur oleh akhbar Sinar Harian di pejabatnya di Shah Alam petang Selasa yang menyaksikan pertama kali tampil bersemuka Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad wan Omar VS Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.
Ini pertama kali mereka bersemuka sejak demo haram Bersih 9 Julai.
Turut sama menjadi ahli penal ialah penganalisis politik Dr Shamsul Amri Baharuddin.

alt
Namun forum selama lebih dua jam untuk membolehkan hadirin mendapat input secara langsung dari penal mengenai isu yang hangat itu kebelakangan ini dicemari dengan sikap ' nak menang saja dan mereka betul semua' kalangan penyokong Bersih yang hadir.
Maka majlis diselangi seli dengan tempikan boo segala macam hingga pada satu ketika Wan Ahmad yang nampak fedup secara menyindir berkata jika mereka ( pembangkang ) menang semua kerusi pilihanraya semuanya OK.- OLEH HELME HANAFI -

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS <b>NEGERI SELANGOR</b> « My Blog

Posted: 08 Aug 2011 03:41 PM PDT

PENGURUSAN ZAKAT PERLU LEBIH EFFISIEN

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) bersetuju dan menyokong tindakan PAS Pusat untuk bertemu dengan pihak JAIS dan pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk meredakan polemik isu serbuan pihak JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan laporan ada usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memurtadkan orang Islam.

Inisiatif yang di ambil PAS Pusat ini diharapkan akan dapat menjernihkan suasana tidak tenteram dan sangka buruk masyarakat terhadap pihak JAIS yang cuba untuk menjalankan tanggungjawab mereka berdasarkan laporan yang diterima ataupun pihak gereja yang hanya bertujuan menjalankan aktiviti kebajikan mereka. Semua pihak yang terlibat perlu di beri peluang untuk membela diri mereka sendiri setelah Dato' Hasan Mohamed Ali, EXCO Negeri Selangor, sendiri telah memperjelaskan tindakan dan kenyataan beliau terhadap operasi JAIS tersebut kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga bersetuju dengan pandangan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap Agama Islam  dalam negara ini perlu mengambil tindakan pro aktif untuk menjaga kebajikan ummat Islam di dalam Negara Malaysia ini dengan mengurus tadbir dan mengagihkan wang Zakat kepada asnaf-asnaf yang layak secara telus tanpa banyak birokrasi pentadbiran.

Wang Zakat yang dikutip setiap tahun meningkat tetapi dalam masa yang sama orang-orang Islam masih lagi dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup. Bilakah lagi Negara Malaysia yang telah 54 mencapai kemerdekaan dan mengaku sebagai sebuah Negara Islam ini boleh mencapai sepertimana zaman Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah mengagihkan duit Zakat secara selayaknya sehingga tiada lagi orang yang layak untuk menerima Zakat pada zaman beliau memerintah. Itulah keberkatan pemerintahan berteraskan Islam yang syumul.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga merasa terpanggil untuk meminta supaya pihak yang mempunyai 'autoriti' tentang zakat di nageri Selangor supaya tidak terlalu bangga dengan kutipan yang meningkat setiap tahun tetapi dalam masa yang sama terdapat keluhan asnaf-asnaf yang mengeluh kerana dinafikan hak zakat mereka. Wang zakat adalah amanah yang perlu diurus dengan sebaik mungkin dan sampai kepada penerima yang berhak.

Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor berharap supaya pihak MAIS dan Lembaga Zakat Selangor perlu mendepani dan menunjukkan teladan kepada negeri-negeri lain untuk mencontohi kebijaksanaan pengurusan zakat semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai sebuah negeri yang maju dan mampan. Sepatutnya pengurusan zakat di Selangor telah dapat membangunkan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Islam di Nageri Selangor kerana kutipan tahunan yang cukup memberangsangkan.

Papan tanda billboard berkenaan zakat boleh bertukar setiap 6 bulan, penyewaan dewan kuliah untuk pengurusan zakat di premis-premis yang di sewa bukan di dewan kuliah masjid-masjid, pusat hemodialisis pun di premis yang di sewa bukan di premis masjid serta ahli jawatankuasa mesyuarat MAIS di bayar elaun untuk menghadiri mesyuarat menunjukkan kemampuan pengurusan kewangan MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.

Oleh itu Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap tidak ada lagi pemberitaan di dalam media cetak dan elektronik yang mengatakan bahawa ada ibu tunggal yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan zakat, ada saudara baru yang langsung tidak diberikan zakat, ada pelajar-pelajar anak Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi terpaksa memendam hasrat kerana tiada sumber kewangan untuk menampung kos pengajian mereka, ada mangsa hutang orang Islam yang dibunuh secara kejam kerana tidak mampu melunaskan hutang dan ada orang Islam di negeri Selangor yang masih lagi tinggal di dalam kehidupan yang penuh dengan kedaifan dan kesusahan.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

08 Ogos 2011

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


xoxo: Sepetang <b>di Jeram</b> + 2nd wedding Anniversary

Posted: 09 Aug 2011 12:56 AM PDT

woot woot...my wiken was fab..I met my parents n we were having bbuka puasa bersama..such heaven!! fab foods + families...There is nothing more I wish for *except for winning 1 million in any contest* hahaha..okay okay..back to business ehemm...I really recommended this place n btw this is not the first time I was here..check out this post..dah byk kali dtg pun still xpuas2 bertarung dgn ketam..n plus this treat was by my handsome daddy *tiba2 handsome time belanja ek kuikuikui*  btw..this time around not only to bbuka puasa bersama but to celeb our 2nd anniversary...(^_^)
our 2nd anniversary...2 years married anak sorg dah..productive x?? alhamdulillah..nasib x setahun satu *lagi productive hehehe*

 budak x reti duk diam..haih -___-"
Alhamdulillah for all the rezeki...and maybe next year we all can celebrate our anniversary somewhere else please..my bro abg *hint hint* hehehe
p/s- looking forward to see u guys this weekend...

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Journey of Life!: Bukit Tabuh, <b>Ulu Kelang</b> a.k.a Klang Gate Quartz <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 08:45 AM PDT

Jika kamu berjalan menghala ke Hulu Kelang, kamu pasti akan nampak bukit ini dari jauh. Dari MRR2 memang agak jelas.
Nampak dari jauh memang  melazatkan. Iya, agak menggeramkan bagi seorang pendaki. Pada aku, bukit ini bukan sebarang bukit. Di antara bukit yang agak sukar untuk aku daki.
Agak bahaya jika tidak berhati-hati.
Batu-batu yang tajam membuatkan tanganku bercalar-calar.
Tetapi, panorama yang dapat kamu lihat dari atas bukit itu memang sangat cantik. Berbaloi-baloi bagi setiap peluh yang telah dikeluarkan.
Dalam pendakian menuju ke puncak bukit, kamu akan nampak pemandangan sebegini...
Kawasan perumahan Taman Melawati juga akan kelihatan semakin tinggi anda daki.
Di antara spot2 yang menggayatkan. Kaki aku ada sedikit menggigil masa lalu kawasan ini. Kiri kanan adalah 80% steep drop. Tapi alhamdulillah, aku dapat atasi rasa gayat itu dan meneruskan pendakian.
Batu-batu yang harus dipanjat memang tajam. Tak percaya, tengok sendiri. Bukit ini sebenarnya bertahtakan batu Quartz. Pasal itu nama bukit ini Quartz Ridge. Ramai orang ingat, batu yang orang nampak dari jauh ni adalah limestone/batu kapur. Tapi sebenarnya tidak. Limestone yang nampak di KL ini hanya terdapat di Batu Cave. Limestone yang lain semua berada bawah tanah.
Bila sampai di puncak bukit, vegetation yang ada juga berlainan. Rumput yang ada di atas sana macam carpet. memang agak berbeza keadaannya dari bukit/gunung lain. Itu yang membuatkan bukit ini special. 
Aku ambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke puncak bukit. Iya agak panjang sebenarnya masa yang aku ambil untuk sampai. Banyak kali aku berehat sebab laluannya agak memenatkan. Mental dan fizikal.
Kalo korang berminat untuk daki bukit ini, aku suggest korang naik awal pagi dalam pukul 7.30am. Sebab KL nie, asal petang jea hujan kan. Lagipun, sangat bahaya kalau naik masa hujan. Sangat slippery, kalau jatuh memang..hmm fatal.
Oh yea, entrance untuk start pendakian adalah di Taman Melawati. Cari Puncak Niaga punya substation. Ada banyak kereta parking di situ dan laluan masuk memang agak tersorok. Cuba tanya local people, kalo tak jumpa.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal (kanan sekali) bergambar dengan pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa.

Dari kiri: Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Negeri Sembilan merangkap Bendahari Biro Masyarakat Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat bergambar bersama-sama Pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa. Peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang juga pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa telah memohon agar kolam-kolam ikan mereka diberikan tol. Permohonan mereka telah ditolak semasa pentadbiran Kerajaan UMNO/BN Selangor dahulu walaupun mereka telah mengerjakan kawasan kolam itu sejak hampir 30 tahun yang lampau, dan permohonan mereka dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat masih juga tidak memperolehi kelulusan. Task Force Felda Selangor telah membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya tanah-tanah kolam ikan itu diberikan kelulusan tol, dan perakuan ini telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar Selangor, dan Task Force Felda Negeri Selangor serta Biro Masyarakat Felda PKR mengesyorkan supaya permohonan daripada pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa ini diberikan kelulusan segera dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor.

Bergambar bersama-sama pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa.

Dialog bersama-sama peneroka-peneroka Felda Suharto. Antara isu yang diketengahkan adalah mengenai geran tanah peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto dan peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan. Peneroka-peneroka ini telah pun menjelaskan BK mereka kepada Felda, mereka juga telah menjelaskan cac melalui Felda; tetapi hingga kini Felda masih enggan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya geran bagi ladang-ladang mereka dikeluarkan. Kuasa sebenar bagi mengeluarkan geran terletak kepada Kerajaan Negeri dan Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri Selangor telah memanjangkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar geran tanah peneroka-peneroka berkenaan dikeluarkan samada Felda membuat pengesyoran atau sebaliknya.

Tekun menghayati dialog yang diadakan. Didalam dialog di Felda Suharto itu, masalah perumahan bagi anak-anak peneroka dari generasi kedua dan ketiga ditimbulkan untuk golongan itu yang tinggal di Felda Gedangsa, Suharto, Sg Tengi, Sg Tengi Selatan dan Sungai Buaya. Terdapat seluas 32.6 ekar tanah kerajaan di Felda Suharto yang sudah dikenalpasti boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan bagi generasi kedua dan ketiga; dan pihak Kerajaan Negeri Selangor dicadang melaksanakan projek perumahan untuk rumah-rumah mampu-milik oleh generasi kedua dan ketiga di kawasan tersebut melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Suhaimi Said memberikan pandangannya didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut. Sdr Rebin Birham sedang serius berbincang dengan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. Dibelakang kiri, Sdr Abu Nasir, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor dan dibelah kanan, Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Sembilan.

Sdr Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR merangkap Pengerusi Task Force Felda Negeri Selangor mewakili YB Elizabeth Wong didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut.

Sdr Nasar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor memberikan pandangan beliau.


Sdr Samsul Iskandar berucap di Majlis Dialog bersama-sama Anggota JKK Felda Sg Tengi.

Sdr Rebin membentangkan tugas yang telah dan akan dimainkan oleh Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri ASelangor kepada Anggota JKK Felda Sg Tengi.

Dari kiri: Sdr Shamsul Iskandar, Sdr Suhaimi Said dan Sdr Karip.

Sdr Rebin memberikan pandangannya mewakili Biro Masyarakat Felda.

Suhaimi Said memulakan ucapannya dengan gurauannya bertanya mengenai harga gula di Felda Sg Tengi. Apabila dijawab harga gula berharga RM2.30untuk 1 kilo beliau menyampuk bahawa harga itu mahal sedangkan di kawasannya di Temerloh harganya murah kalau dibeli 2, gula-gula, boleh dibeli dengan harga 10 atau 20 sen.

Inilah Kak Yah, tuan punya Restoran tempat kami berdialog. Dia cukup gembira bertemu Suhaimi Said dan Kak Hendon. Kami menghabiskan masa 3 minggu di kawasan Felda di Hulu Selangor semasa PRK Hulu Selangor dahulu, dan di kedai Kak Yah inilah kami menjamu selera setiap hari.

Sebelah kiri: Wak, Ketua Kampong Sg Tengi, dan kanan Hj Shukur, Pengarah/Penhyelaras DUN Ulu Bernam.

Kak Hendon juga terlibat didalam kursus pendek yang dibentangkan oleh Tuan Haji Nordin, seorang pakar motivasi yang dibawakan khas dari Melaka.

Masing-masing kena membuat kira-kira didalam kertas yang dikemukakan oleh Haji Nordin.

M Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


bunyi kotak kosong: Berbuka Puasa <b>di</b> Anggrik Kuring Bandar Putri <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2011 09:45 PM PDT

Petang semalam berbuka puasa Restoran Anggrik Kuring.. restoran milik cina indo muslim iaitu Ibu Fungsiwati, restoran yang bertemakan makanan Indonesia.. dan rasa masaknnya jugak bagus sekali donk hehehehe.. ia sangat berbeza dengan Restoran Ayam Penyek yang terdapat dikebenyakan tempat di lembah Klang ok, darisegi pilihan menu, masakan dan suasana di dalam restoran itu sendiri..
nampak sedap kan, dihidang menggunakan penampi kecik.. kitaorang pilih menu alakat, tak banyak ambek gambar sebab masing masing dah lapar hahaha
restoran ni dah pernah di kunjungi oleh team Jalan Jalan Cari makan la.. nowander la makanan dia sedap.. 
Kat tingkat atas, kitaorang seperti berada di Indonesan.. diiringi musik tradisional masyarakat jawa/ sunda, hiasan dan arrangement membawa kalian terbang ke sebrang..hahahaha.. feeling feeling Kesultanan Majapahit jap!!.. serius, seperti bukan berada di Malaysia ketika duduk di dalam Anggrik Kuring, macam melancong pulak.. layanan mereka yang sopan menggunakan bahasa mereka persis di dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih membuatkan kitaorang merasa sungguh selesa dan nyaman sekali..

Disebut didalam menu, makanan lebih segar dan less oil.. ya makanan sihat.. ada tempe tauhu ulam ulam bagai.. ayam dan ikan panggang sangat yam yam.. sos dia sungguh istimewa.. nasi dia pun wangi dan sedap.. kitaorang order air yang pelik pelik, saje nak try kan.. dan serius aku suka air pilihan aku, confirm  la aku tak ingat nama dia kan.. tapi dia ada macam bubble bubble yang pejal kalau masuk dalam mulut dia meletop.. rasa dia seperti asamboy atau pepsi..aku konfius tapi dia memang enak.. jus timun special dia pun emmm.. apa la aku cerita ni, macam tak puasa jak hahahaha....

korang jugak boleh shopping barangan keraf tangan dan baju batik Indo dalam restoran ni.. see, macam melancong kan..
Dan kalau korang berbuka makanan yang korang order to lambat sampai dia akan bagi korang ice cream free.. masa berbuka jugak dia bagi bubur free yang nama dia ntah apa tapi yang pasti rasanya sedap hahahaha.. oh, kitaorang dapat discount untuk sesetengah jenis makan sebab kitaorang staff MAFC hehehe.. best tak..
ps: petang baru dapat bw, sat lagi nak gi TAR shopping final wave huhuhu.. 5 hari lagi :D

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Sun Inns Lagoon | Kuala Lumpur Hotels

Posted: 12 Aug 2010 12:00 AM PDT

**CLICK HERE for special room rates, discounts and reservations on Kuala Lumpur Hotels**

Just a short stroll away from Bandar Sunway and its main attractions, guests will be delighted to find Petaling Jaya, the entertainment heart of Kuala Lumpur a short distance away from the property. Surrounded by attractions like Sunway Pyramid Shopping Center, Sunway Lagoon (Malaysia's Premier Theme parks), Sunway Extreme Park, Sunway Petting zoo, the restaurant hub, pub and club precinct, Sun Inns Lagoon enjoys an enviable location. Simply 15 minutes from the heart of Kuala Lumpur, guests will be delighted to find that Sun Inns Lagoon is ideal for leisure travelers. They feature affordable accommodations that are suitable for budget travelers. With variety of room styles, guests will find this hotel quite ideal for single, couples and even group stay. Sun Inns Lagoon is a good choice for travelers who desire to stay in Bandar Sunway.

Facilities

  • disabled facilities
  • elevator
  • laundry service/dry cleaning
  • smoking room

Internet in Rooms

  • internet access – wireless
  • internet access – wireless (complimentary)

Car Park

Useful Information

  1. Check-Out  - 12:00PM
  2. Distance from City Center - 25.Km
  3. Distance to Airport - 40.Km
  4. Earliest Check-In - 2:00PM
  5. Non-Smoking Rooms / Floors - Yes
  6. Number of Rooms - 98
  7. Time to Airport (Minutes) - 45

**CLICK HERE for special room rates, discounts and reservations on Kuala Lumpur Hotels**

The Villas @ <b>Sunway</b> Resort | Kuala Lumpur Hotels

Posted: 30 Jun 2010 12:00 AM PDT

**CLICK HERE for special room rates, discounts and reservations on Kuala Lumpur Hotels**

Sitting atop of the slopes, these beautiful villas are nestled amidst lush tropical gardens. Featuring a refreshing and tranquil ambience, guests will wake up enchanted by the soothing sounds of cascading waters. A perfect place for a getaway, their 17 villas features a relaxing tone and elegant interior designs. Doubtlessly a well appointed place of stay, guests will get to experience the best of nature whilst pampering themselves with excellent facilities offered by The Villas @ Sunway Resort. To end brilliant evening, guests can take a swim in the plunge pool, have an entertained day at Sunway Lagoon Theme Park (except on Tuesdays) or tuck in at The Pavillion which is a magnificent private enclave. All things considered, The Villas @ Sunway Resort is magnificent.

Facilities

  • 24hr room service
  • business center
  • concierge
  • laundry service/dry cleaning
  • meeting facilities
  • restaurant
  • safety deposit boxes
  • salon
  • shops
  • tours

Sports and Recreation

Internet in Rooms

  • internet access – LAN (charges apply)

Car Park

Useful Information

  1. Check-Out - 12:00 PM
  2. Earliest Check-In - 4:00 PM
  3. Number of Rooms - 17
  4. Room Service (Yes, No, 24 Hrs) - 24 Hrs
  5. Year Hotel Built - 2004

**CLICK HERE for special room rates, discounts and reservations on Kuala Lumpur Hotels**

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Proton Inspira <b>di Hulu Selangor</b> - Informasi <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2011 10:41 PM PDT

Sedang aku santai-santai di rumah sambil tengok TV tempatan, ada satu kes kemalangan dipaparkan yang melibatkan Proton Inspira. Dikatakan kereta Proton Inspira itu mengalami pecah tayar kiri lalu berpusing sebelum merempuh penghadang jalan sebelah kiri. Seorang penumpang mati akibat tercampak keluar dari kereta Proton Inspira itu, manakala pemandunya hanya cedera ringan. Aku pun lantas, selepas berita kemalangan tersebut, terus mencari maklumat kemalangan yang berlaku di Hulu Selangor/Ulu Bernam ini di Internet, dan ketemu dengan maklumat yang dicari di ondscene.my. Dibawah merupakan gambar kemalangan Proton Inspira di KM 401.8 di Ulu Bernam pukul 1 pagi. Seorang yang mati tercampak itu merupakan pekerja Eksekutif Pemasaran akhbar Kosmo.

Kemalangan Proton Inspira 1

Berdasarkan pengalamanku selama 4 tahun berkecimpung dalam dunia penyiasatan kes kemalangan, Kebanyakkan kes pemandu atau penumpang tercampak keluar akibat kemalangan adalah disebabkan oleh tidak memakai tali pinggang keselamatan. Jadi, berhati-hatilah di jalan raya, jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan kenderaan. That's the least you could do to save your life. Satu lagi, bagaimana tayar kereta Proton Inspira itu boleh pecah? Nak ikutkan, kereta Proton Inspira ni keluaran baru, kurang dari 2 tahun pun. Bagaimana boleh pecah tayar tu? Nak kata panas, kejadian berlaku waktu malam. Hmmm anyway, Al-fatihah dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. P/S: Tidak semua orang bernasib baik untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. Mari kita sama-sama berdoa supaya dipanjangkan umur supaya dapat ketemu dengan bulan penuh berkat, bulan Ramadhan. Amin.

Kemalangan Proton Inspira 2
Kemalangan Proton Inspira 3
Kemalangan Proton Inspira 4
Sumber: Ondscene

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


“<b>BATU CAVES</b>” Heather555′s Photos Around Kuala Lumpur, Malaysia <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2011 05:18 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]"BATU CAVES" Heather555′s Photos Around Kuala Lumpur, Malaysia (eco Resort Behind … August 21, 2011 – 12:18 am. Preview of Heather555′s blog at TravelPod. Read the full blog here: www.travelpod.com This blog preview was made by ...

my script: Alam mistik <b>di</b> Tmn Sunway <b>Batu Caves</b>

Posted: 23 Jul 2011 09:31 AM PDT

23 Julai 2011- Aku punya 2 orang teman di surauku  yang aku panggil Hj Rahim dan Hj Amran.Setelah lama berkawan dengan mereka baru kini ku ketahui mereka ini punya kebolehan ala cerita yang ku minati 'alam mistik', 'misteri nusantara' dan filem wayang yang paling aku minati semasa zaman remaja dulu iaitu 'Ghost buster'.Telah acapkali ku minta mereka ini datang ke rumahku untuk lakukan  'scanning' di rumahku. Al- maklumlah Taman Sunway Batu Caves memang betul-betul berdekatan dengan bukit Batu Caves yang mana kita ketahui memang merupakan bukit kesukaan makhluk halus.Maka malam kelmarin 2 sahabat baik ku ini pun datang lah ke rumahku, Sebenarnya di rumahku ini bukanlah selalu berlaku kejadian yang aneh..cuma aku sengaja  nak uji kehebatan mereka berdua. Maka terhasillah objek makhluk halus diatas, yang mana makhluk ini berjaya ditangkap oleh kedua-dua rakanku ini dengan izin Allah. Aku sengaja mengambil gambar botol ini pada pagi 24 Julai 2011 kerana aku dengar makhluk halus ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar.tetapi boleh dilihat melalui kamera jika bernasib baik.Mungkin Allah ingin menunjukkan kekuasannya supaya kita tidak perlu takut kepada makhluk halus seperti ini kerana kita dijadikan sebagai khalifah di mukabumi ini sudah tentunya kerana kita lebih hebat daripada Jin dan Syaitan. Wallahualam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Rumah Runtuh <b>Di Kajang</b> Baru Akibat Gegaran <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 05:36 PM PDT

Bukit Kajang Baru, Kajang, 17 Ramadhan = 17 Ogos (Rabu):

Apa yang dibimbangi penduduk Taman Kajang Baru selama ini petang ini benar-benar terjadi, Rumah dua tingkat milik Encik S.K.Lim berhadapan dengan jalan keluar masuk lori-lori Syarikat Perumahan Ridge View benar-benar terjadi - runtuh. Beliau dan keluarga yang tinggal di sini sejak 15 tahun lepas berada di dalam keadaan damai dan selamat bersempadankan bukit dan pokok menghijau sebelum wujudnya Syarikat Perumahan berkenaan. Sejak Syarikat berkenaan beroperasi di sini beliau berada di dalam keadaan bimbang oleh kerana rumah beliau mengalami kegegaran dengan lalu lalang lebih 100 buah lori sehari melintasi rumah beliau dan rumah jiran berhadapan dengannya iaitu rumah milik Puan Lau. Keruntuhan rumah En. Lim adalah serius. Benteng setinggi 30 kaki bagi menahan kawasan rumah En. Lim dan tanah rubuh menyebabkan sebahagian rumah En. Lim tergantung dan mengundang runtuh lebih teruk jika tidak diambil tindakan segera,

Sebelum itu Adun Bangi yang baru pulang bertarawih di Surau Al-Hidayah, Lembah Mewah, Kajang sebaik tiba di rumah jam 11.00 malam dan sebelum mematikan enjin Hilux menerima telefon memaklumkan kepada Adun tentang kejadian tanah runtuh dan rumah rubuh di Kajang Baru. Adun menukar pakaian dari jubah ke seluar keluar berseorangan jam 11.00 malam itu setelah menelefon Sdr. Azizi mengajaknya keluar kembali, turut menyertai kami saudara Azmi Ahmad. Ketibaan kami menyaksikan kerosakan yang serius. Tiba dalam masa berdekatan ialah En Haris Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat, En. Zulkifli Timbalan YDP MPKj, Pegawai Polis Kajang S I Rosli bersama dengan beberapa pegawai Polis dan orang ramai yang berada di lokasi lebih kurang 20 orang. Turut hadir kemudian ialah YB Dr. Che` Rusli Che` Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan saudara Adram Musa Ahli MPKj.

Keluarga En. Lim Pertama yang Adun dapat jumpa ialah Dr Loh menantu En, Lim yang tiggal bersamanya (15 orang dalam keluarganya) menurut Dr. Loh dia merasa hairan bagaimana pihak MPKj boleh membenarkan kawasan hijau diteroka dan dijadikan kawasan perumahan. Beliau menyebut banyak complain terhadap MPKj yang beliau buat, tetapi tindakan yang diambil menguntunkan pihak pemaju dan tidak ada pembelaan terhadap rakyat.`Adun juga menyebut beberapa kali pertemuan Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga yang antaranya Adun hadir. Dari desakan bahkan protes penduduk, biasanya pihak Syarikat menghentikan kerja untuk beberapa hari, tetapi kemudian mula bekerja balik.

Di atas keizinan En. Lim, Adun dan pengiring –pengiring masuk ke dalam kawasan rumah En. Lim melihat dari atas kawasan dan bahagian rumah yang runtuh, Menurut En. Lim rumahnya dipasang dua meter letrik. Pada bahagian runtuh memang tiada letrik dan terputus, tetapi meter kedua tidak terjejas, sebab itu masih ada api di bahagian kiri dan ruang tamu. Keluarganya berada pada bahagian kiri yang belum runtuh dan juga pada bahagian hadapan. Apabila Adun bertanya, adakah Encik Lim mengambil ansuran perumahan, beliau menjawab `Tidak`!`

Apabila ditanya adakah En. Lim yang sudah dalam umur bersara itu akan menggunakan peguam bagi membuat tuntutan kepada yang berkenaan ? Beliau menjawab,

`Saya mau rumah saya dipulih secara segera.`` Adun bertanya `Adakah En. Lim mempunyai rumah yang lain, jika dikehendaki pindah bagi keselamatan ? Beliau menjawab ` saya tidak mempunyai sebarang rumah yang lain.`` Adun menawarkan sedikit bantuan kewangan segera. Beliau berterima kasih dan menyatakan tidak perlu buat setakat ini.

Sementara itu jiran berhadapan rumah En. Lim, iaitu Puan Lau, bahagian depan rumahnya berhadapan dengan jalan masuk ke projek rosak teruk dan tidak selamat dari lumpur, habuk dan kebisingan. Beliau mempersoalkan, mengapa pintu pagar projek dibina berhampiran dengan rumah beliau, tetapi tidak ke dalam berdekatan dengan projek, Setahu beliau ada dua keping tanah kosong sebelum ke projek, mengapa tidak dibuat pintu pagar lebih ke dalam, Mengapa Iklan perumahan juga di tepi pagar beliau. Puan Lau mahu kawasan hadapan rumah beliau dibaiki sebagaimana sediakala.

Sebelum Adun memohon diri setelah sejam berada dilokasi, kami bersetuju soal rumah runtuh akan di bawah ke pihak atasan dan usaha hendaklah dilakukan segera bagi memulihkan bangunan rumah En, Lim.

Adun kembali ke rumah bersendirian jam 1.00 tengah malam selepas menghantar saudara Azizi ke rumahnya.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Jadwal Safari Bupati Diawali <b>di Sepang</b> - Depan

Posted: 05 Aug 2011 06:05 PM PDT

Berita

Jadwal Safari Bupati Diawali di Sepang

6 Agustus 2011

Kuala Kurun, Ppost

Seperti biasanya Jajaran Pemerintah Kabupaten Gunung Mas (Gumas) selama Bulan Suci Ramadhan akan melakukan kunjungan atau safari untuk berbuka bersama dengan warga masyarakat yang muslim dengan dilakukan oleh Bupati atau Wakil Bupati Gumas dan untuk tahun 2011 safari diawali dari Kecamatn Sepang.

Kepala Bagian Kesejahteraan Rakyat (Kesra), Hapner Andung,SSos, mengatakan, pada tahun 2011  ini safari Bupati diawali di Kecamatan Sepang tepatnya di Desa Tampelas yang dilaksanakan pada tanggal 8 Agustus 2011 safari ini akan diikuti oleh semua Kepala SKPD dan kunjungan safari atau buka bersama warga ini dilakukan  di enam Kecamatan seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Untuk safari Ramadhan yang yang diawali di Kecamatan Sepang ini dilakukan hanya Pulang-Pergi sementara di Kecamatan Rungan dan Manuhing safari ramadhan dilaksanakan bermalam dan safari ini akan berakhir di Kecamatan Kurun yang dilaksanakan pada tanggal 19 Agustus 2011," ungkap Hapner diruang kerjanya kepada wartawan belum lama ini.

Ia menambahkan, pelaksanaan safari ramadhan ini bermaksud untuk dapat bersama-sama dengan warga masyarakat khususnya muslim dalam berbuka puasa bersama dan melakukan pertemuan dengan masyarakat untuk dapat berbagi informasi tentang berbagai hal tentang pembangunan di Kabupaten Gumas baik yang telah dibangun maupun yang sedang berjalan dan juga pada kegiatan safari ini juga akan diserahkan bantuan rumah ibadah bagi beberapa rumah ibadah yang mendapat bantuan pada tahun 2011 ini,jelasnya.

Kegiatan safari ramadhan ini merupakan agenda rutin dari Pemerintah Kabupaten Gumas saat bulan suci ramdhan sama halnya jika memasuki Natal tiap Bulan Desember Pemerintah Kabupaten Gumas juga melaksanakan safari kasih disemua Kecamatan.nth

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

mencaei rumah sewa <b>di subang jaya</b> atau area berdekatan - CariGold <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2011 09:35 PM PDT

Forum Jump

ads