Assalamualaikum semua….. cuti cuti bosan duduk di rumah?? Jom jalan jalan. Kali ini nak jalan jalan mana pula? Kali ini kita ke kuala Selangor!!!! Apa yang best kat sana?? Bukan kuala lumpur. Oppsss oppsss… jangan silap, setiap tempat ada keunikan tersendiri ea. Untuk di kuala Selangor, saya cadangkan boleh berjalan-jalan di pantai remis untuk lihat permandangan matahari terbenam. Untuk pengetahuan semua, disini bukan setakat hanya duduk dan lihat matahari terbenam sahaja tetapi anda juga boleh berjalan -jalan disekitar gerai gerai yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebelum cuci mata dengan permandangan sunset di kuala Selangor ini, cuci dulu mata dengan barang barang yang ada disini. Hehehe. Disini juga ada menjual barang – barang basah seperti kerang, ikan.. selain itu, pelbagai jenis makanan ada dijual.
Jika sudah lihat matahari sehingga maghrib, jangan risau sebab surau dan tandas disediakan. Jadi tidaklah lewat untuk solat maghrib.
Untuk kesini tidaklah susah, guna saja GPS, search pantai remis kuala Selangor. Signboard juga disediakan bagi memudahkan pengunjung datang kesini.
Sedikit tips untuk yang ingin kesini, lebih baik datang awal sedikit sebab bila lewat, jalan agak sesak sikit. Walaupun banyak parking disediakan, kadang- kadang tidak cukup juga.. kena lah parking tepi jalan saja. Hehehe.
Celoteh banyak pun tak seronok, jom lihat apa yang ada disana dan sedikit permandangan matahari terbenam di kuala Selangor ( agak frust tak dapat matahari bulat )
kat sini juga ada food court, leh duduk duduk makan.
ramai juga yang main layang layang.
budak budak mesti suka benda ni. hehehe
p/s Kalau ada port makan atau port berjalan best, jangan lupa #rojaksomtam di instagam ya.. ^_^
TANJONG KARANG: Tak ubah seperti pesta! Begitulah gelagat orang kampung yang berpusu-pusu datang untuk melihat buaya yang berjemur di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, Bukit Belimbing di sini.
Meskipun saiz buaya air tawar itu yang cukup besar jika dibandingkan dengan penemuan bangkai jenis yang sama pada 25 Julai tahun lalu, namun penduduk masih tidak berganjak untuk terus melihat fenomena yang jarang sekali dapat dilihat sepanjang hidup mereka.
Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, penduduk kecoh apabila menerima panggilan kaki pancing yang terserempak dengan buaya itu dan terus mengerumuni kawasan lumpur yang dimaksudkan.
"Bukan selalu boleh nampak buaya yang saiz lebih besar berbanding yang jumpa tahun lepas…Jadi mereka pun ramai-ramai datang tengok kira-kira jam 4 petang semalam bersama ahli keluarga.
"Boleh dianggarkan lebih 50 penduduk datang melihat buaya yang statik..tak gerak-gerak dengan mulut ternganga. Mungkin buaya itu tengah berjemur sebab waktu itu cuaca cerah," katanya.
Menolak buaya itu mengganas dan boleh membahayakan, Samsudin menjelaskan, penduduk masing-masing percaya buaya itu tidak akan mengganggu nelayan sungai yang ada di kampung itu.
"Bukan sekali tapi penduduk pernah terserempak dengan buaya jenis itu tapi tak pernah nak ganggu atau mengganas ketika nelayan nak cari makan di sepanjang sungai yang kaya dengan hasil udang.
"Penduduk tak kira usia yang tengok buaya itu tak menunjukkan riak takut atau cemas..masing-masing macam seronok.
Sebelum ini, penduduk turut digemparkan penemuan bangkai buaya oleh dua sahabat yang mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing pada Julai tahun lalu.
Penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu kejadian pertama kali berlaku di kampung itu sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan.
Ia ditemui orang asli yang sedang bekerja memotong rumput dan memungut sampah di kawasan berkenaan.
Mayat berjantina perempuan ini didapati masih bertali pusat dan dibuang bersama uri ibunya. Dipercayai, ia ditinggalkan di situ pada awal pagi Jumaat sebelum ditemui kurang tujuh jam selepas itu.
Bedah siasat di Hospital Kuala Kubu Baru mendapati bayi berusia 28 minggu ini meninggal dunia kerana lemas.
Baju berwarna hitam dan plastik sampah yang terdapat pada bayi kini dihantar untuk pemeriksaan Jabatan Kimia.
Pada masa sama, pihak polis turut menjalankan siasatan di klinik sekitar Hulu Selangor untuk mengesan sekiranya suspek yang baru melahirkan anak ada berkunjung untuk mendapatkan rawatan. – MYNEWSHUB
Oleh: REM RAMZI Sumber gambar: Facebook Daily Traffic Report
Sedih.. ini adalah gambar mayat bayi yang dibalut dengan baju sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibuang di Kawasan Perindustrian Meil, Batang Kali jam 9.30 pagi, Jumaat lalu.
Ia ditemui orang asli yang sedang bekerja memotong rumput dan memungut sampah di kawasan berkenaan.
Mayat berjantina perempuan ini didapati masih bertali pusat dan dibuang bersama uri ibunya. Dipercayai, ia ditinggalkan di situ pada awal pagi Jumaat sebelum ditemui kurang tujuh jam selepas itu.
Bedah siasat di Hospital Kuala Kubu Baru mendapati bayi berusia 28 minggu ini meninggal dunia kerana lemas.
Baju berwarna hitam dan plastik sampah yang terdapat pada bayi kini dihantar untuk pemeriksaan Jabatan Kimia.
Pada masa sama, pihak polis turut menjalankan siasatan di klinik sekitar Hulu Selangor untuk mengesan sekiranya suspek yang baru melahirkan anak ada berkunjung untuk mendapatkan rawatan. – SiakapKeli.com
Automated Enforcement System (AES): Berhati-hati,beratus kamera akan menjadi "mata" anggota polis sebaik anda memulakan perjalanan.
Aidilfitri datang lagi,semua perantau akan pulang beraya di kampung masing-masing.Elakkan tragedi,pandu berhati-hati,bila mengantuk berhenti.Jangan pandu laju-laju,ingat orang tersayang,ingat jugak saman…kah!kah!kah!
Sebagai panduan,berikut adalah senarai lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:
PLUS Arah Utara
■ Di bawah jambatan di 456km, Sg Buloh simpang. ■ Di bawah jambatan di 459km, Bukit Lanjan interchange. ■ Di bawah restoran overhed di Sg Buloh. ■ Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km. ■ Di bawah jambatan di 296.5km, Bangi persimpangan. ■ Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian. ■ Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.
PLUS Arah Selatan
■ Di bawah papan tanda di 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby. ■ Di bawah jambatan selepas Subang persimpangan di 11.3km. ■ Di bawah jambatan di 22km, Bukit Lanjan simpang. ■ Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja! ■ Di bawah jambatan di 302.8km, Kajang simpang. ■ Mengenai 1km selatan persimpangan Bangi, kedua-dua selatan dan utara terikat luar lorong ■ Pada 296.5km dan 297km, Bangi simpang. ■ Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Utara Penilaian. ■ Pada 285.5km dan 285.8km, Penilaian Utara simpang. ■ Pada pembahagi pusat di 251.8km dan 253km selepas Senawang simpang. ■ Selepas simpang Alor Gajah di 213.9km, bersebelahan dengan taman tema air. ■ Di sebalik halangan nahas tangan kanan di 198.4km.
Lebuhraya Elite Perhubungan Timur Tengah / Utara
■ Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar ■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone! ■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
Lebuhraya Elite Perhubungan Barat Tengah / Selatan
■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone! ■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km. ■ Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling flyover.90km. / H
NKVE Arah Timur / Utara
■ 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h! ■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km, 80km / h! ■ Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km
NKVE Arah Barat / Selatan
■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila keluar dari tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h! ■ Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h zone! ■ Daripada Jln Duta, di laluan bawah tanah di Sungai Buloh Y-persimpangan, 22km. ■ Di sebalik halangan kemalangan di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km ■ Di bawah jambatan keretapi di 11.2km ■ Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.
Lebuhraya Kesas Timur
■ Di bawah jambatan di 44.8km, menuruni bukit yang berjalan selepas Puchong simpang. ■ Kesas West Bound ■ Pada sebelah Sg Besi Tol Timur Bound. Bandaraya Kuala Lumpur ■ Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.
Lebuhraya Kesas – Klang
■ jalan Dwi antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km batu batu. 70km / h sahaja!
Leburaya Pantai Timur
■ Timur berjilid, menuruni bukit selepas Raub persimpangan. ■ Maran, 60km / h zone. ■ Paya Marang, 70km / h zone.
Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■ persimpangan Tangkak. ■ Di bawah jambatan selepas Yong Peng ■ simpang Utara di 97.3km. ■ Ayer Hitam simpang. ■ simpang Sedenak.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia - Arah Utara
■ Around Ayer Hitam in 60km / h zone. ■ Sebelum Perwaja Steel. ■ Sg Petani persimpangan. ■ Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua. ■ Jambatan Pulau Pinang di pulau end.Speed menghadkan 80km / j.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia - Arah Selatan
■ Jambatan Pulau Pinang Pulau akhir. Had laju 80km / h. ■ Mengenai 2km sebelum had Juru Tol Speed 90km / h
Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■ Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, selepas Kamunting Junction. ■ Di bawah jambatan di 204.3km, selepas Kamunting Junction. ■ Di bawah jambatan di 208km, sebelum Kamunting Junction. ■ Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum Kamuntingjunction. ■ Ipoh Point Vista pada kira-kira 263km. Had laju 80km / h. ■ Di bawah jambatan di 271km, Ipoh North Junction. ■ Di bawah jambatan di 274.4km, Ipoh South Junction. ■ Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai Junction. ■ Di bawah jambatan di Persimpangan 296km, Gopeng. ■ Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Simpang Sungkai. ■ Di bawah jambatan di 353km, Sungkai Junction. ■ Di bawah jambatan di 373km, Sungai Junction Slim.
Kawasan Perak Arah Selatan
■ Di bawah jambatan di 199km, sebelum Kamunting simpang. ■ Di bawah jambatan di 241.9km, di persimpangan Kuala Kangsar. ■ Di bawah tiang isyarat di 296.1km, sebelum Gopeng Junction. ■ Di bawah jambatan di 297km, Gopeng Junction. ■ Di bawah jambatan di 300km, selepas persimpangan Gopeng. ■ Di bawah jambatan di 308.6km, selepas persimpangan Gopeng. ■ Di bawah jambatan di 372.6km, di simpang Slim River .
Berhati-hati ketika memandu, semoga anda semua selamat sampai ke destinasi.
Merupakan fenomena yang kerap belaku di Malaysia adalah dikeranakan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hujan yang tinggi melebihi 3000 mm setahun meningkatkan kadar hakisan dan luluhawa yang boleh mempercepatkan pergerakan jisim terutama nya di kawasan cerun bukit curam.
Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang bertopografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras laut. Mempunyai longitud antara 101°46‟ T hingga 101°47‟ T dan latitud antara 03°10.8‟ U hingga 03°11.3‟ U ( Peta 1). Dicirikan oleh iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak 3000 sehingga 3500 mm. Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari keduanya. Kebanyakkan runtuhan tanah bermula di lereng-lereng cerun dan seringkali dicetus oleh air larian permukaan . Runtuhan tanah berlaku mungkin secara berperingkat dan mungkin berlaku dengan pantas tanpa disedari sewaktu hujan lebat serta bergerak bersamanya bahan bumi yang menggelongsor mengikut tarikan graviti .
Air yang mengalir di permukaan akan sentiasa menyebabkan hakisan. Kadar hakisan semakin tinggi sekiranya tanah di sesuatu kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti di lereng-lereng bukit. Pengaliran air yang teramat deras akan menghakis bunga tanah atau lapisan atas. Berkaitan dengan proses hakisan, runtuhan tanah juga akan berlaku di cerun bukit, terutamanya berlaku semasa hujan lebat. Proses kegagalan cerun menjadi satu masalah di kawasan di berbukit-bukau seperti Cameron Highlands, Fraser Hill, Genting Highlands di Pahang dan beberapa kawasan tanah tinggi di Malaysia.
Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kejadian tanah runtuh besar yang telah berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview di Hulu Kelang (Selangor), Gua Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), persimpangan lebuhraya NKVE, Bukit Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali dikaitkan dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak sebagai pencetus kepada kegagalan cerun. Keadaan iklim tropika yang panas dan lembab ini juga turut menyebabkan proses luluhawa secara relatifnya adalah lebih tinggi berbanding kawasan beriklim lain .
Namunbegitu, faktor-faktor lain sepertikeadaangeologi, geomorfologi & strukturgeologiakanberperanandalammempengaruhicorakpelemahanbatuan. Kawasankajian yang terletakdi Bukit AntarabangsamerupakankawasanperumahandilerengbukitdiUluKlang, Selangor, Malaysia. Bukit Antarabangsa, Ampangadalahsebuahkawasanpenempatanawam yang berprofilpertengahanketinggi. Namunbegitu, penempatan yang dimajukansebagaiperumahaninimempunyaikeadaanmukabumi yang bercerundansamasekalitidakselamatdantidakstabiluntukdiduduki. Kebanyakanprojekpembangunandisekitarkawasan Bukit Antarabangsaterletakdikawasancerunbukit. Peristiwatanahruntuh yang berlakupada 6 Disember 2008 di Bukit Antarabangsatelahmeranapkan 20 buahrumahdanmengorbankansekurangnya lima orangpendudukdanlebihdaripada 2,000 orang pula terpaksadipindahkanketempat yang selamat.
Kekuatancerun yang tidakmampumengawaldanmenyokongkekuatantapakbagiperumahantersebutakibathujan yang berterusan, telahmenyebabkankawasanmenjaditidakstabildanaliran air berlebihaninitelahmenyusupkebawahpermukaandanmenjadikanbahanbumidibawahpermukaansemakinlemah. Ditambah pula, dengankeadaancerun yang tidakstabilmenyebabkansejumlahbahanbumibersamabeberaparumahpenduduk yang terlibatruntuhdisepanjangcerundandilonggokkankebeberaparatus meter daritempatnya yang asal. Menurutlaporan, 13 Ogos 2008, menunjukkanbahawakebanyakkancerundikawasan Bukit Antarabangsaberadapadakelas III, iaitucerun yang berisikotinggikeranamempunyaikecerunan 26° - 35°.
[unable to retrieve full-text content]SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LANJAN (ASLI). Sebuah sekolah murid Orang Asli di pinggir Bandaraya Petaling Jaya. Sekolah kecil tetapi bersemangat besar... (A small Orang Asli school at the outskirt of Petaling Jaya city ...
Warga SKBL berasa bangga kerana terpilih dalam program anjuran Berita Harian untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2014. Pihak Berita Harian berbesar hati memberi sumbangan dengan membekalkan bahan-bahan rujukan bagi persediaan murid-murid untuk mengulangkaji untuk menghadapi UPSR.
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Berita Harian.
Pakatan Rakyat menzahirkan sokongan penuh terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Setia City Convention Centre, hari ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tanggal 7 Mac yang mensabitkan Anwar dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam keadaan tergesa-gesa itu merupakan satu titik sejarah hitam yang tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, tegas beliau keputusan itu akan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang.
"Mac penuh bersejarah apabila pada 3 Mac memberi kenangan pahit bagi umat Islam satu iaitu tamatnya sistem khalifah Islam bila pemerintahan Uthmaniyah tumbang pada 1924, yang sejak dari itu dunia ketiga dijajah secara menyeluruh.
"7 Mac, Datuk Seri Anwar dihukum lima tahun penjara, kita lihat kerja yang mereka lakukan termasuk mempercepatkan perbicaraan hingga mahkamah semalam kerja lebih masa dengan harapan kononnya dapat menamatkan karier politik akan memperlahankan kemaraan kita ke Putrajaya.
"Peristwa 8 Mac ini, dengan adanya konvensyen ini akan memperkuatkan lagi PR dan Kajang akan menjadi ukuran yang begitu besar dengan kejayaan pada 23 Mac nanti," tegas beliau ketika ucapan perasmian konvensyen, pagi ini.
Tambah Mohamad, kerajaan atau Umno boleh mengambil apa sahaja yang mereka inginkan, namun tidak boleh mengambil semangat rakyat yang bangkit bersama perjuangan Pakatan Rakyat.
Sokongan tersebut turut dizahirkan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang menyifatkan keputusan itu sebagai perancangan tersusun bertujuan memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan Anwar supaya BN boleh terus merompak harta rakyat.
"Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan," tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat untuk bersedia denga taktik kotor BN supaya lebih bersungguh-sungguh agar boleh merapatkan pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika berucap menyatakan bahawa kesedihan ini merupakan kesedihan sementara bagi meneruskan perjuangan menentang kezaliman.
"Walau sugul di hati, semangat di hati masih tinggi. Air mata ini akan mengalir sekejap sahaja, apabila dilap ia akan berhenti. Ia adalah ujian agar kita tidak lalai dan leka.
"Kita akan gilap semula, mengapa kita berada di sini. Hidup ini mesti dalam realiti, tetapi idealisme perjuangan itu memberi kita kekuatan," tegas beliau.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 diadakan di Setia City Convention Centre dengan tema Pakatan Membela Rakyat, disertai hampir 3000 peserta.
Ok,bhai...yang ini pula kisah Jenjarom tahun 60-an...Slow-slow baca tu. Kalau tak berapa nak faham, suruh anak bacakan dan terjemahkan, ok?
Seronok cerita kisah cinta tiga segi ini yang berakhir dengan tragis di Bukit Kemandol dekat Jenjarom. Mestilah pasal sakai, bro! Hahahaha...Nanti ler, bila aku free, aku terjemahkan untuk korang yang BI dapat cangkul dalam SPM dulu...
Ini kisah masa pilihanraya dulu...Cina Jenjarom banyak sokong parti DAP, bukan Parti Perikatan yang guna simbol kapal layar dulu.
Kisah sedih kematian lepas berjumpa dengan keluarga
Rancangan kerajaan nak bina kilang mengetin nenas...Sampai sekarang, habuk pun tarak
Bergaduh masa mengundi time pilihanraya...Gangster Cina dah tunjuk belang..
Janji kerajaan nak beri elektrik pada semua kampung termasuk Telok, Jenjarom dan Sijangkang pada tahun 1963...Semuanya auta dan janji politik belaka
Keberanian polis membantu mangsa kemalangan daripada lemas
Kihah mahkamah tentang rompakan van bawa duit...macam pernah ku dengar tapi di mana ya?
Chiniah, Towkay kedai kat Telok dilantik Pengerusi MIC di Jenjarom
KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.
Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH
Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.
Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.
Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.
Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu... (Aku tukar sikit liriknya) Melayu Telok..where you at? Jawa Sijangkang...where you at?, Melayu/ Jawa Kg. Medan...where you at?, Jawa Kebun Baharu...where you at? Jawa Jenjarom...Where you at? Sakai Telok Gonjeng...where you at? Semua ada berapa? Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!) Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok. Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture, kata cikgu omputeh aku dulu.
Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya. Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya..... Kampung Telok Panglima Garang Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli. Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh. Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata : "JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG" Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh
Kampung Sijangkang Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'. Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey, beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng. Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a). Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng. Kampung Jenjarom Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar. Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom, Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang. Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu, rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Jenjarom. Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan dengan sebuah papan tanda.
Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...
~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]
Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...
~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]
Tanah Lot Banglo untuk dijual di Taman Putra Hill Jenjarom, daerah Kuala Langat.
Dapatkan tanah lot banglo dengan harga yang sangat murah dengan harga serendah RM42,800 sahaja.
Luas tanah: 40′x75′ =3000sqft
* 5 minit ke SKVE * 20 minit ke Shah Alam * 20 minit ke Klang * 20 Minit ke Putrajaya * 20 minit ke KLIA * Berdekatan sekolah dan masjid.
Pakej ekslusif -Infra jalan bertar -Sistem saliran dan perparitan disediakan -Menyediakan perkhidmatan tambak tanah dan membina rumah -Lampu jalan disediakan -Pihak syarikat sedia membeli semula tanah lot selepas 3 tahun. -Pinjaman diuruskan pihak syarikat
Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.
Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.
Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.
Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.
Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.
Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.
Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.
Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.
Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!
Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!
Adakah korang tengah mencari-cari rumah nak dibeli..?
Dekat dengan kawasan rumah MIL aku kat Jenjarom ni, tengah dibuat projek perumahan. Sri Jaromas namanya. Projek fasa 1 dah sold out & projek pembinaan sedang rancak dijalankan. Sekarang ni tengah dibuka jualan untuk fasa 2. Lepas ni, ada rancangan untuk fasa 3 lak. So kiranya pembangunan terancang laa.
Bagi projek fasa 2 ni, ada dijual rumah teres & semi-D 2 tingkat. Kita mulakan cerita dengan projek rumah teres ni yang dinamakan Tamera. Tamera dibahagikan kepada 2 jenis rumah.
Luas tanah 22' x 70', luas binaan 2,323 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM367,000
Luas tanah 20' x 70', luas binaan 2,025 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM339,000.
Bagi rumah semi-D 2 tingkat lak, dinamakan Rosa2 Dreams. Kenapa Rosa2..? Sebab projek fasa 1 dulu dah buat semi-D gak yang dinamakan Rosa. Rosa2 ni merupakan 1st Gated & Guarded Exclusive Residence in Jenjarom ok..! Haha. Rosa2 pun dibahagikan kepada 2 jenis rumah.
Luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,132 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM611,000.
luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,151 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM615,000.
Harga rumah-rumah ni agak sedikit mahal sebenarnya. Sebab apa..? Harga melonjak naik sebab SKVE dah buka. Hehe. Lokasi Sri Jaromas ni 5 minit je daripada exit Teluk Panglima Garang. Dengan kewujudan SKVE ni gak, jarak perjalanan ke Putrajaya cumalah 30 minit. Akses ke ELITE (exit Bandar Saujana Putra) dalam 15 minit & tak lama lagi ada akses ke WEST COAST EXPRESSWAY (exit Tanjung 12) dalam 10 minit je. Akses ke KESAS pun dalam 30 minit je tapi x lalu SKVE pun.
Selain tu, lokasi Sri Jaromas ni adalah dalam 20 minit ke Bukit Tinggi, Klang & 20 minit gak ke pekan Banting. Dari segi kemudahan yang lain, dah sedia ada pun sekolah rendah, sekolah menengah, klinik kesihatan, masjid, stesen minyak & pejabat pos.
Dalam projek Sri Jaromas ni gak, akan didirikan Tesco, Econsave & lot-lot kedai. Kalau dah boring shopping kat sini, boleh je ubah angin pergi ke Giant Banting yang baru je dibuka dalam sebulan kot (10 minit) atau ke Jusco Bukit Tinggi (20 minit).
Apa lagi nak cerita kat korang ye..? Hahaha. Aku bukan agen, xde sebarang komisyen pun tolong promote ni. Tapi saje je seronok menulis untuk perkongsian dengan korang yang tengah mencari rumah. Tak banyak detail yang korang boleh dapat daripada internet. Model rumah boleh tengok kat Giant Banting / Tesco Klang.
Mula mendapat tawaran masa kursus dulu, aku tak percaya akan ditempatkan di SJKT. Masa mula-mula masuk di SJKT Jenjarom, aku agak ragu-ragu. Rasa tak mampu, soalan tentang logiknya aku, seorang Melayu ditempatkan di SJKT selalu datang bertalu-talu. Dengan semua rakan kerja adalah berbangsa India, rasanya ketika tu mustahil untuk aku hidup di sini.
Tapi, Allah Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, aku rasa aku dan SJKTJ adalah sama. Malah aku rasa bangga mengajar di SJKTJ. Banyak kisah lucu dan duka di sini. Paling kelakar bila anak-anak kecil tahun 1 memanggil aku kakak. DUnia mereka masih kecil. Tidak luas kerana kurang jauh perjalanan mereka. Pada mereka, orang Melayu adalah kakak (pembantu pra sekolah aku Melayu) yang membantu guru-guru mereka ketika mengajar. Seikhlasnya, aku simpati dengan mereka kerana kurangnya pendedahan.
Anak-anak ini nampak sangat semangat ingin menjalin hubungan baik dengan aku kerana aku berbangsa asing. Ketika aku beritahu yang aku bakal berpindah, mereka mengeluh dan bertanya kenapa. Ya, mereka tidak fasih berbahasa Malaysia kerana persekitaran. Tetapi mereka tetap cuba bercakap dengan aku walaupun kebanyakan waktu mereka berbahasa Tamil dengan menganggap aku memahaminya. Kelakar sangat rasanya berdepan dengan anak-anak ini. Kelakar tapi membahagiakan.
Berada di sekolah Tamil, aku selamat dari banyak perkara. Kurangnya teman berbicara menyelamatkan aku dari sudut pengurusan masa. Kemudahan tahap yang sederhana menyeronokkan aku. Mana nak dapat bilik guru yang ada 'cubicle' masing-masing. Itu tahap orang kerja pejabat. Dek kerana itu, aku mampu melengkapkan tempat bekerja aku dengan pelbagai kemudahan. Sampaikan Pushpa kata aku ni stationary shop. Even aku boleh terus mencetak dokumen disebabkan cubicle aku ada pencetak sendiri yang aku bawa dari rumah. Aku mampu menyediakan ABM sebanyak yang mungkin. Memang seronok di sini. Makan pun di meja sendiri.
Ada dua tiga perkataan yang aku belajar dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik aku. Ukkar (duduk), paadi (baca), satham poda dei (Jangan bising), un gal dan pin gal (budak lelaki dan perempuan), sikkaru (cepat). Ada lagi kot. Tapi mungkin aku dah terlupa. Seronok juga belajar bahasa asing.
Bila permohonan tukar berjaya, aku akui hati aku separuh-separuh. Seronok juga di SJKT kerana aku sudah bersedia dengan bahan dan segala macam benda untuk tahun depan. Berpindah ke tempat baru bererti aku kena mula semula dari bawah. Setahun untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana sedia ada. Harapnya, di sekolah baru aku dapat menyesuaikan diri nanti. I'm gonna miss my kids and colleagues... Bet, they don't believe this. :|
Tanah Lot Banglo untuk dijual di Taman Putra Hill Jenjarom, daerah Kuala Langat.
Dapatkan tanah lot banglo dengan harga yang sangat murah dengan harga serendah RM42,800 sahaja.
Luas tanah: 40′x75′ =3000sqft
* 5 minit ke SKVE * 20 minit ke Shah Alam * 20 minit ke Klang * 20 Minit ke Putrajaya * 20 minit ke KLIA * Berdekatan sekolah dan masjid.
Pakej ekslusif -Infra jalan bertar -Sistem saliran dan perparitan disediakan -Menyediakan perkhidmatan tambak tanah dan membina rumah -Lampu jalan disediakan -Pihak syarikat sedia membeli semula tanah lot selepas 3 tahun. -Pinjaman diuruskan pihak syarikat
Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.
Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.
Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.
Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.
Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.
Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.
Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.
Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.
Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!
Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!