Isnin, 18 Mac 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Parlimen <b>Hulu Selangor</b> hak MIC ABN News | BM

Posted: 12 Mar 2013 12:02 AM PDT

P.Kamalanathan

Oleh Yuogawathy Veeranan (yuogawathy@abnxcess.com)

Kerusi Parlimen Hulu Selangor Milik Kongres Kesatuan India Malaysia, MIC, kata penganalisis politik Anbumani Balan.

Katanya, "Hulu Selangor tetap milik MIC.  Ia dimenangi melalui pilihan raya kecil di kawasan itu."

"MIC tidak akan memandang remeh  soal melibatkan kerusi Hulu Selangor dan akan tetap mempertahankan hak tersebut".

Anbumani berkata demikian ketika mengulas lanjut mengenai kenyataan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang menyatakan wanita Umno akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik  jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Tambah Sharizat lagi perkara ini juga akan dicadangkan kepada pucuk kepimpinan tertinggi, Barisan Nasioanal setelah melancarkan  Program Sentuhan Medik", di Taman Desa, Ulu Yam, Batang Kali pada Isnin.

Sambil mengulas kenyataan Sharizat,  Anbumani juga mengkritik tindakan Bekas Menteri itu tidak menunjukkan profesionalisme  kerana soal kerusi dibincang di tempat yang tidak sepatutnya dibincangkan.

"Hal seperti ini, soal kerusi dan sebagainya ada tempat yang khas untuk dibincangkan."

"Ia tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka, terutamanya kini apabila kita sedang menghampiri pilihan raya pada bila-bila masa.", ujar beliau.

Tambah Anbumani, mesyuarat Pengurusan Barisan Nasioanal yang diadakan setiap bulan merupakan platform terbaik bagi ketua wanita itu menyuarakan pandangan beliau malah apabila pendapatnya dinyatakan secara terbuka sebegini ia akan menyebabkan tekanan kepada parti komponen yang lain dalam menangani isu yang bakal dibangkitkan kemudiannya.

"Isu yang melibatkan senarai calon dan pemilihan kerusi terletak dibawah keputusan muktamad Perdana Menteri."

"Setakat hendak meyatakan pendangan pun ada cara tertentu dan ia perlu diikuti".

"Ketua bahagian mahupun pemimpin hari ini perlu peka akan formula untuk menang bukan formula memilih kerusi", katanya.

Dalam pada itu, P. Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor ketika dihubungi ABN News tengah hari Selasa berkata, Sharizat selaku Ketua Wanita Umno mempunyai hak untuk meminta apa yang diperlukan bagi bahagian wanita namun keputusan muktamad terserah pada Perdana Menteri.

"Sharizat hanya minta salah satu kerusi DUN daripada tiga di Parlimen Hulu Selangor untuk wanita Umno."

"Itu hak beliau untuk minta apa yang beliau hendak."

"Walauapapun apabila keputusan muktamad dibuat oleh Najib kita perlu terima dan berusaha untuk kemenangan parti di kawasan itu"

"Akhirnya kita perlu menang, itu yang penting", kata Kamalanathan.

P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti undi sebanyak 1,725  pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010 berikutan kematian penyandang, , YB Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads