Isnin, 18 Jun 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK</b>

Posted: 14 Jun 2012 07:53 AM PDT


Kenapa nak halang pulak!

Posted: 13 Jun 2012 08:40 PM PDT

Rukun Islam yang kelima apa ye.pastilah menunaikan haji.betul tak?Jika mampu dan terdaya apa salahnya..dan dah ada peluang..kenapa perlu ditangguh-tangguhkan pulak.kp rasalah kan,puak-puak ni sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri daripada takutkan Allah..,ye KP akui,yang KP ni pun bukanlah bijak pandai sangat tentang agama,taoi takdelah jahil sangat..hingga sanggup keluarkan kenyataan bahawa jangan pergi tunaikan haji atau minta jemaah yang dah dapat panggilan agar tanguhkan dahulu hasrat mereka..alahaii..korang bajyak duit memanglah korang boleh pergi tahun-tahun mendatang,tapi bagi mereka yang grrsusah payah bertungkus lumus menabung,tup tup dapat panggilan dan peluang tahun ni,di suruh oergi tahun depan..tu kalau diberi lagi umur yang panjang..tapi jikalau tak panjamg,bagaimana,siapa yang harus bertanggungjawab..lihat kenyataan ketua penerangan pas didada akhbar hari ini...
"Menunaikan haji sememangnya penting kepada umat Islam  tetapi hak untuk menentukan kepimpinan negara adalah lebih penting," katanya.SHAH ALAM - Pas Selangor menyokong kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya, menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan   raya umum yang dijangka antara September hingga Oktober.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, beliau menyokong kenyataan tersebut kerana rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara walaupun pilihan raya diadakan pada musim haji.

"Kita merujuk hukum Fiqah Awliyat ditakrifkan oleh Dr Yusuf al- Qaradhawi iaitu apabila terdapat dua perkara penting, kita perlu memilih perkara yang lebih berkepentingan.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada musim haji bagi memastikan pilihan raya berlangsung telus dan adil.

"Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan tentukan masa depan mereka sendiri dan bukan cuba menghalang dengan pelbagai helah," katanya.

Menurutnya lagi, Pas tidak akan melakukan sebarang provokasi dan mengangkat senjata seperti yang didakwa Barisan Nasional (BN).

"Pas tiada masalah jika kalah kelak kerana kami biasa kalah sebelum ini dan tiada sebarang kejadian  tidak diingini berlaku, rakyat sudah cukup matang untuk bertindak," katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya mendakwa Umno-Barisan Nasional menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini.

Kenyataan ini juga disokong oleh Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menegaskan PRU13 ketika musim haji akan mengganggu urusan ibadah umat Islam di negara ini.

Menentukan masa depan negara?selama ini negara kita ni takde masa hadapan ke?kalau takde masa depan dah lama dah kita mundur..aduh..tak pahamlah...lupa pula kp,kan undi pas masuk syurga..

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan umat Islam yang mendapat giliran menunaikan haji tahun ini mengutamakan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding tanggungjawab mengundi dan melakukan kerja-kerja parti pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia berdasarkan prinsip fiqh aulawiyat iaitu meletakkan sesuatu perkara mengikut keutamaan yang mana ibadat haji adalah fardu ain sedangkan mengundi adalah fardu kifayah.

Begitupun, beliau turut mengingatkan, mengundi juga ada keadaannya boleh bertukar menjadi fardu ain jika kepentingan Islam boleh terjejas sekiranya kurang umat Islam mengundi.

"Kalau yang mahu menunaikan haji untuk kali kedua, itu dia boleh tangguh kerana mengundi atau memilih pemimpin juga wajib dan fardu kifayah. Tapi untuk kali pertama dia perlu utamakan haji berbanding mengundi kerana haji adalah rukun Islam yang merupakan fardu ain.

Jadi..kita dah diberikan akal,haruslah menggunakannya dengan sebaik mungkin..

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Penny Stock Prophet Reviews Offer <b>CHERAS</b> Marina <b>Di</b> Savelletri

Posted: 12 Jun 2012 08:31 AM PDT

Publish Date: 12-06-2012 23:31:01 | Contact name: Stan Willson | Location: CHERAS | Place: Marina Di Savelletri | 15 times displayed |

Is actually Penny Stock Prophet RIP-OFF? Go through My STUNNING Penny Stock Prophet Reviews! JAMES REALLY WANTS TO SUE US AND SHUTDOWN THIS REVIEW SITE!

For more about Penny Stock Prophet Reviews visit http://www.PennyStockProphetreviews.com

Contact Stan Willson: Penny Stock Prophet Reviews

Send me an email with links to manage my Ad

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Interaksi Muzium & Masyarakat <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 18 Jun 2012 03:48 PM PDT

Kuala Selangor, 26 Rejab 1433 = 16 Jun 2012 (Sabtu):

Ini adalah Program Keenam bagi Interaksi Muzium & Masyarakat, iaitu selepas Kapar, Sepang, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat dan kini di Kuala Selangor bertempat di Tapak Hadapan Asrama, Pusat Seri Tanjung, Kuala Selangor bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sebelum itu pada malam tadi diadakan Forum Perdana di Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang Panelnya ialah Ustaz Halim Din dan Ustaz Azhar Yaakob yang memperkatakan Isu Semasa Keagamaan.

Program pada dasarnya adalah menurut format yang lepas dengan pembukaan pada sebelah paginya secara alu-aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor dan Ucapan Pembukaan oleh YB Dr. Ahmad Yunus Hairi Exco Belia, Sukan, Adat Resam Melayu dan Warisan dan lawatan ke Pameran.

Aktiviti-aktiviti yang lain ialah pertandingan, persembahan, bengkel dan explorasi. Aktiviti-aktiviti disertai oleh penduduk setempat di samping dari pihak PADAT. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan sirih junjung,, pertandingan masakan dan kuih tradisi, pertandingan mewarna, pertandingan permainan tradisional (dam aji, congkak, batu seremban, manakala persembahan seperti persembahan Kesenian PADAT, Kesenian Daerah seperti Campuling, Gamelan dan Kompang dan Persembahan Kebudayaan Daerah, manakala bengkel ialah kelingkan. Antara acara yang dapat menarik penyertaan ramai ialah Explorasi Bukit Melawati yang disertai oleh 30 kumpulan. Explorasi bermula dengan pelepasan pada jam 9.30 pagi dan berterusan hingga jam 3.30 petang.

Acara seharian ini berakhir dengan acara penutup. Adun Bangi selaku Pengerusi PADAT datang pada sebelah petang jam 5.00 bagi merasmikan acara penutupan. Adun menyifatkan Interaksi Muzium Dengan Masyarakat sebagai serampang banyak mata. Tujuan yang nyata ialah bagi merapatkan muzium dengan masyarakat melalui program-program yang dianjurkan. Lebih jauh diharap masyarakat dapat memahami tentang warisan dan adat budaya dan menghargai serta mencintainya. Di dalam hal ini Adun Bangi berharap antara `mata serampang` yang lain, interaksi Muzium dan Masyarakat juga dapat mencungkil maklumat dan artifek-artifek tempatan yang boleh diangkat ke atas. Antaranya dengan mengadakan seminar dalam mana seorang tokoh budaya, ilmuan tempatan membentang kertaskerja mengenai bahan-bahan sejarah dan artifek-artifek yang ada di satu-satu kawasan. Contoh intelektual atau tokoh senibina membicarakan tentang rumah lama di Kuala Selangor, begitu juga dengan tokoh-tokoh tempatan yang terkenal dan berjasa. Boleh juga dibicarakan produk budaya dan asal usul sesuatu tempat. Dengan ini Interaksi Muzium dan Masyarakat lebih bersifat ilmu dari hanya bersifat suka-suka.

Walau bagaimana Adun berpendapat baik secara sedar atau tidak sedar dengan interaksi Muzium dengan masyarakat telah dapat melaksanakan satu resolusi Sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang baru berlalu, iaitu saranan supaya Muzium Turun Mendatangi Masyarakat, bukan hanya masyarakat mendatangi muzim. Namun pengisian perlu dipertingkatkan lagi.

Selepas upacara Penutup, Adun dipersila menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dan peserta-peserta.

Sekian.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


aNDaI iTu TaKdIrNya: JaWaTaN KoSoNG <b>Di NeGeRi SeLaNGoR</b>......

Posted: 04 Jun 2012 05:28 PM PDT

Salam.......

kepada semua kawan2 saudare2 dan juga jiran2 tetangga yang masih lagi mencari2 peluang pekerjaan sila rujuk portal rasmi SPN Selangor dialamat berikut :

Kesemua permohonan boleh dibuat dengan terlebih dahulu mendaftar secara on line tau...

tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Jun 2012...so jangan lambat2 tau korang2...

ade 14 Jawatan dan kesemuenyer berjawatan tetap....selamat mencuba....

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Perjanjian Anwar Dengan Pembesar Pahang <b>Di Jeram</b> Musuh Karam

Posted: 18 Jun 2012 04:03 AM PDT

Anwar Ibrahim mengharung cabaran arus deras dan jeram yang licin...memang Jeram Musuh Karam telah buat Anwar karam selepas peristiwa itu...sila baca sini.
Anwar adalah ahli politik yang cemerlang boleh meyakinkan orang politik. Ini posting WZWH cerita bagaimana Anwar telah memukau para pembesar Pahang dengan perancangan politik beliau yang genius.
Jika perancangan Anwar ini menjadi sudah tentu DS Najib tidak akan berada ditempat beliau sekarang. Maha genius Tun Mahathir telah mengagalkan perancangan Anwar dengan pembesar Pahang ini.
Betapa ketika itu tidak ada kesetiaan orang politik Pahang kepada DS Najib. Orang politik Pahang mudah digula-gulakan oleh Anwar.

WZWH teringat kembali 15 tahun dulu pada tahun 1998 buat pertama kalinya WZWH menjejakkan kaki di Jeram Musuh Karam dan Pos Lanai Kuala Lipis. Pada masa itu satu acara pertandingan kayak sedunia memudiki sungai di Kuala Lipis dari Jeram Musuh Karam hingga ke Kuala Medang.
Pertandingan kayak sedunia itu dirasmikan oleh Anwar Ibrahim ketika itu TPM Malaysia. WZWH bergegas ke Kuala Medang dari Jerantut dan tiba pada waktu tengahari. Kemudian WZWH dan saudara Ezam Mat Nor, Setpol Anwar Ibrahim (MOF) berlepas mudik menaiki bot kecil menuju ke Jeram Musuh Karam.
Perjalanan bot melalui salah satu sungai tercantik di Pahang melalui kampung-kampung Tradisional Melayu dan beberapa perkampungan orang Asli. WZWH diberitahu kampung Dato' Omar Osman, ADUN dan Ketua UMNO bahagian Kuala Lipis terletak di pedalaman sungai itu.
Makin ke hulu sungai dengan menaik bot kecil, memecut atas air jernih Sungai Jelai. Semakin lama sungai semakin sempit diselungkupi hutan tebal.
Tidak ada lagi kampung paling hulu dari kampung itu kerana sungainya semakin curam petunjuk muka bumi hampir dengan Tanah Rata Cameron Highland.
Kami tiba di Jeram Musuh Karam pada lewat petang. Dato' Omar Osman telah siap menunggu di khemahnya. Peserta-peserta kayak antarabangsa dan orang kampung, juga ahli-ahli politik Pahang telah ada di situ.Setelah mandi manda, kami berehat, malamnya selepas makan kami bersembang politik sampai larut malam.
Jeram Musuh Karam ini sangat jauh di pedalaman Kuala Lipis bersempadan dengan Cameron Highland. Orang Kuala Lipis pun tidak pernah sampai. Arwah Wan Mustapha Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Lipis memberitahu WZWH bahawa beliau kali terakhir datang ke Jeram Musuh Karam pada tahun 1975.
Pada esok harinya kami semua menunggu Anwar Ibrahim tiba dengan helikopter untuk merasmikan acara kayak sedunia ini. Ketika itu pembesar politik Pahang semua ada. Tun Khalil Yaakob MB Pahang, Dato' Hassan Arifin TMB, beberapa EXCO Pahang dan wakil rakyat.
Kami semua menunggu di atas sebuah bukit. Kemudian helikopter yang membawa Anwar Ibrahim pun landing. Putaran kipas helikopter di atas bukit yang sempit telah menerbangkan debu-debu dan daun-daun kayu menyesakkan nafas. WZWH masih ingat lagi sewaktu Dato' Zainal SUK Pahang membuka payung besar melindungi Tun Khalil dari putaran debu, WZWH telah secara tiba-tiba masuk menunduk di depan Tun Khalil. WZWH minta maaf dan Tun Khalil hanya tersenyum.
WZWH diberitahu pada masa itu boleh dikatakan 99% ahli politik Pahang menyokong Anwar Ibrahim melawan Tun Mahathir untuk jadi Perdana Menteri. Anwar menjanjikan Tun Khalil jawatan Timbalan Presiden UMNO. WZWH baru perasan, DS Adnan Yaakob, EXCO Pahang ketika itu tiada bersama. Beliau satu-satunya ahli politik Pahang yang berani tidak menyokong Anwar Ibrahim!
Selepas acara perasmian Kayak Sedunia. Anwar Ibrahim bersama-sama peserta-peserta kayak menghilir Sungai Jelai. Berhenti sekejap di Pos Lanai. Akhirnya sampai ke Kuala Medang. Sejurus lepas itu, Anwar Ibrahim bergegas pula ke Tanjung Gahai. Tidak ada jambatan menuju ke Tanjung Gahai yang terletak di seberang sungai. WZWH terpaksa menaiki feri tangki besi untuk ke Tanjung Gahai.
Ramai orang kampung menunggu kedatangan Anwar Ibrahim. Dalam ucapan alu-aluan, Dato' Omar Osman telah mendeklamasikan sajak memuji dan mengangkat Anwar Ibrahim pemimpin hebat masa depan negara. Anwar Ibrahim tidak lama berucap kerana terpaksa cepat balik ke Kuala Lumpur dengan helikopter kerana ada hal mustahak.
WZWH masih ingat lagi Anwar Ibrahim ada menjanjikan sebuah jambatan perlu dibina di Tanjung Gahai bagi memudahkan orang kampung dan anak-anak pergi ke sekolah. Dato' Hassan Arifin mengiringi Anwar Ibrahim ke helikopter yang menunggu. Ada orang kampung membawa ikan kelah merah yang sangat besar juga menuju ke helikopter.
Seminggu selepas itu, 2 September 1998, Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Mahathir dari kabinet! Maka perjanjian Anwar Ibrahim dengan para pembesar Pahang di Jeram Musuh Karam hanya tinggal perancangan dan kenangan nostalgia indah dalam ingatan WZWH.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Kebun Bahagia Bersama: Kebun Sebelah <b>Sungai Buloh</b> Benih <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 07:40 AM PDT

Setelah lama memujuk tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh untuk tangkap gambar progress pokok-pokok atau benih yang saya pindahkan dari Adelaide ke Sungai Buloh bulan May lalu, saya terimalah gambar-gambar ini dari adik lelaki saya hari ini. Walaupun rasa tiada tenaga sudah malam ini, teruja sangat nak berkongsi gambar ini. Untuk mengelakkan kekeliruan saudara/saudari yang baru berkenalan dengan tukang kebun dan mengikuti blog kami, kami ada 2 kebun, satu di Adelaide yang dalam proses beralih perlahan-lahan beberapa tanaman ke kebun di Sungai Buloh yang milik ibubapa saya. Dahulu ahli tukang kebun di Adelaide adalah 5 orang dan sekarang tinggal 3 orang. Tukang kebun lagi 2 orang dah berada di Sungai Buloh dan bilangannya bertambah dengan ahli baru iaitu adik-adik saya. Yang menolong pos benih-benih ialah adik lelaki saya. Dulu, saya dan sepupu saya Lenay yang kumpul benih-benih di Adelaide. Sekarang ini, benih dari Adelaide dikumpul oleh saya dan benih dari Sungai Buloh dikumpul oleh Lenay dengan bantuan anak-anak murid dia bermula baru-baru ini. 
Pertengahan bulan May lalu, kami ada bawa balik bulb gladiolus untuk kebun kami dan juga peminat bunga yang lain. Sekarang bulb gladiolus di kebun kami semuanya telah bercambah dan meninggi seperti di dalam gambar bawah.
Bulan lepas ada juga dibawa balik pokok-pokok strawberry (jenis 'Sweetie') dari kebun kami pindah ke kebun Sungai Buloh. Pokok strawberry sudah berbuah tapi si ayam mutiara je yang puas makan. Ada juga bawa balik pokok saya tak ingat sama ada blackberry atau blueberry, katanya dah berbunga sekarang. Tapi adik perempuan saya kata macam ayam mutiara je yang target awal-awal lagi buahnya nanti. Pokok bay leaves yang dibawa balik pun mereka report makin cantik. Saya juga ada bekalkan beberapa rhizome bunga iris dari kebun kami di Adelaide dan nampaknya gagah tumbuh juga di kebun Sungai Buloh seperti gamber di bawah.
Bawa balik juga 2 pokok bunga gerbera yang saya sayangi sebab pemberian hadiah Mother's day 2 tahun lepas dari anak-anak. Lenay bahagikan ke beberapa pokok (by division) dari 2 pokok tu dan katanya sekarang ni galak tumbuh baik. Masa di bawa balik, di Adelaide makin sejuk jadi pokok gerbera tu dah mula dormant dan nampak sedih sangat, sekarang sebab agaknya tumbuh dekat Malaysia seronok dapat banyak haba kembali.
 Bulan January lepas saya ada balik Malaysia 6 hari. Saya ada bawa balik buah spaghetti squash yang baru dituai dari kebun kami di Adelaide. Lenay simpan bijinya dan semai. Hujung minggu lepas, kebun di Sungai Buloh telah tuai spaghetti squash buat pertama kalinya dan Lenay ada tunjuk buahnya di Skype. Kalau Lenay bagi lampu hijau, baru kami akan promosikan benih organik heirloom spaghetti squash.
Semasa di Malaysia January lepas, saya ada semai benih sengkuang di kebun Sungai Buloh. Sekiranya nak ubi sengkuang yang besar, bunganya hendaklah dipotong supaya pokok itu fokus tenaganya untuk menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan tidak terbantut. Tetapi kali ni saya pesan dengan Lenay supaya biar je pokok sengkuang itu berbunga untuk kumpul benih. Mereka berjaya kumpul benihnya dengan penuh kesabaran. Setiap kali berSkype, Lenay saja mengusik saya tunjuk benih sengkuang yang mereka kumpul. Kebun kami adalah organik, jadi jangan pelik tengok daun yang habis berlubang dan kena makan tu. Keadaan pokok-pokok sengkuang itu sekarang.

Bila nak tambah benih organik open-pollinated sengkuang dalam list?
Lenay tak bagi lampu hijau lagi. 
Dia kata tunggu dulu nak testing benih dulu.
Protokol nak dapat kelulusan benih dalam kebun kami...hehehe....
Saya gembira dan bangga dengan tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sebab dah berjaya mula buat koleksi benih tempatan mereka sendiri. Tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sekarang adalah anak-anak muda yang berusia antara 25 tahun dan 5 tahun. Ilhan yang baru masuk 5 tahun masa menetap di Adelaide jarang sekali dapat makan kacang panjang. Sekarang menu sayurnya tiap hari ialah kacang panjang dari kebun Sungai Buloh kami. Dekat Sungai Buloh sekarang musim kacang panjang.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Lelaki tempatan dibunuh, kepala hancur perut terburai <b>di Kapar</b> Klang.

Posted: 24 May 2012 11:51 PM PDT

Kepala hancur, perut terburai akibat ditetakPasukan Forensik melakukan pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit, di Klang semalam.


Seorang lelaki dibunuh kejam apabila kepalanya hampir hancur ditetak manakala perutnya terburai, dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Akob, Bukit Kapar, semalam.

Mayat mangsa berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui terbaring seorang pemilik ladang, kirakira jam 8.30 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis dari Balai Polis Kapar dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat daripada pemilik ladang berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati terdapat lebih lima kesan tetakan yang dalam di kepala mangsa. Perutnya juga terburai. "Senjata yang digunakan penjenayah tidak ditemui di lokasi kejadian," katanya semalam.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh kurang 24 jam berdasarkan keadaan darah yang masih baru. Mohamad Shukor berkata, mayat mangsa ditemui memakai baju hitam, seluar hijau dan berjaket coklat serta berkasut kanvas.

"Mangsa merupakan warga tempatan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui," katanya.

Beliau berkata, polis menyiasat motif pembunuhan dan masih mengesan penjenayah yang terlibat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


UDANG GALAH: TRIP ULANGAN DBKL KE <b>SUNGAI PANJANG</b>

Posted: 13 Jun 2012 04:43 AM PDT

bro lan pitong dan ahli kelab jenggo DBKL memburu jenggo di sungai panjang untuk kali kedua


Dari kiri ke kanan....bro Adib Sa'aer, bro Halim, bro Azmi, bro Bahtiar, bro Nazim dan fotographer Lan Pitong.



 Hasil 6 org penjenggo dr kiri atas bro Azmi yg punya, bro lan pitong yg punya, bro bahtiar yg punya, bro halim yg punya, bro Adib Sa'aer yg punya dan bro nazim yg punya.
 Ini hasil nya Chip....ini sy ajer tak termasuk rakan2 lain.....fikir2kan lah sendiri yer smpi tak cukup umpan naik awal kul 5ptg.  Bro Adib Sa'aer tunjuk taring........  Bersama bro Adib Sa'aer menjenggo di Sg.Panjang Selangor.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


KOMANDO PERANG SIBER: YB ZUL MENGAMUK <b>DI SELAYANG</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 08:11 AM PDT

MALAM INI BERSAMA YB ZUL DI SELAYANG SELAMNGOR.......MOHON SEBARKAN.....

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


mencari bilik sewa area <b>balakong</b> – 1887th Edition | Portal Rumah <b>...</b>

Posted: 27 May 2012 07:46 PM PDT

href="http://www.listcart.net/affiliatemarketingreviews/">

© 2012 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


DUA PENJENAYAH MAUT DITEMBAK <b>DI PETALING JAYA</b>

Posted: 13 Jun 2012 02:25 PM PDT

DUA PENJENAYAH MAUT DITEMBAK DI PETALING JAYA | Dua penjenayah yang baru setengah jam mencuri sebuah kereta Honda Civic, ditembak mati selepas sepasukan polis peronda terserempak dengan suspek yang ketika itu sedang menukar nombor pendaftaran kenderaan terbabit di satu kawasan sunyi di Persiaran Bukit Utama, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-dua suspek bersama seorang lagi rakan mereka, menahan kereta yang dilarikan itu berhampiran pusat beli-belah Bandar Utama Center Point dengan menyamar sebagai anggota polis sebelum menarik keluar pemandu dan melarikan kereta berkenaan ke lokasi mereka ditembak mati.

Menurutnya, seorang lagi rakannya menaiki kereta lain kini sedang diburu polis.

"Sepasukan empat pegawai dan anggota polis menaiki kereta peronda melalui kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan kedua-dua suspek di kawasan sunyi dalam keadaan mencurigakan.



"Ketika polis menghampiri mereka, seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan mengenai cermin depan kereta peronda dan polis terpaksa membalas tembakan.


"Suspek berusia 39 dan 37 tahun mati di tempat kejadian dan pemeriksaan menemui sepucuk pistol, sebilah parang dan pisau," katanya ditemui di lokasi kejadian.

Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek dari Ampang, Selangor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu, mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.




sumber : hmetro.com.my
SILA LIKE FB FANPAGE AKU NIH..!! 

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Siapa Makan Duit Masjid 100K <b>Di Kuala Langat</b>? UMNO Kuala <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 05:34 AM PDT

Wah ini bukan cerita baru !

Bekas Nazir Kampung Masjid Sijangkang telah makan habis duit tabung masjid bernilai lebih dari RM100,000.00++ (SATU RATUS RIBU RINGGIT).





UMNO juga telah menelan tanah wakaf seluas 35 EKAR dengan kuasa yang dipegang oleh NAZIR TERSEBUT.

BUSUKNYA (BEKAS) NAZIR !
BUSUKNYA UMNO KUALA LANGAT & SIJANGKANG !

Semua orang kampung tahu.

YB DR AHMAD YUNUS HAIRI, ADUN kawasan Sijangkang merangkap exco kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik ini pun lebih mengetahui dari orang lain.

APA KES UMNO DAN BEKAS NAZIR NI ?

Sesiapa tolong jawab! Keris berhubung dengan blogger SinisMalaysia dan dia kata cuba tanya dengan YB Yunus Hairi.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka." (Muslim)

K7L : Ehem..ehem..PAS boleh jawab tak?..

ads