12 di kajang - Google Blog Search |
Akibat lamaran ditolak, polis lepas 5 das tembakan <b>di Kajang</b> <b>...</b> Posted: 18 Nov 2013 07:56 PM PST Lima das dilepaskan oleh seorang anggota polis akibat lamaran ditolak. Tembakan dilepaskan selepas bergelut dengan ahli keluarga teman wanitanya di Kajang. Dalam kejadian 8.00 pagi, abang teman wanita anggota berkenaan, Solomon Stallin a/l Tholiletholan, 25, terkena satu tembakan di bahu dan dilaporkan stabil di Hospital Kajang. Suspek Samuel a/l John Moses,27, seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah ke rumah teman wanitanya tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ibu bapa wanita terbabit. Insiden tersebut menyebabkan berlaku perselisihan faham antara suspek dan keluarga teman wanitanya sejak beberapa hari lalu. Bengang dengan situasi itu, suspek melepaskan lima das tembakan ke rumah dan satu das terkena mangsa. Suspek kemudian melarikan diri bagaimanapun dan berjaya ditahan tiga jam kemudian di perkarangan Mahkamah Kajang dan pistol miliknya dirampas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung kes melibatkan anggota tersebut. Siasatan awal mendapati anggota berkenaan tidak memulangkan senjata api yang digunakan selepas bertugas dalam sekatan jalanraya awal pagi tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, lapor Astro Awani. |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan