Sabtu, 23 November 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Motosikal, Awie tunggu anda <b>di</b> AEON, <b>Bukit Raja</b> | Berita Tempatan

Posted: 28 Sep 2013 12:53 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pelbagai hadiah menarik, termasuk sebuah motosikal Modenas dan barangan elektrik menanti pemenang cabutan bertuah peringkat akhir Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan yang julung kalinya diadakan… …read more

Berita Penuh: Sukan Utusan Malaysia

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Kereta Nabil Ahmad dipecah masuk penjenayah dekat <b>Sungai Buloh</b>

Posted: 19 Nov 2013 06:35 AM PST

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/kereta-nabil-rajalawak-dipecah-masuk-penjenayah.html

KUALA LUMPUR: Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam kejadian di Sungai Buloh dekat sini.

Nabil berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.

"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah.

"Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.

Nabil ditemui pada majlis pengumuman barisan artis yang membuat persembahan serta pengacara bagi acara Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) di Hotel Istana di sini pada Selasa.

Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan.

Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian. -Mstar

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Taman Pelangi Semenyih: Kampung-kampung <b>di Beranang</b>

Posted: 30 Aug 2013 09:38 PM PDT

Untungnya orang Beranang. Perkampungan melayu yang terletak hanya 35KM sahaja dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan 30 KM ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya. Di Beranang sudah banyak kelihatan rumah-rumah banglo didirikan oleh penduduk kampung di situ. Memiliki tanah sendiri memberikan kelebihan kepada orang kampung kerana dapat membina rumah yang cantik dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding membeli daripada pemaju perumahan.

Banglo di Beranang semua besar-besar dan cantik-cantik belaka. Pun di sini orang awam bebas keluar masuk. Tiada kawalan keselamatan dilakukan.

ujang kutik: MITOS <b>BERANANG</b> (SELANGOR) DIRUNGKAI

Posted: 28 Sep 2013 05:42 PM PDT

Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya. 
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod. 
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang. 
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau. 
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli). 
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati  rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.    

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Suara Baru Pemuda <b>Kapar</b>: UMNO Online - “Suara Malaysia <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2013 01:09 PM PST


Suara Malaysia DiDengari Di CHOGM 2013

Posted: 16 Nov 2013 01:01 AM PST

COLOMBO, 15 Nov – Pandangan Malaysia yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembangunan saksama dan memperkasakan belia mendapat perhatian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 di sini hari ini.

Najib diberi peluang untuk melakukan intervensi pada sesi perbincangan bersama pemimpin negara Komanwel iaitu mengenai tema 'Kemajuan Bersama Keseimbangan, Pembangunan Inklusif' dan sesi dialog bersama pemimpin belia.

najib-chogm-2013-colombo-sri-lanka

Pada sesi perbincangan tema CHOGM, Najib berkata beliau berkongsi falsafah bahawa pembangunan Malaysia sememangnya berkisarkan 'kemajuan bersama keseimbangan' iaitu pembangunan negara lebih bersifat inklusif tanpa meminggirkan mana-mana golongan.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini, Najib berkata pembangunan saksama perlu dijadikan landasan bagi negara-negara anggota Komanwel.

Katanya dalam Komanwel sekarang masih berlaku pembangunan yang tidak seimbang mengikut kategori dengan 48 negara anggotanya dikategorikan sebagai 'sedang membangun', 14 negara 'paling kurang membangun' manakala 31 negara sebagai 'kecil dan mudah terjejas'.

"Sebagai sebuah negara kita (Malaysia) percaya pada pasaran ekonomi…pasaran ekonomi tidak dapat agihkan kekayaan secara  adil dan saksama.

"Oleh itu kerajaan perlu buat intervensi tapi intervensi tidak tolak asas atau ekonomi pasaran asas," katanya.

Semasa intervensi itu, Najib turut berkongsi kejayaan Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan, peningkatan mobiliti sosial  berdasarkan pendemokrasian pendidikan serta peningkatan golongan kelas pertengahan.

Pada sesi dialog bersama pemimpin belia, Najib berkata beliau berkongsi konsep '5E' untuk memperkasakan generasi muda dalam pembanguan negara iaitu Engagement (penglibatan), Empowerment (pemerkasaan), Employment (pekerjaan), Education (pendidikan), Entreprenuership (keushawanan).

"5E yang saya sebut disahut pengerusi (majlis) yang meminta pemimpin-pemimpin belia memberi respons pada setiap 'E' yang dikemukakan," katanya.-MediaUMNO

Jangan Keluarkan Kenyataan Hingga Menjejaskan Nama Baik Parti –Tengku Adnan

Posted: 16 Nov 2013 12:58 AM PST

PUTRAJAYA, 16 Nov – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan pemimpin dan anggota parti itu supaya tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej, perspektif dan nama parti itu.

tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno

Sebaliknya, beliau menasihatkan pemimpin dan anggota parti itu agar menggunakan Lembaga Disiplin Umno sebagai saluran utama membuat aduan atau rasa tidak puas hati membabitkan isu parti, termasuk keputusan pemilihan Umno baru-baru ini.

"Jangan keluarkan kenyataan-kenyataan yang kadang kala tidak berasas, kita menuding jari, pada hal betul atau tak betul, sahih atau tidak sahih kita tidak tahu.

"Oleh kerana kita tak dapat (jawatan), kita marah. Jangan ikutkan hatilah. Saya sarankan kepada semua ahli Umno, kalau ada masalah rujuk kepada ibu pejabat, kita ada jawatankuasa disiplin, lembaga disiplin, ada cara untuk salurkan luahan untuk disiasat," katanya.

Tengku Adnan diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meluahkan pandangan mengenai pemilihan UMNO, selepas gagal merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi (MT) melalui ruangan pendapat dalam portal Malaysian Insider pada 30 Okt lepas.

Mengulas lanjut Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kepentingan parti perlu diutamakan daripada kepentingan sendiri.

"Bila kita menuding jari, perspektif terhadap parti tidak baik. Jadi saya sarankan kepada semua, sesiapa sekalipun ahli Umno, kalau mereka ada masalah, balik kepada jawatankuasa (jawatankuasa disiplin) yang ditubuhkan.

"Apa lagi mereka hendak salahkan parti kerana parti sekarang amat terbuka, dari segi pemilihan pun amat terbuka," katanya.

Menurutnya, pemilihan Umno baru-baru ini jelas menampakkan sikap keterbukaan dalam menyuburkan amalan demokrasi yang perlu dihargai dan bukan diperkecilkan oleh anggota parti itu sendiri.

Ditanya sama ada Nur Jazlan sudah membuat aduan di Lembaga Disiplin Umno, Tengku Adnan berkata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu belum berbuat demikian.

"Dia (Nur Jazlan) sebut kepada umum tetapi dia (Nur Jazlan) sendiri belum buat aduan dengan jawatankuasa disiplin," katanya.- MediaUMNO

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Maria Kajiwa /MK: Sesi Temu Mesra <b>di Selayang</b> Mall

Posted: 17 Nov 2013 06:55 PM PST

Alhamdulillah, semalam (17 November 2013) telah berlangsung satu Sesi Temu Mesra di Jualan Buku POPULAR yang diadakan di ruang legar bawah bangunan Selayang Mall.

Oleh kerana novelis Hanani tidak menghadirkan diri, maka saya bertugas bersama novelis Herna Diana.

Sesi berjalan lancar dan berakhir pada pukul 4.00 petang.


Saya bersama novelis Herna Diana
Semoga berjumpa lagi di sesi temu mesra pada bulan hadapan di Pesta Buku 1 Malaysia -PWTC

Maria Kajiwa /MK: Jumpa saya <b>di Selayang</b> Mall sempena Pesta <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2013 06:37 PM PST


Bersempena dengan Pesta Buku Popular di Selayang Mall, saya akan menghadiri satu sesi temu mesra bersama pembaca:
Tarikh:  Ahad 17 November 2013.
Masa  : 2.00 pm-4.00 pm

Jemput hadir beramai-ramai. Sekiranya anda sudah membeli novel Suara Tengah Malam dan belum ditandatangani oleh saya, boleh bawa ke sana nanti dan dapatkan hadiah comel daripada saya ya.
Jumpa di sana.

Kepada yang belum mendapatkan novel Suara Tengah Malam, boleh dapatkan di sana nanti.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Akibat lamaran ditolak, polis lepas 5 das tembakan <b>di Kajang</b> <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2013 07:56 PM PST

Lima das dilepaskan oleh seorang anggota polis akibat lamaran ditolak. Tembakan dilepaskan selepas bergelut dengan ahli keluarga teman wanitanya di Kajang.

Dalam kejadian 8.00 pagi, abang teman wanita anggota berkenaan, Solomon Stallin a/l Tholiletholan, 25, terkena satu tembakan di bahu dan dilaporkan stabil di Hospital Kajang.

Suspek Samuel a/l John Moses,27, seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah ke rumah teman wanitanya tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ibu bapa wanita terbabit.

Insiden tersebut menyebabkan berlaku perselisihan faham antara suspek dan keluarga teman wanitanya sejak beberapa hari lalu.

Bengang dengan situasi itu, suspek melepaskan lima das tembakan ke rumah dan satu das terkena mangsa.

Suspek kemudian melarikan diri bagaimanapun dan berjaya ditahan tiga jam kemudian di perkarangan Mahkamah Kajang dan pistol miliknya dirampas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga  telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung kes melibatkan anggota tersebut.

Siasatan awal mendapati anggota berkenaan tidak memulangkan senjata api yang digunakan selepas bertugas dalam sekatan jalanraya awal pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, lapor Astro Awani.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Sulaman Lace Heaven: Hero Market Pasaraya baru <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 06 Nov 2013 07:30 PM PST

Assalaam semua..ibu-ibu bapak-bapak adik kakak sekalian :)
Eh tetiba plak mood dangdut erk..
Ok, hari ni saya nak cerita tentang pasaraya baru dibuka di Kelana Jaya.
Hero Market namanya. Baru dibuka dalam seminggu.
 Akan menjadi pesaing terdekat kepada Tesco Paradigm serta Giant Hyper Market.
Seperti pasaraya yang lain, keperluan basic tu pasti ada.
Sayur-sayuran, buah-buahan, rempah ratus, dan segala keperluan hari basically ada disini.
Harganya pun berpatutan.

 Yang paling saya suka ialah bahan basah seperti LAKSA pun ada dijual disini.
Baking items pun ada. Senang lah saya nak baking nanti..hehehe

 Lauk-lauk basah pun ada banyak pilihan.

  Sempat jugak tu posing sambil memilih bahan-bahan nak baking.

Trolley pun ada untuk yang nak soping sakan..hehehe
Tu Ultraman dok depan kedai.
Apa motif? Fengsui kot..hehehe

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Cantik Bersama Mary Kay: Bengkel Kecantikan <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 27 Oct 2013 08:10 AM PDT

Kepada wanita sekitar Lembah Klang

Saya akan mengadakan kelas penjagaan wajah di Mary Kay Training Center Petaling Jaya pada Ahad 3 November ini.
Anda berpeluang untuk mengetahui jenis dan keadaan kulit anda.  Belajar cara penjagaan wajah yang betul untuk mendapatkan kulit wajah yang awet muda dan cantik berseri secara semulajadi.  Dan anda juga berpeluang untuk mempelajari teknik solekan asas yang mudah dan cepat.

Sila SMS atau Whatsapp saya di 016-3610628 untuk tempahan ya.

ads