Rabu, 29 Mei 2013

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


House PK: FUYOH! 60 RIBU ORANG HADIRI MAJLIS PERDANA <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 05:00 PM PDT

Untuk cerita penuh, KLIK SINI

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


MeNiTi HaRi: Restoran MAKANAN SEDAP <b>di</b> Pandan indah <b>AMPANG</b>

Posted: 17 May 2013 12:06 PM PDT

hari ini mexa jalan jalan dengan adik adik dan abang. ingat nak shopping kat sogo tapi sebab cancel kami pergi lah carefour ampang,.. tengok makanan kat carefour macam tak menarik. so mexa pon cadangkan kami makan dekat lain.. bermula la pencarian. Pusing punya pusing dengan kereta. banyak  kedai makan cina je. last2 kami turun dari kereta. cari guna kaki pulak... tak sangka plak hari ini pasar malam. dan ada taman dekat pandan indah,Ampang nie so kami pon lepak kejap sambil ambik gambar. pasar malam tu kami tak masuk pun.. malas..hehee

then my brother pun jumpa la satu restoran melayu nie. kami apa lagi laju la pergi ada dua kedai melayu yang kami dok terfikir nak pilih yang mana last2 tanya la tukang yang belanja nie..my sister adikku khalisah, restoran mana dia pilih..hehe.. big bos la kena buat keputusan kan. so dah alang2 depan RESTORAN SINAR MESRA.. maka nye di situ lah destinasi kami.. kami nie dah macam program jalan2 cari makan.. meriah je rasa..


bila order kebiasaan mexa akan tanya pelayan restoran.makanan apa yang spesial.. so dia suggestkan IKAN SIAKAP STEAM LIMAU, IKAN SIAKAP STEAM HALIA atau IKAN SIAKAP 3 RASA..

pikir punya pikir kami pun pilih lah beberapa menu ini

1. Nasi putih untuk 5 orang makan
2. ikan siakap steam limau
3.kailan ikan masin
4. sup perut
5.telur goreng dadar 3biji


air
barli panas,
barli ais
abc

sekejap je order pun sampai.. memang tak perlu tunggu lama lah....
tak saba2 punya pasal kami pon makan.. memang sedap sangat terutama siakap steam liamu,memang terasa pedas,masam,manis,sedap.. sup perut dia pon sedap sgt

abis nak makan baru ingat nak tangkap gambar.. aiyaaa

xsempat snap gambar so seach kat google je gambar2 tu..  tapi mmg gambar tu lauk dari restoran sinar mesra la

feedback sesiapa yang pernah makan kat situ

*mexa nie bab print screen xpandai lagi.. maaf la kalu susah nak tengok feedback tu ye...

ok sampai sini sahaja lah entri mexa kali nie. ada masa cuba la makan kat sana.. inshaa allah xmenyesal

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Memang Superb Ikan Bakar <b>di</b> Aroma Ikan Bakar, <b>Jeram</b> Kuala <b>...</b>

Posted: 25 May 2013 08:52 PM PDT

Semalam kami sekeluarga pi makan kat Aroma Ikan Bakar yang bertempat di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Anyway from Wangsa Maju ianya memakan masa lebih kurang 1 jam menggunakan Latar Expressway. Ada le 3 tol yang mana setiap tol adalah RM2 so kesemuanya pergi balik RM12.
By the way nak sampai sini lebih kurang 72km yang mana 30km adalah expressway.
Kat Aroma Ikan Bakar ni ianya dibuka seawal pukul 12 tgh bagi hari Sabtu dan Ahad manakala hari biasa from kul 3 petang.
Parking jangan risau banyak tempat disediakan. Kalau tak cukup bolehlah parking tepi jalan ya.
Ni le meja kami, laman 2. 
Mula-mula nak dok kat saung yang mana ianya berdekatan dengan pantai tapi dah penuh. Anyway kalau dok kat sini kena caj extra RM10.
Nak makan kat bamboo pun penuh juga walaupun kat sini cajnya adalah RM20. Yang ni lagi dekat dengan pantai.
Beginilah rupa teratak bamboo. Kalau nak tengok matahari terbenam memang sesuai sangat le.
 Cantik betul kawasan ni.
Sempat rakam matahari terbenam. Memang sungguh cantik.
Since dah penuh bolehlah dok kat meja ni ya. Banyak meja yang ada. Tapi memandangkan waktu cuti sekolah dan juga hari minggu memang penuh gak. Nasib baik kami sampai lebih kurang kul 6.30 petang so adalah tempat dduduk.
Dok kat sini pun OK juga dekat ngan pantai ya.
Dah dapat meja apa lagi, beraturlah untuk pilih ikan or seafood lain yang kita nak.
Ni le senarai harga. Hmmm, ingat nak makan pepahat tapi ianya dijual dalam pek berharga RM50 untuk satu paket. Kalau setakat makan dua orang memang banyak le sangat.
Macam-macam jenis ikan ada kat sini. Ketam pun sodap. Ketam kat sini berharga RM45 sekilo. Kalau kat Umbai, Melaka ianya berharga RM32 sekilo. Bagan Lalang pula RM55. Langkawi pun RM55. Port Dickson pun RM55.
Pilihlah ya, memang sungguh segar.
Ni le pepahat dalam paket.
Udang dan sotong pun sodap.
Ni le menu kami. Ketam masak cili sebanyak 2 ekor. Rasanya memang sedap, tak berapa pedas dan kuahnya membuatkan kami rasa nak datang lagi. Rating untuk ketam ni saya bagi 8.4 out of 10.
Ikan bakar cencaru dan kembung tidak mengecewakan. Ianya dibakar dengan sempurna dan ladanya memang perfect. Lebih suka makan ikan cencaru memandangkan ikan kembung ni jenis yang lembut. Yang sedap lagi ikan bakar ni adalah sambal lada dan kicap. Memang sangat sempurna hidangan ini. Ratingnya adalah 8.7 out of 10.
Sotong kami ambil seekor yang sedang. Walaupun ianya tak begitu crispy tapi isinya tak liat membuatkan sedap dimakan. Hidangan yang wajib jika saya pi makan seafood. Sosnya pun sodap dan banyak. Rating saya bagi 8.0 out of 10.
Ni sup untuk Afiqah, ianya tak begitu pekat tapi Afiqah memang suka. sampaikan hirup kuahnya. Rating untuk sup ayam ni adalah 7.6 out of 10.
Semua sekali adalah RM46.60 termasuk air kelapa, air teh o, air teh o ais dan juga air milo. Nasi kami ambil 3 memandangkan Danish makan benda lain. Harganya adalah berpatutan.
Tempat solat juga disediakan bagi memudahkan pelanggan mengerjakan ibadat.
So bagi peminat ikan bakar ataupun makanan laut, jangan lupa terjah di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor. Boleh call 019-208 4452 atau 017-316 3117 untuk tempahan atau maklumat lanjut ya.

Boleh baca pandanagn rakan-rakan blogger mengenai Aroma Ikan Bakar:

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2013 07:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2013 07:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2013 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BERSAMA MAZIDUL: &#39;ISTANA&#39; ACIT

Posted: 16 Mar 2013 11:27 PM PDT

Perhatikan kawasan penempatan di Desa Temuan,  Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor. 
Gambar di atas saya rakamkan tatkala berkunjung ke kolam memancing ikan di kawasan agak tersorok itu. 
Terasa pelik, bagaimana kolam memancing beroperasi di bawah kabel elektrik bervoltan tinggi, buat sekian lama.  Kini kolam itu, majoriti dikendalikan oleh pekerja berasal dari Bangladesh terbabit telah dipagar.
"Siapa tinggal di pondok itu?," soal saya kepada pekerja.
Kami memandang ke arah pondok usang di luar kolam memancing diusahakan oleh peniaga Cina.
"Acit, orang Asli, saya tengok dia tinggal di situ, kira-kira empat tahun," balasnya.
Ketika itu saya terlihat kelibat lelaki berambut unik mundar-mandir di pondok sempit itu.
"Farid, tolong dapatkan maklumat sedikit," pinta saya.
Mohd Farid Hamzah, rakan, juga anak anggota polis  dan kini menetap di Kota Damansara. Sikap peramahnya, tentu berguna untuk mencungkil maklumagt sebenar.
"Nama saya, Jamaludin Jantan atau Acit, lahir pada tahun 1960 di sini, Kampung Bukit Lanjan. Emak saya dahulu dapat rumah banglo tetapi selepas dia meninggal dunia, adik saya dan keluarga dia tinggal di rumah itu," kata Acit.
"Mengapa tidak tinggal bersama mereka?," soal Farid.
"Budak ramai, anak adik. Bising. Jadi saya membina pondok ini," balasnya.
Acit, anak kedua daripada empat beradik dan kini tinggal bersama 8 ekor anjing peliharaannya.Semua anjing ditempatkan di ruang bawah pangkin tempat Acit meletakkan selimut dan beberapa barang miliknya.
"Kalau malam, Acit  tidur di mana?," celah saya.
"Kekadang tidur di atas pangkin ini tetapi panas, jadi saya tidur di atas pasir di luar. Sambil berbaring, boleh melihat bulan dan bintang, tenang fikiran," balasnya.
Acit bukan beragama Islam.
"Kalau masuk Islam, ada juga orang datang membantu, bagi duit. Masuk Kristian pun samalah," jelasnya.
Menjelang Pilihan Raya ke-13, Acit meluahkan komennya sambil direkodkan oleh Farid menggunakan perakam audio Sony.
"Kena pilih yang sebelum inilah," ujarnya.
"Barisan Nasional?," tanya Farid.
Pakatan Rakyat, PR  memerintah Selangor, sejak kira-kira 5 tahun lalu. Jika pemimpin Barisan Nasional atau PR ingin mengetahui rasionaliti di sebalik kenyataan itu, molek jika mereka mengunjungi Acit dan bertanya sendiri dengannya.
"Makan apa hari ini?," soal saya.
"Ini, ikan. Ada orang bagi tadi, saya masak. Nasi tidak ada," katanya.
Menurut Acit, sebelum ini dia bekerja di kilang, kini mencari barangan lusuh, sepeti besi terpakai.
"Kalau rajin boleh dapat juga di antara RM20 dan RM30 sehari, kekadang RM6 sahaja. Bolehlah, lagipun  saya masih bujang. Itu di belakang, kebun saya," katanya.
Apapun cerita di sebalik kehidupan Acit, 'istana' dibinanya dipamerkan secara semulajadi kepada masyarakat.
YB ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mungkin tidak pernah ke lokasi itu kerana agak jauh dari jalan utama.
Jika orang YB sudi mendekati Acit, jelaskan sekali, bagaimanakah kolam mamancing ikan dibenarkan beroperasi di bawah kabel bervoltan tinggi itu. Pada masa sama, papan tanda Tenaga Nasional Berhad dipacakkan di lokasi sama hanya menjadi hiasan rumah pekerja warga asing.

HMS ABU BAKAR: N 37 <b>BUKIT LANJAN</b>

Posted: 01 May 2013 07:42 PM PDT




Pilihan PKR di DUN Bukit Lanjan
PRU -12 sudah dimenanginya
Undilah calon PKR kali ini
Semoga wujud masyarakat madani
Hasil pentadbiran telus kerajaan negeri
Terus maju di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat
Kehidupan rakyat bertambah baik
Jauh mengatasi kerajaan sebelumnya
Berilah sokongan anda kepada Pakatan Rakyat
Melalui wakil di DUN Bukit Lanjan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Mei2013



12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Apr 2013 03:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 03:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Mar 2013 03:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tanah Lot Banglo, <b>Jenjarom</b>, Kuala Langat

Posted: 16 Feb 2013 07:52 AM PST

Tanah Lot Banglo untuk dijual di Taman Putra Hill Jenjarom, daerah Kuala Langat.

Dapatkan tanah lot banglo dengan harga yang sangat murah dengan harga serendah RM42,800 sahaja.

Luas tanah: 40′x75′ =3000sqft

* 5 minit ke SKVE
* 20 minit ke Shah Alam
* 20 minit ke Klang
* 20 Minit ke Putrajaya
* 20 minit ke KLIA
* Berdekatan sekolah dan masjid.

Pakej ekslusif
-Infra jalan bertar
-Sistem saliran dan perparitan disediakan
-Menyediakan perkhidmatan tambak tanah dan membina rumah
-Lampu jalan disediakan
-Pihak syarikat sedia membeli semula tanah lot selepas 3 tahun.
-Pinjaman diuruskan pihak syarikat

8 pembeli terawal akan terima FREE GIFT.

Hubungi Syamsul 012-2249895


View Larger Map

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2013 03:41 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

:: CIKGU NORAZIMAH ::: 17Februari2013 : Irfan sudah 6 bulan !

Posted: 16 Feb 2013 09:15 PM PST


17Februari2013 : Irfan 6 bulan
Alhamdulilah, harini anak tersayang yang bambam dan omei genap 6 bulan. Kejab jer masa berlalu. Rasa sakit bersalin pun masih lagi terasa-rasa..iuwww !
Sebagai mama hujung minggu, aku bersyukur sangat dapat memberikan Irfan susu ibu hingga sekarang tanpa campur dengan susu formula !! Bayangkan aku cuma bagi direct feed kat Irfan hari Jumaat petang sampai Isnin pagi. Hari-hari lain aku di KL dan Irfan di Jenjarom. Sebab tu aku paling suka CUTI !! Dapat balik umah jumpa hubby dan Irfan !!
Masa baru habis pantang dan start keje, ramai juga yang mencadangkan supaya bagi Irfan susu formula sebab aku berjauhan dengan anak. Tapi sejak preggy lagi aku nekad nak susukan anak sampai 2 tahun, so tak cuba lagi mana tahu kan? Alhamdulilah, sampai sekarang susu badan banyak lagi, stok susu dlm freeze di KL dan Jenjarom pon banyak lagi. InsyaAllah, tak mustahil niat aku menyusukan anak sampai 2 tahun tercapai. 
Ramai gak yang pelik macam mana aku yang duduk dekat KL dan jumpa anak hujung minggu, tapi mampu menyusukan anak tanpa campur dengan susu formula. NIAT !! Bila niat kita nak menyusukan anak, nekad melakukan dan berusaha..NO PROBLEM !! Satu lagi yang paling penting adalah sokongan dari orang tersayang. Alhamdulilah, hubby sangat2 menyokong. Almaklumlah, dapat jimat duit dari beli susu formula yang mahal2 kan? Aku pon dapat beli baju baru dengan bajet susu formula Irfan tu, best kan?  hehe
Keluarga mertua pon sangat2 menyokong. Yela, nenek Irfan yang jaga budak ni memang senang hati tak payah susah payah nak bancuh susu bagai. Just cairkan susu frozen, then rendam dalam air suam. Senang je hidup kan? [smile] Ok la, tak leh cerita panjang2, Irfan tersayang ni sangat2 la manja asyik nak berkepit dgn mama dia jer. Macam tahu2 jer sok mama nak balik KL yer? Ala cian...
~ Irfan yang sweettt..mmuanx!~
~ Mama gonna miss u dear.. ~
~Cikgu Norazimah suka ESP yang membanyakkan & memekatkan susu..hehe~

Coret-coret: Catatan setahun <b>di</b> SJKT <b>Jenjarom</b>

Posted: 07 Nov 2012 05:52 PM PST

Mula mendapat tawaran masa kursus dulu, aku tak percaya akan ditempatkan di SJKT. Masa mula-mula masuk di SJKT Jenjarom, aku agak ragu-ragu. Rasa tak mampu, soalan tentang logiknya aku, seorang Melayu ditempatkan di SJKT selalu datang bertalu-talu. Dengan semua rakan kerja adalah berbangsa India, rasanya ketika tu mustahil untuk aku hidup di sini. 
Tapi, Allah Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, aku rasa aku dan SJKTJ adalah sama. Malah aku rasa bangga mengajar di SJKTJ. Banyak kisah lucu dan duka di sini. Paling kelakar bila anak-anak kecil tahun 1 memanggil aku kakak. DUnia mereka masih kecil. Tidak luas kerana kurang jauh perjalanan mereka. Pada mereka, orang Melayu adalah kakak (pembantu pra sekolah aku Melayu) yang membantu guru-guru mereka ketika mengajar. Seikhlasnya, aku simpati dengan mereka kerana kurangnya pendedahan.
Anak-anak ini nampak sangat semangat ingin menjalin hubungan baik dengan aku kerana aku berbangsa asing. Ketika aku beritahu yang aku bakal berpindah, mereka mengeluh dan bertanya kenapa. Ya, mereka tidak fasih berbahasa Malaysia kerana persekitaran. Tetapi mereka tetap cuba bercakap dengan aku walaupun kebanyakan waktu mereka berbahasa Tamil dengan menganggap aku memahaminya. Kelakar sangat rasanya berdepan dengan anak-anak ini. Kelakar tapi membahagiakan.
Berada di sekolah Tamil, aku selamat dari banyak perkara. Kurangnya teman berbicara menyelamatkan aku dari sudut pengurusan masa. Kemudahan tahap yang sederhana menyeronokkan aku. Mana nak dapat bilik guru yang ada 'cubicle' masing-masing. Itu tahap orang kerja pejabat. Dek kerana itu, aku mampu melengkapkan tempat bekerja aku dengan pelbagai kemudahan. Sampaikan Pushpa kata aku ni stationary shop. Even aku boleh terus mencetak dokumen disebabkan cubicle aku ada pencetak sendiri yang aku bawa dari rumah. Aku mampu menyediakan ABM sebanyak yang mungkin. Memang seronok di sini. Makan pun di meja sendiri.
Ada dua tiga perkataan yang aku belajar dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik aku. Ukkar (duduk), paadi (baca), satham poda dei (Jangan bising), un gal dan pin gal (budak lelaki dan perempuan), sikkaru (cepat). Ada lagi kot. Tapi mungkin aku dah terlupa. Seronok juga belajar bahasa asing.
Bila permohonan tukar berjaya, aku akui hati aku separuh-separuh. Seronok juga di SJKT kerana aku sudah bersedia dengan bahan dan segala macam benda untuk tahun depan. Berpindah ke tempat baru bererti aku kena mula semula dari bawah. Setahun untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana sedia ada. Harapnya, di sekolah baru aku dapat menyesuaikan diri nanti. I'm gonna miss my kids and colleagues... Bet, they don't believe this. :|

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 03:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 03:57 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2013 10:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tanah Lot Banglo, <b>Jenjarom</b>, Kuala Langat

Posted: 16 Feb 2013 07:52 AM PST

Tanah Lot Banglo untuk dijual di Taman Putra Hill Jenjarom, daerah Kuala Langat.

Dapatkan tanah lot banglo dengan harga yang sangat murah dengan harga serendah RM42,800 sahaja.

Luas tanah: 40′x75′ =3000sqft

* 5 minit ke SKVE
* 20 minit ke Shah Alam
* 20 minit ke Klang
* 20 Minit ke Putrajaya
* 20 minit ke KLIA
* Berdekatan sekolah dan masjid.

Pakej ekslusif
-Infra jalan bertar
-Sistem saliran dan perparitan disediakan
-Menyediakan perkhidmatan tambak tanah dan membina rumah
-Lampu jalan disediakan
-Pihak syarikat sedia membeli semula tanah lot selepas 3 tahun.
-Pinjaman diuruskan pihak syarikat

8 pembeli terawal akan terima FREE GIFT.

Hubungi Syamsul 012-2249895


View Larger Map

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 03:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aricom inspirations: Renovasi & Dekorasi Rumah Teres <b>di Jenjarom</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 07:54 AM PST

Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.


Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.

Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.

Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.

Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.

Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.

Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.

Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.

Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!

Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2013 03:49 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 03:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aricom inspirations: Renovasi & Dekorasi Rumah Teres <b>di Jenjarom</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 07:54 AM PST

Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.


Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.

Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.

Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.

Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.

Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.

Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.

Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.

Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!

Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


aLw!z b3 my baby: Cendol Bakar Kuala Selangor Kini <b>di Dengkil</b>

Posted: 27 May 2013 01:11 AM PDT

Cendol Bakar Kuala Selangor yang masuk JJCM tu dah bukak cawangan kat Dengkil yuolls... aku tau pon sebab tengok membe check-in kat fesbuk.. huhuhu.. dan-dan tu jugak wasaps cik laki ajak pegi... 
tapi last two weeks baru dapat merasa. hewhew... lepas tengok Iron Man kat Alamanda terus terjah sini.. masa tu pon dah kui 6 lebih..
 pegi dah lewat petang, so kurang la sikit beratur nyer..

 macam² jenis cendol ada.. harga pon masih ok-ok.
 kat sini konsep die self-service yer... sila la beratur, bayar, then bila dah dapat cendol duduk la mana² meja yang kosong.
 aku memang hantu cendol pulut. 

 hubby order cendol durian.

 budak ni pulak belasah je mana²... tak memilih punya.. muahahaha....

boleh jugak order goreng² kat sini.. hubby order kueytiaw goreng.

 mee kari ni rasa dia not bad.
komen aku pulak pasal rasa cendol ni... ermmm... tak kena dengan tekak aku la. aku tanya hubby sedap tak? die senyum² jer.. so paham la... bagi kami cendol ni biasa² jer... gula merah tu dia bakar dulu so rasa pahit sikit. klu kurangkan gula merah tu better skit aku rasa... yang specialnya cendol ni sebab ada nata de coco dalam tu.

kalau rasa malas nak makan kat kedai, korang boleh jer drive-thru kat sini... 
kedai die biasa² jer.. lantai simen pon tak rata. hubby ku cakap nanti dah untung skit boleh la renovate setanding dengan nama kedai yang dah glamer ni kan?? huhu..

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


tumpang sekole...?: Vigil Solidariti Safwan <b>di</b> penjara <b>Sungai Buloh</b>...

Posted: 29 May 2013 11:22 AM PDT




Malaysia menjadi bahan ketawa dunia akibat 'drama' tangkapan dan pendakwaan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis NGO dan mahasiswa, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Menurut twitternya, beliau hairan dengan tindakan polis yang menahannya semula malam tadi bersama tiga yang lain, sedangkan mereka telah bersedia ke mahkamah untuk dibicarakan.


"Apa tujuan buat tangkapan macam drama? Taktik intimidasi dan cuba takutkan rakyat. Sekali lagi Malaysia jadi bahan ketawa dunia," tulis Tian di twitternya.


"Jika polis ingin dakwa kami esok (hari ini) mereka hanya perlu beritahu. Kami akan hadir ke mahkamah. Mengapa perlua semua drama ini? Nak tunjuk kuasa!, kata Tian yang juga ahli parlimen Batu.


Tegasnya, tangkapan dan pendakwaan yang berlanjutan melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat, aktivis NGO dan mahasiswa kebelakangan ini adalah intimidasi rejim Umno-BN yang tidak sah dan tergugat.


"Saya seru kepada rakyat, jangan takut. Terus berjuang melawan kekuasaan (yang zalim), katanya.


Pagi ini Tian bersama Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar, Safwan Anang dan Hishamuddin Rais didakwa di mahkamah Jalan Duta dibawah Seksyen 4 (1) (b)Akta Hasutan berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, 13 Mei lalu.

Keputusan drastik drpd Safwan Anang utk tidak diikat jamin walaupun ianya bernilai RM5000 sangat mengejutkn semua pihak termasuk kami.

Safwan Anang pesan kpd kami, ianya bkn soal duit sbyk rm5000..tp ianya soal prinsip.. Penangkapan beliau bermotifkan politik semata2! Beliau yg mahukan AnkMuda bangkit melawan penindasan & kezaliman.



Masturah isteri Safwan Anang berucap. Sebak dan terharu dengan sokongan rakan-rakan dan rakyat Malaysia. Ada yang datang sejauh dari Terengganu. Ini bukan kali pertama suaminya ditangkap sepanjang dua tahun perkahwinan mereka. Pada awal perkahwinan mereka suaminya pernah ditangkap dan dibelasah teruk oleh polis di hadapan UPSI...





Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.


(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).

(Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya)

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).

Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.

Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.-harakahdaily


No, there isn't any of the patronising gender-based quotas reserving places for the 'fairer sex', and in spite of this, Selangor appears to lead the way in showing that its female elected representatives are no pushovers when it comes to ruling the state.

In keeping with Pakatan Rakyat's commitment to be gender-blind and merit-based, Subang Jaya's popular state assemblywoman Hannah Yeoh has been appointed as speaker of the state assembly, replacing Sungai Pinang state assemblyman Teng Chang Khim.

In addition, four Exco seats will see women running the show, namely Bukit Lanjan state assemblywoman Elizabeth Wong, Batu Tiga state rep Rodziah Ismail and Dr Daroyah Alwai from Sementa.

This also means PKR's representation in the state cabinet - with the exception, of course, of Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim - is comprised of women.

The other is PAS's Selat Klang state assemblywoman Dr Halimah Ali, who is being retained in the line-up.

The new Exco members will be sworn-in tomorrow at Istana Alam Shah in Klang. None of the state party leaders from PAS, PKR and DAP will be among them.

The line-up this time will comprise of four from PAS and three from PKR and DAP respectively, in compliance with a request by the Selangor Sultan that six Malays and four non-Malays be appointed to the 10-member council to better reflect the state assembly's racial composition.

But men can still breath a sigh a relief to know that they are still not endangered, for now at least!

They are represented by Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka) and Dr Ahmad Yunus (Sijangkang) from PAS, and Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) and Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah) from DAP.- harakahdaily



SPRM siasat Teoh Beng Hock..
Teoh Beng Hock jatuh bangunan!


SPRM siasat Sarbini...
Sarbini jatuh bangunan!


Tapi... kalau....
SPRM siasat Taib Mahmud?


SPRM yang jatuh bangunan...


Ha Ha Ha Ha!!! -Mat Sabu

cheers.

ads