12 di ampang - Google Blog Search |
Misi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir <b>di Ampang</b> <b>...</b> Posted: 11 Mar 2012 06:27 PM PDT by Shahrir on March 12, 2012 Selangor, 9 & 10 Mac 2012 - Misi bantuan kali ini diteruskan lagi dengan membantu mangsa-mangsa banjir di Ampang dan Dusun Tua, Selangor. Pihak IRM telah memberi bantuan makanan kepada 1000 mangsa-mangsa banjir berserta dengan 42 karton minumandi kedua-dua lokasi selama dua hari bermula Jumaat (9 Mac 2012) dan berakhir pada Sabtu (10 Mac 2012) yang lalu. Para penerima bantuan adalah terdiri dari penduduk di kawasan berikut: Koordinataor di Pusat Bantuan Banjir Batu 16, Dusun Tua ialah En Mohd Ghazali bin Mohd Sair merangkap Ketua Kampung Batu 16. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan ini dan syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan bantuan sepanjang misi ini berlangsung. Pihak IRM juga berharap agar mangsa-mangsa banjir ini bersabar dengan dugaan ini dan dapat menjalankan urusan mereka seperti biasa dalam kadar yang segera.
|
Puteri Bantu Mangsa Banjir <b>Di Ampang</b>... - jendela maya Posted: 15 Mar 2012 01:07 AM PDT Puteri Umno memberikan bantuan pakaian dalam wanita kepada mangsa banjir di Ampang dan Hulu Langat selepas mendapati barang keperluan tersebut antara yang diminta oleh mereka. Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, bantuan tersebut diberikan terutamanya kepada golongan suri rumah, ibu tunggal dan juga kanak-kanak yang dilihat memerlukannya. Menurutnya, hasil daripada lawatan rumah ke rumah yang dilakukan pihaknya mendapati mangsa-mangsa tersebut memerlukan pakaian dalam dan lampin bayi. Katanya, dengan itu, pihaknya mengambil inisiatif mengagihkan barang-barang tersebut secara berperingkat sejak Khamis lalu. "Kita dapati pakaian dalam merupakan antara barang diperlukan oleh mangsa banjir. "Jadi kita agihkan pakaian dalam lengkap dari atas hingga ke bawah termasuk tuala wanita serta lampin bayi," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan rumah ke rumah mangsa di sini semalam. Menurutnya, bukan itu sahaja, pihaknya turut menyalurkan bantuan makanan antaranya beras, biskut, makanan ringan, makanan dalam tin dan juga minuman seperti milo dan kopi. Dalam pada itu, Rosnah berkata, tahun lalu Puteri Umno menubuhkan Misi Bantuan Banjir terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan terlatih bagi membantu mangsa-mangsa bencana itu. Katanya, sejak Ahad lalu, seramai 80 sukarelawan dikerah untuk membantu mangsa banjir masing-masing 40 orang di kedua-dua kawasan terjejas itu. "Sukarelawan-sukarelawan ini membantu mangsa secara bergotong-royong membersihkan rumah mereka," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan