Isnin, 18 Mac 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Kelekaan kerajaan <b>negeri Selangor</b>,punca banjir <b>di</b> Puchong ? | The <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 02:29 AM PST


banjir selangorBanjir di Puchong merupakan klimaks kegagalan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kata Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin.

"Tahun lepas, di Klang, banjir hampir setiap bulan, di Kajang juga serupa dan sekarang melanda Puchong.

"Jadi masalah banjir ini, pada pandangan saya, disebabkan oleh kerajaan negeri gagal mengurus longkang, parit dan sungai di negeri Selangor,"katanya.

Menurutnya, walaupun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat peruntukan dana MARRIS (Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia) setiap tahun daripada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan jalanraya dan sistem perparitan di negeri itu, namun permasalahan tetap juga tidak dapat diatasi.

"Walaupun Menteri Besar mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, bantuan MARRIS sebanyak RM350 juta satu tahun, tetapi nampaknya mereka tidak menggunakan bantuan kewangan itu untuk menguruskan parit, longkang dan sungai.

"Sebelum ini Menteri Besar ada melancarkan Projek Sungai Selangor, tetapi projek itu tidak dapat dilaksanakan. Saya tak tahu kenapa.

"Saya merasakan banjir di Puchong itu merupakan klimaks kepada siri banjir di negeri Selangor khususnya di Lembah Klang,"katanya lagi. – Anwaraid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads