Khamis, 20 Mac 2014

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Hutan <b>Di Ampang</b> Terbakar Seperti Gunung Berapi | Fuh.My

Posted: 18 Feb 2014 05:44 AM PST

Hutan Di Ampang Terbakar Seperti Gunung Berapi | AMPANG – Seorang wanita yang baru pulang dari Jawa Timur dua hari lalu menyamakan keadaan rumahnya seperti di kawasan gunung berapi di Magelang, Indonesia akibat kebakaran bukit bersebelahan rumahnya di Jalan SU 2B, Sering Ukay, di sini, malam kelmarin.

Hutan Di Ampang Terbakar Seperti Gunung Berapi

Menceritakan kembali tragedi kebakaran itu, Angel Sebayang, 54, beliau sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamunya kira-kira jam 9 malam manakala suaminya pula berada di Indonesia atas urusan kerja.

Menurutnya, ketika hendak melelapkan matanya, dia dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan dipercayai mercun yang amat kuat dari luar rumahnya.

"Saya mendengar bunyi letupan tidak kurang dari lima kali dan nampak beberapa cahaya terang dari tingkap rumah," katanya.

Angel berkata, tidak lama selepas itu, dia mendengar jeritan 'api, api' daripada jiran berdekatan dengan rumahnya.

Katanya, sebaik sahaja keluar dari rumah, dia nampak kebakaran berlaku di kaki bukit tersebut, kira-kira 50 meter daripada rumahnya.

"Kebakaran merebak begitu cepat kerana angin kencang. Namun, mujurlah angin tidak bertiup ke arah rumah penduduk, sebaliknya, angin bertiup ke arah bukit.

"Melihat kebakaran itu, saya terus mengambil barang-barang penting seperti pasport, kad ATM, wang ringgit dan beberapa barang lain sekiranya kebakaran merebak ke rumah saya," katanya.

Menurut Angel, bomba tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran dengan cepat.

Seorang lagi saksi, Holifah Abdullah, 42, berkata, ketika kejadian, dia sedang menjaga anak majikannya. Menurutnya, majikannya turut keluar membantu penduduk memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut jam 9.22 malam dan jentera
pertama tiba di tempat kejadian jam 9.51 malam.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Wangsa Maju, Pandan Indah dan Hang Tuah bersama 33 orang anggota termasuk polis dan JPAM digerakkan ke lokasi dan pihaknya berjaya
memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi.

"Beberapa penduduk mendakwa mendengar bunyi letupan sebelum kebakaran dan tiada orang yang tercedera dalam kebakaran yang dianggarkan seluas 10 hektar itu," katanya.

Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kebakaran secara terbuka ketika musim panas ini kerana kebakaran mudah merebak semasa musim ini.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Latest posts by Beki Mustaffa (see all)

Comments

comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads