12 di shah alam - Google Blog Search |
ASPAN ALIAS: Pengundi <b>Shah Alam</b> akan memilih <b>di</b> antara epal <b>...</b> Posted: 23 Apr 2013 08:38 PM PDT Shah Alam dan Pasir Mas adalah dua kawasan yang pada hakikatnya pertandingan di antara Perkasa dan PAS. Perkasa diwakili oleh Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin di Shah Alam. Kedua-dua calon Perkasa ini merupakan orang yang paling 'controversial' dan ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi kepada UMNO sekarang ini. Sekali fikir pula tidak boleh disalahkan juga UMNO kenapa mereka meletakkan dua orang yang begitu 'famous' dengan sifat lancang mulut yang tidak tahu batasan bangsa dan agama dalam mengendalikan politik mereka. Kedua-dua calon ini mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO untuk menyelitkan nama mereka sebagai calon yang tersenarai di dalam calon BN. Tetapi yang anehnya UMNO Kelantan tidak tahu yang Ibrahim Ali akan menjadi calon bagi mewakili UMNO melalui Perkasa. Pengerusi Perhubungan Kelantan Mustapha Mohamad sendiri keliru dan tidak tahu partinya sendiri main 'kong-kalikong' dengan Perkasa. Hasil permainan 'kong-kalikong' itu semasa penamaan calon Sabtu lepas, UMNO sudah kehilangan satu kerusi kerana calonnya tidak menyerahkan kertas pencalonan beliau, walaupun telah diberikan watikah. Patut pun Ibrahim di mana-mana berkata sebulan yang lepas berkata, "tepek jaghi, ambo calun BN." Sesungguhnya Ibrahim bukanlah calon BN yang 'legitimate' dan kekalahan beliau adalah di dalam tangan. Tetapi bagi Ibrahim bertanding itu sudah menjadi hobi beliau dan bertanding itu bukan perkara yang serius bagi beliau. Bagi Ibrahim, 'oghe betanding ambo betanding, mene kaloh belake kigho'. Itu sebabnya bagi beliau mendapatkan sokongan dalam keadaan serius rakyat hendakkan perubahan, Ibrahim dijangka akan diabaikan oleh pengundi Pasir Mas. Saya tidak tahu keadaan sebenarnya, hanya saya mendasarkan komen saya sebagai seorang yang saya sudah kenali secara rapat sejak 42 tahun dahulu. Hanya saya tidak lagi bertemu dengan beliau sejak saya menyertai DAP sampailah sekarang. Ibrahim ini jika kalah pun tidak mengapa kerana beliau bukan orang yang serius untuk menjadi agen kepada perubahan. Beliau hanya hendak ke Parlimen untuk bercakap selalu kerana Ibrahim kalau tidak bercakap akan lemah jantungnya. Bercakap dan berucap itu merupakan 'supplement' penting untuk tubuhnya untuk menyihatkan tubuhnya. Dalam hal yang serius Ibrahim tidak payah dibawa berunding. Tidak aka nada perundingan yang selesai jika Ibrahim dibawa bersama. Setakat ini perundingan untuk membuatkan Che Johan Mustapha tdak datang ke pusat penamaan calon Sabtu lepas itu sahaja yang berjaya dilakukan oleh Ibrahim. Ibrahim akan menghadapi masalah kerana lawannya di Pasir Mas kali ini juga dijangka mengalahkan beliau. Kalaulah beliau tidak ada di Parlimen di manakah beliau akan berucap kerana berucap itu sangat penting bagi beliau. Kalau tidak berucap maka kesihatannya akan tergendala. Jika Ibrahim Ali tewas di Pasir Mas maka saya merasakan beliau akan bertemu dengan Zulkifli Nordin setiap hari kerana Zulkifli pun dijangka akan menerima kekalahan yang akan teruk di Shah Alam. Jika Zulkifli menang, ia bermakna pengundi Shah Alam itu pula yang teruk. Tak mungkin pengundi Shah Alam tidak tahu memilih di antara buah epal dengan buah bacang. |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan