Rawatan bekam di dengkil, pesakit alami sakit kencing manis, darah tinggi, psoriasispunca penyakit dr darah kotor yg terkumpul di badan andasel darah mati dlm 120 hari.bayangkan berjuta2 sel darah mati trkumpul dlm badan andacegah sblm parah.. Tak sihat? Stress? Migrain? Badan letih? Nak bekam? Rawatan Bekam sunnah az-zahra ke rumah anda. sms @ WhatsApp nama/alamat/tarikh/masa bekam ke 017-2378001 jehan. http://www.facebook.com/bekamazzahra .tq @juga sediakan jurubekam wanita… http://ow.ly/2ELEht
KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.
Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH
Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.
Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.
Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.
Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu... (Aku tukar sikit liriknya) Melayu Telok..where you at? Jawa Sijangkang...where you at?, Melayu/ Jawa Kg. Medan...where you at?, Jawa Kebun Baharu...where you at? Jawa Jenjarom...Where you at? Sakai Telok Gonjeng...where you at? Semua ada berapa? Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!) Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok. Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture, kata cikgu omputeh aku dulu.
Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya. Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya..... Kampung Telok Panglima Garang Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli. Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh. Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata : "JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG" Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh
Kampung Sijangkang Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'. Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey, beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng. Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a). Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng. Kampung Jenjarom Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar. Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom, Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang. Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu, rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Jenjarom. Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan dengan sebuah papan tanda.
Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...
~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]
KUALA LUMPUR — Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi belum boleh beroperasi kerana kandungan ammonia di Sungai Langat masih di paras tinggi. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa hujan di beberapa kawasan sejak semalam masih gagal memulihkan keadaan air di sungai yang menjadi sumber air mentah untuk kedua-dua loji itu.
Oleh itu, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor masih diteruskan dan ia berjalan lancar. Pelan dilakukan bagi menangani masalah kekurangan bekalan air terawat disebabkan penutupan dua loji itu selain kekurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan Klang Gates.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Persatuan Air Malaysia (WMA)berkata persidangan air Asia 2014 akan diadakan di sini dari 19 hingga 21 Mac yang antara lain akan memberi tumpuan kepda isu membiayai dan menguruskan air serta air kumbahan. Persidangan itu dijangka mengumpulkan pihak berkepentingan dalam industri air termasuk pakar-pakar, pembuat dasar dan orang awam. Persidangan anjuran persatuan itu akan menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman antara WMA dan Australian Water Association mengenai pembinaan keupayaan dan perkongsian kepakaran bagi sektor air dan air kumbahan.
Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.
Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.
Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.
Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.
Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.
Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.
Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.
"Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut," katanya.
Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.
Enjin motosikal tiba-tiba terhenti
Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam 12.30 pagi.
Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.
Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.
"Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.
"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya," katanya.
Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.
Aziz berkata, Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.
Bonceng perempuan waktu malam
Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.
Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.
"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.
"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan," katanya.
Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.
Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.
Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.
Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.
[unable to retrieve full-text content]Dalam masa 15 minit sahaja, hujan lebat yang turun akan menenggelamkan hampir semua jalan di sekitar bandar Balakong dan The Mines sedalam kira-kira 0.3 meter. See the original article here: Lagi banjir kilat di ...
VIDEO PERAGUT BELASAH WANITA DENGAN PAIP BESI DI TAMAN MAYANG, PJ | Seorang wanita cina yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya telah diserang dan diragut oleh seorang lelaki bersenjata.
Dalam kejadian kira-kira jam 8:00 pagi di Taman Mayang itu, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya telah dipukul dengan senjata tumpul yang dipercayai sebatang paip besi.
Lelaki berpakian putih cuba merampas beg tangan sambil memukul mangsa. Manakalanya rakan lelaki tersebut menunggu di motosikal.
Mangsa cuba melawan dan menjerit meminta tolong orang di sekeliling. Beberapa tukang sapu yang berada berhampiran dengan tempat kejadian bergegas datang membantu mangsa. Dua lelaki berkenaan terus melarikan diri dengan tangan kosong.
Mangsa mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala akibat dipukul dengan paip besi. Orang ramai menghantar wanita berkenaan ke hospital dan menerima 7 jahitan di kepala.
Menurut jururawat hospital berkenaan, ini merupakan kes yang ketiga diterima bagi bulan ini.