Selasa, 16 Oktober 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


AKU ADALAH AKU: Event : Everyone Connects @ AEON <b>Bukit Raja</b>

Posted: 16 Oct 2012 09:11 PM PDT

TM Presents Everyone Connects kembali menemui anda di AEON Bukit Raja pada 16 – 21 Oktober 2012. Aktiviti jualan akan dijalankan bermula dari 16 Oktober 2012 dan acara kemuncaknya pada 20 dan 21 Oktober 2012.
Pelbagai aktiviti menarik bakal di sajikan untuk orang ramai. Para pengunjung cilik akan di sajikan dengan persembahan dari Badut & Ahli Silap Mata dan juga berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang diberi nama "EC Color Your World". Pertandingan mewarna ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Pendaftaran untuk pertandingan mewarna ini akan di buka seawal jam 10.00 pagi setelah kompleks dibuka. Disamping itu, pengunjung dan pelanggan TM juga berpeluang merasai 'popcorn' istimewa sepanjang acara dijalankan.
Para pengunjung remaja pula berpeluang menyertai permainan PS3 yang dinamakan "iTalk FIFA PS3 Game" tanpa sebarang caj. Bagi pertandingan "iTalk Guitar Hero Competition" pengunjung berpeluang memenangi gitar eksklusif.
Sesi sambutan harijadi untuk pelanggan setia TM akan turut diadakan pada hari Ahad, 21 Oktober 2012 jam 2.30 petang. Orang ramai juga akan dihiburkan dengan penampilan khas oleh "Giller Battle crew" yang di bawakan untuk pengunjung Bukit Raja.
Promosi untuk produk dan perkhidmatan TM juga akan di tawarkan kepada para pengunjung di mana barangan eksklusif dari TM akan diberikan percuma dengan langganan atau pembelian produk TM terpilih. Para pelanggan yang melanggan perkhidmatan Pakej UniFi TM dan Pakej Streamyx & Phone TM 1Mbps dan ke atas, akan berpeluang menyertai aktiviti "EC Spin & Win" dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3,000!
Jangan lupa temujanji anda bersama TM Presents Everyone Connects di AEON Bukit Raja pada hujung minggu ini. Bawalah bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
**********************************

info as email from GCC TM

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Selangor</b>, Sepang | MyNewsHub

Posted: 16 Oct 2012 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Selangor dan Sepang, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 23 dan 24 Oktober ini.

Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Ms. Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan itu disebabkan kerja-kerja pihak kontraktor Syabas.

"Gangguan bekalan air di Kuala Selangor dijangka berlaku di Bukit Belimbing, Pasir Penambang, Sungai Yu, Sungai Gulang-Gulang, Parit Serong, Tiram Burok, Sawah Sempadan (Jalan Mayang Rotan).

"Gangguan sama akan dialami di Tanjung Karang iaitu Jalan Besar Tanjung Karang, Pekan Tanjung Karang dan Sungai Tengi Kanan melibatkan 6,605 akaun pengguna," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, gangguan bekalan air di Sepang pula melibatkan kawasan Fasa 1A (Jalan Warisan Megah 1/6); Fasa 2 (Jalan Warisan Permai 2/1 hingga 2/13) dan Fasa 3 (Jalan Warisan Megah 1/1 hingga 1/9).

Kata kenyataan itu, turut terjejas kawasan Fasa 4 (Jalan Warisan Mulia 4/1 hingga 4/3); Fasa 5 (Jalan Warisan Megah 1/4 hingga 1/5); Superb Frame (Jalan Airport City 1 & 2) dan Presint 1, 2, 3 (Jalan Warisan Maju 5/1 hingga 5/12) melibatkan 1,948 akaun pengguna.

Justeru, kata kenyataan itu, para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


PPUM atau Hospital <b>Sg</b>. <b>Buloh</b>? | It&#39;s Umi Journal

Posted: 25 Sep 2012 08:05 PM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Memangla mana-mana hospital pun sakit bersalin sama ja, tapiii aku mikir apakah patut aku buat ni, macam mana hendak aku fikir lagi apabila dah membaca blog ke blog hal alkesah bersalin di Hospital Sg. Buloh [HSB]. Isk, serius cuak bila semua menaip entry tentang, kurang katil, kurang doktor, menunggu lama. Maaakkk, aku tak dapat hendak bayangkan situasinya bagaimana.
Sekarang ini, masalahnya ialah aku tiada buku merah yang selalu aku nampak ibu-ibu mengandung lain pi usung bila datang check-up di PPUM. Segala mak nenek rekod sejarah aku mengandung baik Auni atau pun Adli ataupun this latest baby semuanya tersimpan dalam fail PPUM. Ye, bila tengok fail aku tu, rasanya macam sudah beranak 5 atau 6, tebal kus semangat.
Aku punya rutin anternatal semuanya di PPUM sehingga proses melahirkan. Bila aku sudah berpindah ke Sg. Buloh nanti, hospital paling hampir ialah HSB. Aku perlu mendaftar di HSB cumanya aku tidak tahu sama ada bolehkah aku menyelit lagi untuk pendaftaran kelahiran November, akan adakah rutin check-up seperti PPUM?, perlukah aku memberitahu pihak PPUM bahawa aku menukar hospital untuk bersalin supaya rekod-rekod aku sampai ke HSB? banyak pertanyaan berlegar-legar dalam kepala ni.
Tambahan pula, maklumat yang paling terkini ialah, HSB tidak menyediakan kelengkapan pakaian emak dan pakaian bayi semasa di dalam wad. Ergh, means? kena punggah balik beg hopital yang telah aku sediakan, berangan seperti bersalin di PPUM. Di PPUM hanya perlu membawa keperluan sendiri untuk membawa bayi pulang ke rumah. Jika di tahan wad, pakaian emak dan baby disediakan. Kusut.
Jadi sekarang ni, dalam kepala otak aku ialah mengemas rumah untuk peringkat akhir fasal hari Ahad ni semua hendak kena angkut masuk rumah baru. Lepas tu, terus je pergi HSB untuk bertanyakan bagaimana untuk meneruskan rutin pemeriksaan anternatal dan bersalin di situ. Lepas tu balik kampung sebab abi kena kursus for 2 weeks. Pening.
Nota hijau: Pusing, kepala aku pusing... pening-pening. Sila jangan stres. Diam tak diam, sudah masuk minggu 34-35 juga tu. Oh, cer kekawan bagi pendapat sikit, mungkin sedikit pengalaman yang boleh share. Menjadi kesusahan juga bila... tiada buku merah :p

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Gambar2 Kapal Perang USA <b>di</b> Port <b>Klang</b>. | Ameno World

Posted: 12 Oct 2012 08:37 PM PDT

Ini kapalnya. 







Ringkasan hidup USS George Washington

1. Kapal pengangkut kapal terbang perang yang mendarat di pelabuhan kelang tue dinamakan sebagai USS George Washington.

2. USS George Washington mempunyai 6102 orang anak kapal dan 90 buah pesawat perlabagai jenis di dalamnya

3. George Washington ialah kapal ke-enam dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak 1992

4. Kapal sepanjang 332.8 meter dan 76.8 meter lebar ini menjadikan Pengkalan Laut Yokosuka , Jepun sebagai pengkalan utamanya.

5. Seperti kesemua kapal pengangkut kapal terbang kelas Nimitz, George Washington menggunakan bahan apa nuklear.

Aku boleh katakan bahawa aku tertarik nak pergi naik atas dek kapal perang tersebut. Korang pernah tengok tak citer Marvel's The Avengers?  

Perasan tak kapal perang dalam tue? Sebijik jek cam yang mendarat kat pelabuhan kelang neh aku tengok. Malaysia pun patut dapatkan kapal perang seperti neh. Langkah siap sedia beb. Rakyat indonesia yang emosi kan nak serang kita.

kah kah kah

Untuk rekod, kapal pengangkut kapal perang George Washington ini juga la yang telah membunuh pelbagai rakyat di pelbagai negara khususnya di Iraq dan Afghanistan. Di anggarkan melebihi 50,000 nyawa umat islam majoritinya terkorban ketika US mencerobohi Iraq dan Afghanistan.

Dan kapal itu kini berada di Malaysia. Tak dapat dinafikan ramai rakyat malaysia, muslim majoritinya akan emosi. Kapal itu telah mengangkut askar2 yang telah membunuh ramai nyawa yang tidak berdosa in order nak mencerobohi kedaulatan satu2 negara. Dan tak mustahil kapal itu akan mencerobohi negara kita pada masa akan datang.

Tapi still aku tertarik nak naik atas kapal tersebut. Aku nak berdiri dan meninjau sendiri kecanggihan peralatan perang amerika. Aku nak tahu apa hebatnya mereka neh sampai satu dunia kena takut dan tunduk kepada kekuasaan mereka.

Kerajaan kita menafikan bahawa kapal perang tue akan menjadikan malaysia sebagai markas dan port untuk tentera US berlabuh. Mereka hadir ke sini atas lawatan kerja 5 hari. Mereka dikatakan mahu melihat lebih dekat bagaimana tentera malaysia melakukan tugas disini dan belajar sesuatu darinya.


Mereka juga mahu meluaskan pengetahuan mereka tentang persekitaran maritim di malaysia. Inilah dikatakan prinsip orang mencari ilmu dan mahu maju. Kapal itu bukan pencetus kekuatan USA. Sikap USA sendiri yang mencetuskan kekuatan mereka. 


Mereka juga telah terlibat dalam 6 projek komuniti yang melibatkan masyarakat malaysia. Tak silap aku, 500 orang kenamaan malaysia termasuk pegawai tentera dah naik kapal tersebut dalam satu majlis tertutup. Mereka diberikan peluang khas untuk melawat kapal tersebut dalam satu majlis untuk meraikan pendaratan kapal George Washington di pelabuhan kelang.

Di samping itu 11 siri lawatan terbuka telah dianjurkan oleh krew kapal untuk ahli2 perniagaan malaysia dan pegawai tentera untuk mereka meninjau lebih dekat kapal perang tersebut. 

Jika mereka disini benar2 atas lawatan kerja aku tak nampak kenapa itu menjadi isu besar. Namun walaupun atas lawatan kerja kapal itu kapal yang telah terlibat dalam pembunuhan umat islam sudah tentu sedikit sebanyak ruang untuk sakit ahti wujud.

Susah sebenarnya. Susah nak memisahkan lawatan kerja dari perasan sakit ahti bila lawatan kerja itu bertanggungjawab menyakitkan ahti umat islam seluruh dunia. 

Gambar : sini


Info berkaitan : Bernama dan MKINI. 


IKLAN TEXT DISINI


PROMOSI : PEMBIAYAAN PERIBADI MBSB 4.3%, ALRAJHI 3.99%, KFH 3.99% DGN HIGH PAY OUT!


Smart Collection Perfume 18ml dari Dubai. Tahan sehingga 8 jam. FREE POSTAGE untuk 2 botol keatas.


Jana Pendapatan dengan Ebook dengan Promosi Ebook. Bagaimana tu? Klik sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


PENTAS AKHIR PIALA MALAYSIA 2012 <b>DI SHAH ALAM</b> - Panas Giler

Posted: 08 Oct 2012 08:19 PM PDT

Info sukan dimana pentas akhir piala malaysia 2012 terpaksa diubah kerana masalah rumput.

Gara-gara rumput yang masih baru ditanam, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menukar gelanggang pentas akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober ini dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam.

djchef rasa lagi meriah kalau di stadium nasional bukit jalil. Bukan tidak mahu menggunakan Stadium Nasional sebagai medan neutral jika Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia nanti, Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, situasi itu tidak dapat dielakkan demi keselamatan pemain disamping tidak mahu menjejaskan kualiti padang untuk Piala Suzuki AFF.


12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


The Suite Life Of Sue: Aktiviti <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 14 Oct 2012 05:00 PM PDT

Last 2 weeks, saya, CH, n anak2 sdara meluangkan masa, membuang masa, mencipta masa bersama :P di Sabak Bernam, rumah abg ipar saya,, (of kos la my sis ade sekali)  my CH la beria2 ajak lepak kat sna..sbb dia nak ketagih nak memancing... dia xmo memancing kat KL..sbb smuanya kena bayor..dia cakap takde feel.. huuu
so, hari jumaat malam kitaorg dh bertolak ke sabak bernam,kg abg ipar, namanya kampung bumi hijau.. mmg sgt hijau~laa.. besoknya pagi2..bangun n mandi2 ckit :P terus gi ke kawasan pantai.. sbb nak cari kerang n remis..  bermulala aktiviti budak bandar di kawasan kampung.. heheh.. budak bandar fes time nak cari kerang.tapi CH bukan budak bandar, but ni mmg pes time dia nak cari kerang2 ni.. tapi saya x join la.. sbagai puteri lilin, saya harus minikmati permandangan dari tepi pantai (plus, dat day, 1st day Period, mmg x larat la nak buat pape sgt) 
bersemangat tul diorang nak gi.. see..cantikkan ..paya bakau.. time surut ni la nak cari kerang n remis..
aktiviti mencari kerang bermula.. tapi byk kerang kecik2 je..huuu.. tak puas ikan bleacak pun banyak..tapi jagan korang makan plak.. harammmm
lama jgak diorg mencari kerang ni, sampai sempat la puteri lilin lelapkan mata ..heheheh
CH yang berbangga dgn hasil tangkapannya.. heheheh
kat situ ramai gak yang mncari kerang..mungkin tuk jualan..tapi resepek la dgn diorang, CH yang kejap cari ni pun dh ngadu sakit pinggang..tpi diorang rilekkk je
lpas dh bermandi pluh, time to eat nasi lemak..nyumm2.. mmg marbeles...
lpas makan, gi berkubang plak..hah, mmg pakej yang menarikla.. CH cakap lumpur baik tuk kulit, hah, lpas tu anmpak anak ular smua takut, ..ehhe.baru tau..
kerang2 tgh buat show..hehhe..cam geli plak bila ..yang remis ni plak korek2 tepitu, dptla..tapi kecik2.. x masak pun... huhuhu.. 
next entry , jejalan kat Teluk Intan plak.....

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Subang Jaya</b>: Full Time

Posted: 24 Sep 2012 04:07 PM PDT


Permohonan
adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan
berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:


  1.  PEGAWAI PERUBATAN 
  2. PEGAWAI PERUBATAN 
  3. PEGAWAI VETERINAR

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 6/10/2012

ads