Selasa, 16 Oktober 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


AKU ADALAH AKU: Event : Everyone Connects @ AEON <b>Bukit Raja</b>

Posted: 16 Oct 2012 09:11 PM PDT

TM Presents Everyone Connects kembali menemui anda di AEON Bukit Raja pada 16 – 21 Oktober 2012. Aktiviti jualan akan dijalankan bermula dari 16 Oktober 2012 dan acara kemuncaknya pada 20 dan 21 Oktober 2012.
Pelbagai aktiviti menarik bakal di sajikan untuk orang ramai. Para pengunjung cilik akan di sajikan dengan persembahan dari Badut & Ahli Silap Mata dan juga berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang diberi nama "EC Color Your World". Pertandingan mewarna ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Pendaftaran untuk pertandingan mewarna ini akan di buka seawal jam 10.00 pagi setelah kompleks dibuka. Disamping itu, pengunjung dan pelanggan TM juga berpeluang merasai 'popcorn' istimewa sepanjang acara dijalankan.
Para pengunjung remaja pula berpeluang menyertai permainan PS3 yang dinamakan "iTalk FIFA PS3 Game" tanpa sebarang caj. Bagi pertandingan "iTalk Guitar Hero Competition" pengunjung berpeluang memenangi gitar eksklusif.
Sesi sambutan harijadi untuk pelanggan setia TM akan turut diadakan pada hari Ahad, 21 Oktober 2012 jam 2.30 petang. Orang ramai juga akan dihiburkan dengan penampilan khas oleh "Giller Battle crew" yang di bawakan untuk pengunjung Bukit Raja.
Promosi untuk produk dan perkhidmatan TM juga akan di tawarkan kepada para pengunjung di mana barangan eksklusif dari TM akan diberikan percuma dengan langganan atau pembelian produk TM terpilih. Para pelanggan yang melanggan perkhidmatan Pakej UniFi TM dan Pakej Streamyx & Phone TM 1Mbps dan ke atas, akan berpeluang menyertai aktiviti "EC Spin & Win" dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3,000!
Jangan lupa temujanji anda bersama TM Presents Everyone Connects di AEON Bukit Raja pada hujung minggu ini. Bawalah bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
**********************************

info as email from GCC TM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads