Khamis, 20 Mac 2014

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


<b>Bandar Baru Salak Tinggi</b> • View topic - Lot Banglo FREEHOLD di <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2014 04:48 AM PDT

Lot banglo di Bandar Baru Salak Tinggi. Rezab Melayu. FREEHOLD!! Pegangan selama-lamanya. Hanya 3 unit available daripada 11 unit. Keluasan 5130 - 6924kp. Bersebelahan Desa Vista. Dikelilingi taman-taman perumahan utama di BB Salak Tinggi. Berdekatan dengan pusat komersil dan pejabat-pejabat kerajaan. Berdekatan dengan sekolah menengah dan rendah dan masjid. Pemandangan indah di atas bukit dengan suasana damai dan tenteram. Hubungi: Hafizul, 017-4623384

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Hutan <b>Di Ampang</b> Terbakar Seperti Gunung Berapi | Fuh.My

Posted: 18 Feb 2014 05:44 AM PST

Hutan Di Ampang Terbakar Seperti Gunung Berapi | AMPANG – Seorang wanita yang baru pulang dari Jawa Timur dua hari lalu menyamakan keadaan rumahnya seperti di kawasan gunung berapi di Magelang, Indonesia akibat kebakaran bukit bersebelahan rumahnya di Jalan SU 2B, Sering Ukay, di sini, malam kelmarin.

Hutan Di Ampang Terbakar Seperti Gunung Berapi

Menceritakan kembali tragedi kebakaran itu, Angel Sebayang, 54, beliau sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamunya kira-kira jam 9 malam manakala suaminya pula berada di Indonesia atas urusan kerja.

Menurutnya, ketika hendak melelapkan matanya, dia dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan dipercayai mercun yang amat kuat dari luar rumahnya.

"Saya mendengar bunyi letupan tidak kurang dari lima kali dan nampak beberapa cahaya terang dari tingkap rumah," katanya.

Angel berkata, tidak lama selepas itu, dia mendengar jeritan 'api, api' daripada jiran berdekatan dengan rumahnya.

Katanya, sebaik sahaja keluar dari rumah, dia nampak kebakaran berlaku di kaki bukit tersebut, kira-kira 50 meter daripada rumahnya.

"Kebakaran merebak begitu cepat kerana angin kencang. Namun, mujurlah angin tidak bertiup ke arah rumah penduduk, sebaliknya, angin bertiup ke arah bukit.

"Melihat kebakaran itu, saya terus mengambil barang-barang penting seperti pasport, kad ATM, wang ringgit dan beberapa barang lain sekiranya kebakaran merebak ke rumah saya," katanya.

Menurut Angel, bomba tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran dengan cepat.

Seorang lagi saksi, Holifah Abdullah, 42, berkata, ketika kejadian, dia sedang menjaga anak majikannya. Menurutnya, majikannya turut keluar membantu penduduk memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut jam 9.22 malam dan jentera
pertama tiba di tempat kejadian jam 9.51 malam.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Wangsa Maju, Pandan Indah dan Hang Tuah bersama 33 orang anggota termasuk polis dan JPAM digerakkan ke lokasi dan pihaknya berjaya
memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi.

"Beberapa penduduk mendakwa mendengar bunyi letupan sebelum kebakaran dan tiada orang yang tercedera dalam kebakaran yang dianggarkan seluas 10 hektar itu," katanya.

Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kebakaran secara terbuka ketika musim panas ini kerana kebakaran mudah merebak semasa musim ini.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Latest posts by Beki Mustaffa (see all)

Comments

comments

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Gambar Norazman Mohammad : Kes Bunuh <b>di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b>

Posted: 30 Jan 2014 06:35 PM PST

Kes Pembunuhan Bangi

Gambar Norazman Mohammad : Kes Bunuh di Bandar Baru Bangi. Berita Semasa agak sedih apabila seorang anak mati di tangan bapa kandungnya sendiri. "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi" apabila seorang bapa telah kelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

Kronologi Lengkap Kes Bunuh di Bandar Baru Bangi (Bapa Norazman Mohammad kelar Anak Perempuan)

  • Pukul 4:00 petang : Khadijah(15 tahun) bersama abang sulungnya (18 tahun) berada di tingkat atas rumah teres ( 2 tingkat) telah terdengar jeritan daripada tingkat bawah dan mendapati bapanya (suspek) sedang memegang sebilah parang dan beliau terus mendapatkan abangnya. Kedua-dua mereka turun bawah mendapati 2 adik perempuan mereka berusia (12 tahun) dan (10 tahun) dalam keadaan berlumuran darah di badan manakala adik perempuan bongsu 7 tahun (si mati) terbaring di atas katil bilik bawah. Suspek pada masa itu dipercayai telah melarikan diri melalui pintu belakang. Seterusnya penama (khadijah) telah hubungi polis.
  • Pukul 4:15 petang :  Norazman Mohammad mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Anak perempuan Norazman Mohammad berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.
  • Pukul 4:19 petang : Semasa sedang bertugas, anggota Gerakan Kajang  telah terima panggilan MERS daripada seorang perempuan bernama Khatijah beritahu ada pergaduhan satu tempat kejadian dan telah bergegas ke tempat kejadian dengan kenderaan MPV 206 ke lokasi kejadian. Di lokasi kejadian, ada kesan darah di dalam rumah, dan mendapati ada 3 kanak kanak Melayu telah mengalami pendarahan di bahagian badan. Dimana salah seorang mangsa ini telah meninggal dunia. Ambulan hospital kajang telah di hubungi ke lokasi.
  • Soalsiasat secara lisan isteri suspek (42 tahun) kerja sebagai pegawai penyelidik di TM Cyberjaya memberitahu suspek tidak bekerja sejak 1 tahun lepas dan sejak kebelakangan ini seperti hadapi tekanan perasaan walaubagaimanapun isteri tidak pernah bertanya sebabnya.
  • Pasangan suami isteri telah berumahtangga sejak 19 tahun lalu mempunyai 6 org anak berusia antara 18 hingga 7 tahun. (Sulung (L – 18 tahun) , kedua ( L – 17 tahun), ketiga (P – 15 tahun), keempat (P – 12 tahun) , kelima (P- 10 tahun) dan Bongsu (P – 7 tahun). Telah tinggal di rumah sekarang sejak 11 tahun lepas.
  • Mangsa cedera adalah 2 anak perempuan umur 12 tahun & 10 tahun kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kajang. Manakala simati adalah anak bongsu pasangan ini. Kecederaan jelas pada bahag ian leher.
  • Sejurus kejadian dimaklumkan ops kesan telah dilakukan dan berjaya tangkap suspek di bahagian belakang rumah kawasan semak di mana suspek sedang bersembunyi dalam keadaan kepalanya cedera (berdarah) dan ada 1 ketul batu bata ada kesan darah 25 meter daripada lokasi saspek ditemui.
  • Suspek yang bersenjatakan sebilah parang mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek

Gambar Norazman Mohammad (Bapa Kelar Anak Perempuan)

P/S : Peringatan bersama untuk kita semua disebalik kejadian menyayat hati dan tragis seperti ini. Hakikatnya, tekanan memang boleh hilangkan tahap kewarasan seorang manusia yang diberikan akal secukupnya untuk membuat pertimbangan dan berfikir.

PP/S : Banyakkan berdoa agar Allah melindungi kita daripada kezaliman, kekufuran. Alfatihah untuk adik yang meninggal. Salam takziah Berita Semasa kepada keluarga mangsa.

KLIK Butang LIKE & SHARE Berita Ini


Farrel Steak House <b>Di Bangi</b> Gateway - Mialiana.com

Posted: 15 Mar 2014 07:59 AM PDT

Isnin lepas semasa perjalanan balik ke Johor dari Kuala Lumpur, Mia dan Suami Mia singgah makan tengahari di Farrel Steak House di Bangi Gateway. Keluar tol Bangi, nampak bulatan... memang nampaklah Bangi Gateway. Senang nak cari.
Kebetulan pula, kawan sekolah Mia, Dr. Masrynnawati pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pun join sama. Memang best sangat dapat jumpa dia. Sejak tamat persekolahan belum pernah jumpa dia lagi.
Farrel Steak House ini sebenarnya baru dibuka pada 1 Mac 2014 dan dimiliki oleh kawan blogger lama Mia, Zulfakar.

Dengan Zulfakar di depan Farrel Steak House.
Suami Mia dengan Zulfakar dan isterinya.


Air durian belanda, asam boi dan nescafe ais.


Farrel Special Combo (Lamb Chop)
Chicken Cordon Bleu (Chicken chop dengan sos istimewa)


Habis licin makan semuanya.
Memang sedap... sedap dan sangat sedap makan western food kat sini. Tempat makan yang best. Harganya murah setanding dengan rasanya yang ummmpphhh dan power ni. Senang-senang jemputlah singgah sini untuk menjamu selera.
Oh ya! Ada informasi yang ingin dikongsikan oleh Farrel Steak House ini. Menarik sangat ni...
TM akan menaja lintas langsung perlawanan arsenal menentang chelsea di saluran Astro Supersport HD pada hari Sabtu 22 Mac 2014 dengan memasang skrin gergasi setinggi 15 meter di Farrel Steak House jam 8:45 malam. Ada juga aktiviti seperti score goal terbanyak, masa terbaik dan banyak lagi di hadapan Farrel Sreak House pada petang itu dan hadiah juga ditaja oleh TM.
TM juga menjemput artis undangan seperti KAKA Zainal dan pemain bola sepak negara Wan Zack Haikal untuk memeriahkan lagi program di Farrel Steak House pada hari tersebut.
Pengunjung terawal juga berpeluang mendapat voucher makanan yang disediakan oleh TM dan boleh ditebus serta-merta pada malam itu juga dengan menu seperti steak, pasta atau apa sahaja di Farrel Steak House. Wahhh... bestnya.... 

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


MH370 : Maritim Australia kesan objek 24 meter <b>panjang</b>..

Posted: 19 Mar 2014 10:02 PM PDT


Australian Maritime Safety Authority (AMSA) memerlukan imej-imej satelit yang lebih jelas serta analisis pakar sebelum dapat mengesahkan dua objek yang ditemui pada imej satelit sebelum ini mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Pengurus Besar Jabatan Respon Kecemasan AMSA, John Young berkata, objek terbesar yang dikesan menerusi imej satelit tersebut berukuran kira-kira 24 meter panjang, cukup untuk pasukan pencari dan penyelamat (SAR) mengubah arah pencarian ke kawasan tersebut.

Empat pesawat telah dikerahkan untuk mencari lokasi objek berkenaan walaupun AMSA menyedari ia sebuah misi yang sukar dan mungkin tidak mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Penemuan tersebut merupakan satu petunjuk baharu dan ia mungkin merupakan petunjuk terbaik yang kita pernah temui setakat ini.

Tetapi kita masih perlu ke sana, temui objek tersebut dan melakukan kajian terhadapnya.


"Objek-objek tersebut mungkin sangat sukar untuk ditemui dan ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan pesawat berkenaan tetapi nasihat pakar-pakar menyebut bahawa imej tersebut adalah kredibel.

"Jadi saya menasihatkan AMSA untuk melakukan yang terbaik bagi mencari sesiapa sahaja yang mungkin terselamat," katanya semasa sidang media khas di Cranberra, Australia hari ini.

Young berkata, objek tersebut dikesan 2,500 kilometer di barat daya Perth dan sebuah pesawat Orion Royal Australian Air Force telah tiba di kawasan tersebut pada jam 1.50 petang waktu tempatan kemudian tiga lagi pesawat telah dikerahkan ke sana.

Pesawat tentera laut Amerika Syarikat, P8 Poseidon dijangka tiba pada 3 petang manakala pesawat Orion kedua milik Australia dijangka tiba pada jam 6 petang.

Pesawat Orion New Zealand dijangka berlepas pada 8 malam. - MalaysiaGazette

Sementara mereka mencari bersamalah kita mendoakannya..

Ya Allah Ya Tuhan kami... kami bermohon kepada.mu kau selamatkanlah dan kau lindungilah mereka walau dimana jua mereka berada..sesungguhnya engkaulah yang maha melindungi .  
YaAllah YaTuhan kami.. jika benar mereka berada didasar laut kau timbulkan lah mereka... dan jika benar meraka berada diatas kau turunkanlah mereka dengan selamat.. 
Sesungguh nya engkaulah yang maha mengetahui.. YaAllah YaTuhan ku kau berikanlah petunjuk..kepada kami dan kau permudahkanlah segala urusan pencarian ini... Amin..

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Titans tersungkur <b>di Selayang</b>, tewas kepada PKNS | Terengganu <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2014 08:30 PM PDT

Pemain pertahanan T-Team Fabio Flor cuba menghalang asakan pemain PKNS Primorac dalam perlawanan Liga Super di Stadium Selayang malam tadi yang menyaksikan Titans tewas 1-3.

PKNS FC meraih tiga mata berharga apabila menewaskan pasukan bawahan Liga Super, T-Team 3 -1, malam tadi.

Walaupun pelawat cuma memberikan tentangan menerusi jaringan penyamaan Marzuki Yusof pada minit ke-29, ia masih belum cukup untuk menghalang kemenangan ketiga PKNS yang sudah mengharungi tujuh perlawanan.

Shahrul Azhar Ture membuka jaringan PKNS seawal minit ke-7 sebelum T-Team bangkit menerusi tandukan Marzuki.

Namun pemain pertahanan Helmi Remeli memastikan tuan rumah mendahului menerusi rembatan jarak dekat m-45 untuk menewaskan penjaga gawang Mohd Shahril Shaari buat kali kedua.

Bersambung babak kedua, PKNS kendalian Wan Jamak Wan Hassan terus memberi tekanan dengan menguasai permainan dan melancarkan beberapa serangan berbahaya.

Hasilnya, Muhd Khairu Azrin Khazali meletakkan tuan rumah dalam situasi selesa apabila meledak gol ketiga m-60.

Kemenangan itu membolehkan PKNS mengumpul 11 mata dan melonjak ke tangga kedua ketika baki lima saingan liga berlangsung malam ini.

T-Team kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah terus menghuni tangga kedua tercorot liga dengan tujuh mata.-Harian metro

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Cherita AyueJean : Bersantai <b>Di</b> Sungai Sendat, <b>Ulu Yam</b>

Posted: 15 Jan 2014 12:00 AM PST


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Semalam AJ meluangkan masa dengan kawan-kawan berpiknik....
Sebelum subuh tu, kami ke NSK dulu... Beli barang-barang untuk BBQ....
Malam tu pulak memang bermalam kat rumah kawan AJ kat Selayang.. 
So memang dekat sangatlah kan dengan NSK....
Balik NSK, prepare ape yang patut....
Marinate bahan-bahan untuk BBQ semualah....
Tapi terus terang, AJ tak tolong pun... Sebabnya AJ terlelap....
Letih dan mengantuk sangat..
Sorrylah ye kengkawan..... Kihkihkih..... =P
Memula kitorang berhajat nak pegi Sungai Kedondong....
Bila dah sampai sana, tutup pulak sebab ada kes kencing tikus....
So kami bertukar haluan ke Sungai Sendat...
Nasib baik tak jauh pun jarak kedua-dua sungai tu....
Kalau tak BBQ tepi jalan je la gamaknya......
Sampai je sana, macam biaselah bentang tikar semua...
Lepas dah susun semua, apa lagi... BBQ time la!!!
Untunglah ada import chef kan... So AJ bahagian QC je la kot...
Dah settle semua, apa lagi......
Makan, terjun sungai dan makan lagi sampailah ke petang......
Okay bagi sesiapa yang tak penah pegi, Sungai Sendat ni terletak di Ulu Yam....
Perjalanan dari KL makan masa lebih kurang 45 minit....
Rasenya kalau google pun banyak details mengenai tempat ni....
Kawasan ni memang sesuai untuk bawak keluarga beriadah....
Tenang, bersih dan terjaga rapi serta jauh dari hiruk piruk kota..
Dilengkapi kemudahan tandas dan surau....
Tapi tandas dia takdelah besar mana.... Kalau pegi weekend kene beraturlah nak guna tandas..
AJ sarankan korang bawak khemah... Senang nak salin pakaian..... =D
Sayangnya, AJ lupa pulak nak amik gambar kawasan sekitar....
Next time kalau AJ pegi lagi, AJ tepek gambar ek.....
Dah banyak sangat ni AJ menaip...
Jom layan gambar kitorang kat sana.......
Cik Puan tanah fefeeling Ariana Rose kononnya....
Such a Drama Queen.... Ini semua POYO!
P/s : Curi masa jap......

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


BEKAM MOBILE <b>PAYA JARAS</b> - Tabib Faiz Al-Hadid :: Rawatan <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2014 07:00 AM PDT



Alhamdulillah, Membuat Bekam Mobile di paya jaras atas jemputan sahabat ana Rizam A.r dari Darul Hijamah. Adik iparnya orang scotland (Sheldon Byron Stokes ) pun mencuba berbekam.

Mlm ini pula rawatan bekam untuk muslimah sahaja 3 orang.

P/s: Mat Saleh pun buat bekam, kalian bila lagi.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
Layari www.tabibfaiz.blogspot.com

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Biaqpila™: GAMBAR BANJIR <b>DI RAWANG</b>

Posted: 23 Dec 2013 11:10 PM PST





RAWANG SELANGOR: Ribuan penduduk di sekitar Rawang dekat sini hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah itu melimpah ke kawasan sekitar.
"Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kejadian yang berlaku ketika orang ramai mahu ke tempat kerja atau melakukan urusan lain.

Beliau berkata air mula naik kira-kira 6 pagi tadi.

- BERNAMA

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Jerebu: Sekolah <b>di</b> daerah <b>Kuala Langat</b> diarah tutup ABN News | BM

Posted: 13 Mar 2014 09:29 PM PDT

SHAH ALAM – Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) telah mengarahkan kesemua 71 buah sekolah di daerah Kuala Langat supaya ditutup hari ini berikutan jerebu, selain 131 sekolah di daerah Klang.

Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata sekolah boleh ditutup sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat.

Bacaan IPU di Pelabuhan Klang di dalam daerah Klang ialah 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam, tetapi meningkat kepada paras berbahaya 352 setakat 7 pagi tadi.

Keadaan jerebu di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Keadaan jerebu di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Manakala IPU di Banting di daerah Kuala Langat ialah 189 (sangat tidak sihat) semalam dan meningkat kepada 316 (berbahaya) hari ini.

Mahmud berkata semasa arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan hari ini, para pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair.

"Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup sekolah," katanya. – Bernama

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


MMI : Dong Zong Minta 100 Ekar Tanah <b>Di Sepang</b> !! Nak Bagi Ka ??

Posted: 19 Feb 2014 04:05 PM PST

Dong Zong , Persatuan rasis paling bongkak dan kurang ajar yang pernah MMI jumpa.Banyak perkara puak-puak cauvinist ni buat dan selalunya bila bab kena batang hidung puak depa akan senyap menikus diam macam tak ada lidah.
Tapi bila bab kepentingan sendiri dan melibatkan puak cauvinist bukan main lagi melalak sana sini !!
Kini sempena PRK Kajang, mereka membuat tuntutan lagi kepada kerajaan, 100 ekar tanah di sepang untuk di bangunkan kampus baru kolej new era.
Persoalannya apa istimewanya kampus itu kepada rakyat? 
Apa manafaatnya kolej itu kepada orang melayu?
Apa hebatkah sangat mereka menuntut tanah sebesar itu dari kerajaan untuk membina sebuah kolej yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja? 
Ingat lagi dak 83 perkara tuntutan suqiu? Tidak satu pun dalam 83 tuntutan itu menguntungkan umat Islam dan orang melayu, dikatakan di kolej itulah tuntutan itu di meterai bersama-sama dengan 11 pertubuhan cina yang lain.
Mereka juga pernah menuntut supaya kerajaan melalui kementerian pelajaran mengiktiraf peperiksaan UEC yang mereka reka sendiri, dengan memberikan laluan terus kepada pelajar yang memiliki sijil itu masuk ke ipta walaupun ada di antara pelajar itu tidak fasih dan tahu menulis dalam bahasa kebangsaan.
Ingat Kajang adalah markas dong jio zong dan dong zhong, kolej new era adalah tempat mereka mengkaderkan anak-anak muda cina supaya membeci kerajaan Melayu UMNO/BN.
Kepada YAB PM Tolong jangan layan puak-puak ni !!

ads