Isnin, 18 Mac 2013

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Dean Bike Diaries: Ride - <b>Padang Jawa</b>

Posted: 02 Feb 2013 12:30 PM PST

Connaught Bridge Junction

keluar awal pagi tadi dgn niat nak meninjau kawasan padang jawa dan beberapa lokasi yang dijangkakan bekas tapak stesen laluan keretapi ke kuala selangor .. dah mula dari rumah lokasi pertama yang di tinjau adalah kawasan semak di tepi remaco .. sblh jambatan dan sungai .. ada binaan seakan2 bunker dan juga platform ..
snap few photos here .. and off to next location .. kampung seri kenangan .. benor2 nyer aku pun tak tahu nama kampung nie .. mula2 masuk ke kiri dulu yang kat umah mak andam tepi jematan tu .. Loc C .. lokasi agak2 yang dinyatakan dlm teori jalan landasan .. dlm tu ada jugak lah dlm 10 biji rumah papan .. lapang .. dan kat hujung tepi sungai ada satu blok sarang burung layang2 dan walid .. di sebelah hadapan nya pula satu kawasan lapang .. ada bongkah2 batu berselerakan seperti bekas atau tapak suatu binaan di situ ..
keluar balik ke jalan utama .. aku lintas utk meninjau sekitar depot MPK .. tapi tak ade jalan di belakang .. masa lalu tu ade nampak sorang pakcik berdiri tepi jalan .. masa keluar aku berhenti dan teguq org tua tadik tuh ..
dia perkenalkan diri sebagai muin .. abdul muin .. generasi kedua kampung seri kenangan .. aku tanya pasal connaught bridge junction .. menurut beliau .. connaught bridge junction terdiri dari beberapa buah halt .. bukan satu stesen seperti yang difikirkan .. bermula dari stesen padang jawa hingga ke hentian bukit badak .. di padang jawa keretapi berhenti untuk menurunkan penumpang .. manakala di bukit badak keretapi menurunkan barang2 pulak ..
di antara padang jawa dan bukit badak ade lagik beberapa platform kecil yang didirikan utk menurunkan dan menaikkan barang dan penumpang .. dia tunjukkan arah satu kawasan semak tepi landasan sekarang dimana tempat dia bermain2 semasa kecil dahulu .. masih ada sisa runtuhan bongkah platform di situ yang dapat dilihat .. ia dirobohkan kerana tidak digunakan lagik dan tidak mahu platform itu dijadikan pusat kegiatan yang tidak sihat ..

lagi yang dikorek dari pak muin .. landasan ini ke bandar klang melalui jalan landasan dan berhenti di sebuah stesen di tepi sungai klang .. mungkin North klang Halt yang dimaksudkan . tapi dia tidak dapat mengecam .. di mana laluan landasan di dalam bandar kelang menuju ke keluar ke batu 5 sungai putus .. tapi dia ada menyebut rantau panjang, benteng .. jalan benteng .. hmm ..


kemana arah haluan landasan keretapi nie keluar hah ? masih menjadi persoalan dan tanda tanya .. takpa insya allah diizinkan tuhan .. aku tanya wak subari .. aku yakin dia masih ingat lagik .. cuma mukaddimah hari tu tak kena waktu .. ade masa ajak mengeteh kat maple .. boleh panjang cerita jugak dgn org tua nis ..

lagik plak klu boleh aku nak bawak dia round klang .. bior dia tunjuk sendiri ... aku mintak diri dari pak muin .. utk meninjau sendiri pokok dan semak tempat permainan pak muin dan rakan2 semasa kecil .. katanya dulu ada bongkah besar di situ .. dari tempat kami berbual jelas nampak pohon yang dinyatakannya .. aku menyusuri jalan kampung yang berturap batu dan keluar semula ke jalan besar .. ade satu lorong kecil tapi berturap tar betul-betul di selekoh .. masuk sambil melintasi tempat pembuangan sampah oleh penduduk kampung .. terus ke dalam cuma masih ada sebuah rumah .. itu pun seperti sudah dikosongkan .. mungkin penghuni nya telah berpindah  ke rumah pangsa di seksyen 7 seperti yang diceritakan tadi .. cerita penduduk kampung dihalau keluar ..


aku memandang sekeliling .. tak sampai 10 meter dari aku berdiri landasan keretapi menuju ke port klang .. ikut keterangan notis tidak dibenarkan ape2 pembinaan rumah, kilang dalam 200meter dari landasan .. alasan untuk mengosongkan kampung .. aku pandang ke semak yang dilintasi tadi .. hmmm .. agak membimbangkan .. tahu-tahu je lah aku ni .. nak tak nak aku kena patah balik jugak .. sambil mata tu cuba mengesan ape2 objek yang boleh dijadikan bukti satu platform pernah didirikan di situ ..
mmg ada .. sisa2 runtuhan konkrit .. menyembah bumi .. dan ditelan oleh semak samun .. walaupun tidak lah sesemak- mana tapi .. bukan mudah utk di dekati .. sampah sarap yang dibuang penduduk menyukar dan sekali gus memnyembunyikan runtuhan platform tersebut .. snap sekeping dua gambar .. jadik lah ..

aku keluar terus ke destinasi kedua pagi itu .. padang jawa ... setepatnya .. lorong padang jawa 2 .. lintas jer flyover utk menyeberangi landasan .. aku terus belok ke kanan dan ikut lorong padang jawa bersebelahan dgn landasan keretapi .. terus melepasi kawasan kampung yang sebelum ini hanya aku lihat dari cermin komuter sahaja .. tapi kali ini aku benar2 berada disitu .. perjalanan aku terhalang dgn khemah kenduri yang didirikan .. ada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung besok .. khemah sudah dipasang meja dan kerusi ..


aku reroute semula laluan .. dan akhirnya sampai juga .. ada lebih kurang 20 biji rumah di lorong
padang jawa 2 nie .. penduduknya terdiri dari orang melayu dan india .. flyover utk menyeberang sudah nampak dikanan aku .. tapi aku terus hingga ke hujung jalan tar ..masih ada laluan ke hadapan
melalui denai kecil .. aku susuri perlahan2 ... hingga sampai di satu persimpangan . kanan ke balai kecil .. aku kira pos KTM .. kiri pulak mungkin mengunujur hingga ke sungai .. tepat di bawah kaki aku berpijak .. ada sekeping batu lebar yang tertanam .. cuma sebahagian ja yang timbul dari tanah .. hmm apa pulak yang ini ? takde ape2 tanda lain disekeliling berdasarkan pemantauan kasar .. lagipun aku tak nak lama kat situ ..
dlm kepala berkira2 mau diulangi semual nanti dgn beberapa rakan berbasikal ..
patah balik keluar terus ke jejantas .. mungkin dari atas aku dpt satu gambaran .. dari atas jejantas .. jelas kelihatan kampung seri kenangan, tempat aku singgah tadi ..  menara stesen janakuasa pun kelihatan jelas .. mungkin benar seperti yang dikatakan pak muin tadi .. connaught bridge tu nama landasan dari padang jawa hingga ke bukit badak .. bila di gabungkan kesemua halt, platform di sepanjang laluan nie boleh dipanggil kawasan nie connaught bridge junction .. tapi terlalu awal utk menyimpulkannya ..
aku masih ade beberapa lokasi nak ditinjau .. hmm agak menghairankan .. takde pulak sebijik komuter yang lalu sepanjang aku berada di situ .. turun dari jejantas aku terus dibawa ke kawasan
kilang2 yang disekat laluan nya tempoh hari .. byk nyer anjing .. naya klu ade yang nakal dan menyakat .. tak cukup tanah nak lari ..
keluar semula ke jalan batu 3 lama .. aku berhenti dihadapan sekolah cina .. seperti yang dinyatakan dulu .. ade sebuah binaan seperti stesen .. tapi tak dapat nak dipastikan ape fungsi sebenar tempat tu .. perimeternya berpagar kawad .. sebelum nie .. mmg semak dan tak nampak ape2 pun .. cuma di awal tahun 2013 jer baru aku terperasan bagai semak samun dulu telah diterangkan .. aku rasa kena masuk secepat mungkin .. klu benar tempat nie akan ditebus guna mungkin beberapa bukti akan terhapus ..
aku terus ke jalan landasan .. mmg hanya tinggal nama dan persimpangan saja .. tak dapat nak dikesan landasan dan rel .. 85 tahun bukan sedikit masa .. mungkin takde ape yang tinggal dah ..
hujung jalan landasan .. terdapat sederetan bangunan dari kurun ke 18 dan awal 19 .. di sini lah letaknya north klang halt .. pun sebagai mana landasan nya .. stesennya jugak tak terkesan lagik .. perjalan aku diteruskan ke maktab tahfiz disebelah  jambatan tengku kelana .. meninjau tebing sg klang, mana tahu jika terdapat sisa2 runtuhan jika bernasib baik .. hmm bukan nasib lah hari nie .. kawasan belakang maktab telah ditimbus .. untuk tujuan tebus guna .. manakala kawasan sebelahnya pula berpagar zink ... ada pembinaan sedang dijalankan .. tapi aku yakin di situlah halt klang utara ..
diluar .. dahulu emporium great wall .. tapi musnah dlm satu kebakaran awal era millenium ..
terus dirobohkan dan kini dijadikan medan dan dataran perhentian bas klang .. cuma yang tinggal
adalah pejabat pos klang utara .. dihadapan pejabat pos klang utara .. ada satu blok bangunan yang cukup lama juga .. nak kata seperti stesen keretapi .. tak berani aku nak cakap lah .. mungkin akan masuk semula suatu hari nanti .. insya allah ..
pencarian aku di bandar klang setakat ini saja lah dulu .. aku kembali ke lokasi awal eksplorasi stesen janakuasa .. hentian bukit badak .. kerana itu juga sebahagian connaught bridge junction .. dan masih ada hingga kini .. mungkin berbeza dari keadaan asal .. tp disitu lah ia pernah bermula .. mungkin .
balik ke rumah aku kena load semua gambar dan kaji serba sedikit .. note down some update for report purpose .. like this one lahhh ... and uplaod some picture to share with others .. hope the images could encourage other team members to contribute their finding as well ..

still waiting to see the ruin images at batu 5 .. was captured by wak rahim and kak ija last week .. we suppose to meet at section 23 last friday .. but seem no rezeki .. as planned .. it will re arrange on wednesday nite .. insya allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads