Isnin, 18 Mac 2013

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Kelas Jahitan Beg <b>di</b> PKW, <b>Ijok</b> - iNtAn&#39;Z hAnDmAdE sHoP

Posted: 03 Mar 2013 05:14 PM PST





Alhamdulillah, hari yang dinanti-nanti dengan penuh debaran akhirnya selesai dengan lancar. Buat pertama kalinya saya dijemput untuk menjadi tenaga pengajar jemputan di Pusat Komuniti Wanita, DUN Ijok. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Asiah kerana sudi memberikan saya peluang berharga dan sangat bermakna ni.

Pada hari tersebut, saya diberikan tugas untuk berkongsi ilmu tentang jahitan beg. Jadi, saya memilih Curvy Clutch sebagai pattern pilihan. Kelas yang dijalankan bersama 30 peserta dari pelbagai peringkat umur itu berjalan dengan cukup cemerlang. Semua peserta menunjukkan kerjasama dan prestasi yang sangat baik. Saya rasa cukup lega, kerana mereka semua dapat memahami nota dan arahan yang saya berikan.

Maklumlah, saya ni bukan cikgu. Bukan ahli dalam bidang jahitan. Memang pada awalnya semasa sesi memperkenalkan diri, saya dah war-warkan yang saya bukan seorang yang pakar dalam jahitan. Saya cuma ingin berkongsikan ilmu dan teknik menjahit mengikut pemahaman saya.

Ianya menjadi satu pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Terima kasih kepada semuanya. Terima kasih kepada suami kerana mengizinkan saya untuk bergerak selangkah lagi ke hadapan dalam bidang yang saya minati.

Untuk melihat dengan lebih banyak lagi gambar, bolehlah ke page FB saya di Kelas Menjahit Bersama Intan Zulhilmi


LIKE! LIKE! LIKE!


LIKE MY PAGE!

Sekolah Menengah Teknik Islam Bakal Dibina <b>di Ijok</b>

Posted: 02 Feb 2013 02:00 PM PST

BESTARI JAYA 3 FEB : Penduduk di DUN Ijok di sini bakal memiliki satu lagi kemudahan pendidikan terbaik dan berkualiti apabila cadangan untuk pembinaan Sekolah Menengah Teknik Islam bakal direalisasikan dalam jangka masa terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, butiran lanjut berkenaan pembinaannya itu nanti akan dimaklumkan dari masa ke semasa sebagai usaha meningkatkan keupayaan pelajar bagi memiliki kemahiran yang diperlukan.

"Ramai anak-anak muda yang kurang dari segi teknikal jadi ada sesetengahnya yang tidak tertarik dalam bidang akademik tetapi sangat berminat dalam kemahiran teknikal.

"Jadi dengan itu kita dapat mengurangkan keciciran mereka yang tidak mempunyai kemahiran mereka demi kerjaya mereka di masa hadapan," kata Abdul Khalid dalam sidang media di sini.

Sebelum itu, beliau bersama-sama penduduk di Jaya Setia dalam Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di pekarangan Masjid Jamiul Hasanah Jaya Setia di sini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid yang diterima oleh Penasihat Masjid, Othman Badaei.

Sementara itu menurut Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki ketika dihubungi berkata, tapak pembinaan untuk sekolah berkenaan sedang dikenalpasti yang dijangkakan berkeluasan kira-kira 30 ekar.

Ujarnya lagi, kos anggaran pembinaan sekolah berkenaan adalah kira-kira RM50 juta tidak termasuk harga tanah.

"Kita sudah ada baru satu mesyuarat dan mesyuarat lanjut akan dijalankan dalam masa terdekat.

Katanya, kemungkinan nanti sekolah itu nanti akan diuruskan di bawah kendalikan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Kalau kita hendak bina kita akan membinanya mengikut kehendak Kementerian Pelajaran yang lengkap dari segala kemudahannya," ujarnya.

Pendapat Anda

Pendapat

Fokus Parlimen Larut: Pekan <b>Ijok</b> Bakal Berwajah Baru – Perak Today

Posted: 17 Feb 2013 11:51 PM PST


PARLIMEN Larut merangkumi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau yang ketika ini diwakili oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin.

Disebabkan faktor geografi dan terletak di kawasan pedalaman, lebih banyak usaha perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Pusat untuk membangunkan Parlimen Larut yang juga dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengambil langkah proaktif membangunkan semula pekan kecil Ijok dan Batu Kurau dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Pekan Ijok dan Batu Kurau adalah antara 14 pekan kecil di Perak yang bakal dibangunkan semula oleh kerajaan negeri dengan matlamat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan.

Seiring dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir, pekan Ijok yang terletak kira-kira 40 km dari Betong, Thailand bakal berwajah baru apabila kerja membina tujuh unit kedai desa berdekatan Kampung Masjid dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2014.

Selain unit kedai desa, infrastruktur lain seperti balai polis juga akan dibangunkan di pekan Ijok yang turut mendapat jolokan penduduk tempatan sebagai pekan koboi.

Bagi Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, projek membangunkan semula pekan Ijok sememangnya dinanti-nantikan lebih 3,000 penduduk di situ.

Katanya, seiring dengan peredaran masa, pembangunan semula pekan kecil itu akan memberi wajah baru kepada kawasan berkenaan, sekaligus berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat melalui peluang perniagaan yang ditawarkan kelak.

"Dengan adanya bangunan baru dan infrastruktur asas, kawasan ini akan membangun lebih pesat selepas ini apatah lagi ia terletak tidak jauh dari Betong, Thailand.

"Projek yang menelan kos kira-kira RM1.4 juta ini adalah bukti dan komitmen kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan semua pekan kecil di Perak," katanya kepada Peraktoday.com.

Pelaksanaan projek itu yang sudah bermula baru-baru ini pastinya lebih menggembirakan penduduk tempatan seperti Mohd Amiruddin Mohd Murshidi, 60, dan Mat Zan Mohd Kassim, 68.

Kedua-dua warga emas yang menetap di Kampung Masjid itu mengakui sudah tiba masanya pekan kecil Ijok berwajah baru dan mempunyai pelbagai infrastruktur untuk kemudahan rakyat di kawasan berkenaan.

"Saya menyokong penuh usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk membangunkan semula pekan Ijok ini selama ini yang agak terpinggir dari arus pembangunan.

"Penduduk terpaksa ke bandar berdekatan seperti Taiping untuk mengeluarkan wang di bank atau menyelesaikan urusan berkaitan kerajaan.

"Oleh itu, kami di sini amat berharap agar kemudahan perbankan dan urusan pos dapat diperkenalkan di pekan Ijok selepas ini," kata Mohd Amiruddin lagi.

Tambah Mat Zan pula, usaha kerajaan negeri membangunkan semula pekan Ijok amat dihargai warga tempatan kerana bakal membawa pembangunan lebih pesat di kawasan berkenaan.

"Melalui projek ini, taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan dari segi ekonomi dan sosial.

"Sudah tiba masanya pekan koboi ini berwajah baru dan hasil usaha Adun Kubu Gajah, impian itu akan dapat direalisasikan menjelang Januari tahun depan," jelasnya dengan nada gembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads