Khamis, 15 Mac 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Bekas YDP PAS <b>Kuala Selangor</b> kembali ke Rahmatullah

Posted: 13 Mar 2012 12:56 AM PDT



Bekas YDP PAS Kuala Selangor, Cikgu Awang b. Ahmad atau dikenali juga sebagai Cikgu Awang Ansori telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Bukit Cerakah pada hari Isnin 12 Mac 2012. Usia beliau ketika kembali ke Rahmatullah adalah pada umurnya 92 tahun.

Beliau boleh dikategorikan orang-orang awal yang berjuang atas dakwah PAS di Kuala Selangor. Allahyarham juga pernah bertanding dalam pilihanraya atas tiket PAS di Dun Jeram satu masa dahulu.

Bekerja keras untuk menguatkan PAS, di Cawangan PAS Sri Alam yang mana Alllahyarham di lantik sebagai Ketua Cawangannya. Ramai sahabat-sahabat seperjuangannya seperti Allahyarham Hj Mohd Yusof, Tn Hj Nurhadi(Shah Alam), Tn Hj Muhsinun (Banting)

Allahyarham juga menerima anugerah Veteran PAS Selangor dari Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS semasa Majlis Sumbangan Komplek PAS 2011.

Allahyarham yang meninggalkan 20 orang anak dan lebih 70 orang cucu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Simpang Parit Mahang selepas solat Zohor semalam dan ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor YB Dr Dzulkefly Ahmad antara yang menziarahi jenazah Allahyarham.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Misi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir <b>di Ampang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2012 06:27 PM PDT

by Shahrir on March 12, 2012

Selangor, 9 & 10 Mac 2012 - Misi bantuan kali ini diteruskan lagi dengan membantu mangsa-mangsa banjir di Ampang dan Dusun Tua, Selangor. Pihak IRM telah memberi bantuan makanan kepada 1000 mangsa-mangsa banjir berserta dengan 42 karton minumandi kedua-dua lokasi selama dua hari bermula  Jumaat (9 Mac 2012) dan berakhir pada Sabtu (10 Mac 2012) yang lalu.

Para penerima bantuan adalah terdiri dari penduduk di kawasan berikut:
   a. Bukit Kundang
   b. Kg Ust Ibrahim
   c. Batu 15 1/2 IKBN
   d. Kg Batu 15 3/4 Dusun Tua
   e. Batu 16
   f. Kg Paya Seberang
   g. Kg Perdik

Koordinataor di Pusat Bantuan Banjir Batu 16, Dusun Tua ialah En Mohd Ghazali bin Mohd Sair merangkap Ketua Kampung Batu 16.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat  dalam menjayakan misi bantuan ini dan syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan bantuan sepanjang misi ini berlangsung.

Pihak IRM juga berharap agar mangsa-mangsa banjir ini bersabar dengan dugaan ini dan dapat menjalankan urusan mereka seperti biasa dalam kadar yang segera.


 

Puteri Bantu Mangsa Banjir <b>Di Ampang</b>... - jendela maya

Posted: 15 Mar 2012 01:07 AM PDT


Puteri Umno memberikan bantuan pakaian dalam wanita kepada mangsa banjir di Ampang dan Hulu Langat selepas mendapati barang keperluan tersebut antara yang diminta oleh mereka.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, bantuan tersebut diberikan terutamanya kepada golongan suri rumah, ibu tunggal dan juga kanak-kanak yang dilihat memerlukannya.

Menurutnya, hasil daripada lawatan rumah ke rumah yang dilakukan pihaknya mendapati mangsa-mangsa tersebut memerlukan pakaian dalam dan lampin bayi.

Katanya, dengan itu, pihaknya mengambil inisiatif mengagihkan barang-barang tersebut secara berperingkat sejak Khamis lalu.

"Kita dapati pakaian dalam merupakan antara barang diperlukan oleh mangsa banjir.

"Jadi kita agihkan pakaian dalam lengkap dari atas hingga ke bawah termasuk tuala wanita serta lampin bayi," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan rumah ke rumah mangsa di sini semalam.

Menurutnya, bukan itu sahaja, pihaknya turut menyalurkan bantuan makanan antaranya beras, biskut, makanan ringan, makanan dalam tin dan juga minuman seperti milo dan kopi.

Dalam pada itu, Rosnah berkata, tahun lalu Puteri Umno menubuhkan Misi Bantuan Banjir terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan terlatih bagi membantu mangsa-mangsa bencana itu.

Katanya, sejak Ahad lalu, seramai 80 sukarelawan dikerah untuk membantu mangsa banjir masing-masing 40 orang di kedua-dua kawasan terjejas itu.

"Sukarelawan-sukarelawan ini membantu mangsa secara bergotong-royong membersihkan rumah mereka," katanya. -SH

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


MEMOIRS: Mari berendam <b>di Jeram</b>..

Posted: 20 Feb 2012 08:38 PM PST

Nak tau kitorang baru-baru ni pergi sarapan kat luar. 
Selesai sarapan, tiba-tiba suami tak cakap apa-apa terus je pandu kereta menuju ke arah yang aku sendiri tak pasti hala tujunya.
Eh eh sekali terus menuju ke Kajang lepas tu masuk Lekas. 
Alamak kenapa tak cakap nak ke mana ni? Aku da musykil ni. Risau pun ada.
Sebab Drypers tak bawa, sebarang bekal pun tak bawa.
Tup tup... sampailah kitorang ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
Ish bestnya rasa. Lama sungguh tak main air sungai.
Maira masa releks je sebab tak faham kan lagi kan...
Tapi hati aku masih risau lagi ni sebab tak pernah bawa anak kecik aku ke tempat macam ni.
Sejuk mata memandang keindahan alam semula jadi ciptaan Allah ni kan...
Deruan air yang turun dari gunung...Fuhh Sejuk beb. hehehehe
 Tengok babah Maira dah tak sabar nak merendam anaknya. 
Maira dah start seronok tengok abang2 dekat kawasan dia tengah riuh main air.
Dok sibuk tangkap daun yang mengalir.
Lepas tu lepaskan daun mengalir ikut air...
Nak berenang kejar abang..
Seronok tapi sejukkkk. Menggigil kaki dia..
Balik saja dari Ulu Bendul, Maira ok tidur pun lena.
Tapi esoknya bila mama pergi kerja dia dedar panas. Risau juga.
Rupa-rupanya demam nak tumbuh gigi. 

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Sakura Shawl: Habiskan Cuti Dengan Berpiknik <b>di Batang Kali</b>

Posted: 24 Jan 2012 11:08 PM PST

Assalamualaikum w.r.b.t..
Cuti Chinese New Year bebaru ni dihabiskan masa bersama suami je kat umah, tak dapat nak balik kampung atas sebab² yang tak dapat dielakkan...luckily, cousins ajak gi piknik ke Batang Kali..nana tak pernah pegi ke Batang Kali, ni first time la kot..aritu time blaja dulu pernah gi Ulu Yam, tu pun 10 tahun lepas kot...hahaha dh lame sangat tu..
Memang best sangat, ingatkan tak jadi dah nak berpiknik aritu sbb cuaca nampak macam nak hujan.bukan macam, tapi memang hujan pun..tapi semangat nak berpiknik kami lagi tinggi..mane tak nye, sepupu2 nana ni dh siapkan macam2 makanan..ade nasi goreng cina, ayam berbeque, sosej, keropok goreng, kebab (kawan sepupu yang bawak)..siap bawak barbeque set tu..best sangat!
Nana tak mandi pun, duk main2 air ngan kaki je lepaskan geram tengok air yang best tu..tapi sangatttt lah sejuk, sebab tu takleh mandi..isau plak krem balik nanti..hehehe encik suami pun tak mandi, dia duk sibuk jadi kameraman je sbb dia demam..so tak mandi jgk..hehehe

hehhe gambar pertama snap!

sedang setting tempat rehat
uishhh sedapnye kebab nii
muka tak sabor nk mkn hhihihih
rajin intan melayan bebudak ni
 
tengok aksi suap menyuap kikiki terambil plak gambar ni

saya dh ready nak mandi ni, jom mandi!!
kesian bdk kecik ni, menggigil² kesejukan..
saya cuma menjadi 'ratu batu' duk atas batu.hihihi
cuba tengok proses susun batu
tak dapat mandi main² camni jela..hehe
tempat 'jatuh' lagi dikenang ye...
So, kepada korang yang tak tau mana nak pegi time cuti boleh la gi piknik bawak keluarga..memang best sangat3 gi mandi manda musim2 panas di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan. tapi mandi pun mandi jugak, keselamatan kena jaga :)

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Dua beranak ditemui mati di rumah <b>di Puchong</b> | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: 12 Mac – Dua beranak, dipercayai mangsa pembunuhan sejak empat hari lalu, ditemui di rumah mereka di Taman Kinrara, Puchong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata mangsa, lelaki berusia 56 tahun itu dan anak perempuannya berumur 23 tahun, seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian swasta di Lembah Klang, ditemui mati di bilik berasingan di rumah itu pada 9.50 malam.

"Mayat wanita itu dijumpai dalam keadaan terlentang di atas lantai dengan kesan darah di mulut, manakala mayat bapanya ditemui tertiarap di katil dengan beberapa kesan darah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian awal pagi ini.

Abdul Razak berkata, motif kejadian masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan mangsa disamun sebelum dibunuh berdasarkan kereta milik mangsa jenis Perodua Kenari yang hilang selain dua telefon bimbit.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu, seorang pesara syarikat swasta, dan isterinya pulang ke Segamat untuk melawat kebun mereka sebelum mangsa balik ke rumah sendirian untuk membawa anak perempuan mereka pulang ke Segamat.

"Selepas empat hari hilang (tiada berita), si isteri membuat laporan polis di Balai Polis Segamat pagi semalam (Ahad), dan hasil siasatan kita membawa kepada penemuan kedua-dua mayat ini," kata Abdul Razak.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kumar, 42, berkata beliau sudah lama tidak melihat kelibat mangsa sebelum penemuan mayat mereka malam tadi.

"Mereka lebih suka buat hal masing-masing, sebab itu kami tidak mengetahui yang mangsa sudah dibunuh sejak beberapa hari," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Ribuan Hadir <b>di</b> Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat DUN <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 07:12 AM PST

0

Hulu Kelang, 11 Febuari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, JKKK Kuala Ampang dan JKP Zon 1,2,3 & 4 telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Ulu Kelang Recreation Club (UKRC).

Kehadiran Saari dan Aliza disambut dengan persembahan Tarian Singa

Saari bersalam mesra bersama hadirin yang hadir

Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying menyampaikan ucapan aluan sambil memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa JKKK Kuala Ampang

Presiden UKRC, En Andrew Gopal menyampaikan ucapan menceritakan status tanah UKRC yang hampir digadai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mahu mengaut keuntungan

Hadirin dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa

Saari menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk di DUN Hulu Kelang yang hadir

Kehadiran masyarakat Tiong Hua yang ramai memeriahkan lagi majlis sambutan

Persembahan daripada kanak-kanak Kuala Ampang

Saari bersama YDP PAS Gombak, Ust Salahuddin Nasir melihat persembahan bunga api di akhir majlis

Persembahan bunga api yang mengasyikkan

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Chech: Eccentric: Senja <b>di Bangi</b>

Posted: 06 Jan 2012 07:38 AM PST

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


REALLY VIDEO KAPAL KARGO ISRAEL <b>DI KLANG</b> WESTPORT <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2012 06:35 PM PST

Kapal Zim USA dan Zim Atlantica di West Port Klang Malaysia.

Sebelum ini pendedahan berkenaan kapal israel yang masuk ke perairan Malaysia melalui WestPort Klang Malaysia hanya memaparkan 2 keping gambar da sebuah video dimana kapal yang sama pernah cuba memasuki Malaysia, tetapi ia dibantah oleh pekerja westport sendiri.

[Laporan Penuh]

Video Kapal Zim USA dan Zim Atlantica di West Port Klang Malaysia.


kali ini untuk mengesahkan lagi bahawa 2 kapal yang bernama Zim Atlantic dan Zim USA ini benar benar berada di WestPort Klang Malaysia, sebuah video yang telah diambil melalui rakan blogger Milo Suam, mengesahkan telah berjaya mengesahkan bahawa: 

1. Kedua dua buah kapal Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ini masuk ke Malaysia pada 16. 2. 2012.

2. Kapal ini berada di WestPort Klang Malaysia.

3. Kapal ini dari terus dari Israel ke Malaysia.

4. Kerajaan UMNO/BN memang ada hubungan dagangan dengan Israel.

5. Kerajaan Malaysia tidak anti Anti Israel, sebaliknya rakan perdagangan.

Walaubagaimana pun, kerajaan UMNO/BN masih tidak mengambil tindak balas dan menjawap tentang perkara ini. Mungkin mereka sedang menyusun dan mencari perkara untuk menutup isu ini agar rakyat Malaysia akan terus di tipu dan dilalaikan.

Justeru, Really3line amat berbesar hati ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana telah berjaya mengadakan hubungan dagangan dengan Israel dan secara tidak langsung membantu Israel yahudi latnat ini untuk terus membeli pekakas peperangan untuk terus membunuh orang islam diseluruh dunia, khususnya saudara islam kita yang berada di Palastine.

Tahniah UMNO/BN, sekiranya anda antara penyokong dan pengundi UMNO/BN, ingat perkara ini, 

ANDA ADALAH PEYUMBANG PELURU HIDUP UNTUK ISRAEL TERUS MEMBUNUH ORANG ISLAM!

katakan tahniah kepada diri anda dan pemerintah yang anda sokong, teruslah menyokong mereka agar mereka akan terus mengadakan hubungan dagangan dan akan terus membantu israel dalam pelbagai hal.

Anda Mampu Ubah.

A.B.U

SEKIAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


N51 <b>Pasir Panjang</b>: Rahsia & Strategi Pembangunan Manjung

Posted: 03 Feb 2012 07:03 PM PST

Pasai apa aku kata rahsia…sedangkan ianya bukan rahsia pun? Sapa-sapa pun boleh dapat maklumat pembangunan bagi sesuatu bandar itu…asalkan ada duit atau kabel.
Apa yang berlaku di Teluk Rubiah sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada semua. Perkara tersebut tak sepatutnya berlaku kalau rakyat tau apa yang dirancangkan oleh pemerintah. Orang kampung sepatutnya tau apa yang akan berlaku di kawasan mereka. Orang pekan sepatutnya tau apa yang sedang dirancangkan dikawasan mereka.
Tapi oleh kerana maklumat ini cukup berharga, maka ianya dirahsiakan dari pengetahuan awam. Yang tau cuma kroni-kroni pemerintah supaya depa dapat mengaut keuntungan.
Tanah-tanah kepunyaan orang Melayu di Kampung Changkat Duku sekarang berharga sekitar RM25,000 seekar. Hangpa tau Kampung Changkat Duku kat mana? Ditepi Tasik Chenderoh. Disebabkan tak ada pembangunan, harga tanah itu kekal dari sepuluh tahun dulu sampai sekarang.
Tiba-tiba ada orang datang tanya sapa nak jual tanah. Dia sanggup offer RM40,000 seekar. Orang kampung yang tak tau apa-apa terus jual sebab harganya tinggi. Depa tak tau..harga tanah tersebut akan meningkat sehingga RM100,000 seekar sebab depa tak tau apa yang sedang dirancangkan oleh pemerintah. Yang tau perancangan tersebut ialah puak-puak Umno. Dan depa la yang beli tanah untuk dijualkan semula dengan harga yang tinggi apabila projek pelancungan yang sedang dirancangkan oleh pemerintah dilaksanakan nanti.
Bila projek pembangunan dibuat..masa tu orang kampung berputih mata. Tasik Chenderoh yang dulunya depa boleh tangkap ikan…sekarang dah tak boleh masuk. Sedangkan yang dijual hanya tanah!! Masa tu nak protes atau demo pun tak guna.
Sapa yang tau apakah yang sedang dirancangkan disekitar kawasan Perbandaran Kuala Kangsar? Baru-baru ini ada pameran Deraf Perancangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. aku tanya kat orang Pakatan…sapa pun tak ambik pot. Aku tanya kat orang Umno..pun depa tak tau. Yang tau cuma pemimpin Umno.
Kalau aku nak beli Deraf tersebut..aku kena cari RM250.00. Pasai apa aku nak beli? Tak kan aku kena keluar duit poket aku…kecuali la kalau aku ni ahli perniagaan yang nak cari projek. Tapi sekurang-kurangnya, orang parti kena la beli benda ni…baru la boleh cerita kat orang kampung tentang apa yang Umno nak buat. Nak dijadikan isu untuk modal politik pun boleh.
Tapi bila aku suruh depa beli…depa kata tak dak duit. "Kita parti pembangkang mana ada duit!!" Dah selalu sangat aku dengar benda tu.
Dulu…aku minta parti beli Daftar Pemilih pun depa kata tak dak duit. Tapi yang herannya…buat bengkel pilihanraya kat Danok ada duit. Nak sambut Anwar datang ke Kinta Valley Estate..ada pulak duit untuk sewa bas sampai dua biji.
Ini masalah bila tak tau yang mana satu patut diberi keutamaan.
Masa Pakatan menang di Perak dulu, perkara pertama yang jadi rebutan diperingkat parti ialah nak jadi ahli Majlis. Aku tak mintak walaupun ditawarkan. Lebih baik aku motong getah dari jadi Ahli Majlis yang cuma dapat elaun RM600.00 sebulan. Tapi orang parti sampai bergaduh berebut nak jadi Ahli Majlis. Pasai apa? Pasai jadi Ahli Majlis boleh tau banyak maklumat. Dengan maklumat "first-hand" ini boleh dapat macam-macam komisyen.
Bila dah jadi Ahli Majlis, tak mau pulak cerita kat mesyuarat parti tentang apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ahli Majlis. ada Ahli Majlis yang kata.." tak boleh bagi tau…OSA!!" Anak haram betui.
Bila aku kata…"tak kan nak bagi tau kat parti pun tak boleh?" Depa jawab.."kena pisahkan kerajaan dengan parti." Anak luar nikah betui.
Tiba-tiba..perkara pertama yang dilakukan oleh ahli Majlis Pakatan Rakyat ialah menaikkan kadar sewa tapakpasar tani dan pasar malam dari seringgit kepada dua ringgit sepetak.
Peniaga pasar tani marah..tapi depa bukan cari ahli majlis. Depa mai pejabat parti. Kat pejabat parti..aku sorang-sorang dok buat kerja parti yang tak bergaji. Peniaga maki hamun aku…masa berkempen nak tolong peniaga pasar tani..tapi bila dah menang terus naik sewa. Hutang Rafidah sebanyak RM60,000 depa tak mau tuntut. Hutang orang Umno beratus ribu depa tak mau mintak…tapi bila MPKK tak dak duit..naik harga sewa peniaga pasar tani. Orang lain yang jadi ahli Majlis dapat elaun, aku yang buat kerja tak dak gaji kena maki. Ada akai ka?
So…sekarang aku nak jadi ahli Majlis Manjung yang tak ada elaun pulak. Kalau orang Manjung nak tau apa perancangan Daerah Manjung..aku akan bagi tau. Kalau hangpa tak dak duit nak beli Rancangan Tanah Daerah Manjung..aku bagi tau. Kat mana nak dijadikan kawasan industri…kat mana nak dijadikan kawasan pelancungan..kat mana nak buat hotel..aku bagi tau. Kalau ada tanah sekangkang kera..jangan jual dulu. Tengok dulu perancangan Daerah Manjung..dan kalau ada yang tak puas hati…boleh protes sebelum ianya dilaksanakan.
Kalau dah jadi macam Teluk Rubiah..dah tak guna dah.
Benda ini juga sepatutnya dibuat di setiap daerah di Perak. Kalau Pakatan Rakyat mahukan undi aku..depa kena janji…bila memerintah nanti, maklumat-maklumat mengenai perancangan bandar dan kampung mestilah percuma dan senang diakses. Kalau Pakatan pun buat macam Umno..sorok maklumat untuk kepentingan diri sendiri..aku buat ABPR pulak. Asalkan Bukan Pakatan Rakyat.
Cuba perhatikan gambar dibawah. Aku potong-potong dan cantumkan supaya boleh masuk dalam blog ini. Hangpa save balik…kemudian paste kedalam Paint atau worksheet…supaya nampak jelas. Kemudian boleh nampak secara dasar tentang apakah pembangunan yang sedang dirancangkan di Manjung.
Kalau ada sapa-sapa yang ada tanah di Kampung Pasir Panjang…Batu 7, Batu 8 dan Batu 9..harga tanah sedang meningkat sebab kawasan tu nak dijadikan Bandar Pelabuhan. Kalau ada sapa-sapa yang bercadang nak buat homestay..kononnya pantai disitu cantik..jangan buat dulu. Sat lagi sapa pun tak mau mai pasai penuh dengan kapal.
Dan bagi sapa-sapa yang ingat nak buat banglo kat Teluk Batik…lebih baik buat tempat beli besi buruk. Sebab Teluk Batik juga akan hancur dalam masa tiga empat tahun lagi. Sama macam Juru di Pulau Pinang.
Hangpa studi dulu peta dibawah..lepas tu aku sambung.
Satu masa dulu, Perak adalah negeri yang paling kaya kerana lombong bijih timah. Ipoh adalah bandar yang paling sibuk dan merupakan bandar dimana mempunyai Mercedes Benz yang paling tinggi didunia..sehinggakan Syarikat Merc memasang logo Merc diatas bukit,berhadapan dengan Hotel Hillcity sekarang.
Tapi dalam masa yang sama, bandar Ipoh dikuasai oleh pembangkang dari PPP. Disebabkan politik, Ipoh perlu dimatikan supaya BN boleh berkuasa. PPP akhirnya berkubur dan sejak itu, BN memegang kuasa di bandaraya Ipoh. Sejak BN pegang kuasa, Ipoh semakin mati. Pekan Ipoh sekarang dah tak ada apa waktu malam…yang sibuk sekitar Jalan Yang Kalsom.
Hangpa nak China Doll, Vietnam Girl, Minah Indon, semua ada. Bapuk pun makin lama makin ramai. Kalau cakap Nasi Ganja..semua orang tau. Tingkat atas kedai Nasi Ganja tu hangpa tau ka ada apa?
Selepas Ipoh, Pulau Pinang menjadi bandar tumpuan. Pulau Pinang adalah bandar pelabuhan bebas cukai. Tapi pasai Pulau Pinang juga dikuasai oleh pembangkang maka Pulau Pianang mesti dimatikan. Akhirnya, status bandar pelabuhan bebas cukai Pulau Pinang ditarik balik pada tahun 1977. Lepas tu Pulau Pinang macam tempat lain juga. Makin lama makin kotor dibawah BN.
Apa akan jadi pada Manjung pada tahun 2020?
Pertama sekali, sebelum kita pergi secara detail, kita tengok dulu Strategi Pembangunan Negeri Perak dibawah BN.
1 STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI PERAK
Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB) merupakan asas penting di dalam penyediaan RSN Perak 2020. Oleh itu, proses penyediaan RT Daerah Manjung (Pengubahan) 2020 ini memastikan penentuan matlamat pembangunan daerah adalah selaras dan mendokong matlamat pembangunan negeri perak iaitu "Menjadikan Negeri Perak K-State Yang Maju dan Makmur Melalui Pembangunan ICT, Sumberjaya Asli, Modal Insan, Ekonomi, Infrastruktur, Kecemerlangan Urus Tadbir dan Pengekalan Kesejahtaeraan Alam Sekitar"
Kerajaan negeri telah menggunapakai dua strategi utama dalam pembangunan negeri iaitu Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak dan Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB). Strategi
Pembangunan Lestari Negeri Perak merupakan pendekatan strategi bukan reruang yang menggariskan pembangunan secara lestari untuk diterapkan di setiap peringkat perancangan dan pembangunan negeri. SPSB pula merupakan pendekatan strategi reruang yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan reruang negeri secara seimbang dan bersepadu melalui gabungan kekuatan, potensi dan kedapatan sumberjaya tempatan di semua daerah.
Rangka kerja perancangan dan pembangunan negeri telah digubal dari perspektif makro dengan membahagikan Negeri Perak kepada empat zon perancangan iaitu :

i. Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta;
ii. Zon Perancangan Lembah Bernam;
iii. Zon Perancangan Kerian, Larut Matang dan Selama;
iv. Zon Perancangan Hulu Perak;
Dalam konteks negeri, Daerah Manjung termasuk dalam Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta yang merupakan kawasan tumpuan utama pembangunan bagi kawasan tengah perak terutamanya pembangunan perumahan, perbandaran, perindustrian, institusi, infrastruktur dan utiliti, dan pelancongan.
2 STRATEGI PEMBANGUNAN ZON PERANCANGAN METROPOLITAN LEMBAH KINTA DALAM KONTEKS RSN PERAK 2020
RSN Perak 2020 telah menggariskan beberapa fokus dan tema pembangunan bagi Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta iaitu :
i. Ipoh-Seri Iskandar-Lumut-Manjung sebagai Koridor Pertumbuhan Utama Negeri yang dibangun berkonsepkan "Koridor Bistari".
ii. Kuala Kangsar sebagai Bandar DiRaja dan Kebudayaan.
iii. Industri pelancongan berkonsepkan eko, agro, warisan sejarah, maritim dan komersial.
iv. Penyumbang utama sumber makanan negeri.
v. Lumut-Damar Laut-Segari sebagai "Silver Coast" (Pusat Pelancongan Antarabangsa).
vi. Pangkor sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa dan Gugusan Pulau Sembilan sebagai Taman Laut Negeri.
vii. Lumut sebagai Bandar Pelabuhan dan Kawasan Bebas Cukai.
viii. Sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan sumber manusia (Segi Tiga Bandar Mesra Ilmu).
ix. Desa Perlombongan Bijih Timah di Tg. Tualang sebagai tarikan pelancongan
x. Tumpuan kepada pembangunan industri berat dan sederhana yang disokong oleh industri hiliran (IKS).
So…dah dapat sedikit gambaran tentang apa yang dirancangkan?
Masa nak pilihanraya dulu, BN kata Lumut adalah "Bandar Tentera Laut". Itu
cuma cakap politik sebab nak dapat undi dari tentera Laut. Tapi tak sebut pun
"Bandar Tentera Laut" dalam RSN Perak 2020!!
Apa yang dirancangkan ialah Bandar Pelabuhan dan Kawasan Bebas Cukai.
So…orang Lumut jangan senang-senag jual tanah macam orang Langkawi!!
Ini adalah salah satu cara untuk menghalau orang Melayu dari kampung asal
mereka. Kalau hangpa tak halang dari sekarang, tahun 2020 nanti hangpa
duduk flat..orang Brazil duduk banglo kat Kampung Pasir Panjang!!
Yang diatas itu adalah Strategi Pembangunan Negeri. Macam mana pulak
Strategi Pembangunan Manjung?
Strategi Pembangunan Ekonomi Manjung
SPE 1 : MEMPELBAGAI DAN MENINGKATKAN SUMBER PENDAPATAN DAN MENUKAR CORAK HIDUP PENDUDUK SETEMPAT KE TAHAP YANG LEBIH BAIK
Langkah-langkah perlaksanaan :
i. Membangunkan Port City di kawasan persisiran pantai bermula
dari Kampung Pasir Panjang hingga ke Batu 8 Lekir. Pembangunan
Port City ini bukan sahaja membuka peluang-peluang pekerjaan baru
malahjuga akan menjadi pemangkin pembangunan khususnya di
kawasan selatan Daerah Manjung.
ii. Membina Lebuhraya BASeL yang menyambungkan Lebuhraya BASe di Bagan Datoh dengan Lebuhraya SILEX. Pembinaan Lebuhraya BASeL ini akan menjadi pemangkin pembangunan ke kawasan-kawasan dibahagian selatan Daerah Manjung khususnya Batu 7 Lekir hingga ke Kayan.
iii. Membangunkan kawasan perindustrian berasaskan maritim dan bioteknologi di kawasan Tanjung Hantu, Tanjung Batu dan Teluk Mengkudu.
iv. Mewujudkan kawasan perindustrian kecil dan sederhana di Sungai Wangi dan Pantai Remis.
SPE 2 : MENGGALAKKAN KEMASUKAN PELABURAN LUAR TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
Langkah-langkah perlaksanaan :

i.Mewujudkan Zon Ekonomi Eksklusif Manjung (ZEEM) – "PerakSilver Coast" di sepanjang kawasan persisiran pantai dan jugakawasan persisiran Sungai Dinding sehingga ke Jambatan Tuanku Permaisuri Bainun

 ii. Membangunkan rangkaian sistem perhubungan daerahyang komprehensif dengan cadangan pelabuhan baru, lapanganterbang, hub terminal pengangkutan dan lebuhraya-lebuhraya baru.

DAERAH MANJUNG SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN YANG
UNGGUL DAN MENJADIKAN SEKTOR PELANCONGAN SEBAGAI
SALAH SATU TONGGAK PEMBANGUNAN EKONOMI DAERAH
Langkah-langkah perlaksanaan :

i.Mempelbagaikan mod pengangkutan di Daerah Manjung dengan pembinaan lebuhraya-lebuhraya baru, hubterminal pengangkutan, pelabuhan dan lapangan terbang.
ii. Memelihara aset-aset pelancongan sediada seperti Pulau Pangkor, Pangkor Laut, Gugusan Pulau Sembilan, Teluk Senangin, Damar Laut dan Teluk Batik dengan kawalan pembangunan yang ketat.
iii. Membuat perancangan dan pembangunan semula petempatan petempatan setinggan dan perkampungan nelayan di Pulau Pangkor yang tidak teratur pembangunannya. Ini adalah bagi meningkatkan imej Pulau Pangkor sebagai sebuah destinasi pelancongan.
iv. Mengekalkan dan memelihara kawasan semulajadi termasuk hutan simpan dan paya bakau sebagai kawasan pelancongan berasaskan eko-lancong.
Yang ini yang kita kena tengok dan perati baik-baik. Aku bukan town planner…
sebab aku cuma tengok dari sudut alam sekitar dan sosial. Tapi aku tak dapat
nak bayangkan, macam mana industri dan pelancongan boleh duduk sebelah
menyebelah. Sebelah resort..sebelah kilang…tak boleh nak fikir.
Apa yang jelas disini, Lumut akan dijadikan bandar pelabuhan dan
perindustrian..manakala Pangkor akan dijadikan kawasan pelancungan. Nak
tengok contoh…tengok Pulau Pinang sekarang. Seberang Perai..dari Teluk Air
Tawar sampai Batu Kawan dah jadi kawasan perindustrian, manakala Pulau
Pinang jadi pusat pelancongan.
Tapi kat Penang pun ada industri di Bayan Lepas.
Pusat pelancongan terdapat disepanjang Gurney Drive sampai Teluk Bahang.
Kalau dulu perkampongan Melayu terdapat disepanjang pesisir pantai
tersebut, tapi sekarang semuanya berpusat di rumah pangsa Tanjong Tokong
dan Teluk Bahang. Orang Melayu Penang semua duduk flat..yang beli rumah
kat Straits Quay semua Mat Saleh.
Butterworth sekarang menjadi bandar yang paling panas di Semenanjung.
Bagus la…tak lama lagi, Lumut akan mengambil alih Butterworth sebagai
bandar yang paling kotor dan panas. Pulau Pinang akan menjadi lebih bersih
dan teratur. butterworth akan menjadi bandar industri Hi-tech yang tidak
mengeluarkan pencemaran yang teruk..Pangkor dan Lumut akan mengambil


12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Remaja melecur dibakar tiga lelaki <b>di Hulu Selangor</b> |

Posted: 27 Feb 2012 01:16 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun melecur hampir 80 peratus pada badannya dipercayai dibakar oleh tiga lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor semalam.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


PAS Tanjong Karang Optimis Akan Berjaya <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 01 Mar 2012 01:04 AM PST

1 03 2012

Tanjong Karang, 1 Mac    :     Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, hari ini telah diwawancara oleh Harakah bagi mendapatkan pandangan beliau berhubung dengan prestasi PAS menjelang Pilihanraya Umum akan datang di Kawasan Tanjong Karang dan DUN Sungai Burong.

Menurutnya, Beliau Optimis PAS akan berjaya dalam pilihanraya Umum akan datang.  PAS Tanjong Karang mempunyai jentera diperingkat akar umbi yang telah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa.

Jika diimbas pula, PAS Tanjong Karang pernah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong pada tahun 1999. Ini menunjukkan rakyat Tanjong Karang khususnya di DUN Sungai Burong bersikap terbuka dan bersedia melakukan perubahan pada bila-bila masa.

Ini terbukti, apabila Karnival Selangorku yang diadakan pada bulan November tahun lalu selama enam hari enam malam telah berjaya dan setiap malam ribuan rakyat turun untuk menyaksikan pelbagai persembahan dan ceramah isu semasa yang diadakan di tapak karnival, katanya lagi.

Hadir dalam wawancara tersebut ialah Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan Harakah Saidah Hairan.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Pasar Raya Mydin <b>Di Subang Jaya</b> Terbakar

Posted: 13 Mar 2012 10:59 AM PDT


Gambar : http://ezany-kun.com/gambar-mydin-hypermarket-subang-jaya-terbakar/

SUBANG JAYA: Perniagaan di pasar raya Mydin Hypermarket di sini terpaksa dihentikan selepas papan tandanya tiba-tiba terbakar pada petang Selasa.

Ketua Balai Bomba Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.12 malam.

"Kami tiba ditempat kejadian 10 minit kemudian, papan tanda tersebut telah hangus terbakar dan api telah marak hingga ke arah bumbung bangunan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd Khairi berkata, dua kereta bomba serta 10 ahli bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan api dan mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 8.20 malam.

"Kami telah menasihatkan pihak pengurusan supaya menutup bangunan ini sehingga kami dapat menentukan struktur bangunan berada dalam keadaan yang baik," katanya sambil menambah bahawa satu unit forensik telah dirahkan untuk menyiasat punca kebakaran.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata semua kakitangan dan pelanggan telah diarahkan untuk segera meninggalkan bangunan tersebut ketika kebarakan itu berlaku.

"Hujan yang turun bukan sahaja membantu memadamkan api malah ia membantu daripada mengelakkan orang awam daripada terkorban kerana papan tanda tersebut betul-betul berada di atas sebuah restoran.

"Kebiasaannya, pada waktu malam, orang ramai akan duduk di luar dan mungkin ada yang akan mengalami kecederaan sekiranya papan tanda itu jatuh," katanya.

Beliau turut mengesahkan pasar raya tersebut akan ditutup sementara waktu sehingga jabatan bomba selesai menjalankan siasatan.

- MSTAR

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Future Music Festival Asia <b>di Sepang</b> 17 March 2012 | Syahrulzaman

Posted: 02 Mar 2012 09:24 PM PST


Future Music Festival Asia
Where : Sepang International Circuit ( Malaysia F1 Circuit)
Admission : Super early bird RM98, Early bird RM138, Pre-sale RM158

Buy tickets now, available online at airasiaredtix.com or visit the outlets below :

Rock Corner outlets -
The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2283 4893)
Mid Valley (TEL: 03 – 2284 1423)
KLCC (TEL: 03 – 2161 9417)
Subang Parade (TEL: 03 – 5636 9520)
The Curve (TEL: 03 – 7729 6313)
One Utama (TEL: 03 – 7725 5667)
3.Victoria Music outlets -
Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)
BSC (TEL: 03 – 2093 1093)

FMFA lineup:

International
Flo Rida, The Chemical Brothers (DJ Set), Tinie Tempah, Chase & Status, The Wombats, Pendulum (DJ Set), Grandmaster Flash, Sneaky Sound System, Cosmic Gate, Eddie Halliwell, John OO Flemming, Zane Lowe, Alex Metric, Azari & III, The Potbelleez, Kid Sister, Holy Ghost! Super 8 & Tab, The Stafford Brothers, Andy Murphy.

Regional
Shinichi Osawa (JPN), Jalebee Cartel (IN), Nikhil Chinapa (IN), Pearl (IN), Pet Conspiracy (CN), Electrico (SG), Inquisitive (SG), Agrikulture (ID), Knatz (TH), Sandwich (PHI), Good Night Electric (ID), Project E.A.R (SEA).

Local (MALAYSIA)
Kyoto Protocol, Goldfish + Blink, Twilight Actiongirl, They Will Kill Us All, Mini Compo, Enterprise, Oh! Chentaku, Bud Culture, Terence C, Victor G, Fono, Bass Agents, Phil K Lee, Ian Ross, Great Spy Experiment, Billy The Kid, Donny One

For more information, please do visit the official site : http://www.futuremusicfestival.asia/
Facebook Page : https://www.facebook.com/futuremusicasia

ads