Selasa, 2 Ogos 2011

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Bengkel Kereta <b>Di Cheras</b> Hangus Terbakar

Posted: 30 Jul 2011 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR – Sebuah bengkel kereta hangus dalam satu kebakaran di Jalan Batu 9, Cheras hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, lima buah kenderaan yang dipercayai berada dalam premis berkenaan turut musnah sama sekali.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Syed Lotfi Syed Abdullah berkata tiada sebarang kecederaan berikutan premis terbabit tidak beroperasi ketika hujung minggu.

"Sebanyak lima jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam dan tiba 15 minit kemudian sebelum kami mengambil masa selama 30 minit untuk padam api sepenuhnya.

"Ketika kejadian tiada individu dalam bengkel terbabit kerana premis itu ditutup setiap hari Sabtu dan Ahad," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jumlah kerugian masih disiasat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Tautan Hati NabilaHasyim: Berita Baik, Rumah <b>di Kuala Selangor</b>

Posted: 16 Jul 2011 12:00 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR

16 JULAI 2011

PENANTIAN 10 TAHUN PEMBELI RUMAH ALAM PERDANA AKAN BERAKHIR DALAM TEMPOH ENAM BULAN LAGI

Lebih 1,000 pembeli rumah di Alam Perdana, Kuala Selangor mampu menarik nafas lega apabila projek itu yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu, akan disiapkan sepenuhnya akhir tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketika ini pemaju sedang menyiapkan kerja-kerja akhir seperti melakukan kemasan dan penyambungan paip, sebelum kunci diserahkan kepada pembeli.

Beliau berkata, pembeli juga diberi pilihan untuk menjual rumah mereka kepada pemaju pada harga semasa.

"Bagaimanapun, mereka hanya boleh menjualnya selepas rumah ini siap sepenuhnya.

"Pemaju akan membeli mengikut harga pasaran semasa. Kerana itulah kita mengarahkan pemaju menjaga kualiti supaya rumah ini boleh dijual pada harga tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek, hari ini.

Menteri Besar berkata, walaupun projek ini diambil alih kerajaan negeri dan diberi nafas baharu, harga rumah tetap dikekalkan pada harga ketika rumah itu dijual kira-kira 10 tahun lalu.

Kerajaan negeri telah merampas tanah tapak projek Alam Perdana kerana pemaju gagal menyiapkan projek dan tidak membayar premium tanah ketika penukaran status guna tanah dari pertanian kepada pembangunan.

Pemaju LBCN akhirnya setuju meneruskan projek berkenaan tetapi perlu membayar RM41 juta kepada dalam Tabung Projek Terbengkalai Negeri Selangor sebagai cagaran.

LCBN juga setuju untuk membayar tunggakan bayaran kepada 383 peneroka asal tanah berkenaan sekiranya mendapat keuntungan hasil dari projek yang dipulihkan itu.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri tidak mendapat sebarang keuntungan dari pemulihan projek terbengkalai ini.

"Ini adalah tanggung jawab kerajaan negeri terhadap rakyat yang telah lama menderita dan menanggung kesusahan kerana perlu membayar pinjaman setiap bulan kepada bank sedangkan rumah tidak siap," katanya.

Disediakan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - MENCARI RUMAH UNTUK <b>DI</b> JUAL.

Posted: 30 Jul 2011 12:28 AM PDT

Asalamualaikum warga Taman Dahlia,

sy ingin meminta tolong warga Tmn Dahlia yg sudi berkongsi maklumat
rumah yg hendak di jual.
lokasi rumah di sebelah SEK.MEN SALAK TINGGI.Cantik jugak rumah tu.
sekira nya warga Tmn Dahlia sudi,sy hanya blh ucapkn terima kasih lah atas jasa baik anda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Aku Budak Telok: Kapal Haji <b>di</b> Port Sweetenham@ <b>Port Klang</b>@Kuala

Posted: 01 Jul 2011 11:59 PM PDT

Apa khabar semua? Kali ini aku nak bercerita tentang Port Klang.Pasal apa Port Klang? Pasal ramai sedara mara aku yang pernah dan masih bekerja kat sana. Dulu zaman Mat Salleh, Port Klang orang panggil Port Sweetenham sempena nama Residen Inggeris di Selangor..Orang Telok panggil Kuala jer...maksud diorang Kuala Kelang ler..pasal di situ ler muara Sg. Klang.Ok ler,cukuplah pelajaran Geografi tentang Port Klang..korang tengok peta kat bawah ni baru nampak jelas apa yang aku katakan.
 Dulu Port Klang, pelabuhan biasa jer, tak macam sekarang ada Northport, Westport, Southport...takde terminal kontena macam sekarang ni.Yang ada hanyalah Southport atau Pelabuhan Selatan yang mengangkut barang pukal pakai jaring besar. Lepas merdeka..itupun masa tahun-tahun 70-an, barulah ditukar nama kepada Pelabuhan Klang dan wujudlah LPK Lembaga Pelabuhan Klang sebagai organisasi pentadbirannya.

 Tapi aku bukan nak ceritakan sangat pasal sejarah Port Klang ni..Pokok persoalan di sini ialah nostalgia ketika menghantar rombongan haji ke Mekah.Sejak zaman-berzaman dulu lagi orang naik haji menggunakan kapal layar. Itu cerita biasa. Tapi masa British dulu orang-orang Telok dan Malaya amnya belayar ke Mekah menggunakan kapal haji.Tempat naiknya..sememangnya  di Port Sweetenham. Masa tu sapa-sapa yang naik haji memang diraikan oleh orang kampung sama ada masa perginya dan juga masa balik ke kampung. Begitu sekali penghormatan orang kampung Telok pada  Tuan Haji dan  Mak Hajjah. Kenduri doa selamat dah tentu ada.Dipasang  pula sepanduk mendoakan agar mendapat haji yang mabrur, begitu juga time diorang balik. Korang tanyalah atuk nenek yang pernah ke Mekah masa dulu-dulu. Siap bawa periuk belanga..batu lesung pun naik sekali..maklum ler perjalanan pergi dan balik ke Mekah memakan masa tiga bulan.Mesti packing stok 3 bulan..kalu tidak apa nak dimakan? Butiran tentang kehidupan diorang dalam kapal aku tak ingat secara terperinci..dah lupa...lama sangat dah! Tapi yang pasti mana ada pakej-pakej haji macam sekarang ini! Masa menghantar, punyalah ramai manusia! Macam pergi tak kembali jer!macam ulat taik! (Maafkan ler bahasa aku)  Masa tu rombongan menghantar jemaah haji dibenarkan masuk ke dermaga sampai tempat kapal parking. Sekarang sampai kat pagar jer ...Berapa banyak kapal haji aku tak tahu ler..korang buat ler research sikit kat internet. Ramai yang meleleh air mata..

Lepas tahun 71, aku tak dengar lagi  cerita tentang pergi haji naik kapal...aku rasa masa tu LUTH (Lembaga Urusan dan Tabung Haji dah diwujudkan oleh kerajaan..kerajaan dah putuskan semua penerbangan ke Mekah menggunakan pesawat MAS..Sejak itu Port Klang sebagai terminal haji hanya tinggal kenangan  orang tua-tua Telok. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Sabahdaily: Pemuda UMNO ugut bakar ibu pejabat PKR

Posted: 27 Jun 2011 02:46 PM PDT

Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Noor Adam, AJK Pemuda UMNO, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Kira-kira 100 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 11 malam tadi. Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.

Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tadi.

EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Elizabeth Wong (gambar kiri) berkata Pemuda UMNO yang berada di situ mencemuh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan, menurut anggota PKR yang berada di situ, malah mereka mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR seandainya PKR tetap menyertai BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, Elizabeth menganggap tindak-tanduk Pemuda UMNO tersebut sekadar untuk menakut-nakutkan rakyat, tapi PKR tidak akan berganjak dan akan terus dengan perjuangan mereka.

Satu klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tadi telah dimuatnaikkan ke Youtube.

Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai. Lokman Adam, bekas tahanan ISA yang melompat dari Parti Keadilan ke UMNO.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview, disedut, sunting dan diterjemah dari teks asal.

Polis 'tengok' 300 Pemuda Umno berhimpun, ugut bakar ibu pejabat KEADILAN

DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.

Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.

Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.

Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.

Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.

Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi awal pagi ini, menjelaskan Umno Barisan Nasional (BN) begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja membuat kekacauan.

"Ini tindakan samseng yang sedang menggelabah. Mereka cuba takutkan orang ramai untuk menggagalkan Himpunan Bersih 9 Julai ini.

"Anehnya, tiada seorang pun pemimpin Umno mahupun Perkasa dipanggil polis. Ironinya pimpinan Bersih termasuk Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula yang disoal.

"Namun, jika itu tujuan mereka, nampaknya mereka silap besar. Budaya ugut dan ancam Umno BN hanya akan menyebabkan rakyat bangkit dan menolak mereka.

"Tuntutan kami jelas iaitu sistem pilihan raya yang bersih dan adil," kata Saifuddin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


MY MEMOIRS: Pergaduhan Beramai-ramai <b>Di Batang Kali</b>

Posted: 16 Jul 2011 07:05 AM PDT

Pergaduhan bermula pada pukul tepat 2.30 pmHahaha sebenarnya tajuk tu takde kaitan pun dgn entry ni ataupun gamba ni, saje je nk wat tajuk gempak. heheheh

Tadi aku pegi Demonstrasi Perdana Silat Cekak Malaysia di Batang Kali. Kitorang punya la excited tunggu dari pukul 9.30 walaupun bertolak pd pukul 11 pagi.. hahaha


Muka2 yg bangun awal pagi, nak poyo saje...haha
Diorang tgh buat gerakan.

Ni pun sama *sorry tak tahu ap nama gerakan dia..hehe

Ni demonstrasi tgh berlawan, demonstrasi jek ea..heheh
Fighter2 silat ni tgh merehatkan diri *abaikan abg kat depan ni..heheh
Tiba masa kami utk berposing plak..heheh

Lisa pun sibuk nk ambik gambar berlatar blakang bukit jgk..haha
Wajah-wajah wakil PSA *sempat cover macho lg ni..kikiki

Yg ni cover macho dah beransur hilang skit..

Yg ni mmg x dpt cover lgsung lg dah, dah selok dah ni..haha
Itulah adanya aktiviti yang aku & Lisa Min lakukan pada hari ni. Nanti ada tournement ajak la kami skali ye..hihihi
ZR: Jangan terasa hati ye..teheeee :P
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


&#39;Dawama biadab, langgar hak pekerja&#39; | Free Malaysia Today

Posted: 01 Aug 2011 11:10 PM PDT

Syarikat tidak boleh mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji sehingga satu jalan penyelesaian dicapai, kata Ahli Parlimen Kuala Langat.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan Dawama Sdn Bhd yang mengarahkan hampir 380 pekerja bercuti tanpa gaji sebagai biadab dan melanggar hak pekerja.

Beliau berkata, Dawama yang menghadapi masalah kewangan yang rumit, tidak mempunyai hak untuk mengarahkan para pekerja mengambil cuti tanpa gaji sebelum menjelaskan semua bentuk bayaran kepada para pekerja.

"Syarikat tidak boleh mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji sehingga satu jalan penyelesaian dicapai termasuk majikan memotong gaji sendiri dan juga potongan-potongan lain yang harus dijelaskan.

"Di mana kedudukan pekerja dalam hal ini, ini adalah satu tindakan biadab macam undang-undang ini bapa dia yang punya…..pekerja ada hak ke atas syarikat dan ini merupakan satu pencabulan hak pekerja," ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Biro Pekerja PKR berkata demikian kepada para pemberita dalam satu sidang media dipremis syarikat itu di Ulu Klang, dekat sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali dan Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin.

Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada minggu lalu telah memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerja ekoran masalah kewangan dihadapinya.

Abdullah Sani berkata beliau akan membawa perkara itu kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian.

Beliau juga menggesa Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama Sdn Bhd membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Presiden kesatuan itu, Zainal Awit yang turut hadir dalam sidang media sekali lagi meminta Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerja-pekerja.

Semalam kira-kira 200 pekerja Dawama mengadakan protes dan mendesak Muhyiddin campur tangan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Kebakaran Besar <b>Di</b> Pekan <b>Bangi</b> - Pangsapuri Seri Mawar - Blogspot

Posted: 03 Jul 2011 12:26 AM PDT

Kebakaran Besar Di Pekan Bangi

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/07/kebakaran-besar-di-pekan-bangi.html Pekan Bangi, 30 Rajab = 02 Julai (Sabtu):

9 buah kedai sederet di Pekan Bangi terbakar pagi ini. Api merebak dari kedai makan kira-kira jam 2.30 pagi dan segera merebak ke kedai-kedai lain yang hanya bertiang batu, tetapi bahagian yang lain daripada papan (kayu). Dijangka berlaku litar pintas. Menurut pegawai bomba Encik Khairuddin, pihak bomba menerima maklumat jam 3.00 pagi dan dapat sampai ke Pekan Bangi, tempat terbakar 12 minit kemudian. Menurutnya 4 buah kereta bomba tiba ke lokasi, 2 buah dari Bangi, 1 buah dari Kajang dan 1 buah dari Serdang. Operasi diketuai oleh Haji Imran Ahmad Pegawai Bomba dari Bandar Baru Bangi. Menurutnya `Api segera merebak oleh kerana bahagian bangunan berusia 70 tahun itu adalah dari kayu dan tidak dapat diselamatkan, walaupun bekalan air tidak terganggu.

Adun Bangi mendapat maklumat jam 8.30 pagi ketika bersiap ke Program di Cheras Jaya. Adun mengarahkan Haji Rushdi bersiap dengan bantuan dan peruntukan tambahan, selain dari kewangan yang ada pada Adun. Arahan juga agar pengiring-pengiring ikut sama. Dalam masa membuat persediaan Adun segera ke Cheras Jaya yang turut ke sana YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Dari program di sana bersama pengiring-pengiring Adun berkejar ke Pekan Bangi dan tiba di lokasi jam 11.00 pagi menemui Pegawai-Pegawai Bomba, pemilik-Pemilik Kedai yang terbakar dan melihat kerja-kerja memadam masih sedang dilakukan. YB Teo Nie Ching yang juga dari Program di Cheras Jaya bersama pengiring turut sama tiba. Adun Bangi yang bertemu mangsa-mangsa mensenaraikan nama-nama mereka yang kehilangan bangunan dan harta, iaitu seramai 8 orang (seorang memiliki dua unit kedai). Mereka ialah:

1) Puan Sapura Baby – Ibu tunggal menyewakan bangunan sebagai kedai makan
2) En. Tony yang berniaga hardware
3) En. Rama Samy
4) Mr. Tan Hoi Tiong berniaga perabut
5) En. Rama Muthu peniaga kedai gunting
6) En. Kian Phat Leong Yeow
7) Mr. Chong
8) Kow Soon Hing
9) Penyewa Kedai Puan Sapura

(Mungkin berlaku kesilapan ejaan bagi sebahagian dari nama-nama di atas – mohon maaf, kerana dalam keadaan tergesa-gesa dan perlu dibuat rujukan kembali).

Mereka semua diminta Adun & Ahli Parlimen Teo Nie Ching berhimpun di sebuah warung berhampiran bangunan yang terbakar. Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar dan YB Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan permulaan kepada setiap mangsa dan juga penyewa serta berjanji akan disusuli dengan pertemuan berikut bagi membincangkan kedudukan dan bagaimana mengatasi serta memberi sumbangan.

Kerugian dijangka melebihi 5 juta. Walau bagaimana bersyukur kepada Allah tiada berlaku kemalangan jiwa. Menurut seorang pegawai bomba, tiga buah kereta terpaksa dipecahkan cermin bagi mengalihkan kereta dari terbakar. Turut sama hadir ke lokasi terbakar ialah YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Haji Zakaria Ketua Kampong Bangi, En. Lau Ketua Kg. Baru Cina, Pekan Bangi,Dato` Fathil Ketua Umno Serdang, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang, pemimpin-pemimpin setempat dan orang ramai.

Hingga jam 12.00 tengahari orang ramai masih berhimpun menyaksikan kebakaran yang dapat disifatkan besar dan belum pernah berlaku sebelumnya sebegini. Apabila Adun bertanya tempat kediaman sementara kepada mangsa-mangsa terbakar, buat masa ini masing-masing mempunyai keluarga yang mereka dapat menumpang buat sementara. Mereka tidak memerlukan lindungan sementara. Kami akan terus berusaha membela dan memberi perhatian terhadap kepentingan mangsa-mangsa terutama membawa masalah mereka ke peringkat Negeri dan ke Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang pada minggu akan datang.

Terima kasih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Program YB Nurul Izzah <b>di Klang</b>, Selangor at Anwar Ibrahim

Posted: 27 May 2011 10:39 PM PDT

Tarikh : 28 Mei 2011 ( Sabtu )

Masa : 8.00 malam hingga 12.00 malam

Tempat : Dewan Hokkien Association, Klang

Tentatif Program :

8.00 pm : Makan Malam
8.10 pm : Ucapan daripada YB Nurul Izzah-Naib Presiden Keadilan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pembekal & Pemborong T-Shirt <b>Di Shah Alam</b> ~ T-Shirt Printing | T <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2011 06:03 AM PDT

Adakah Anda Sedang Mencari Pembekal & Pemborong T-Shirt? Kami Adalah Merupakan Pembekal & Pemborong T-Shirt Di Shah Alam, Selangor.

Tahniah kerana anda telah sampai ke tempat yang betul!

Selamat datang ke laman web rasmi kami PrintingBaju.com. Kami merupakan syarikat bumiputera yang telah beroperasi di Shah Alam sejak tahun 2008 lagi. Kami menawarkan pelbagai produk untuk tempahan seperti t shirt, baju korporat (F1), jaket korporat (Boss Classic), topi, pen, non woven bag, mug serta pelbagai cenderahati korporat khas untuk kelab, persatuan, sekolah, kolej, universiti serta organisasi swasta dan kerajaan.

Mengapa Anda Harus Membuat Tempahan Disini?

  • Kami telah berpengalaman selama 2 tahun dalam bidang t-shirt printing dan cenderahati korporat.
  • Kami menawarkan anda harga yang terbaik dan berpatutan mengikut kualiti produk yang ditawarkan. Jimat kos!
  • Produk yang berkualiti. Anda boleh datang ke kedai kami untuk melihat sendiri setiap sampel produk yang telah kami siapkan.
  • Tempahan yang cepat siap. Kami akan memastikan tempahan dapat disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Kami juga bersedia untuk menerima urgent job daripada anda tanpa sebarang caj tambahan.
  • Penghantaran percuma di kawasan Lembah Klang untuk tempahan sebanyak 100 helai ke atas. Tiada masalah!
  • Yang paling penting, anda boleh membuat tempahan secara online sahaja disini. Tidak semestinya perlu datang ke kedai kami terlebih dahulu. Pasti dapat menjimatkan masa anda!

Bagaimana Untuk Saya Melihat Sampel Produk?

Jika anda berada dikawasan Lembah Klang, kami amat berbesar hati untuk menerima kedatangan anda ke kedai kami di kawasan Seksyen 7, Shah Alam. Anda juga boleh melihat setiap sampel produk yang kami paparkan di laman web ini. Anda juga dapat melihat contoh produk yang telah siap dicetak atau disulam. Klik disini untuk mengetahui lokasi kami.

Produk Berkualiti, Harga Terbaik & Cepat Siap!

Akhir kata, selamat melayari laman web kami ini. Pastikan anda melihat semua produk yang kami tawarkan dan akhiri pencarian anda disini juga! Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di 019-2344697.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

dinner kfc <b>di shah alam</b> | Beautilicious

Posted: 21 Jul 2011 05:38 PM PDT

yong sampai kl dalam 8 malam gitu la tadi. sampai je pakngah yong terus amik yong then bawak p shah alam untuk jumpa customer.sambil jumpa tu sambil makan la kan sebab kami jumpa customer di kfc. dapat la makan kfc malam ni. tapi rindu nasik la hahaha

pas p shah alam, kitorang gerak ke subang dan serdang. da siap semua dalam pkol 12 baru sampai rumah. sampai je rumah kami semua terus siapkan barang-barang yang akan dijual lusa. lega bila semuanya selesai dengan baik. harap-harap booth kami akan mendapat sambutan la nanti.

now dah lepak atas katil.. selamat malam ya. esok tak tahu apa plan lagi. semoga dapat menjalani hari esok dengan tenang. amin.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Powered by ShowMeBlogger.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads