Isnin, 18 Mac 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Kelekaan kerajaan <b>negeri Selangor</b>,punca banjir <b>di</b> Puchong ? | The <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 02:29 AM PST


banjir selangorBanjir di Puchong merupakan klimaks kegagalan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kata Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin.

"Tahun lepas, di Klang, banjir hampir setiap bulan, di Kajang juga serupa dan sekarang melanda Puchong.

"Jadi masalah banjir ini, pada pandangan saya, disebabkan oleh kerajaan negeri gagal mengurus longkang, parit dan sungai di negeri Selangor,"katanya.

Menurutnya, walaupun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat peruntukan dana MARRIS (Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia) setiap tahun daripada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan jalanraya dan sistem perparitan di negeri itu, namun permasalahan tetap juga tidak dapat diatasi.

"Walaupun Menteri Besar mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, bantuan MARRIS sebanyak RM350 juta satu tahun, tetapi nampaknya mereka tidak menggunakan bantuan kewangan itu untuk menguruskan parit, longkang dan sungai.

"Sebelum ini Menteri Besar ada melancarkan Projek Sungai Selangor, tetapi projek itu tidak dapat dilaksanakan. Saya tak tahu kenapa.

"Saya merasakan banjir di Puchong itu merupakan klimaks kepada siri banjir di negeri Selangor khususnya di Lembah Klang,"katanya lagi. – Anwaraid


12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Bisnes Apa Sesuai <b>di</b> BBST

Posted: 29 Jun 2010 12:00 AM PDT

Re: Bisnes Apa Sesuai di BBST

Postby me_ina » 21 Oct 2010, 11:01

Salam,
Biz van sekolah (berlesen ) amat2 lah berbaloi jika dibuat di kawasan area kg Salak Tinggi ke sekolah sekitar BBST. Sy perhatikan mmg amat sukar untuk mencari van sekolah yg boleh memberi perkhidmatan sekolah pagi dan petang. Harap ada sesiapa yg ada modal, boleh melaksanakan biz ni.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Papan iklan &#39;Turunkan harga minyak&#39; dipasang <b>di Ampang</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 02:29 AM PST

Papan iklan yang memaparkan salah satu kempen Pakatan Rakyat iaitu 'Turunkan harga minyak' dan sedang dipasang di Ampang.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin, papan iklan seumpama itu merupakan salah satu strategi menjelang Pilihanraya Umum (PRU-13).

"Kita dah arahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen di Selangor untuk menaikkan papan iklan di kawasan mereka secepat mungkin," jelas Sim ketika dihubungi.

Menurut Sim, selepas Ampang, papan iklan akan dipasang di Gombak, Selayang dan seluruh Selangor.

"Ia bertujuan menyampaikan maklumat kepada penduduk apa yang kita akan dan telah lakukan, serta memberitahu program serta perancangan kita," kata Sim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42638

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


MTQ Creations: IFTAR <b>di Jenjarom</b>

Posted: 13 Aug 2011 10:49 PM PDT











Semalam...semua keluarga Hj Sanusi berbuka puasa di Jenjarom.Masing2 bawa potluck dari rumah...mtq bawa kari kepala ikan style mamak...nasib baik tiada menu yang sama...Alhamdullilah kami dapat mengerjakan  solat fardhu dan solat tarawih berjemaah dan secara kebetulan pula semalam adalah ulang tahun perkahwinan tuan rumah...Mohd Hair dan Salmi....semuga Allah melimpahi rahmat dan kebahagian hingga akhir hayat.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


saya nur anis: PAPA Seafood <b>di kapar</b>

Posted: 01 Jan 2013 04:30 PM PST

kalau jalan dari kapar ke kuala selangor tu, ada dua kot kedai makan ni.
kalau dari kuala selangor ke kapar pulak, ada satu.
semua dekat area kapar ke jeram.
mula-mula sampai tu, tengok macam pelik.
tak macam kerabu mangga biasa.
sekali makan, sedap rupanya.
hari tu kitorang makan biasa-biasa aja.
tomyam, telur dadar dengan kailan ikan masin je.
tu yang malas nak ambik gambar tu.
p/s : entri autopost. sebab sekarang ni tengah on the way pergi lapor diri dekat hq felda jalan semarak.
ohhh..nervous takut kena campak ke mana-mana.

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Mari Menunggang Unicorn <b>Di Ulu Yam</b> ~~~ | AmazingNara

Posted: 05 Feb 2013 04:53 AM PST


Ah ~~ Impian Abang Nara untuk menunggang unicorn akhirnya akan tercapai jua. Terima kasih Groupon Malaysia kerana membawa unicorn daripada USA ke Ulu Yam. Dekat bebenor dah tue dengan rumah mak mertua Abang Nara.

unicorn

Dan jangan main-main sebab siap ada "fairy god mother" yang akan menemani perjalanan anda sepanjang menunggang unicorn nie. Sekarang nie mana Abang Nara nak cari RM9 juta. Dah diskaun 58% pun still mahal gila lagi!!!

P.S: Slowpoke betul diri ini. Ini adalah lawak April Fool 2012 daripada Groupon Malaysia sebenarnya.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Parlimen <b>Hulu Selangor</b> hak MIC ABN News | BM

Posted: 12 Mar 2013 12:02 AM PDT

P.Kamalanathan

Oleh Yuogawathy Veeranan (yuogawathy@abnxcess.com)

Kerusi Parlimen Hulu Selangor Milik Kongres Kesatuan India Malaysia, MIC, kata penganalisis politik Anbumani Balan.

Katanya, "Hulu Selangor tetap milik MIC.  Ia dimenangi melalui pilihan raya kecil di kawasan itu."

"MIC tidak akan memandang remeh  soal melibatkan kerusi Hulu Selangor dan akan tetap mempertahankan hak tersebut".

Anbumani berkata demikian ketika mengulas lanjut mengenai kenyataan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang menyatakan wanita Umno akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik  jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Tambah Sharizat lagi perkara ini juga akan dicadangkan kepada pucuk kepimpinan tertinggi, Barisan Nasioanal setelah melancarkan  Program Sentuhan Medik", di Taman Desa, Ulu Yam, Batang Kali pada Isnin.

Sambil mengulas kenyataan Sharizat,  Anbumani juga mengkritik tindakan Bekas Menteri itu tidak menunjukkan profesionalisme  kerana soal kerusi dibincang di tempat yang tidak sepatutnya dibincangkan.

"Hal seperti ini, soal kerusi dan sebagainya ada tempat yang khas untuk dibincangkan."

"Ia tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka, terutamanya kini apabila kita sedang menghampiri pilihan raya pada bila-bila masa.", ujar beliau.

Tambah Anbumani, mesyuarat Pengurusan Barisan Nasioanal yang diadakan setiap bulan merupakan platform terbaik bagi ketua wanita itu menyuarakan pandangan beliau malah apabila pendapatnya dinyatakan secara terbuka sebegini ia akan menyebabkan tekanan kepada parti komponen yang lain dalam menangani isu yang bakal dibangkitkan kemudiannya.

"Isu yang melibatkan senarai calon dan pemilihan kerusi terletak dibawah keputusan muktamad Perdana Menteri."

"Setakat hendak meyatakan pendangan pun ada cara tertentu dan ia perlu diikuti".

"Ketua bahagian mahupun pemimpin hari ini perlu peka akan formula untuk menang bukan formula memilih kerusi", katanya.

Dalam pada itu, P. Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor ketika dihubungi ABN News tengah hari Selasa berkata, Sharizat selaku Ketua Wanita Umno mempunyai hak untuk meminta apa yang diperlukan bagi bahagian wanita namun keputusan muktamad terserah pada Perdana Menteri.

"Sharizat hanya minta salah satu kerusi DUN daripada tiga di Parlimen Hulu Selangor untuk wanita Umno."

"Itu hak beliau untuk minta apa yang beliau hendak."

"Walauapapun apabila keputusan muktamad dibuat oleh Najib kita perlu terima dan berusaha untuk kemenangan parti di kawasan itu"

"Akhirnya kita perlu menang, itu yang penting", kata Kamalanathan.

P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti undi sebanyak 1,725  pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010 berikutan kematian penyandang, , YB Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac 2010.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Oh! Banjir Kilat <b>di Puchong</b> | Oh! Tidak

Posted: 18 Feb 2013 09:47 AM PST

Petang semalam (18 Februari 2013) lebih kurang jam 5:30 petang telah berlaku banjir kilat yang menenggelamkan beratus kenderaan di atas jalanraya juga yang berada di parking bawah Pasaraya IOI Mall yang juga turut ditenggelami air. Banjir kilat ini surut sejam kemudian. Apapun tiada sebarang insiden lain berlaku.

ohtidak-banjir-puchong-5

ohtidak-banjir-puchong-4

Lagi gambar..

ohtidak-banjir-puchong-3

ohtidak-banjir-puchong-2

ohtidak-banjir-puchong-1

3 lagi gambar yang baru diterima. Terima kasih Fadzly Mohamad:

ohtidak-banjir-puchong-8

ohtidak-banjir-puchong-7

ohtidak-banjir-puchong-6

ohtidak-banjir-puchong-12

ohtidak-banjir-puchong-11

ohtidak-banjir-puchong-10

ohtidak-banjir-puchong-9

Laporan Buletin Utama, TV3:

Bencana yang diturunkan Allah merupakan satu peringatan kepada kita semua agar beringat agar tidak terlalu rakus dalam pembangunan dan menjaga nilai sivik untuk tidak membuang sampah merata-rata yang akhirnya memberi impak kepada saluran pengairan itu sendiri. Ada juga yang menyatakan banjir kilat ini terjadi akibat pembangunan MRT yang sedang giat berlangsung memandangkan ini adalah pertama-kali banjir sebesar ini melanda Puchong di dalam sejarah.

+ Respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OHTIDAK: SIMPATI KEPADA PEMILIK KERETA DAN HARTA-BENDA YANG MUSNAH.

ROJAK SOMTAM: homestay <b>di puchong</b>

Posted: 11 Mar 2013 04:51 AM PDT



Assalamualaikum semua… pe kabo?? Harap ada la orang nak baca blog aku ni ea.. hehehe
Ok la, untuk entri kali ini aku nak cerita tentang homestay. Kenapa homestay pulak ea????  Sebenarnya kalau korang pergi berjalan-jalan, makan kenduri, atau mahu ke mana-mana destinasi bersama family dalam 2,3 hari better korang sewa saja homestay sebab dari segi kos memang sangat-sangat jimat. Kebiasaanya kt homestay, macam2 kemudahan asas disediakan seperti  katil, tv, kerusi, meja makan dan lain-lain. Kenapa sewa homestay bkn hotel??? Senang ja jawapan tu. Sebab homestay korang leh sewa satu rumah bkn bilik ( ada jgk yang pakej bilik). So, kalau korang jalan-jalan satu family or satu kampong kan ke jimat tu.
Ok la, kt sini aku nak tunjukkan satu homestay yang sangat… sangat.. sangat.. x45 murah!!! Homestay yang aku maksudkan iallah Homestay Permai Villa Ayan,Puchong Permai. Bile dah nama puchong permai, mestilah ada kt kawsan punching Selangor. Sekarang homestay ni masih dalam promosi lagi hanya RM75.00 untuk Ahad – Khamis. Jika Cuti Sekolah 22-30 Mac 2013 = RM125.00.Untuk maklumat lanjut, korang leh terus contact azean 012-6773996
Kat sini ada beberapa gambar untuk Homestay Permai Villa Ayan,Puchong Permai.



Pembukaan Pra Perasmian Homestay Permai Villa Ayan,Puchong Permai.. Di buka untuk tempahan.. Kemasukan bermula 18 Mac 2013.insyaAllah... Harga Promosi ; Ahad - Khamis = RM75.00. Cuti Sekolah 22-30 Mac 2013 = RM125.00. jika berminat,call Yan..012-6773996
P/S : harga tertakluk pada perubahan semasa… boleh Tanya tuan badan.
Bile dah ada homestay, boleh la berjalan dengan selesa. Selamat berjalan!!!!!

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Petua,Idea dan Pandangan: Kisah Iktibar <b>Di</b> Penjara <b>Sungai Buloh</b>

Posted: 09 Mar 2013 09:19 PM PST



Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar. 

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya."

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,

SHARE KEPADA DUNIA BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH!




suraual-ikhwan.


12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Ekspo Perkahwinan Malaysia <b>di Selayang</b> Mall - DMZ Design :: MY <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 12:00 AM PST

expo-selayang-mall

Jemputlah beramai-ramai ke Ekspo Perkahwinan Malaysia di Selayang Mall pada 22 hingga 24 Februari 2013. Kami di DMZ Design menawarkan banyak pakej-pakej fotografi dan videografi pada harga runtuh! Tak percaya, datang dan tengok dulu ok? We are still open for weddings on april onwards ;) …march boleh try2 juga if ada kekosongan hehe. Ok bride n groom sekelian, jumpa di sana!

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Dean Bike Diaries: Ride - <b>Padang Jawa</b>

Posted: 02 Feb 2013 12:30 PM PST

Connaught Bridge Junction

keluar awal pagi tadi dgn niat nak meninjau kawasan padang jawa dan beberapa lokasi yang dijangkakan bekas tapak stesen laluan keretapi ke kuala selangor .. dah mula dari rumah lokasi pertama yang di tinjau adalah kawasan semak di tepi remaco .. sblh jambatan dan sungai .. ada binaan seakan2 bunker dan juga platform ..
snap few photos here .. and off to next location .. kampung seri kenangan .. benor2 nyer aku pun tak tahu nama kampung nie .. mula2 masuk ke kiri dulu yang kat umah mak andam tepi jematan tu .. Loc C .. lokasi agak2 yang dinyatakan dlm teori jalan landasan .. dlm tu ada jugak lah dlm 10 biji rumah papan .. lapang .. dan kat hujung tepi sungai ada satu blok sarang burung layang2 dan walid .. di sebelah hadapan nya pula satu kawasan lapang .. ada bongkah2 batu berselerakan seperti bekas atau tapak suatu binaan di situ ..
keluar balik ke jalan utama .. aku lintas utk meninjau sekitar depot MPK .. tapi tak ade jalan di belakang .. masa lalu tu ade nampak sorang pakcik berdiri tepi jalan .. masa keluar aku berhenti dan teguq org tua tadik tuh ..
dia perkenalkan diri sebagai muin .. abdul muin .. generasi kedua kampung seri kenangan .. aku tanya pasal connaught bridge junction .. menurut beliau .. connaught bridge junction terdiri dari beberapa buah halt .. bukan satu stesen seperti yang difikirkan .. bermula dari stesen padang jawa hingga ke hentian bukit badak .. di padang jawa keretapi berhenti untuk menurunkan penumpang .. manakala di bukit badak keretapi menurunkan barang2 pulak ..
di antara padang jawa dan bukit badak ade lagik beberapa platform kecil yang didirikan utk menurunkan dan menaikkan barang dan penumpang .. dia tunjukkan arah satu kawasan semak tepi landasan sekarang dimana tempat dia bermain2 semasa kecil dahulu .. masih ada sisa runtuhan bongkah platform di situ yang dapat dilihat .. ia dirobohkan kerana tidak digunakan lagik dan tidak mahu platform itu dijadikan pusat kegiatan yang tidak sihat ..

lagi yang dikorek dari pak muin .. landasan ini ke bandar klang melalui jalan landasan dan berhenti di sebuah stesen di tepi sungai klang .. mungkin North klang Halt yang dimaksudkan . tapi dia tidak dapat mengecam .. di mana laluan landasan di dalam bandar kelang menuju ke keluar ke batu 5 sungai putus .. tapi dia ada menyebut rantau panjang, benteng .. jalan benteng .. hmm ..


kemana arah haluan landasan keretapi nie keluar hah ? masih menjadi persoalan dan tanda tanya .. takpa insya allah diizinkan tuhan .. aku tanya wak subari .. aku yakin dia masih ingat lagik .. cuma mukaddimah hari tu tak kena waktu .. ade masa ajak mengeteh kat maple .. boleh panjang cerita jugak dgn org tua nis ..

lagik plak klu boleh aku nak bawak dia round klang .. bior dia tunjuk sendiri ... aku mintak diri dari pak muin .. utk meninjau sendiri pokok dan semak tempat permainan pak muin dan rakan2 semasa kecil .. katanya dulu ada bongkah besar di situ .. dari tempat kami berbual jelas nampak pohon yang dinyatakannya .. aku menyusuri jalan kampung yang berturap batu dan keluar semula ke jalan besar .. ade satu lorong kecil tapi berturap tar betul-betul di selekoh .. masuk sambil melintasi tempat pembuangan sampah oleh penduduk kampung .. terus ke dalam cuma masih ada sebuah rumah .. itu pun seperti sudah dikosongkan .. mungkin penghuni nya telah berpindah  ke rumah pangsa di seksyen 7 seperti yang diceritakan tadi .. cerita penduduk kampung dihalau keluar ..


aku memandang sekeliling .. tak sampai 10 meter dari aku berdiri landasan keretapi menuju ke port klang .. ikut keterangan notis tidak dibenarkan ape2 pembinaan rumah, kilang dalam 200meter dari landasan .. alasan untuk mengosongkan kampung .. aku pandang ke semak yang dilintasi tadi .. hmmm .. agak membimbangkan .. tahu-tahu je lah aku ni .. nak tak nak aku kena patah balik jugak .. sambil mata tu cuba mengesan ape2 objek yang boleh dijadikan bukti satu platform pernah didirikan di situ ..
mmg ada .. sisa2 runtuhan konkrit .. menyembah bumi .. dan ditelan oleh semak samun .. walaupun tidak lah sesemak- mana tapi .. bukan mudah utk di dekati .. sampah sarap yang dibuang penduduk menyukar dan sekali gus memnyembunyikan runtuhan platform tersebut .. snap sekeping dua gambar .. jadik lah ..

aku keluar terus ke destinasi kedua pagi itu .. padang jawa ... setepatnya .. lorong padang jawa 2 .. lintas jer flyover utk menyeberangi landasan .. aku terus belok ke kanan dan ikut lorong padang jawa bersebelahan dgn landasan keretapi .. terus melepasi kawasan kampung yang sebelum ini hanya aku lihat dari cermin komuter sahaja .. tapi kali ini aku benar2 berada disitu .. perjalanan aku terhalang dgn khemah kenduri yang didirikan .. ada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung besok .. khemah sudah dipasang meja dan kerusi ..


aku reroute semula laluan .. dan akhirnya sampai juga .. ada lebih kurang 20 biji rumah di lorong
padang jawa 2 nie .. penduduknya terdiri dari orang melayu dan india .. flyover utk menyeberang sudah nampak dikanan aku .. tapi aku terus hingga ke hujung jalan tar ..masih ada laluan ke hadapan
melalui denai kecil .. aku susuri perlahan2 ... hingga sampai di satu persimpangan . kanan ke balai kecil .. aku kira pos KTM .. kiri pulak mungkin mengunujur hingga ke sungai .. tepat di bawah kaki aku berpijak .. ada sekeping batu lebar yang tertanam .. cuma sebahagian ja yang timbul dari tanah .. hmm apa pulak yang ini ? takde ape2 tanda lain disekeliling berdasarkan pemantauan kasar .. lagipun aku tak nak lama kat situ ..
dlm kepala berkira2 mau diulangi semual nanti dgn beberapa rakan berbasikal ..
patah balik keluar terus ke jejantas .. mungkin dari atas aku dpt satu gambaran .. dari atas jejantas .. jelas kelihatan kampung seri kenangan, tempat aku singgah tadi ..  menara stesen janakuasa pun kelihatan jelas .. mungkin benar seperti yang dikatakan pak muin tadi .. connaught bridge tu nama landasan dari padang jawa hingga ke bukit badak .. bila di gabungkan kesemua halt, platform di sepanjang laluan nie boleh dipanggil kawasan nie connaught bridge junction .. tapi terlalu awal utk menyimpulkannya ..
aku masih ade beberapa lokasi nak ditinjau .. hmm agak menghairankan .. takde pulak sebijik komuter yang lalu sepanjang aku berada di situ .. turun dari jejantas aku terus dibawa ke kawasan
kilang2 yang disekat laluan nya tempoh hari .. byk nyer anjing .. naya klu ade yang nakal dan menyakat .. tak cukup tanah nak lari ..
keluar semula ke jalan batu 3 lama .. aku berhenti dihadapan sekolah cina .. seperti yang dinyatakan dulu .. ade sebuah binaan seperti stesen .. tapi tak dapat nak dipastikan ape fungsi sebenar tempat tu .. perimeternya berpagar kawad .. sebelum nie .. mmg semak dan tak nampak ape2 pun .. cuma di awal tahun 2013 jer baru aku terperasan bagai semak samun dulu telah diterangkan .. aku rasa kena masuk secepat mungkin .. klu benar tempat nie akan ditebus guna mungkin beberapa bukti akan terhapus ..
aku terus ke jalan landasan .. mmg hanya tinggal nama dan persimpangan saja .. tak dapat nak dikesan landasan dan rel .. 85 tahun bukan sedikit masa .. mungkin takde ape yang tinggal dah ..
hujung jalan landasan .. terdapat sederetan bangunan dari kurun ke 18 dan awal 19 .. di sini lah letaknya north klang halt .. pun sebagai mana landasan nya .. stesennya jugak tak terkesan lagik .. perjalan aku diteruskan ke maktab tahfiz disebelah  jambatan tengku kelana .. meninjau tebing sg klang, mana tahu jika terdapat sisa2 runtuhan jika bernasib baik .. hmm bukan nasib lah hari nie .. kawasan belakang maktab telah ditimbus .. untuk tujuan tebus guna .. manakala kawasan sebelahnya pula berpagar zink ... ada pembinaan sedang dijalankan .. tapi aku yakin di situlah halt klang utara ..
diluar .. dahulu emporium great wall .. tapi musnah dlm satu kebakaran awal era millenium ..
terus dirobohkan dan kini dijadikan medan dan dataran perhentian bas klang .. cuma yang tinggal
adalah pejabat pos klang utara .. dihadapan pejabat pos klang utara .. ada satu blok bangunan yang cukup lama juga .. nak kata seperti stesen keretapi .. tak berani aku nak cakap lah .. mungkin akan masuk semula suatu hari nanti .. insya allah ..
pencarian aku di bandar klang setakat ini saja lah dulu .. aku kembali ke lokasi awal eksplorasi stesen janakuasa .. hentian bukit badak .. kerana itu juga sebahagian connaught bridge junction .. dan masih ada hingga kini .. mungkin berbeza dari keadaan asal .. tp disitu lah ia pernah bermula .. mungkin .
balik ke rumah aku kena load semua gambar dan kaji serba sedikit .. note down some update for report purpose .. like this one lahhh ... and uplaod some picture to share with others .. hope the images could encourage other team members to contribute their finding as well ..

still waiting to see the ruin images at batu 5 .. was captured by wak rahim and kak ija last week .. we suppose to meet at section 23 last friday .. but seem no rezeki .. as planned .. it will re arrange on wednesday nite .. insya allah

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 04:30 PM PST


AlhamduLILLAH, Mac datang lagi dan kini dengan OFFER yang LAGI HEBAT dan MENARIKSS... Inilah promosi bulan ini iaitu SHAKLEE OSTEMATRIX. Apa yang SPECIAL SANGAT Ostematrix ni? Ianya special sebab Ostematrix bukan sekadar kalsium semata-mata, tapi mengandungi Magnesium (yang diibaratkan seperti sebuah 'lori' yang mengangkut kalsium), Vitamin D (untuk memastikan PENYERAPAN Kalsium pada tahap optimum), Boron ( yang bertindak sebagai 'pekerja' yang membina tulang), Mangan, Tembaga dan Zink.

HOT STUFF? Siapa yang cari botol Ostematrix ni?
-ibu menyusu yg nak BOOST susu.... detail disini
-ibu2 menyusu tadi yg belikan utk mak mereka
-para suami yg belikan utk isterinya
-kwn2 sy yg belikan utk parents...
....kesimpulannya mmg best... best kan..  kesannya.. amat mengujakan utk setiap lapisan umur
Siapa yang perlukan Ostematrix ?
1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya.
2. Mereka yg allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
7. Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki.
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

________________________________________________________

Apa kata mereka tentang Ostematrix?..Di bawah ini sebahagian testimoni2 ibu menyusu yg dipetik dari FB tertutup ekslusif khusus buat customer kami..





dapatkan Ostematrix pada HARGA OFFER sekarang! Sekiranya berminat. terus berhubung dengan saya, email kepada rafaliah@yahoo.co.uk or sms ke 012-2541296

ads